perjuangan itu

admin | sembang-sembang | May, 06 2010 | 36 Comments

izinkan aku untuk terus merapu.

minggu pertama mencari rezeki di kaki lima sebagai tukang kasut cukup mencabar….bersaing dengan tukang kasut yang lebih lama,yang lebih dikenali bukan suatu pekara mudah….melihat seseorang membimbit beg plastik berisi kasut lalu di depan mata….terus melintas jalan,singgah kat amid yang sudah bertukang kasut lebih 10 tahun di tepi “toko manaf”….aku berbisik memujuk hati “rezeki amid”…rezeki aku akan sampai jua”

lalu beberapa orang pekerja wanita di depan aku,bergerak dalam satu kumpulan sambil berbual “eh….tadi ko cakap nak repair kasut“….”aku dah biasa repair dengan ghani yang kat bas stand tu”….hati terus memujuk “rezeki aku pasti ada”…..sepi beb ! bagai blog tanpa pengunjung ! sambil-sambil memujuk hati….aku merenung tapak tangan sebelah kanan….memerhati garis-garis yang terbentuk di tapak tangan… rahsia aku kah atau rahsia DIA…. aku senyum….aku terus tenggelam melayan diri.

tanpa aku sedar ada sepasang mata sedang asyik melihat aku(bukan hantu ye !)….aku yang sedang leka….”dik,kalau repair macam ni,lama tak nak siap ? ” seorang wanita muda bersuara bila melihat aku masih tidak menyedari kehadirannya….”ni sekejap je kak ” aku bersuara penuh semangat….”doa ku termakbul….rezeki sudah datang ” bisik ku, sambil mempelawa pelanggan itu duduk di kusi yang telah  dikhaskan.

setelah duit bertukar tangan sambil pelanggan tadi berjanji akan datang lagi kerana begitu berpuas hati dengan hasil kerja ku….di hujung kaki lima kedengaran suara merungut “tu lah tadi aku suruh singgah kat budak ni,ko tak nak”…..”aku mana tau si ghani boleh tutup pulak hari ni,selalu ada bukak “……aku makin tersenyum….rezeki memang urusan DIA !…DIA yang mengatur segala-segalanya.

“dik,kalau boleh cepat sikit ye” kata kakak itu dengan suara yang termengah-mengah ….”kalau penat berjalan duduk dulu,kak” aku memberi cadangan….sedang aku menyiapkan kasut kakak yang kepenatan itu…..”dik,tumit getah yang betul-betul saiz ada tak,yang akak baru ganti ni macam bukan saiznya lah” rungut  perempuan yang membimbit beg plastik tadi,sebelum ni aku nampak dia melintas jalan menuju ke amid ….rezeki lagi !

“kak,dah siap,kalau terlambat mintak maaf” aku tunjukkan kasut yang telah siap dibaiki untuk diteliti….”kalau macam ni lah,ko buat kerja dik “…..”nak bersumpah tu akak tak berani….tapi akak berjanji dengan ko,lepas ni….kat sinilah akak akan repair kasut” ….”cara dia tunjukkan kasut tu pun ada gayalah” kedengaran suara lain dalam kumpulan akak-akak pejabat  tu.

untuk bakal peserta seminar,di dalam seminar nanti akan aku tunjukkan bagaimana gaya itu dilakukan….memegang kasut sebelah di tangan kanan dan  sebelah di tangan kiri…tangan sebelah kanan akan melambung kasut dan menangkap semula kasut tersebut dengan penuh bergaya lalu disilangtindihkan dengan kasut yang berada di tangan kiri….seterusnya dengan menggunakan skill pergelangan tangan,kasut yang sudah dalam keadaan silangtindih tadi akan dipusing-pusing bagi membolehkan pelanggan melihat kasut yang sudah dibaiki tanpa perlu memegangnya….itulah antara hiburan mata untuk pelanggan-pelanggan aku !

dalam seminar 3 hari 2 malam itu juga, akan aku tunjukkan bagaimana mau menarik rezeki menggunakan teknik Law Of Attraction(LOA),untuk sesi ini akan diadakan disebelah malam semata-mata untuk mendapatkan keadaan yang dipanggil deep delta…..yupp seminar ini menggabungkan teknik minda separa sedar dalam usaha mencari rezeki di samping kemahiran membaiki kasut.

apa yang ko melalut ni,labuuu !!!!!

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

36 Comments

  • At 2010.05.06 06:42, zainura66 said:

    Assalamualaikum,

    sememangnya hidup ini adalah suatu perjuangan, tetapi ingat saudara Jo, ada perjuangan yang lebih besar dari ini ! Salam ceria selalu.

