peristiwa aneh
Ini antara peristiwa yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku menjadi kelasi.Ada 3 peristiwa yang berlaku di atas kapal yang mana ia betul-betul melekat dalam otak aku sehingga sekarang.Ada jugak yang menjadi misteri sehingga sekarang.Tapi untuk kali ini biar aku ceritakan pasal kejadian aneh yang ini terlebih dahulu.
Ini kisah berlaku pada tahun 1992,iaitu tahun kedua aku belayar dan aku masih belum sekali pun turun ke daratan sepanjang tempoh ini.Kejadian ini berlaku dalam bulan berapa aku tak ingat tapi yang pasti ia berlaku di malam bulan mengambang penuh.Suatu malam,ketika aku merenung jauh melalui tingkap kaca bulat yang sekelilingnya diskru,aku perasan bahawa malam itu cukup indah.
Jadi aku pun keluar dari kabin,menuju ke suatu ruang di atas dek.Memang indah pemandangan itu,menikmati pemandangan bulan mengambang penuh di tengah lautan.Jam ketika itu menghampiri 12 tengah malam.Bila sudah kesejukan,aku turun dari dek.Masuk kabin aku terus berselubung kerana kesejukan.
Tiba-tiba aku rasa pelik ! Seingat aku,sebelum keluar tadi,aku dah tekan punat tombol pintu tapi aku masuk tadi tanpa menggunakan anak kunci untuk membuka pintu dan siapa pula yang memadam lampu kabin yang sebelum ini memang terpasang.Mata yang tadi mengantuk mula segar.Dari ekor mata,aku nampak satu susuk tubuh di atas katil Abug.
Aku toleh,dalam samar-samar aku pasti yang sedang berbaring membelakangkan aku itu adalah Abug.Tapi Abug belum pernah balik tidur di kabin kalau sedang duty.Abug sakitkah? Dia tidur dengan overallnya sekali.Berat mulut aku nak memanggil Abug yang sedang lena itu.
Pagi itu bila Abug masuk ke kabin untuk first bell[peringatan bagi kelasi bilik enjin 45 minit sebelum duty bermula].Aku yang memang sudah siap mandi dan overall sudah tersarung di badan,bertanyakan Abug samada dia sihat atau sebaliknya.Dan aku mula pelik bila Abug menafikan bahawa dia ada balik ke kabin untuk tidur.
Jadi siapakah yang berbaring atas katil Abug pada malam itu? Adakah cerita-cerita kelasi misteri yang kerap diperbualkan di kafe kini menjadi kenyataan ? Kerap aku dengar cerita begini bila lepak-lepak di kafe-pengalaman dari kelasi kapal yang telah belayar dengan kapal lain sebelum menjadi kelasi M.V.JJJ.
Bermula dari peristiwa inilah aku mengalami satu pengalaman indah serba aneh yang membuat aku sewel pada waktu tertentu.Kalau dulu percintaan yang melibatkan antara dua bangsa yang berbeza,dua pegangan agama yang berlainan kini aku dilanda percintaan antara dua alam yang berbeza ! ‘Dia’ muncul dari alam ‘sana’ !……kahkahkah. Menyesal aku guna gelaran bonneyan13 !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



