penjelajahan bermula
Dari Miri,aku ambil bas ke Bintulu.Naik bas ekspress.Bintulu sambung ke Sibu.Masih menggunakan bas sebagai pengangkutan.Aku meneruskan perjalanan ke Kuching.Itulah sahaja bandar-bandar yang aku singgah semasa di Kuching.Perjalanan detail memang aku tak ingat.
Di setiap bandar yang aku singgah aku bermalam di masjid.Bukan dalam masjid tapi di luar masjid-tempat letak kereta berbumbung.Baru aku teringat ketika ini penghujung tahun,iaitu menghampiri 25/12-sambutan Hari Natal dan ketika jugak negara digemparkan dengan tragedi Highland Tower.
Di Kuching,aku singgah lama sikit sebab pakaian perlu dicuci.Aku terpaksa menginap di hotel.Aku pun dah lupa nama hotel tersebut.Masa aku nak mendaftar masuk,berlakulah suatu peristiwa – macam nak terkeluar bijik mata aku !
Akhirnya aku terpaksa mengeluarkan sekeping gambar.Rakan-rakan sekerja Xandra mengesahkan memang sebijik! Tak pasal-pasal gambar Nai terpaksa ditinggalkan di kaunter untuk mereka buat perbandingan.Aku suruh mereka cari perbezaan di wajah Xandra dan Nai.Kecoh jugak suasana ketika itu.
Di bilik penginapan,aku berbaring sambil memikir.Apa yang hendak disampaikanNya kepada aku sebenarnya? Sepanjang 2 tahun ini sudah dua kali aku terserempak perempuan yang seiras Nai.Aku bukan berkhayal,memang orang lain pun mengesahkannya.
Setelah pakaian aku sudah siap didobi[dua malam aku menginap di situ],aku pun belah dari hotel itu.Xandra pula bersungguh-sungguh mahu menyimpan gambar Nai-menyesal pulak aku tunjukkan gambar tu,tak pasal-pasal sudah kurang sekeping gambar Nai.
Selepas itu,aku terus bergerak menuju ke Miri.Meneruskan hajat bekerja di Brunei.Hasrat aku untuk bekerja di pelantar minyak.Entah dapat,entah tidak…..
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Xandra jelmaan Nai? Hebat! Makin menjadi-jadi kisah ni. huhu..
Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
jelmaan Nai?…bukanlah,sekadar seiras je,dila
xandra, fuhh namanya memang canggih, nampaknya bro akan dibayangi oleh nai, hehe
mijie´s last blog ..Sesi terjah Pantai Bagan Lalang
begitulah nama yang terpampang di name tag nya,mijie
….semakin gua menjauhinya semakin dekat pulak ‘dia’ mengekori gua.
kalaulah sikap dan tingkah laku juga sama
macamana?
nampaknya kisah ni semakin menuju kemuncaknya
tehr´s last blog ..Mata Dan Telinga
mujur aku sekadar dua malam menginap di situ,tehr
…. sikap dan tingkah laku tak sempat aku selidik sebab ia sekadar perkenalan singkat.
mungkin ya mungkin tidak
kalau Bro Johari betul-betul nak tahu, mesti bermalam-malam menginap kat situ kan. tapi sayang terkurang satu gambar Nai utk ubat rindu

Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
yang pasti saya tak perlu buat begitu,dila
ada sikit penyesalan di sini kerana memberi gambar tersebut
kalau kerja kat pelantar minyak.lumayan tuh bro…
zik´s last blog ..Selamat hari jadi google!
dan berisiko tinggi,zik
Xandra tu takde ke ciri2 4 dlm 1 ??
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
gua malas nak selidik,sam
…..sebab malas nak pisang berbuah dua kali[dia bukan melayu]
ooo… tapi memang terkedu gak kalo muka memang seiras abis.. kan?
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
hahaha….gua rasa kalau bijik mata tu boleh terkeluar dah tentu masa tu perkara tersebut berlaku,sam
wahhh~~ menariknyaaa adventure ko ni… besh~~~
suichi´s last blog ..Mari Memasak Buras
sekadar pengalaman lalu,S
kiranya ingatan ko terhadap Nai memang tak pernah padam, kan ?? Kuat betul perasaan ko terhadap Nai… Alangkah bahagia, kalau dapat bersama !!!
bujang3´s last blog ..Jika kau fikirkan kau boleh !!!!
sebab dia cukup istimewa pada aku
itu cuma sekadar kalau je,bujang
….kalau ni yang tak best…kehkehkeh
erkkk..xandra tak cuba mendekati brO?
tak,madlut
dan bro pun tak cuba ke? hehehe
hahaha….aku ada urusan yang lebih penting,madlut
Belum pernah lagi menjejakkan kaki di Sarawak
aktechpage.com´s last blog ..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia
aku kasi cadangan,mintak tukar ke sana,mal
Tak boleh tu, buah hati dia ada kat Pasir Mas.. hehehe
dnoBiz´s last blog ..Perhimpunan Perkasa – Dihadiri Hampir 20 Ribu Orang Melayu
adakah benar bagai dikata tu,dB
….sudah ada calon rupanya akmal ni ye!
tapi kan orang tua ada cakap “kalau sayang tu elok ditinggal-tinggalkan”….kehkehkeh
siap ada muka seiras lak..entah2 jelmaan..
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
kahkahkah….bukan jelmaan,kay
…sekadar seiras.