merantau kali kedua

admin | sembang-sembang | July, 22 2010 | 52 Comments

Inilah rupa seaman card pada tahun 1991,ketika ini seaman card sudah seperti my kad.

Dulu aku merantau ke bandar itu[memang aku rahsiakan lokasinya] untuk kali pertama demi mengejar cita-cita aku yang pada orang lain begitu pelik – menjadi seorang tukang kasut.Akhirnya si tukang kasut itu bertukar menjadi si tukang kusut….kahkahkah.Yupp,memang aku tamatkan dunia tukang kasut itu dengan penuh kusut di fikiran ini ! Bukan kerana Nai tapi ada sebab yang lain…

Kali pertama merantau umur aku baru 18 tahun kini ketika berusia 21 aku merantau untuk kali kedua.Menuju ke Shah Alam sebagai persinggahan.Sebelum bergerak ke Shah Alam,aku sempat berjumpa dengan Kak Pah yang masih belum surut-surut penyakitnya.Melepas rindu pada Gong dan Tok yang dipelihara oleh Nai.

Aku ke Shah Alam bersama Nai dan Auntie Suzy,menginap di sebuah rumah,milik Auntie Suzy di Shah Alam.Dalam perjalanan kami bertiga lebih banyak mendiamkan diri.Aku dah tentu sibuk memikirkan bagaimana nasib aku kelak.Dapatkah kerja kelasi kapal tanpa menjalani kursus terlebih dahulu di ALAM.

Kalau berkursus memerlukan masa selama setahun setengah – agak leceh ! Jadi keesokan harinya,aku akan ke Pusat Wang Kumpulan  Pelaut,Port Kelang[aku tak pasti nama sebenar jabatan ini].Di situ aku akan cuba mendapatkan sebarang maklumat tentang peluang pekerjaan sebagai kelasi kapal.

Jabatan inilah yang mengeluarkan ‘kad pengenalan pelaut’[seaman card]   dan ‘passport pelaut’[seaman book] dan di sinilah tempat para kelasi berurusan segala macam.Boleh jugak aku bertanya dengan jabatan ini,pasal abang aku yang jugak seorang kelasi kapal.Bekerja dengan syarikat mana,sekarang berada di atas kapal mana,sedang belayar di perairan mana.

Malam itu sedang aku berehat sambil fikiran melayang jauh.Kedengaran pintu bilik diketuk dan diikuti dengan suara Nai memanggil nama aku.Aku menuju ke pintu yang berkunci,pulas tombol,kuakkan daun pintu.Nai tersenyum,tercegat di depan pintu kemudian Nai melangkah masuk ke bilik.” Ada hadiah untuk Joe ” Nai bersuara manja sambil tangannya merapatkan pintu.Aku berdiri kaku.Pandangan aku pula terpaku.Fikiran menjadi beku.Suara dah tentu kelu.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

52 Comments

  • At 2010.07.22 09:38, etomyam said:

    wah bro 1991 aku baru terkial2 baca buku nak amik SPM hehehe
    sekali kita dapat card ni kita boleh guna sampai bila-bila lah kot, cuma renew je kalau habis, macam lesen lah tu bro…
    dapat hadiah misteri tu.. :D
    etomyam´s last blog ..What should be in a research objective My ComLuv Profile

    • At 2010.07.22 14:31, admin said:

      mesti SPM dapat keputusan yang baik kan?…selisih umur kita tak jauh,bro :)

      yupp,boleh guna sampai bila-bila cuma kena upgrade dengan sijil-sijil kelayakan yang lain….sekadar renew[masa tu renew 5 tahun sekali]

      sekarang ni kena ada sekurang-kurang 5 sijil yang lain baru boleh naik kapal.

      hadiah?…orang dah nak pergi jauh,bro :)

    • At 2010.07.22 09:53, Samdaddycool said:

      Hadiah misteri.. sungguh manisss saat itu..

      • At 2010.07.22 14:32, admin said:

        walapun tak dapat hidup bersama,dapatlah jugak gua hadiah buat kenang-kenangan,sam :)

      • At 2010.07.22 11:35, zik said:

        wah encemnya bro jeo masa zaman muda dulu2… fuh!!
        zik´s last blog ..Pentingnya post schedule dan draft dalam blogging My ComLuv Profile

        • At 2010.07.22 14:33, admin said:

          masa tu tengah sesuaikan diri dengan kepala berambut,zik….kahkahkah…selalunya botak je!

        • At 2010.07.22 11:49, rohaizad said:

          Cilakak… selalu buat entri tergantung…. orang tengah sedap baca nih!
          rohaizad´s last blog ..Motivasi yang sungguh sweet! My ComLuv Profile

          • At 2010.07.22 14:34, admin said:

            bukan tergantung daaa tapi bersambung,jad :)

          • At 2010.07.22 11:50, rohaizad said:

            Cilakak… selalu buat entri tergantung…. orang tengah sedap baca nih!