pertama !!! laa.. kalau aku dah tentu kecut perut punyerrr !!!
bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
haha…pertama? disebabkan ini entry misteri tunggu hadiah misteri dari aku
ketika itu paras rupa ‘dia’ tak nampak jadi aku selamba je….kehkehkeh
KEDUA! hahaha
ish misteri. so tak sembang ke ngn orang yang terbaring atas katil tu?
Luth Textile´s last blog ..Spoon – Rindu Serindu Rindunya
ya memang ko tempat kedua oleh itu nantikan hadiah misteri dari aku
aku ingat ‘dia’ tu member aku yang mungkin sakit jadi aku malaslah nak ganggu.
lu memang berani, kalau aku mau tak leh tidor kalau dah tgk macam tu, bulu roma tak meremang ke
mijie´s last blog ..Cara masukkan lagu ke dalam post di blog
gua mana tau ‘dia’ tu bukan Abug,mijie
…..esoknya baru gua tau.
die nak tengok abg bonneyan berani x. ayokk.haha..
13 tu apa plak?
tengok boleh pegang jangan…kahkahkah
13 tu kan aku dah cakap sebelum ni,CD
kelasi kapal??oo bahaya gak tu..atas kapal pun ade hantu yer..haha alhamdulillah setakat ni aku lom penah kene ganggu lagi dgn hantu atas kapal ni..harap² xnak jumpa la..bia la dia main jauh²..hehe
cuz´s last blog ..The Annoying Orange Video
kita semua berkongsi alam dengan ‘mereka’,cuz:)
apa nak buat kalau dia nak datang,kita tiada hak untuk menghalang cuma jangan bikin kacau
mcm cite pirates of carribean plk..kapal berhantu..huhu..
sebenarnya setiap kapal itu ada ceritanya yang tersendiri,CT
seramnya…
lain kali jangan pandang orang sebelah…k
cikgunormah@klcitizen´s last blog ..tidak pandai berniaga
kenapa nak balas komen KLC ni tak boleh-boleh ?
pergh bro, makin menarik ni. dah masuk selangkah ke alam misteri ni hehe, kena tulis entri ni tiap malam jumaat ni hehe

etomyam´s last blog ..Jadual Dan Tarikh Perlawanan Piala Malaysia
malam jumaat?…yang tukang tulis tak sanggup!…kahkahkah
ko bercinta dengan bunian?? biar betul bro…
madlut,badan aku ni memang ada bau bunian
…sebab salah seorang pak cik aku pun lepak sebelah ‘sana’.
cinta tu memang buta apa…kahkahkah
siot je.. meremang la plak bulu roma baca entry ni kul 4.25am… serius tak tipu.
Samdaddycool´s last blog ..Mee Siput si mee sedap
awas ! jangan pandang belakang dan pastikan yang berbaring di atas katil tu adalah orang rumah lu yang sebenar !…..kahkahkah
Jangan pandang belakang tu tudung yang gua jual bro.. hik.. hik…
Samdaddycool´s last blog ..Koleksi tudung lycra cotton
laa…nape guna nama tu,sam?..gunalah nama pandanglah saya,tiru macam saya
tiru macam saya.. tak laku tudung tu nanti..

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Berpuasa dan terima kasih
haha…suruh le orang rumah yang cakap bukan lu yang cakap,sam
o o…. dulu member asrama saya pernah kata nampak saya duduk kat hujung katil dia dalam pukul 2 pagi.. tapi masa tu saya dah balik bilik sendiri (selang 3 buah bilik dari bilik dia). nasib baik dia tak tegur sebab mamai lagi dan ingat saya tengah SMS orang. huhuhu…
Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
jenis nampak mcam tu tak pe,dila
…jangan jenis menyergah dan menyapa !
dalam siri akan datang ni ada ke sampai kes sapa menyapa? adeh.. memang tak leh baca waktu malam kalau macam tu. huhuhu…
Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
kalau dengan saya,siap bercinta dila!
…kahkahkah
dah tukar gelaran baru ke nie???
zik´s last blog ..Selamat menyambut bulan ramadhan
tajali,zik
seram ke tidak, kena hadapi je
memang tak boleh nak lari ke mana2 lagi
laut je sekeliling…
tehr´s last blog ..Berbuka – Ingat Lima Perkara
itu satu hal,tehr…kabin yang yang sempit menjadi lebih sesak bila ada kelasi yang datang menumpang tidur
satu malam je ke dia datang?ke banyak malam juga?
khairolghani´s last blog ..Community Shield milik MU
kalau dalam kes aku memang ‘dia’ datang berulang-ulang kali,kay
…hingga membuatkan aku angau…kahkahkah