meniti hari sebagai kelasi
Pelayaran pertama dari Pelabuhan Port Dickson menuju Ke Pelabuhan Butterworth[kalau tak silap - aku dah lupa] cukup mencabar ! Laut bergelora.Yelah kalau hujung-hujung tahun memang macam ni lah keadaannya.Aku fikir aku je yang merasa penangan mabuk ni,rupa-rupanya kelasi lain pun turut ‘lentok’ – ‘stim free’ sepatah kata kelasi bila kena mabuk laut ni[tak perlu layan 'barang' pun sudah boleh 'high'.....kehkehkeh]
Dengan kepala yang cukup berat,aku menuju ke bilik enjin.Berpusing-pusing jugak nak mencari laluan menuju ke bilik enjin – sesat barat ! Akhirnya aku jumpa sebuah pintu besi yang menuju ke bilik enjin.Wahh ! Kehangatan suhu mula terasa.Bertingkat-tingkat rupanya bilik enjin ni.Aku sedang berdiri di aras pertama bilik enjin.
Abug memanjat tangga menuju ke arah aku.Meningatkan aku supaya berdiri di situ barang 5- 10 minit[menyesuaikan diri dengan perubahan suhu].Abug yang ketika itu bermata rabak,rancak menerangkan apa jua yang berkaitan dengan kerja sebagai oiler.Perbualan bukanlah boleh didengar dengan jelas – berada dalam bilik enjin,faham-faham je lah
” Yan,nanti tiba kat port,kau nak turun kapal tak ? ” tanya Abug dengan bersungguh-sungguh.Aku sekadar menggeleng kepala.Aku malas nak bercakap atas 2 sebab.Kepala aku tengah berat dan aku tak biasa lagi nak bersembang dalam suasana yang bising itu.
” Turun kapal kita boleh layan kepala ” Abug memberi cadangan.Macam-macam idea yang dikeluarkan Abug bila turun kapal nanti.Aku sekadar tersenyum.Akhirnya Abug menyuruh aku lepak di kafe sekiranya aku bosan atau balik ke kabin kalau ingin berehat.Aku memilih pulang ke kabin.
Oleh kerana terlupa akan pesanan Abug tadi.Bila sampai di kabin,badan aku rasa nak demam pulak.Mana tidaknya,dari suhu yang panas tadi tiba-tiba disejukkan dengan penghawa dingin sepanjang perjalanan menuju ke kabin.Di kabin pun begitu jugak-penghawa dingin sentiasa terpasang.
Aku berbaring.Memikirkan kehidupan sebagai kelasi yang bakal aku tempuh untuk suatu jangka masa yang aku sendiri kurang pasti.2 tahun? 3 tahun ?Atau lebih? Bergaul dengan rakan sekerja biar macam mana pun perangai mereka yang mana aku perlu menatap wajah yang sama saban hari.Di kafe itulah jugak orangnya,di bilik enjin pun orang yang sama,pendek kata di mana-mana sahaja asal dalam kapal memang aku akan terserempak dengan muka yang sama secara berulang-ulang kali !
Hati mula dicengkam rindu ! Rindu dengan ibu,rindu dengan Sitam-kucing jantan aku.Dengan Nai ? Baru aku teringat,aku ada sesuatu untuk menghilangkan rasa rindu itu.Baju kurung ibu dan t-shirt Nai.
Oh ya ! Sementara ada masa terluang ini,ada baiknya aku dengarkan kaset yang Nai berikan itu.Entah apalah isi kaset tersebut.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



