mimpi menjadi kenyataan

admin | sembang-sembang | August, 21 2010 | 36 Comments

Akhirnya mimpi Abug menjadi kenyataan.Abug yang bermimpi akan becana kebakaran yang menimpa M.V.JJJJ,aku ceritakan di sini setakat mana yang aku sempat saksikan akan kejadian pada hari itu.Hayati kisah ini,kisah kelasi kapal menyabung nyawa mencari rezeki di tengah lautan.

Hari itu,tarikh aku tak ingat sebab pada aku ia bukan perkara penting sangat.Bukan ia akan disoal di dalam kubur nanti.”Bilakah tarikh kebakaran M.V.JJJJ ?” Pasti tiada soalan begini.Lagipun agak malang kalau kita sebagai manusia yang sebaik-baik kejadian,terpaksa melepak di bawah tanah yang sejuk,gelap dan sempit.Bukan di situ tempat kita.Oleh itu usahakan agar “burung terbang dengan sangkarnya” sekali.Kan janjiNya pasti !

Ok berbalik kepada kisah yang mahu aku ceritakan.Hari itu cuaca sangat baik.Langit terang.Cahaya matahari cukup terik.Sedikit mendamaikan bila ada tiupan angin.Aku melepak atas dek.Mana tahu berkesempatan bertemu dengan Doh Yong…..kehkehkeh.Kapal sedang belayar dengan megah di tengah lautan – sedang menuju ke pelabuhan.

Tadi semasa aku melayan segelas kopi panas kesukaan aku di kafe.Telinga aku masih terdengar perbualan kelasi-kelasi tentang mimpi Abug itu.Masih rancak diperbincangkan.Mereka tak faham konsep Law Of Attraction[LOA] agaknya ! Dan ketika itu aku pun masih tidak faham akan konsep LOA dari sudut metafizik ni…..kehkehkeh.

Bila melepak di tengah hari yang panas terik kemudian ada angin bertiup membelai lembut tubuh,memang mata pun senang nak layu.Walaupun aku bukan jenis suka tidur di siang hari.Badan memang terasa letih sebab tadi semasa duty tadi teruk jugak aku membersihkan tingkat paling bawah dalam bilik enjin.

Dalam hati aku sempat berbisik “Alangkah bagus ketika ini datang bunyi desingan itu,bolehlah aku bertemu dengan Doh Yong itu”.Kemudian tiba-tiba aku terdengar bunyi kecoh….ni aku belum tidur lagi ye dan aku bukan bermimpi ! Bunyi kecoh itu datang dari aras bawah dek kapal[aku duduk di ruang dek yang tertinggi].Malas pulak aku nak pastikan punca kekecohan itu.

Lapang sungguh fikiran bila melepak di ruang paling atas dek ini.Menyaksikan laut dan langit yang luas terbentang di depan mata.Sedap betul mengelamun ketika ini.Selang beberapa jam kemudian.Aku merasa kapal mula memperlahankan kelajuan dan akhirnya berhenti.Kedengaran bunyi kecoh sekali lagi,lebih kecoh dari tadi.

Aku bagai terpaku melihat anak-anak kapal berlari ke sana-sini.Tergamam melihat beberapa orang kelasi terjun dari dek kapal.Dari tempat aku berdiri ini,aku memang pasti salah seorang dari kelasi yang terjun dari dek kapal itu adalah Dewa Dapur ! Aku pun teringat pesanan aku pada DD tempohari agar menyimpan bekalan roti dan biskut dalam kocek jaket keselamatannya itu.

*Memandangkan waktu sekarang ni menghampiri jam 5 petang,aku terpaksa menyambung penulisan ini di lain masa :) *

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

36 Comments

  • At 2010.08.21 19:56, hyprobulksms said:

    Dah suspen saya membaca entry ini, nak tahu tentang Dewa Dapur tu.. tetiba ada pulak to be continue, nak prepare berbuka ler tu..huhu
    hyprobulksms´s last blog ..Teknik pemasaran online My ComLuv Profile

    • At 2010.08.21 21:09, admin said:

      haha….adatlah tu,HBS :) ….tulis sikit-sikit baru boleh update hari-hari….kehkehkeh

    • At 2010.08.21 19:57, tehr said:

      sabar… sabar…
      tehr´s last blog ..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Pertama My ComLuv Profile

      • At 2010.08.21 21:10, admin said:

        ye betul tu,tehr :) ….tambah-tambah di bulan puasa ni…kehkehkeh

      • At 2010.08.21 23:12, mijie said:

        siot je, pukul 5 sempat lagi la brader takper besok kasi sambung lagi
        mijie´s last blog ..Petua parking kereta di shopping complex My ComLuv Profile

        • At 2010.08.22 01:44, admin said:

          kehkehkeh….masuk kul 5 petang memang gua sibuk,mijie :) …insyaallah akan disambung.

