panggilan rezeki
dalam hati aku : ” ini aku dah taip penat-penat panjang berjela janganlah tersimpan dalam draft lagi….cikgu mat dah jeling-jeling tu”
yupp….dah banyak entry yang aku taip tapi tidak dipublishkan…..kenapa? entah ! aku pun tak tau….pagi khamis 25 mac,dengan rasa yang kurang bersemangat aku menghayunkan langkah ke jalan besar…..tunggu bas ke batu pahat dalam kelam subuh….dengan pandangan mata aku yang semakin kabur….aku cuba memastikan bas ke batu pahat tidak terlepas…..maka banyaklah lori-lori,bas kilang yang aku tahan sebab aku sangkakan ia sebuah bas ke batu pahat……maaflah kepada pemandu kenderaan tersebut…..aku yang rabun ni bukan sengaja !
maka di sini aku sertakan gambar tiket bas ke batu pahat tu…..nak amek gambar bas tu,aku tak de kamera….handphone aku jenis cap ayam…..memang tak de kamera(bangla punya handphone lagi canggih…kahkahkah)…..selamat pemandu bas tu nampak aku yang terpacak menahan bas yang dipandunya…..lebih kurang 50 minit sampailah aku di batu pahat.sekali lagi aku sertakan gambar tiket ke johor pulak…..yelah aku nak letak gambarajah akaun paypal yang berisi dengan usd belum lagi nampaknya…..nanti bila dah ada usd dalam tu aku letaklah gambarnya !….sekarang ni layan dulu gambar tiket bas……kahkahkah
kenapa aku ke johor?….macam biasalah …..bekalan candu aku dah habis….kena top up….rambut dah panjang kena gunting….kawan-kawan aku yang terdiri dari segala macam pesara tu dah call aku banyak kali suruh bertandang ke johor…..pekena kopi panas hwa mui dengan roti bakar(entah apa yang sedapnya)….pekena nasi padang, punĀ aku tak tau kat mana sedapnya…..begitu juga dengan bakso…….(jap aku pergi bancuh air kopi panas aku…..yang ni memang sedap !)
“uda….sape tadi nak turun uda” pekik pemandu bas……bila aku bukak mata rupanya baru tiba tol skudai…..@%&@#@….macam haram……sambil-sambil buang taik mata,usap-usap misai aku…..aku sengih sorang-sorang…..nak ke johor ada orang bawak kan…..bangun tidur ada orang kejutkan….perghh…ni dah macam jutawan !….mudah-mudahan….rezeki kalau DIA nak bagi sapa boleh jangka.
sebelum turun kat uda sempatlah berbalas-balas pantun dengan kenalan aku si pemandu bas yang memekik tadi…..”ayam berkokok kepalanya botak,ada rokok mintaklah sekotak” dengan penuh ciri-ciri kemelayuan yang sopan santun si pemandu berhajat mau pow rokok aku…. “buah kelapa atas kotak kayu,kepala otak lu” jawab aku sambil turun tangga bas…..yang pasti aku tak menghampakan hajat si pemandu bas….sambil dia menjawab dengan pantun 1 kerat “thank u”.
ermm dah 349 patah perkatan maka aku kena berhenti merapu….hajat di hati nak tidur….dah banyak hari aku tak tidur sebab sibuk kira duit….biasalah jutawan kan banyak duit….kahkahkah….LOA(law of attraction) mesti mau mantap beb !….kenyataan itu dari angan-angan…kahkah ….yang sebetulnya….KUN FAYA KUN !!!…kihkihkih
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


sekarang kat Jb lagi ke bro
nuaeman´s last blog ..Projek Elektronik Pertama Nuaeman Junior
cikgu mat,urusan sebegitu kebiasaannya aku balik pada hari itu jugak(tak singgah bermalam)
apa punya best la pantun neh… kui.. kui..
Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
hahaha….kita orang melayu ni memang tak lari dari pantun,sam
pantun mmg pedas, tpi sedap sebab dapat sekotak..

Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
bukan pedas cuma bagi sedas……kahkahkah
tapi bukan selalu jumpa pun member tu,sam
…maka sebagai “tanda perpisahan” gua hulurlah rokok tu
biar orang kata apa
pada kita.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
janji kita cuba
perbaiki.gaya penulisan kita.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
aku dulu lagi la.
langsung tiada idea.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
pakej hosting aku pula
kecil.tak mampu tanggung
beban terlalu besar.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua