peluang pekerjaan
gambar: http://tofu4heidi.vox.com/
Selepas singgah di rumah Haji Parno[rumah yang disediakan untuk kakitangan masjid] untuk letak beg aku,Haji Parno membawa aku bersiar-siar di sekitar pekan Kuala Belait.Rupa-rupanya dari terminal feri ke pekan tersebut jaraknya tidak jauh mana pun.Jarak dari pekan ke masjid pun tidaklah jauh.Cukup dengan berjalan kaki,begitu jugak dengan jarak dari rumah Haji Parno ke pekan.Semuanya dekat-dekat je.
Kawasan pekan Kuala Belait ketika itu pada pandangan aku lebih kurang macam Labuan.Kami berdua singgah di kedai mamak[satu-satunya kedai mamak dalam pekan Kuala Belait].Aku sekadar pekena roti kosong bersama kopi panas sebab aku memang tak biasa makan tengahari.
Di kedai mamak,Haji Parno menceritakan serba ringkas tentang peluang pekerjaan dan ia bukanlah suatu berita yang menggembirakan aku.Senang cakap,cerita tentang tukang sapu sampah bergaji lumayan,gaji seorang buruh am pelantar minyak yang lebat adalah kisah lalu dan sudah berlalu !
Namun Haji Parno berjanji membantu mencarikan pekerjaan untuk aku walaupun hakikatnya peluang pekerjaan cukup terhad ketika itu.Lambakan tenaga kerja asing ketika itu di tahap membimbangkan.Warga India dan Filipina menguasai pasaran kerja ketika itu lantas membuatkan pasaran gaji jatuh merundum.Rata-rata pendapatan pekerja asing[buruh am] hanya sekitar 400 brunei dollar.
Dalam perjalanan pulang ke masjid,Haji Parno sempat menunjukkan satu banglo[hostel pekerja] yang dipunyai oleh seorang pengusaha catering yang terkenal,Hajah Sharifah Bafiah[ bakal majikan aku].Selesai Asar,aku mengambil keputusan berjalan-jalan sekitar pekan Kuala Belait sambil-sambil cari peluang pekerjaan.
Tempat pertama yang dituju adalah kedai mamak tadi.Sambil-sambil menunggu pesanan kopi panas sampai aku bertanya pada pengurus kedai,manalah tahu ada kerja kosong.Namun hampa.Habiskan minuman,bayar BD 2.20,aku melangkah longlai menuju ke masjid.
Malamnya setelah makan malam di rumah Haji Parno,kami berdua berbual dengan rancak.Haji Parno sudah berkhidmat dengan masjid Kuala Belait selama hampir 15 tahun.Datang ke Brunei ketika berusia 26 tahun.Bertemu jodoh dengan gadis Brunei,punya anak seramai 3 orang.
Waktu untuk tidur sudah sampai.Aku tidur di ruang tamu menghadap lorong ke dapur.Sebelum bahagian dapur,terdapat bilik air.Aku cukup gelisah malam tu,tak boleh tidur.Kenapa? Sebab ‘penghuni rumah’ sibuk bertanya itu dan ini.
Ketika mata aku terarah pada lorong dapur.Aku nampak bayangan api menyala.Aku bingkas bangun menuju ke dapur.Aku tengok dalam gelap,api dapur gas terpasang.Aku pulas tombol,padamkan api dapur tu.Pelik pulak aku,kenapa sampai terlupa dimatikan dapur gas itu-ketiga-tiga tungku menyala apinya.
Bila aku tersedar dari tidur kerana mahu buang air kecil,aku terkejut-api dapur terpasang semula.Kembali ke tilam,aku dah tak boleh tidur – memikirkan hal ini.
Subuh itu, ketika dalam perjalanan ke masjid,aku beriya-iya menceritakan kepada Haji Parno namun beliau sekadar tersenyum.
*rupa-rupanya,setiap rumah di Brunei,memang dibekalkan secara percuma untuk bekalan gas memasak yang disalurkan menggunakan paip khas.Kalau tak silap aku,penghuni rumah digalakkan sentiasa memasang api dapur sepanjang 24 jam.Alasannya tidaklah aku pasti
*
*setiap kali aku memadam api dapur tu,pembantu rumah akan menyalakan semula api dapur berkenaan*
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Kelasi dah hbs sambung cite pelayan restoran ..
