obleng dari kapal
Bila aku mula mendapatkan bekalan barangan terpakai dari kapal,aku sedar ia memerlukan masa dan tenaga yang lebih.Senang cakap,perjalanan tongkang dari Tanjung Pinang ke perairan Jambi mengambil masa dua hari untuk perjalanan pergi balik termasuk urusan jualbeli barangan terpakai.
Memang agak memenatkan,namun bila dikenang ia merupakan peluang keemasan,aku harungi jugak segala susah payah tersebut.Kecekapan Rio bersama pembantunya dalam menguruskan segala urusan membuatkan aku semakin bersemangat.Aku sendiri perlu mengikut mereka semasa urusan berjalan sebab di antara kami yang boleh berbahasa Inggeris cuma aku seorang.Walaupun bahasa tersebut bukanlah aku mahir sangat menuturkannya……..kahkahkah.
Sebagai bekas kelasi,sudah tentu aku mempunyai kelebihan.Peluang tersebut aku gunakan sebaik mungkin.Kadang-kadang aku mampu mendapatkan bekalan barangan terpakai hanya dengan menukarkan dengan barangan yang aku bawa.Selalunya aku akan menawarkan buah-buahan tempatan seperti tembikai,nenas atau pisang.
Andai maklumat yang aku terima mengatakan bahawa kapal tangki minyak yang akan membawa barangan terpakai,aku sudah tersenyum.Sebagai bekas kelasi kapal tanker aku faham benar “permainan” warga kapal tanker ni……kehkehkeh.Aku tersenyum sebab aku boleh dapatkan barangan terpakai itu secara percuma,kalau pun bermodal,aku sekadar memberi mereka buah-buahan.
Perkara ini menimbulkan tanda tanya pada Rio.Setiap kali urusan selesai,Rio akan bertanya berapa anggaran modal yang dikeluarkan untuk mendapatkan bekalan barangan terpakai tersebut.Bila aku sebut GRATIS [percuma],Rio akan terpinga-pinga seolah-olah tidak mempercayainya.
“Jampi apa yang kamu guna sehingga malim[kapten kapal] memberikan secara gratis segala barangan obleng tu ? ” soal Rio secara berseloroh pada suatu hari ketika sudah segala selesai urusan.
Aku sekadar tersenyum tanpa menjawab persoalan tersebut.Hanya kelasi tanker sahaja yang tahu akan rahsia tersebut !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 

hidup penuh dengan rahsia, nak kena korek lagi ni
mijie´s last blog ..Lawak jepun sekadar hiburan di hujung minggu
yang rahsia memang tak boleh korek,mijie……kahkahkah
hahahaah rahsia boleh korek kalau kena cara
mijie´s last blog ..Jalan-jalan di MAHA 2010
itu tak dinafikan tapi tengok pulak siapa yang orangnya yang menyimpan rahsia tu,mijie…..kehkehkeh
betul tu, orangnya memang kena tengok2 dulu lepas tu baru masuk skit2 ,hahaah
mijie´s last blog ..Cerita semalam yang hangat
kahkahkah…..lu boleh cuba teori ni mana tau ada rezeki,mijie!
hahahah tuah ayam nampak di kaki kan tuah manusia siapa yang tahu
mijie´s last blog ..Cerita semalam yang hangat
kalau bijak “kira pelangkah” memang boleh tahu tuah tersebut[sikit sebanyak],mijie
takpe miji go slow dont be gelonjos hahahaha
dnoBiz´s last blog ..Percutian mengejut – Kejutan Dan perubahan Perancangan
tak pe lah aku guna sistem barter dengan mijie,dB
memang best betul ilmu sistem barter ni… nak korek jugalah!
samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading berada di Karnival Usahawan bandar Kluang
alah….lu pun dah pernah buat benda ni kan,sam?[sistem barter]
Tapi takdelah sebesar muatan kapal…
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
ni bukan kargo daaa…..sekadar barangan terpakai yang dibawa secara sambilan je,sam
angkat2 barang nie memang amik banyak masa ….
zik´s last blog ..Kadar inflasi naik 2di negara kita- bulan lepas 2010!
satu proses yang memerlukan kederat dan otak,zik
…..kalau tidak memang mengeluh kepenatan.
erm kena berhenti-henti kejap ler ,kalau macam tuh…
zik´s last blog ..Jumlah pekerja berkelulusan PHD di Malaysia semakin ramai!
tak boleh berhenti,zik
…..proses kena lakukan dengan cepat![merujuk kepada proses pindah barang dari kapal ke tongkang]
sangatlah betul kata pepatah lama
‘jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman’
ilmu yang terdapat dalam buku2 juga berdasarkan pengalaman si penulisnya
kalau pengalaman sendiri, lagi la sangat berguna untuk kehidupan
tehr´s last blog ..Confirm You Are NOT A Spammer
pengalaman memang tidak boleh dijualbeli,tehr
berjalan biar jauh agar mata dan minda terbuka luas agar boleh menimba pengalaman berharga
apapun di sekeliling kita boleh dijadikan sebagai pelajaran berguna.
memang beruntung kalau kita berkelana, timba pengalaman
samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading berada di Karnival Usahawan bandar Kluang
lu pun dah jauh jugak berkelana,sam
Jauh juga ler..