mau pekak telinga dgr bunyi enjin lama2..
next post..kaset nai..hehe
pendengaran aku sikit demi sikit mula terjejas walaupun dibekalkan dengan penyumbat telinga[entah apa kenamanya]
nanti upload kat youtube….kahkahkah
saya dapat rasa kan kepeningan dalam enjin kapal tu. sampai baca entri bro ni masih terasa pening dia. Serius!
bilik enjin suatu tempat yang bersuhu tinggi terutama tingkat paling bawah,berbau dengan segala macam jenis minyak dan berbau ‘daun kering’ yang terbakar….kahkahkah
semua adunan perkara di atas sudah cukup menimbulkan kepeningan dan kemualan…itu belum kapal lagi ‘berjoget’!
hahah…abang sy ist 2 3 days naek kapal dia gelakkan orang sbb dia x mabok…tapi, after 1 weeks, dia mabok 3 4 hari la jugak….haha
lupa plak, abang sy tak naik “kapal bunga” rupanya….dia kompeni singapore…and laluan semua oversea lah…
pengalaman mabuk laut kelasi memang berbeza walaupun dalam kapal yang sama
mabuk laut memang suatu proses yang panjang dan berulang-ulang sehingga betul-betul lali barulah keadaan menjadi normal.
ooo..ini jenis kontrak pendek,yang best kalau kena sign in kat pelabuhan luar negara,kompeni bagi tiket penerbangan-pergi naik kapal terbang balik naik kapal laut
macam tu aku rasa,abang ko ada 50K USD !
rilex bro. nanti biasalah tu. hehe.
sastraboy´s last blog ..dua ribu hits!
hahaha…kalau tak biasa pun kena biasakan jugak,SB
*lama menghilang
*
bizilah bro. huhu. tak sangka bro ingat sy lagi. huhu.
* wink wink *
sastraboy´s last blog ..dua ribu hits!
yelah masing-masing ada kewajipan yang perlu dibereskan,nickname ko mudah diingat,lagi satu yang menyebabkan aku ingat adalah kerana ko peminat puisi fynnjamal
tak tahu macam ne agaknya gelora kat laut tuh..huhu
zik´s last blog ..Imam muda minggu ke 9
kalau masa bergelora,ombak setinggi 6-7-8 tingkat rumah pangsa tu perkara biasa[dari paras permukaan laut]
dasyatnya ombak bergelora…perkara biasa bagi kelasi ye..
HidrogeN´s last blog ..Water Dispenser baru dari M6
begitulah keadaannya,H
….kelasi dah macam bola kalau laut bergelora macam ni.
hiush.. takutnya…
zik´s last blog ..Imam muda minggu 10 Kemuncak Imam muda
mujur bukan selalu keadaan begini,zik
Assalamualaikum,
Kak nura mempunyai pengalaman sebegini semasa latihan komander dulu bila kami naik kereta kebal (tank)…berombak-ombak seperti dilaut, ada yang pitam dan termuntah bila keluar dan begitu juga saat mencabar bila mendaki puncak gunung kinabalu, Sabah seperti ni http://wannura.com/ekspedisi-pendakian-gunung-kinabalu-wannura.html
zainura66´s last blog ..Wannura Terapi Produk
asal kata mabuk ni tak kira kat darat ke,laut ke,udara ke memang memberi kesan yang kurang selesa pada kita,kak nura
pernah jugak naik kereta tank ni tapi tak bergeraklah ![pameran]
Kak Nura dah pernah naik tank?? hebatlah!! tabik spring 5 kali! hehe

Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis
kalau yang naik tank yang tak bergerak tu,berapa boleh kali dapat tabik ? dila
aha.. naik tank tak bergerak tu tak boleh tabik.. tu boleh amik gambar je

Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
siap duduk dalam lagi tau,dila
…askar tu kata kalau kereta perisai[yang bertayar tu] dia boleh bawak saya ronda-frust betul ! …kereta kebal[guna rantai(track)besi tu] tak boleh !
bab mabuk, teringat pergi Langkawi naik speed boat feri (satu masa dulu).. pucat lesi muka saya tahan muntah (mabuk woo)
sam,lu bayangkan dari segi saiz feri dan kapal sekarang tahap mabuknya pun begitulah jugak !
…berlipat-lipat kali ganda dan berpanjangan sebab selagi tak jumpa pelabuhan selagi tu lah kapal ‘berjoget’
dah boleh bayangkan macamana mabuk laut
…selamanya aku tak suka dengan mabuk laut
tehr´s last blog ..Hati-hati Bila Berblog
kalau aku memang tak boleh nak elak,tehr…kena hadapi jua walau tak berapa syok
pengalaman 1st time mabuk laut memang sampai bila2 akan lekat dlm ingatan

etomyam´s last blog ..Review Bulan Julai- Jom Bincang!
haha…lagi 2-3 kali jadi biasa ja[lali]
pengalaman pertama memang susah nak dilupakan,bro
ramai orang suka bercakap dalam keadaan bisisng..tak tahu kenapa..ada apa dalam kaset?suara Nai ke?
khairolghani´s last blog ..Ogos menjelma
entah kalau aku rasa tak puas bercakap dalam bising ni,dah tu kena menjerit-jerit pulak tapi dalam bilik enjin tak boleh buat apa lah
dalam kaset? entry selepas ni,kay
takpernah pula aku ketengah laut dgn kapal, kalau naik bot pergi ke pulau tu adalah dan alhamdulillah tak mabuk
mijie´s last blog ..Review Bulan Julai
kalau duduk dalam bot yang beralun tidak mendatangkan mabuk ada kemungkinan bila berada di alur kapal[laluan kapal tengah laut] cepat menyesuaikan diri,mijie
*diandaikan bukan dalam keadaan laut bergelora*
agk-agaknya…apalah cerita Nai tu ye !!!!
bujang3´s last blog ..Abah !!! Kenapa abah hisap rokok
cerita Nai tu? entry berikut akan menjawab persoalan ini,bujang
nasib baik pengalaman nak boat ke statue of liberty tak sengeri naik kapal kat laut dalam.. hehe.. hmm.. kejar lagi posting untuk sampai ke cerita Nai

Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis
tu kira redah sungai atau redah apa,dila ?
itu kat teluk aje.. tapi kalau air waktu tu bergelora memang seram jugak la.. hehe..
Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2
mabuk laut ke,dila ?
Aku memang kalah bab naik bot ni…mabuk!!
adamfaiz´s last blog ..Senarai Hotel – Sijil Halal Sah Untuk Buffet Berbuka Puasa
nanti kalau diselalukan akan jadi biasa,adam
Aku mmg mabuk bab2 bot ni..tapi kalau lame2..mesti biase..alah bisa tegal biasa..betul bro?
hafizmd´s last blog ..Prestasi blog setakat ni
apa benda pun kalau kali pertama memang ada rasa kurang selesa,nanti lama-lama biasa jugak akhirnya,hafizmd