Erm bro egt satu-satu sebab ada tulis diari ke?
kisah di brunei,tak panjang mana pun,wan
aku ingat tapi bukan secara detail.
aku tak pernah mencatitkan dalam diari pun.
sebab gas percuma la kot kn pasang, hehe takpun ada sebab lain…em igtkan tadi ada penunggu ke, heheh
semua cerita bro joe memang menarik
mijie´s last blog ..Cara nak buat theme wordpress senang ke
Haji Parno ada terangkan sebabnya tapi gua dah lupa,mijie
aku pun ingat apa hantu ke yang buka dapur
nak tahu juga kenapa perlu pasang dapur walau pun gas free?
pelik kan?
tehr´s last blog ..Sayang Seorang Suami – Bapa
kahkahkah….bukan hantu daaa,tehr
….tapi memang puas aku diketawakan oleh keluarga Haji tu.
aku dah lupa penjelasan yang diberi oleh Haji Parno tentang hal itu
owh..maybe taknak bg gas tuh tersekat dr mengalir kot? hohohohoho..tak paham gak…
ada sebab yang tertentu,ejon
….tapi saya dah lupa.
perghh.. samapai tahap main buang2 gas nyala api cammtu….
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
antara kemudahan yang diberikan oleh brunei kepada rakyatnya,sam
nasib baik Brunei dgn Muar jauh, kalau tak mau gua gi pack kampit kecik2 gas kat sana jual underground..

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
kahkahkah……lupakan je lah hasrat lu itu,sam
seriously?? dapat bekalan gas percuma??? mak aih.. takkan sentiasa kena pasang sebab nak recycle gas yang terlampau banyak tu kot? mungkin gas berkualiti dieksport, yang kurang kualiti diberi percuma tapi masih berlebihan untuk pakai satu isi rumah. (sekadar spekulasi)..
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
begitulah apa yang dibertahu oleh Haji Parno kepada saya,dila
…bekalan gas secara percuma dan kalau tidak silap saya semua rumah buat macam tu.
alasan berbuat demikian saya dah lupa
mungkin tu salah satu cara Sultan Brunei bersedekah kat rakyat jelata kan. baguslah macam tu. tak macam kat negara kita. negeri empunya minyak pun tak terbela. huhu..
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
cuba tanya kawan yang kerja kat brunei tu,dila
…silap=silap dila akan terkejut mendengarnya tentang segala macam kemudahan yang diberi kepada rakyatnya.
*kalau tak silap saya,bagi ibu-ibu yang bersalin ada elaun khas
*
ok, insyaAllah nanti saya tanya kan. tapi tak silap saya kalau kahwin dengan orang Brunei, memang kena tukar kerakyatan sana kan Bro Johari? tak tau lah itu hanya untuk wanita yg kahwin rakyat Brunei atau lelaki pun kena macam tu juga.
Dila.13´s last blog ..Fakta Oktoberfest
pada saya kalau wanita luar kahwin lelaki brunei kurang bermasalah dari perundangan negara tetapi kalau lelaki luar kahwin dengan perempuan brunei memang susah sikit,dila
mmmmm angah pun tak tahu kenapaaaaa hehehe
angahsayang2314´s last blog .. ReZaKi MuRah
saya sudah diberitahu tapi sudah terlupa,AS
Mati mati aku ingatkan haji Parno ni kawan ngan Bunian,mana la tau kot bunian tu tumpang masak ke?
dnoBiz´s last blog ..‘Kami mahu keadilan’
kahkahkah….jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri,dB
pengalaman abg joe memang pelik2..hehe:)
haha….tiada yang peliklah,madlut
owh begitu kisahnya tentang gas free di brunai, tak pernah pulak tahu tentang hal ini.
ardzham´s last blog ..Dagon Design Sitemap Generator
itu baru pasal gas,belum benda-benda lain yang mana rakyat negara lain memang tak merasa,bang
punyala kaya negara Brunei,gas dibekalkan secara percuma..
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
kaya dan rakyatnya turut sama merasainya,kay