    • At 2010.05.06 23:12, admin said:

      salam dijawab,
      yupp…bersetuju dengan puan tuliskan tu :)
      jihad itu bermula ‘dari alam di dalam’ barulah di bawa ke ‘alam di luar’:)

    • At 2010.05.06 07:41, ejoncb said:

      Hehe…ini aplikasi LOA kah?
      ejoncb´s last blog ..Ber-Blogging Mengikut Logik Akal saya yg xpernah beli ebook n pergi PC. My ComLuv Profile

      • At 2010.05.06 23:18, admin said:

        maksudnya ejoncb bertanya semasa saya mencari rezeki sebagai tukang kasut menggunakan LOA,begitu ? :)

        kalau begitu maksud pertanyaan,saya katakan ya ! konsep yang sama,yang berbeza cuma istilahnya sahaja :)

      • At 2010.05.06 11:19, mijie said:

        bro mAKin hari makin gua kagum dengan bro

        tabik spring
        mijie´s last blog ..Tanggungjawab seorang pemilik blog atau blogger My ComLuv Profile

        • At 2010.05.06 23:26, admin said:

          mijie,gua masih ada kerompongan yang perlu ditampal,ada kesilapan yang perlu diperbetulkan lagi,ada persiapan yang perlu diperkemaskan lagi dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini :)

          tak lupa jugak ada blog-blog yang perlu diupdate:)

        • At 2010.05.06 11:22, Dila.13 said:

          Bro Joe, lepas ni jgn lupe ‘youtube’kan gaya tunjuk kasut dan postkan kat sini ya.. hehe..
          Dila.13´s last blog ..WotD: Lexophile My ComLuv Profile

          • At 2010.05.06 23:31, admin said:

            hahaha….teknik itu hanya akan dipertonton di dalam seminar sahaja :)

            teknik tu diilhamkan setelah melihat kepakaran tukang tebar roti canai membuat satu skill roti terbang….melihat si penjual burger bermain api di kuali semasa memasak daging burger :)

            maka terciptalah gaya lambung kasut silangtindih tu :)

            • At 2010.05.10 06:52, Dila.13 said:

              alahai.. boleh pulak berilhamkan penebar roti canai ekk.. takpelah.. penebar dah ada identiti mereka sendiri, sampai masa tukang kasut pun kena ada jugak!
              Dila.13´s last blog ..Panduan Anak Mendengar Kata My ComLuv Profile

              • At 2010.05.10 14:50, admin said:

                itu sudah mesti….sebagai daya penarik :)

          • At 2010.05.06 16:17, botak said:

            salam..
            baru je nak terharu dengan cerita ni..
            sikit2 air mata tergenangdah ni..
            tiba2 ending dia seminar pulak..
            ayark!

            • At 2010.05.06 23:35, admin said:

              bro relax…air mata sesuatu yang mahal !jangan dipersiakannya :)

              kempen mesti mau jalan maaa :) (tolong setakat yang mampu)

            • At 2010.05.06 23:43, samdaddycool said:

              teknik silang tu ala-ala silap main mata je bro.. ahaks..
              samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea My ComLuv Profile

              • At 2010.05.07 01:11, admin said:

                sam,tu suatu daya tarikan…teknik silangtindih tu hanya boleh di buat untuk kasut perempuan yang bertumit tinggi.

                selalunya bila sudah dibaiki kasut bertumit tinggi tu,aku akan polishkan…bila sudah dipolish dengan cecair pengilat…untuk mengelakkan ada kesan-kesan cap jari(bila dipegang oleh pelanggan)…aku akan gunakan teknik ni untuk memelihara kilatan tu(sebab ia tak dipegang oleh pelanggan)

                • At 2010.11.21 04:03, Samdaddycool said:

                  Lepas baca beberapa entry lama tentang drcobbler, gua bersemangat plak nak menyelami ilmu tukang kasut..
                  Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence My ComLuv Profile

                  • At 2010.11.21 04:11, admin said:

                    kahkahkah….lu nak jadi tukang kasut pulak,sam ? :)

                    tunggu gua buat seminar sam :)

              • At 2010.05.07 07:55, Muhd Suhaily said:

                Bagus info..kemahiran sebagai produk utama kita.. :)
                Muhd Suhaily´s last blog ..Talk percuma bukan sia-sia My ComLuv Profile

                • At 2010.05.07 13:04, admin said:

                  terima kasih singgah di sini dan sudi meninggalkan komen :)
                  nak pratikkannya pun tak sesusah mana :)

                • At 2010.05.07 09:36, madlut said:

                  seronok baca citer sangilapi nie…aku suka la bro merapu..serious..
                  eh..nie bengkel blogging untuk sesi mana nie? sesi terdekat ke???

