lelong
Minggu pertama kedai barangan terpakai aku tu masih kosong tanpa apa-apa.Tauke dari Singapura itu datang ke tapak kedai untuk memastikan keluasan kedai.Berunding dengan aku jenis barangan terpakai yang mahu dibeli dari dia.Untuk memudahkan pemahaman,barangan terpakai terbahagi pada dua jenis.
Jenis yang pertama datang dari tong sampah[sudah dibuang] dan yang keduanya dari jenis barang pindah[penghuni rumah berpindah tanpa membawa sebarang peralatan dalam rumah sebaliknya menjual secara murah kepada syarikat pengangkutan].
Sudah rezeki aku pada waktu itu,tauke tersebut meminta aku memborong kesemua stok yang ada pada ketika itu,disebabkan tapak stornya di Singapura terpaksa berpindah.Seingat aku lebih 20 trip,3 buah tongkang menguruskan stok tersebut.Setelah rundingan dibuat aku cuma perlu membayar untuk 15 trip sahaja[kira macam kaedah "cuci"].
Di kedai obleng itu,aku menggajikan 2 orang pekerja.Selain itu,Rio dan Benuk turut bekerja dengan aku.Rio,aku perlukan dia sebab mukanya sudah dikenali di Tanjung Pinang dan kawasan sekitar.Dari apa yang aku faham sebelum ini,setiap barangan terpakai dari Singapura dianggap barangan bermutu dan berjenama.Senang cakap jadi satu kebanggaan kalau memilikinya.
Belum pun kedai dibuka untuk jualan,sudah ramai yang datang bertanya.Rio yang bertindak sebagai pegawai pemasaran memang berkesan sungguh kempennya
Bukan setakat pelanggan biasa malah ada juga yang datang ingin mendapatkan bekalan untuk dijual di kawasan sekitar.
Disebabkan sambutan yang bakal diterima begitu menggalakkan.Aku menerapkan konsep jualan secara lelong,sehari satu jenis barangan untuk memudahkan proses jualan.Hari pertama kedai dibuka[minggu keempat aku berada di sana],aku memilih hari Selasa.Lelongan pertama yang aku buat adalah melelong tilam-tilam berbagai saiz[termasuk tilam yang orang panggil totto atau narita tu]
Meriah sungguh ! Kadang-kadang keadaan sampai jadi tidak terkawal sebab ada pelanggan saling berebut tilam idaman mereka………..kahkahkah.Taktik aku membuat jualan lelong secara begitu memang menjadi sungguh ! Ketika jualan lelong berlangsung pintu kedai ditutup,tilam-tilam disusun di luar kedai.
Jualan lelong yang berlangsung seawal pagi itu tamat sebelum jam 11 pagi.Licin ! Hari itu di pelabuhan barang terjadilah pesta usungan.Pelanggan-pelanggan sibuk mengusung tilam[kasur atau lembek] yang dibeli.Para potter[pengangkut barang],para tukang beca semuanya tersenyum sebab hari ini rezeki mereka cukup murah !
Dari hari itu kedai barangan terpakai aku mula meniti dari bibir ke bibir di segenap pelusuk Tanjung Pinang dan pulau yang berdekatan.Toko Obleng Lelong mula jadi bualan hangat
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


Tekni yang berkesan tu bro,

dua dalam satu untung dapat brandding kedai pun dapat
dnoBiz´s last blog ..Aidil Adha – Tetamu Paling Istimewa
teknik yang berkesan dan tepat amat penting dalam perniagaan,dB
….ibaratnya di mana orang kehausan di situ kita jual air.
jenama memang penting dalam perniagaan dan ia suatu kelebihan pada pemiliknya
Sekarang bole buat bisnes ni lagi ke? Cam best plak aku baca..
adamfaiz´s last blog ..Malangkah Nasib Kita
hahaha….boleh lagi tapi persaingannya sengit sebab dah banyak yang mengusahakannya.
tapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
…boleh diusahakan lagi tapi sasarkan barangan tertentu sahaja,contohnya barangan IT seperti komputer/laptop dan seangkatan dengannya.
*sebenar pasaran masih terbuka sebab lubang yang aku dapat dulu bukan semua orang boleh dapat,terutama barangan dari kapal tu
*
perhhh… best kalo dapat lobang neh.. hehehehe
Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence
kalau dapat lubang kapal tu memang durian runtuh,sam
[bergantung jugak pada jenis barangan]
apa lagi Bro johari.. mana tahu dapat pelanggan tetap dari 1Malaysia!
Dila.13´s last blog ..Fakta- Black Friday Untuk Shopping
hahaha…..ini kisah lama,dila
di usia begini,saya dah tak mahu menyerabutkan fikiran,menyibukkan diri dengan memburu wang berlebih-lebih
wah bisness masyuk… eh lelong kat pelabuhan ..bukan lelong kat kedai?
boss´s last blog ..10 kombinasi warna iklan 125×125 untuk blog anda
kedai tu terletak di tepi pelabuhan barang,boss
bergelar org berniaga pasti buat bro tidak dapat menuntut ilmu dng lbh khusus lagi kan
selama 6 bulan aku leka berniaga tanpa aku sedar sesuatu bakal berlaku menyebabkan aku terlepas peluang tersebut[belajar dengan sempurna]
seronok aku baca

