pemergian itu
Selepas peristiwa malam tu,hubungan aku yang sedia retak sebelum ini dengan adik-beradik menjadi semakin renggang.Lepas aku membelasah secukup rasa pada ‘makhluk’ itu,aku cuma berhenti melepaskan kemarahan yang sekian lama terpendam hanya setelah ibu bersuara.
Tapi itu tidak menghalang aku dari ‘membasuh’ abang dan kakak aku yang lain….hahaha.Melihatkan keadaan aku seperti ‘naik hantu’ dan demi menjaga keselamatan masing-masing,entah siapa yang menghubungi balai polis,aku pun tak tau.Maka aku pun ‘dijemput’ ke balai…..hahaha.
Sorang ke balai,sorang ke hospital ! Aku pun nyaris-nyaris hendak dihantar ke hospital jugak selepas peristiwa itu – hospital gila !…hahaha.Namun penahanan aku di balai tak lah lama.Abang sulung aku dan Bang Hud datang ke balai menyelesaikan apa yang patut.
Bila aku balik,rumah dah sedikit sepi,yang mana rasa keselamatannya terancam terus cabut malam itu jugak.Aku pun terus ‘sejuk’ sebab manusia-manusia yang menyakitkan hati aku,sudah tiada di depan mata.Begitu aman sekali ! Ibu pula sedang mesra berbual dengan Kak Pah ditemani dua orang kakak aku.
Ketika Bang Hud sibuk berbual dengan abang sulung aku di ruang tamu,aku duduk di tangga sambil ditemani kucing kesayangan aku – Sitam.Memikirkan sesuatu.Kini aku sedar,aku sudah hilang tempat merujuk.Selalunya dengan abah lah,aku merujuk segala perkara berkaitan dengan teka-teki kehidupan ini.
Kini yang tinggal hanya cebisan-cebisan jawapan yang perlu aku cantumkan untuk sebuah kepastian.Jawapan kepada sebuah teka-teki kehidupan ini ! Abah pergi bersama sebuah janji yang akan dikotakan kepada aku bila mana aku mencapai usia 21 tahun.
Abah pergi dengan meninggalkan aku sebuah teka-teki kehidupan.
Cari paku dalam dulang,
Paku datang dari seberang,
Carilah AKU dengan aku,
AKU sembunyi dalam terang.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Errkkk…ni cerita btl ke, juz cerpen ni?
Iman’s Umi´s last blog ..Usya mengusya (Btl ke eja ni wahai org2 muda?)
ini adalah cerita benar dan lagi betul
p/s:tolong jawab untuk tuan rumah…jgn marah yer
mijie´s last blog ..Tutorial pasang feedburner di blog part 2
terima kasih,mijie
begitulah kira-kiranya,iman’s umi
sudah indah bait pantun tu abg joe, apa2 pun perjalanan hidup ini terlalu berteka teki, cuma ambil masa untuk menjelmakan dia dalam kehidupan realiti
mijie´s last blog ..Tutorial pasang feedburner di blog part 2
pening wooo ini dengan teka-teki kehidupan ini,mijie
…kena settle sebelum melepaskan nafas yang terakhir
jawpannya diri sendiri..
betul tu,man….tapi mau tau ‘diri’ yang mana
….antara ‘kain’,'benang’,'kapas’ kena kenal betul-betul
Mendalam tu bro maksudnya…Inilah perjalanan sebuah kehidupan. Selagi kita bergelar manusia, perkara-perkara sebegini pasti di temui. Teta[i dugaan Bro lebih hebat lagi.
Shaffik´s last blog ..Kerja Kosong, Kerja Kosong, Kerja Kosong…
kena tempoh jugak,bro…dah skripNya begitu.
tu pasal kita menangis sewaktu lahir sebab bimbang tak dapat cari jalan pulang
hmm..rase sedih gila bace post ni..speechless..tp betul..kalo saye jd kamu pun mmg dah mengamuk..*sigh*
kay-N´s last blog ..Telinga Masuk Air
apapun itu kisah lama,kay-N
…namun ‘makhluk’ tu masih tak berubah-ubah perangainya sehingga sekarang walaupun dah berusia lebih 55 tahun.
terima kasih kerana sudi singgah di sini dan meninggalkan komen
adik beradik tak elok bergaduh bro..tp kdg2 ada sebab yg konkrit untuk kita tidak ngam dgn adik beradik sendiri..ini pun melalui pengalaman aku sendiri..
Nadri´s last blog ..The Dangers of Using Debit Card
betul tu,bro….sedarah sedaging belum tentu kita boleh mesra dan kamceng.
kes aku ni bukan setakat tak ngam….pantang berjumpa mesti ada yang patah riuk aku kerjakan….hahaha
ganazwoo main patah riuk.. :O
Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab
kahkahkah….kan gua Sang Gila Api,sam…cari pasal dengan orang gila sendiri mau ingatlah
suke dgn post di ats!! ad mkna, dlm hidup ni!!=)
sekadar berkongsi,fatin
terima kasih singgah di sini dan meninggalkan komen.
tiba2 aku jd sebak bila baca entri bro joe ni..ape pulak jwpn teka teki tu yek..dah dpt jwpn ke belum agknya tu ye
botak´s last blog ..teenagers spendings
secara kasarnya sudah ada jawapannya,botak
…tapi perlu diperhalusi jawapannya dari masa ke semasa.