                  • At 2010.05.07 14:23, admin said:

                    hahaha….merapu sambil update blog sekurang-kurangnya entry itu asli tidak diciplak :)

                    bro,jangan terkeliru pulak dengan bengkel blogging ni…yang ini adalah di bawah kelolaan nuaeman dan shaffik…boleh hubungi mereka untuk pertanyaan lanjut :)

                  • At 2010.05.07 14:33, zik said:

                    wah… bro..rezeki ada dimana2..insyallah kalau betul usahanya :-)
                    zik´s last blog ..Keistimewaan Hari jumaat. My ComLuv Profile

                    • At 2010.05.07 14:41, admin said:

                      yupp…betul tu,rezeki ada di mana-mana dan dugaan untuk mendapatkan rezeki turut berada di mana-mana:)

                    • At 2010.05.07 15:12, suri said:

                      di sia hadiakan suri kasut pajabat warna putih..huhuhu

                      kasut yang lama dah selamat di pakai untuk harian ke pasar huhuh

                      • At 2010.05.07 18:58, admin said:

                        mana-mana kasut kalau sudah lama dipakai lebih selesa di kaki berbanding kasut baru :)

                      • At 2010.05.07 20:12, TSPR said:

                        Salaam…
                        Pengalaman saudara ni benar-benar buat saya terhibur…ada bakat hasilkan dialog lucu. Boleh terbit komik Sangilapi Si Tukang Kasut! Walau apa pun kerjaya yang pernah dan sedang diceburi…yang penting sumber rezekinya diperoleh secara halal. Pengalaman kerjaya tak kira apa bidang sekalipun punya makna dalam diri. Perkongsian cerita di sanggar saudara ini membuka minda khalayak di luar sana tentang ujian ditempuhi dalam mencari rezeki. Baik atau buruk semuanya punya hikmah untuk direnungi. Bagi khalayak semua (termasuklah diri saya sendiri) “APA KAMU CARI DAN APA KAMU MAU” dalam meraih rezeki perlu lahir dari hati yang telus…lakukan sepenuh hati bukan sekadar mengambil hati. Mudah-mudahan kerjaya pilihan dilaksanakan dengan ikhlas, amanah dan penuh tanggungjawab…hasilnya pasti diredahi dan diberkati. =)

                        • At 2010.05.07 21:18, admin said:

                          saudari TSPR,
                          sekadar berkongsi apa yang telah saya dilalui suatu ketika dulu :)

                          alamak…ebook yang dirancang pun baru siapkan tajuk je(berhari-hari memikirkan tajuknya),dah ada cadangan baru,buat komik pulak:)(apapun ia suatu idea yang bagus)

                          pemilihan kerjaya….ada yang memang minat,ada yang memenuhi impian orang tua,ada yang terpaksa sebab tidak boleh nak memilih dan bermacam-macam cerita di sebalik kerjaya ni.

                          saya beryukur kerana impian menjadi tukang kasut tercapai :)

                          sebenarnya pada pandangan saya,setiap orang akan didatangi persoalan ini dalam kehidupan mereka…”apa yang aku cari dan apa yang aku mau” :)

                        • At 2010.05.07 22:18, titan said:

                          yah. being different and LOA. aku suka tu. kene terapkan dalam setiap aktiviti harian.
                          titan´s last blog ..Titan, Futsal dan Bapak budak My ComLuv Profile

                          • At 2010.05.07 22:35, admin said:

                            titan,terima kasih singgah dan meninggalkan komen di sini :)

                            tentu bro bersetuju kalau aku katakan,LOA sudah lama diamalkan oleh generasi nenek moyang kita,yang berbeza cuma istilahnya :)

                          • At 2010.05.12 12:00, khairolghani said:

                            haha..best citer ko bro..rezeki di tangan Allah..ada la tu rezeki kita..yang penting terus berusaha
                            khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak My ComLuv Profile

                            • At 2010.05.12 16:19, admin said:

                              yupp…rezeki itu urusanNya…kita buat kerja kita,insyaallah ada lah rezeki yang sampai ke kita :)

                            • [...] kasut mengikut susunan; Bhg 1 – Bila hati sudah suka Bhg 2 – Langkah pertama bermula Bhg 3 – Perjuangan itu Bhg 4 – Tempoh bertenang Bhg 5 – Gaji aku Bhg 6 – Pintu rezeki mula terbuka Bhg 7 [...]

                              • At 2010.05.26 20:02, admin said:

                                terima kasih,boss :)

                              • At 2010.12.13 14:57, Ali ridha said:

                                kasut bukan boleh siap
                                sekelip mata.ia memerlukan
                                kesabaran.
                                Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                • At 2010.12.16 21:06, admin said:

                                  senang cakap minat tu memang perlu ada :)

                                • At 2010.12.13 14:59, Ali ridha said:

                                  berjuang demi
                                  menyiapkan sepasang kasut.
                                  Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                  • At 2010.12.13 15:00, Ali ridha said:

                                    perjuangan seni berkasut.siap
                                    sedia minggu depan.
                                    Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended My ComLuv Profile

                                    (Required)
                                    (Required, will not be published)

                                    CommentLuv Enabled
                                    © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                    Design by: Yoshz Themes