arwah ayah aku ada kedai basikal
mak aku pula berkedai runcit hingga sekarang
…aku sendiri tak pandai apa2 dalam berniaga, sekadar tolong beli barang je
tehr´s last blog ..Mata Dan Penglihatan Kita
aruah bapak aku dulu broker segala macam,tehr
…..mungkin dari situ aku ada bakat terpendam dalam berniaga tambahan pula memang aku minat berniaga dan dah biasa berniaga.
mungkin selepas ini,ko berniaga-siapa tau!
anak sulung aku macam minat untuk berniaga

puasa hari tu minta modal dengan aku nak jual air
nampak macam untuk gak sikit2
tehr´s last blog ..Kadar Caruman KWSP Terkini
bagus tu,tehr
….harus diberikan galakan,kalau di usia sebegitu sudah mahu mengorak langkah dalam berniaga.
pada aku sekarang ni,anak-anak bukan perlu setakat pandai belajar[pelajaran] sahaja tapi perlu pandai macam nak hidup[berdikari]
Salam….
mcm best je dgr….kalau aku jadi jurujual, dah lama gulung tikar sebab rasa kesian tgk org membeli..
iza´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha
salam dijawab,
aku pun ada rasa macam tu,iza
…..cuma kena bijak dalam menilai pelanggan.
hehehe…macam biasa, murah sungguh rezeki;)
muka gua memang muka rezeki,madlut…….kahkahkah
wah…macam best je bunyi lelong2 ni..ade buat lagi tak?
sayapmalam´s last blog ..Tips-Kelebihan google chrome
memang best,SM!
….ni kisah lama,sekarang dah tak buat lagi.
tahniah bro joe, nanti ajarkan aku, hehe boleh cari pendapatan sampingan ni
mijie´s last blog ..Terima kasih nuffnang
meniaga macam ni nak kena full time,mijie
….banyak kerja berkaitan nak kena uruskan serta pantas mengambil sebarang keputusan.
semua habis diborong ke???
zik´s last blog ..Maha International 2010- 26 november ini!
licin,zik !
semoga terus maju bro..
Mus´s last blog ..6 Slot Iklan Percuma Untuk Anda Tak Perlu Daftar!! Percuma 5 Jam!!
ini kisah lama,M
….apa pun terima kasih di atas galakan itu.
alhamdulillah rezeki bro yer..best lh ape yg kiter usaha mnjadi.kn kn
suzierahman´s last blog ..Thanks-
yang pasti setiap yang manis ada pahitnya,SR
nampaknya pengangkut barang dan tukang beca pun dapat rezeki lebih kerana perniagaan kau jo. pasti ada doa dari hati mereka untuk kemajuan perniagaan kau kerana mereka juga bersyukur rezeki mereka juga bertambah.
ardzham´s last blog ..Nuffnang Oh Nuffnang
itu adalah pengakuan dari mereka sendiri-pendapatan mereka semakin bertambah sejak TOL dibuka
memang DIA Maha Pemurah – menaburkan rezeki pada setiap makhlukNya.
murah rezki bro…pndai pilih tempat..pandai pilih staff…strategi tu…
hafizmd´s last blog ..Buat USD 5 pertama dari internet…
semua faktor itu perlu dipertimbangkan sebaik mungkin,kalau tidak gigit jari nanti,hafizmd !
alhamdulillah.. semua yang diusahakan dah membuahkan hasil. memang Bro Johari ada rezeki yang sangat murah

Dila.13´s last blog ..Fakta- Black Friday Untuk Shopping
rezeki sentiasa murah kalau sentiasa dikongsi bersama,dila
….tak kira sesama manusia atau dengan binatang.