samdaddycool´s last blog ..Jawatan Kosong- Kuala Lumpur
macam terbang si burung bangau !,sam
Sekarang dah penat merantau, bagai sirih pulang ke ganggang
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
segala bentuk rezeki ada di mana-mana,sam
wah ada teknik rahsia tu..
taknak cerita ke bro
Ps : walaupun bercuti blogging tetap bejalan hahaha
dnoBiz´s last blog ..Percutian Mengejut – Percutian Yang Tidak Dirancang
nanti bro jeo mesti akan cerita nyer..hehe
zik´s last blog ..Kadar inflasi naik 2di negara kita- bulan lepas 2010!
oittt……rahsia mana boleh cerita-cerita,zik
biarlah rahsia,dB …..kahkahkah
macam siti pulak…keke
zik´s last blog ..Jumlah pekerja berkelulusan PHD di Malaysia semakin ramai!
siti?
hehehhe..try jadi kelasi boleh ah tahu..haha
nak tengok jugak jadi kelasi kapal apa,ejon
…..hanya kelasi tanker sahaja yang tau akan perkara tersebut.
kena kapal korak langsung tak dapat rahsia tu jon oi
dnoBiz´s last blog ..Percutian mengejut – Kejutan Dan perubahan Perancangan
kahkahkah….kapal korek memang tak masuk dalam senarai
jampi apa mas? ekeke
suzierahman´s last blog ..Award 11- 12 & 13
enggak mbak….enggak guna jampi,gue guna otak
……kahkahkah
apa maksud obleng tu abg joe??? janganlah asyik berashia shj bak kata CT Nurhaliza…
Jiwa Kacau´s last blog ..Payday Loans
obleng bermaksud barangan terpakai
memang kena rahsia sebab tu rahsia terbesar kelasi kapal tanker
nie pasti gara2 kelasi kapal nak utg sorang kotss..
Jiwa Kacau´s last blog ..Minyak RON95 Naik 5 Sen
kahkahkah…….bukan begitu tapi sebab tu rahsia sulit,bro
dapat barang percuma, kemudian jual, tentulah untung besar! ini baru betul modal sikit untung banyak.
ardzham´s last blog ..Hari Pertama Bekerja Di Snow Wash
kerjanya pun banyak,bang
….nak turunkan barangan dari kapal tanker terpaksa guna kederat yang banyak[ikat barang hulur dengan tali !]
kalau kapal kargo boleh tahan sikit sebab ada mini kren atas kapal
patut kelasi kapal ramai yang tangan besar-besar (mcm popeye)
samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading berada di Karnival Usahawan bandar Kluang
lu dah tengok spanar kapal dalam bilik enjin,sam ?
[zaman gua dah tak jumpa saiz spanar gedabak macam tu]
Spannar kapal laut tak pernah, tapi spannar kapal terbang pernah ler masa keje kat airport Subang tu. Sama tinggi dengan orang pun ada..

samdaddycool´s last blog ..Jawatan Kosong- Kuala Lumpur
lebih kuranglah tu dengan spanar kapal seketika dulu-zaman gua kapal dah canggih sikit,sam
Mula-mula kerja memang terpegun tengok spannar besar macam tu:D
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
kahkahkah….ada bahagian enjin kapal yang boleh di buat tab mandi,sam
aku pun sebenarnya mati akal ngan isu barang terpakai ni. mcmmana kapal tangki boleh bagi barang percuma aje..?
kahkahkah….rahsia diaorang dalam poket aku,LA !….menyebabkan mereka mati akal nak menuntut sebarang bayaran……..kahkahkah
*barangan terpakai yang kapal-kapal bawak ni hanya sekadar sambilan je bukan sebagai kargo *
x sangka org2 kapal pandai buat duit…
Jiwa Kacau´s last blog ..Minyak RON95 Naik 5 Sen
dan membuang duit,bro !……kehkehkeh
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes