laung harga

admin | sembang-sembang | November, 19 2010 | 32 Comments

Sepanjang aku di Tanjung Pinang aku ada menyewa bilik di rumah penginapan[hotel] yang berhampiran dengan jeti barang.Bilik tu lebih berfungsi sebagai tempat mandi je dan tempat aku menyimpan duit di samping dapat menumpang talian telepon[sekadar menerima sebarang pesanan].

Baik aku mahupun Rio atau Benuk serta dua pekerja aku tu,kami lebih suka tidur di kedai kecuali waktu barangan memenuhi ruang kedai baru kami semua tidur di bilik penginapan.Memang seronok tidur di kedai sebab dibelai angin laut dan telinga dihiburkan bunyi kocakan air laut.

Kebiasaannya selepas membuat jualan lelong kedai akan ditutup selama 2 atau 3 hari untuk menyiapkan barangan yang hendak dilelong pada hari berikutnya.Selalunya barangan akan dibersihkan atau memasang semula mana-mana perabut yang jenis pasang siap.Sambil-sambil memeriksa barangan elektrik untuk dipastikan semula keadaannya.Ketika inilah aku akan meletakkan harga yang difikir sesuai[selalunya Rio akan memberi pendapat]

Hari demi hari,aku banyak belajar mengenai barangan terpakai ni.Ada satu kali tu,ketika aku membuat lelongan perabot[70 % adalah dari jenis barang pindah],aku secara tak langsung dapat satu idea secara spontan.Itu pun dari kerenah pelanggan,aku dapat idea tersebut :)

Satu pagi setelah hampir selesai keluarkan segala perabot untuk dilelong suasana sudah mula kecoh gara-gara tingkah laku seorang pelanggan yang menanda perabot dengan ikatan tali rapia.Lagi seorang pelanggan pula datang bersama beberapa orang akan mengasingkan perabot tertentu[ni belum beli lagi] dan mereka saling mengaku itu haknya…….kahkahkah.

Keadaan itu memberi ilham pada aku agar pelanggan yang menetapkan harga[kira macam membida jugak].Maka proses laung harga mula berlaku di antara dua pelanggan tersebut.Kebiasaannya kalau terjadi laung harga,aku mampu mendapat harga lebih tinggi dari harga asal yang telah ditetapkan[20% -30%] :) Apa pun harga tersebut masih berbaloi untuk barangan terpakai dari jenis barang pindah ni.

Mereka yang suka melaung harga ni membantu proses lelongan habis lebih cepat sebab mereka membeli dengan banyak.Kebiasaannya aku memberi khidmat potter[pengangkut barang] secara percuma dari kedai ke pengangkutan mereka.

Sejak  Toko Obleng Lelong beroperasi pendapatan potter turut bertambah.Kalau berpendapatan 50 ribu Rp[rupiah] sehari,sudah cukup lumayan ketika itu[rata-rata pendapatan buruh ketika itu adalah 3-5 ribu Rp sehari]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.11.19 08:35, dnoBiz said:

    sambil cari untung dapat juga bantu orang lain menambah rezeki, Tahniah bro
    dnoBiz´s last blog ..Aidil Adha – Tetamu Paling Istimewa My ComLuv Profile

    • At 2010.11.19 13:54, admin said:

      sebenarnya saling bantu-membantu,kalau tak de golongan potter dan tukang beca ni susah jugak aku,dB :)

      • At 2010.11.21 01:04, Samdaddycool said:

        50k rupiah kaloskg sama dengan rm17+ je kan??
        Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence My ComLuv Profile

        • At 2010.11.21 02:44, admin said:

          mungkin kot,sam :) ….kalau tukaran sekaranglah

          *gua harap gua sempat pegang duit rupiah ni – nak jadi jutawan lagi sekali……kahkahkah*

    • At 2010.11.19 11:44, mijie said:

      bro joe dah membantu peningkatan ekonomi di sana, tahniah bro, lu memang hebat
      mijie´s last blog ..Terima kasih nuffnang My ComLuv Profile

      • At 2010.11.19 13:55, admin said:

        rantaian ekonomi,mijie :) …..bila berniaga salah satu unsur penting adalah tenaga buruh untuk melancarkan sesuatu perniagaan itu.