          • At 2010.08.22 02:31, mijie said:

            takper la bro, aku sibuk pada jam 7.15 je, hahahaah semuanya org rumah yg buatkan, biasalah dasar laki pemalas, hahaaha
            mijie´s last blog ..Petua parking kereta di shopping complex My ComLuv Profile

            • At 2010.08.22 02:44, admin said:

              hahaha…yang penting lu tolong makan dan habiskan,mijie :) …orang rumah memang tersenyum kalau apa yang dimasaknya licin!

              • At 2010.08.22 03:13, mijie said:

                haahahh tak takper
                mijie´s last blog ..Petua parking kereta di shopping complex My ComLuv Profile

                • At 2010.08.22 03:37, admin said:

                  hehehe….andai gua menyinggung perasaan lu,gua mintak maaf :)

                • At 2010.08.22 13:20, mijie said:

                  mana de bang joe, its ok nak jadi blogger hati kn kental
                  mijie´s last blog ..Hidup seorang blogger part 1 My ComLuv Profile

                • At 2010.08.22 16:20, admin said:

                  hahaha….baguslah kalau macam tu,mijie :)

      • At 2010.08.21 23:30, adamfaiz said:

        tengah saspen sambung pulak..huhuhu…
        adamfaiz´s last blog ..Aksi Terlampau Di Khalayak Ramai My ComLuv Profile

        • At 2010.08.22 01:44, admin said:

          relax,esok masih ada,adam :)

        • At 2010.08.22 00:09, cutezmommy said:

          salam..
          rajinnya tulis entry..tapi memang suspen..tertanya2 apa lagi cerita seterusnya ni?
          cutezmommy´s last blog ..Segalanya Yang Pertama My ComLuv Profile

          • At 2010.08.22 01:48, admin said:

            salam dijawab,

            rajin? ada sebabnya,CM :) ….kalau rajin singgahlah lagi untuk tahu kesudahannnya.

          • At 2010.08.22 00:39, Samdaddycool said:

            tunggu je la episod seterusnya, kalau tak tv3 tak boleh cari makan… :P
            Samdaddycool´s last blog ..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning My ComLuv Profile

          • At 2010.08.22 01:58, Saya Laa Dia said:

            Salam~

            (‘=.=)
            Sudah saspen orang dibuatnya. Tetiba bersambung.. Haha.
            Saya Laa Dia´s last blog ..Mereka Lebih Tahu Menghargai My ComLuv Profile

            • At 2010.08.22 02:45, admin said:

              salam dijawab,

              penulisan dalam blog ni memang macam ni,SLD :)

            • At 2010.08.22 02:01, bujang3 said:

              heh heh heh !!! kena lagi !!!!
              bujang3´s last blog ..Ramadhan 2010 lebih sejuk dan selesa !!! My ComLuv Profile

              • At 2010.08.22 02:48, admin said:

                huishh….mana ada aku nak kenakan ko,bujang :) ….biasalah penulisan dalam blog ni,memang bersambung-sambung.

              • At 2010.08.22 02:56, etomyam said:

                aisehmen….tengah syok nak tahu ni bro…, banyak pertanyaan dlm kepala ni ..esok kena panjang sikit kot hahaha
                etomyam´s last blog ..Lawak La Kot My ComLuv Profile

                • At 2010.08.22 03:39, admin said:

                  hahaha….sebenarnya kalau nak disambung esok pun,sikit je dah tamat kisah kekecohan tu,bro :)

                • At 2010.08.22 09:58, Dila.13 said:

                  alahai.. sekarang ni dah pukul 10am esok hari pun tak sambung lagi? huhuhu… harap-haraplah DD bawak bekalan yang cukup nanti :P
                  Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.22 16:19, admin said:

                    tunggguuu :)

                  • At 2010.08.22 17:06, madlut said:

                    ohh tuhan..cepatlah sambung!!!

                    • At 2010.08.22 20:30, admin said:

                      dah disambung pun,madlut :)

                    • At 2010.08.22 23:33, Konsep jualan happy hour said:

                      [...] aku khusyuk membelek selipar untuk buat raya nanti tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi SIREN kecemasan (macam cerita sangilapi lak) dan aku memang fobia dengan bunyi siren ni semenjak habis rekrut [...]

                      • At 2010.08.23 01:43, admin said:

                        gua nak jawab jugak !….kehkehkeh :)

                    • At 2010.08.23 08:35, khairolghani said:

                      lagi sekali bersambung da..hehe..ko ikut terjun sekali ke?
                      khairolghani´s last blog ..Nilai 10 sen bagi seorang peniaga My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.24 03:35, admin said:

                        macam biasa daa…kehkehkeh

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes