penukaran kapten
Rupa-rupanya selama aku bercuti 3 hari di darat tempohari,satu isu besar sedang hangat diperkatakan.M.V.JJJJ bakal bertukar kapten buat sementara waktu.Penukaran kapten bagi kelasi kapal adalah satu igauan ngeri.Lagi satu mimpi buruk buat kelasi,sekiranya tukang masak bertukar/bercuti walau dalam jangkamasa yang pendek.
Bagi kelasi yang sudah lama berada di atas M.V.JJJJ,mereka sedar hanya 2 orang calon sahaja yang bakal menggantikan kapten sekarang ni.Samada Kapten H yang terkenal dengan sifat waraknya atau Kapten P yang dianggap sebagai polis oleh kelasi M.V.JJJJ.
Kedua-duanya memang kurang disenangi oleh kelasi M.V.JJJJ…..kahkahkah.Bagi Dewa Dapur sebagai tukang masak pula memang mengakui kedua-duanya begitu cerewet dalam soal masakan.Sementara itu,dari awal lagi Abug memberi amaran pada aku sekiranya Kapten P yang mengambilalih tugas kapten nanti,aku dinasihatkan mengurangkan sikap panas baran aku demi mengelakkan dikenakan tindakan berat.
Di kafe kebelakangan ini kerap kali aku terserempak dengan babak lakon semula tentang perangai kedua-dua kapten tersebut,dilakonkan oleh kelasi yang pernah diberi amaran atau didenda.Mana-mana kaki judi dan kaki ‘layan barang’ mula mengerah otak mencari jalan penyelesaian sebagai persediaan dan ‘langkah-langkah keselamatan’.
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba,di pelabuhan[aku dah tak ingat],sebuah bot laju yang membawa kapten tersebut disaksikan hampir kesemua kelasi termasuk aku.Kira itulah saat penuh debaran walaupun tiada bezanya siapa pun kapten tersebut.
Bila bot semakin menghampiri kapal,kelasi semua bersorak girang.Terjerit-jerit keriangan,melompat-lompat gembira ! Kecuali aku ! Aku dah terbayangkan selama 2 bulan ini,aku perlu panjang akal untuk menepis segala persoalan yang bakal diajukan pada aku.
Bot sudah menghimpit kapal.Dari bawah,kapten tersebut menjerit ” Jerung ! Pikul beg gua,bawak naik atas kapal! ” .Aku sekadar mampu menghela nafas panjang.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



haaa !!! sapa plak kapten baru tu !!!
seorang yang bakal menyerabutkan kepala aku,bujang
Macam tak suka je
adamfaiz´s last blog ..Merdeka & Hari Raya Buat Saudara
bukan tak suka,adam
…cuma sedikit tertekan.
macam kapten yg banyak tolong bro je tu
mijie´s last blog ..SEO Contest HIDUP SEORANG BLOGGER meletihkan
hehehe…begitulah nampaknya,mijie
nampaknya kapten tu dan dikenali oleh bro joe tu
etomyam´s last blog ..Jangan Main Mercun
saling kenal-mengenalilah,bro
kapten yg kamcing ngan bro joe tu kot.
haha….memang itulah orangnya,LA
hehe..best jugak kdok baca cerita kapal nih…n best lagi dengar dari mulut, siap ada gaya lagik..ada patung la, itu la, ini la..hehe
mudah2an kapten tu torbaik la kan
sofian´s last blog ..Reset BIOS password dari Windows dengan CMOS De-animator
kahkahkah….kalau hendak diceritakan semuanya,alamat blog ni letak simbol 18SX!,sofian
kapten memang baik cuma anak-anak buahnya macam kacang hantu….kehkehkeh
kapten Y kah?…hahaha
betullah tu seperti yang dijangkakan,madlut
….ko baca entry baru tu,baru ko komen kat sini ek?
hehehe..ni kn kapten yg dok tlg tuh kan> yg wife dia mcm muka nai?
memang seperti yang dijangkakan,ejon
berkunjung nich….., apa kabar?
okey,terima kasih sudi berkunjung di sini,W
aku macam ni lah
kapten yang bermurah hati…
zik´s last blog ..Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan
kapten yang paling blues!,zik
nampaknya bro joe akan bertapa dalam bilik enjin le kali ni
hehehe
tehr´s last blog ..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua
kalau ikut hati aku,tehr
…mau je aku terjun laut,tinggal dengan Doh Yong tu.
erkkk.. ade kapten baru tp bunyi macam masih kapten Y aje.. adeh.. konfius.. siape ek kapten yang wife macam muka Nai tu?? bukan kapten Y ke??
Dila.13´s last blog ..Dari Freelance Writer ke Blogger- 3 Cara Meningkatkan Asas Penulisan Blog
kapten yang standby kat darat ada 3 orang[termasuk kapten Y],namun kapten Y lebih menjaga kelancaran operasi kapal di darat,dila
jadi kelasi M.V.JJJJ tidak terfikir kapten Y akan belayar semula.
betullah tu kapten Y
wah.. yang lain-lain bukan main seronok!
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
kapten paling blues dan sempoi,mana dorang tak suka,sam