merdeka dari hutang
Bila aku naik kapal[sign in] kat Butterworth,aku naik dengan seba-serbi serabut.Aku malas nak habiskan cuti yang masih berbaki di daratan.Namun bila aku kenangkan cerita-cerita kelasi M.V.JJJJ yang lain aku sedikit tenang.Seperti mana yang diceritakan oleh Kapten Y,ada seorang rakan sekerja aku yang bakal berhenti dalam waktu yang terdekat ini.
Setelah berkhidmat selama hampir 15 tahun[bertukar-tukar kapal],tiada langsung simpanan bila bersara.Jangan kata simpanan malahan berhutang sesama kelasi pun agak banyak.Ketika ini di kafe memang jadi perbualan hangat pasal persaraan kelasi yang sorang ni.
Ada yang setuju menghalalkan sahaja walaupun jumlahnya agak besar.Ada yang masih mengharapkan agar hutang perlu dilangsaikan.Akhirnya satu malam,aku memanggil secara berperingkat-peringkat para kelasi yang aktif berjudi – berbincang pasal ‘duit tong’.
Dipendekkan cerita,separuh ‘duit tong’ bakal diserahkan kepada kelasi yang bakal bersara itu,separuh lagi diagih-agih kepada kelasi-kelasi yang mengharapkan hutang itu dilangsaikan.Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang.Cuma aku mengingatkan mereka ,dari tiada langsung lebih baik ada walaupun sedikit.
Kalau nak diikutkan ‘duit tong’ tu kepunyaan aku.Yelah,aku kan ‘pemungut cukai’…..kehkehkeh.Namun jangan kata seringgit,seposen pun aku tak amek ‘duit tong’ tu.Di hari terakhir di atas kapal,kelasi yang bersara itu dapatlah jugak duit sumbangan yang berjaya dikumpul sebanyak hampir rm12000[termasuk derma kilat]
Pesan aku pada Dewa Judi [kelasi yang bersara ],sebaik mungkin berhentilah dari tabiat berjudi walau aku sendiri akui benda itu memang bukan mudah.Gunakanlah wang sumbangan itu sebaik mungkin.
Hari ni Dewa Judi menyambut ulangtahun kelahirannya yang sama dengan Hari Kemerdekaan yang ke 53,aku harap dia pun sudah merdeka sekarang ni
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



ooo banyak tu duit tong sampai 12000, apa2 pun semoga dewa judi sekarang sudah bebas
mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
jumlah duit tong yang terkumpul adalah lebih kurang rm15k,mijie
…rm8k diserahkan pada DJ dan bakinya untuk pembayaran hutang DJ kpeada kelasi lain.
moga-moga begitulah hendaknya.
bab utang ni yang belum merdeka lagi

adamfaiz´s last blog ..Kalaulah Aku Boleh Terbang Macam Ikan Ni
berhutang atas keperluan tak pe,adam
….jangan berhutang kerana kehendak nafsu.
Bab hutang ni kalau difikir memang buat kepala makin serabut, tapi nak elak dari hutang pun serabut jugak… Tengah bulan mesin basuh rosak, kalau tak hutang kesian kat orang rumah nak basuh baju manual guna tangan, jalan hutang juga TERPAKSA dipilih…
ardzham´s last blog ..53 tahun MERDEKA!
itu satu keperluan,bang
….memang perlu meringankan beban tugas isteri.
nanti dapat job,boleh lum sum satu kali tu.
pergh RM12k, banyak tu, berapa ribu klik iklan kat blog nak dapat banyak tu bro hahaha
etomyam´s last blog ..Malaysia Perlukan Jose Maurinho
boleh jugak dapat banyak tu melalui blog,bro
….bikin satu niche blog letak adsense dengan teknik-teknik tertentu[bukan blackhat] pasti akan tersenyum !
banyaknya duit masuk tong
hutang memang menyeksakan
cuma ada juga makhluk kat atas dunia ni yang tak suka bayar hutang
[hanya suka berhutang]
tehr´s last blog ..Lagu Kebangsaan
duit tong tu dikumpul selama lebih kurang 10 bulan,tehr
….kalau bronko yang pegang tong tu,jumlahnya pasti 3 kali ganda.
jenis macam tu memang liatlah nak settle hutang
…bukan kerana tak mampu tetapi disengajakan.
Nasib baik ada duit tong, kalau tak mati keras si DJ tu
Samdaddycool´s last blog ..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
gara-gara tidak mahu beringat,macam tu lah kesudahannya,sam
wahhh.. mulia jugak hati2 penjudi tegar tu. tapi harap DJ gunakan duit bantuan tu ke arah yang betul la..
Dila.13´s last blog ..Blogger Yang Terkentut GOTCHA Call!
hidup dalam kapal ni,kalau mesra memang kamcing tapi kalau dingin cepat timbul halnya,dila
diharapkan begitulah sebab sudah diingatkan maka tanggungjawab kawan-kawan dah lepas.
memang lepas berenti dari jadi kelasi, bro johari dah tak contact member-member kapal ke? takde yang duduk dekat dengan Muar?
Dila.13´s last blog ..Blogger Yang Terkentut GOTCHA Call!
saya hanya kamceng dengan Abug dan Dewa Dapur,dila
…khabarnya kedua-duanya sudah berhijrah ke luar negara[berkahwin dengan rakyat asing].
yang lain-lain saya memang tak angkat pot
….yang berdekatan dengan kampung saya bukan batch saya[lapis bawah]
pernah dengar seorang kelasi dicampak ke laut dari kapal gara-gara perempuan? tu budak sebelah kampung saya[berita ni dapat liputan akhbar malaysia]
uiks.. berhijrah terus? takpelah.. mungkin rezeki mereka kat sana kot.. tapi pasal kelasi kena campak ke laut tu, memang first time dengar ler.. susah jugak nak hidup atas kapal ni rupanya. kena tengok muka yang sama 24/7 berbulan2 lamanya.
Dila.13´s last blog ..Dari Freelance Writer ke Blogger- 3 Cara Meningkatkan Asas Penulisan Blog
itu memang sebahagian corak kehidupan kelasi dari dulu lagi-berkahwin dengan wanita luar dan terus menetap di sana,dila
hakikatnya bukan senang nak menyesuaikan diri atas kapal ni,kalau tak pandai jaga mulut kita dan hati orang-senang cakap memang cari nahas
wah…banyak jugak duit tong tuh…kalau dah namanya DJ, agak susah nak buang tabiat tu..mudah2an hilang la tabiat tu kan dah dapat duit tong tu
sofian´s last blog ..Reset BIOS password dari Windows dengan CMOS De-animator
haha…tau pun ko,sofian
… kalau dah gelarannya DJ,ikut logik memang ada susah sikit nak buang tabiat tu.
owh..huhu..saya pun kene bg merdeka dulu nih dr hutang..ptptn byk lagi..huhuhuhu…bila la nk bes byar hutang.
err..duit tong tu ape abg joe?
hutang pasal tu tak pe lah,ejon
….itu sebagai keperluan.
senang je nak bagi habis bayar tu,ada lebih bayar lebih-konsep paling senang.
owh.. byk betul duit tong tue… kalu cmpur ngan dah bayar hutang tue msti lg byk… hope dewa judi tue insaf2 lar, ingat – ingat lar.. hidup kt darat lg byk nk pakai duit…
Frogy´s last blog ..Daiso
jumlah terkumpul duit tu hampir rm15k,F
sudah berumur,ada akal,ada tanggungjawab – fikir sendiri! kawan-kawan memang tak boleh membantu selalu.