            • At 2010.07.22 14:35, admin said:

              sorry lah kalau ada masalah bila nak berkomen,jad….aku pun tak tau blog ni,entah apa biul nya :(

            • At 2010.07.22 14:26, mijie said:

              aisyemen, aksi yang best tu, nanti sambung ini cerita besok
              mijie´s last blog ..Masalah Unidentified network dalam windows 7 My ComLuv Profile

              • At 2010.07.22 15:17, admin said:

                selagi streamyx dan sekutunya tak meragam,blog ni insyaallah akan terus diupdate,mijie :)

                • At 2010.07.22 19:57, mijie said:

                  pasni kasi report sama itu skmm kalau bermslh lagi streamyx bro, kasi ajar itu TM
                  mijie´s last blog ..Masalah Unidentified network dalam windows 7 My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.22 23:45, admin said:

                    “anjing salak bukit” bimbang jadi macam tu je,mijie…gua ni sape lah :(

              • At 2010.07.22 14:37, madlut said:

                wahh..sangilapi tidak botak rupanya..haha

                • At 2010.07.22 15:18, admin said:

                  ketika ini baru bulan kedua,kepala aku tak botak daaa,madlut :)

                • At 2010.07.22 14:52, cookdong said:

                  woo..lain muka dulu ngn sekarang..

                  part last tu bahaya..

                  • At 2010.07.22 15:21, admin said:

                    lain? ko biar betul…sekarang muka aku macam ni lagi apa…kahkahkah

                    bahaya? salah tu….tersangatlah best !….kahkahkah

                    • At 2010.07.23 16:55, Dila said:

                      CD, jangan nyampuk orang bercerita lah.. hehe :)
                      Dila´s last blog ..Cabaran 80 artikel- WordPress Development dan Perkhidmatan Baru - My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.23 18:31, admin said:

                        haha…biarlah dia,dila :) …sementara dia free ni kasi muka kat dia.

                    • At 2010.07.22 17:11, tehr said:

                      dulu aku peminat novel
                      setiap novel akan aku baca sampai habis tanpa henti
                      … ko buat aku geram je
                      hahahaha
                      tehr´s last blog ..Rezeki Raya Di Pasar Minggu My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.22 18:37, admin said:

                        aku pun sama-suka membaca tapi dalam bahasa melayu lah,bahasa lain aku cepat boring[sebenarnya tak berapa faham....kahkahah]

                        ala entry seterusnya bukan bulan depan,tehr :)

                      • At 2010.07.22 21:45, bujang3 said:

                        Salam !!! Lama dah tak singgah sini…. Itu, gambar ko ke bro…. masa muda-muda dulu ek???
                        bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.22 23:49, admin said:

                          ko memang dah lupa url blog ni…hahaha

                          tu gambar tahun 1991,bujang :) …aku sentiasa muda je…kahkahkah

                          *kalau dah terpelanting kat alam syahadah ni semuanya sudah tua,bujang*

                      • At 2010.07.22 21:48, bujang3 said:

                        Untung ko dapat merantau…. ramai orang yang nak merasa merantau ikut kapal cam ko nie….tapi tak berpeluang..kiranya enko nie bertuah lah bro….
                        bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.22 23:51, admin said:

                          benda tu jadi best kalau kategori pelancong kalau dah nama pekerja ni,aku rasa tiada yang best,bujang :)

                          • At 2010.07.24 10:54, bujang3 said:

                            sekurang-kurangnya, ia menambah warna warni kehidupan ko… dan menambahkan pengalaman… jujur aku rasa, pengalaman itulah yang membuatkan ko matang dalam erti kehidupan… memang unik pengalaman ko nie…dari tukang kasut…sehinggalah kerja kapal pulak, lepas nie apa lah yang terjadi…suspen nie!!!
                            bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                            • At 2011.02.06 11:17, admin said:

                              kadang-kadang aku sendiri pening dengan warna kehidupan aku,bujang…..kahkahkah

                        • At 2010.07.22 23:18, botak said:

                          haha..ok lah tu ade suprise dari nai..mesti best ni
                          botak´s last blog ..1st day-pening-2nd day-lets figure out! My ComLuv Profile

                          • At 2010.07.22 23:53, admin said:

                            dah nama hadiah,mestilah best botak !…kahkahkah

                          • At 2010.07.22 23:31, fatinmmj said:

                            alamak…bersambung rupernya..huhuh

                            fatinmmj
                            fatinmmj´s last blog ..Bahaya – Sindrom virus akan melanda manusia! My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.23 00:05, admin said:

                              cara penulisan dalam blog ini memang bersambung-sambung,fatin :)

                            • At 2010.07.23 00:06, HYPROBULKSMS said:

                              Best jugak baca kisah ni, kelasi kerja yang boring.
                              HYPROBULKSMS´s last blog ..HyprobulkSMS MLM terhangat di Malaysia My ComLuv Profile

                              • At 2010.07.23 03:26, admin said:

                                kalau dah nama kerja ni memang tak dapat lari dari perasaan boring dan kita kena pandai untuk mengatasinya,bro :)

                                • At 2010.07.23 09:59, HYPROBULKSMS said:

                                  Bukan boring apa bro, biasalah kerja kan.
                                  Cuma kerinduan pada daratan dan tempat tinggal kita tu yang buat semangat kita tercabar. Mungkin ini kebenaran yang mengatakan kelasi penuh adventure.
                                  HYPROBULKSMS´s last blog ..Buat duit mudah dengan SMS My ComLuv Profile

                                  • At 2010.07.23 15:24, admin said:

                                    itulah yang aku maksudkan di atas dan aku memahami komen bro yang pertama itu :)

                                    nak jadi kelasi kena tabah melalui itu semua dan semua kerjaya samada di darat/laut/udara semuanya ada cabaran yang tersendiri :)

                                    • At 2010.07.24 10:57, bujang3 said:

                                      dan hanya yang tabah saja dapat mengatasi perasaan itu !!! ko salah sorang darinya !!! Besryukurlah atas pengalaman tak ternilai tu !!!
                                      bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                                      • At 2011.02.06 11:15, admin said:

                                        kadang-kadang tergugat jugak ketabahan tu,bujang :)
                                        biasalah manusia bukan robot :)

                            • At 2010.07.23 16:53, Dila said:

                              tahun 1991.. masa tu saya baru.. 6 tahun! hehehe.. dah nak masuk chapter kelasi kapal.. masih menjadi pembaca setia :)
                              Dila´s last blog ..Cabaran 80 artikel- WordPress Development dan Perkhidmatan Baru - My ComLuv Profile

                              • At 2010.07.23 18:36, admin said:

                                1991 tu ada jugak member saya dah kahwin,saya terpaksa ‘kahwin’ dengan kerjaya dulu waktu itu :)

                                terima kasih kerana masih setia membaca walaupun jumlah komen tu ada masalah.

                            • At 2010.07.24 02:05, ardzham said:

                              Kad seaman masih tersimpan hingga kini dalam keadaan baik? Pasti banyak kenangan tergambar difikiran bila menatap kad itu….
                              1991 masa tu abg dah mula bertugas di Pt Bakar Tengah.
                              ardzham´s last blog ..Credit salary RM5566 dari innity My ComLuv Profile

                              • At 2010.07.24 02:23, admin said:

                                seaman kad ni waktu itu macam ic kita yang sebelum mykad,jadi mudah terkopek-kopek di tepinya :)

                                dah jadi warga muar ketika itu ye….baru sekarang dapat berkenalan :) …jadi nama-nama seperti kari dan ontong pasti pernah dengar kan?…sekarang kedua-duanya sudah aruah.

                                • At 2010.07.24 11:36, ardzham said:

                                  Kari abg tak kenal tapi ontong sarno adalah orang yang sangat hebat!
                                  Bayangkan menyorok di balik lalang pun orang tak boleh nampak.
                                  Dia juga pernah membuka bengkel pertukangan kayu di Parit Bakar, Jalan Junid. Rakannya bernama Bani pun ada bengkel pertukangan kayu dan masih beroperasi sehingga kini.
                                  ardzham´s last blog ..Credit salary RM5566 dari innity My ComLuv Profile

                                  • At 2010.07.24 16:24, admin said:

                                    kari dan ontong adalah murid seperguruan…di antara anak murid aruah wak dol,aruah ontong lah murid yang paling handal ![banyak lagi kehebatan aruah ni] :)

                                    mereka dan beberapa orang lagi,adalah barisan ‘legend’ muo seketika dulu.

                              • At 2010.07.27 10:13, khairolghani said:

                                macam ic lama..tapi sempoi la boleh simpan lagi sampai sekarang..
                                khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                                • At 2010.07.27 13:37, admin said:

                                  yupp,betul tu macam ic lama-mudah terkopek ! dari tahun 1991 hingga sekarang ia tersimpan dalam dompet aku,kay :)

                                • At 2011.02.06 00:44, rizal said:

                                  cam ne nk apply keja sebagaikelasi kapal
                                  buntu nie
                                  aku nk sangat kerja kapal
                                  contact me
                                  0176513959

                                  • At 2011.02.06 11:19, admin said:

                                    cuba dapatkan maklumat dari pihak ALAM atau Pejabat Kumpulan Pelaut di Port Klang.
                                    cerita aku ni sekitar awal 90 an.

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)

                                  CommentLuv Enabled
                                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                  Design by: Yoshz Themes