        • At 2010.11.23 15:22, zik said:

          berniaga pun ibadah jugak…

          • At 2010.11.24 02:40, admin said:

            pengertian ibadah itu sendiri cukup luas.zik :)

      • At 2010.11.19 17:23, hirman said:

        Dekat area rengit ada gak dijual brangan secondhand…yang aku tengok bnanyak barang yang baru-baru belaka

        • At 2010.11.20 02:16, admin said:

          Rengit tu memang pusat barangan terpakai,man :) …..tu mungkin jenis dari barang pindah -memang ada yang masih baru !

      • At 2010.11.19 17:35, zik said:

        biasa memang orang beli barang lelong… murah..
        zik´s last blog ..Maha International 2010- 26 november ini! My ComLuv Profile

        • At 2010.11.20 02:17, admin said:

          murah dan masih boleh digunakan lagi,zik :)

        • At 2010.11.19 23:22, abu said:

          Barang lelong yang terpakai ker.. ader meja belajar tak nie nak buat port untuk anak belajar dan aku buat posting blog aku.. ahaks
          abu´s last blog ..Rezeki Kecil Kecilan Datang Lagi My ComLuv Profile

          • At 2010.11.20 02:18, admin said:

            yupp,barangan terpakai,Abu :)

            kalau ko tanya ketika 1994-1997 memang ada,Abu :) …..ni kisah lama aku.

          • At 2010.11.19 23:39, suzierahman said:

            wah berebut2 mereka erk.untung2
            suzierahman´s last blog ..Thanks- My ComLuv Profile

            • At 2010.11.20 02:19, admin said:

              barangan terpakai memang permintaannya tinggi ketika itu tambahan pula tiada saingan,SR :)

            • At 2010.11.20 01:30, Ladfe Amir said:

              sapa kata barang terpakai takde harga..?

              • At 2010.11.20 02:20, admin said:

                kena gaya memang senyum sampai telinga,LA :)

              • At 2010.11.20 05:47, tehr said:

                pasar minggu kat kelantan masih banyak menjual barangan terpakai seperti baju, seluar, kasut, langsir…
                tehr´s last blog ..Kadar Caruman KWSP Terkini My ComLuv Profile

                • At 2010.11.20 13:56, admin said:

                  sehingga kini pasaran barangan terpakai tetap mendapat permintaan ramai,tehr :)

                • At 2010.11.20 18:48, Cikgu Halima@Mohkembara said:

                  Salam Yob, weh jual barang ke… best jer tapi jauhlah pulak. Tima kasih lawat blog Yong tadi. Moh lawat blog kembara Yong lagi ya!
                  Cikgu Halima@Mohkembara´s last blog ..Winter Wonderland Di Kg Deridebi Turkiye My ComLuv Profile

                  • At 2010.11.21 02:47, admin said:

                    salam dijawab,

                    ini kisah lama,CH :)

                    terima kasih jugak kerana meninggalkan komen di sini.

                    insyaallah kalau ada kesempatan masa :)

                  • At 2010.11.23 14:06, hafizmd said:

                    pandai bro amik peluang…ni juga mcam bro ijad cakap…ambil peluang atas peluang…hehe
                    hafizmd´s last blog ..Buat USD 5 pertama dari internet… My ComLuv Profile

                    • At 2010.11.24 02:42, admin said:

                      hehehe…..perlu peka dengan keadaan semasa dan kena cekap menghidu peluang,hafizmd :)

                    • At 2010.11.23 15:21, zik said:

                      peluang yang ada jangan dibiarkan begitu sahaja…

                      • At 2010.11.24 02:43, admin said:

                        peluang yang terlepas sama ertinya menolak tuah/rezeki,zik :)

                        harys digenggam sekemas mungkin sesuatu peluang itu :)

                      • At 2010.11.26 06:08, Dila.13 said:

                        wow! perniagaan ala2 ebay tapi versi toko obleng! siap boleh bidding sampai untuk 20-30%!
                        Dila.13´s last blog ..Fakta- Black Friday Untuk Shopping My ComLuv Profile

                        • At 2010.11.26 18:44, admin said:

                          sayangnya saya ketika itu memang betul-betul buta IT dan tak tahu menjana wang secara online,dila :)

                          • At 2010.12.08 10:58, Dila.13 said:

                            hahaha.. tapi masa tu memanglah online business tu tak berkembang lagi kat asia tenggara! :D
                            Dila.13´s last blog ..Express Learning with Digging Into WordPress My ComLuv Profile

                            • At 2010.12.09 04:07, admin said:

                              cuba bayangkan kalau saya boleh jadi perintis dalam bidang tersebut ketika itu,dila :)

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes