langkah pertama bermula
*gambar di atas merupakan resit pembelian alat ganti kasut yang pertama aku beli(aku masih menyimpan segala resit yang berkaitan )*
persiapan untuk aku update blog
segelas kopi panas.
sebotol air suam.
sekotak rokok djarum black 16 batang,baru bukak…..semua dah ada….start merapu.
1989 bulan 10…persiapan untuk memulakan sebuah perniagaan kecil berbentuk perkhidmatan membaiki kasut di kaki lima dalam fasa-fasa terakhir….lokasinya di tepi sebuah kedai kopi cina yang diberi nama coffee paris….pemilihan lokasi dibuat oleh ibu tersayang….alasan di situ ? “menghadap matahari terbit….mudah-mudahan rezeki ko murah” kata ibu kepada anak bongsunya yang bercita-cita pelik…..gila sangat nak jadi tukang kasut !
kata ibu kata keramat,moga aku tak mati semangat dalam mengharungi dunia perniagaan ni….setelah rundingan antara bang keri dan toke kedai berhasil…..secara rasminya aku dibenarkan menyelit di tepi kedai kopi tu….”lukkuwan” sama “lukkuwan” mesti boleh kawtim, yang berbeza cuma angkanya sahaja….24 dengan 08….antara ‘harimau’ dan ‘naga’.
subuh 2/11/1989….selepas membedal sepinggan nasi berlaukkan telur mata masak kicap dan segelas kopi,aku berbasikal ke bandar muar dalam kelam subuh….kira-kira 10 minit setelah berkayuh ala- ala seorang pelumba basikal(jaraknya 2 1/2 batu dari rumah) aku pun sampai di lokasi.
belum pukul 7 pagi lagi….masuk kedai kopi,aku tolak tong kasut aku keluar….parking cun-cun….bukak tong,keluarkan rak plastik bertingkat,keluarkan kaki tiga,tin gam,kusi rendah,kusi tinggi,pengalas kulit dan segala peralatan yang berkaitan….ok bersedia untuk beroperasi !
aku berdiri menghadap tong kayu putih yang beroda empat tu….drcobbler tulisan berwarna hitam tertulis di setiap sisi…tiba-tiba aku jadi sebak dan nyaris-nyaris air mata menitik……macam-macam yang terbayang dalam fikiran aku…..abah baru meninggal(yang pasti aku gagal memenuhi permintaannya supaya menamatkan pelajaran)….kakak-kakak aku langsung tak bersetuju dengan apa yang buat sekarang……cuma ibu yang memahami !
“ermmm….dik….sini boleh repair kasut perempuan tak ? ” satu suara lembut memadamkan segala kenangan yang bermain di fikiranku sebentar tadi.
“boleh kak,duduk dulu kalau nak tunggu saya siapkan” sambil aku menyambut beg plastik yang berisi kasut.
“bagus adik pilih kat sini…sini laluan orang pegi bank,opis -opis pun banyak sekitar sini”
“lagi satu,orang sebelah sini tak payah nak melintas jalan kalau nak repair kasut ” sambung akak tu…
yupp…..ada seorang tukang kasut minang di tepi kedai “toko manaf” di seberang jalan sana ….dan aku kenal dengan amid,budak minang yang hampir 10 tahun bertukang kasut di situ. …ketika itu ada beberapa tukang kasut dalam bandar muar….semua aku kenal….ghani di bas stand muar(sewa kedai)…uncle di OCBC (tukang kasut yang paling lama-ada kisah menarik yang akan aku ceritakan mengenai uncle ni nanti)….sepol minang di panggung wayang lama….lebih 7 oranglah tukang kasut dalam bandar yang kecil ni.
” singgit setengah kak” aku bersuara sambil menunjukkan apa yang telah aku baiki(ganti tumit getah kecil)
“adik amek lah 2 ringgit,lagi pun adik siap polishkan lagi….kalau kat tempat lain,tentu dah 3 ringgit ” muka akak tu berseri bila melihatkan kasutnya seperti baru.
korang ingin tau berapa keuntungan aku dapat dengan bayaran sebanyak itu ? nak tau belilah nanti e-book yang bakal aku keluarkan(bila tak tau lah…..hahaha)……..tak sabar ? nak terus join seminar ? pun boleh jugak…hahaha
itu baru sepasang kasut….kalau berpuluh-puluh pasang dalam satu hari…..sebulan dah berapa ? itu baru satu jenis kerosakan ! itulah dia mesin duit di kaki lima…..hahaha
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



wahh.. syok cerita ni.. tak sabo nak dengar episode II
hahaha….dah tentu ada punyalah,sam
apalagi yang boleh aku tulis dalam blog selain merapu
hehe…rapuan ker sungguh-sungguh nih. Hehe..keje yg xramai nak buat, mmg la untung kan. org kaya diam-diam
ejoncb´s last blog ..Ber-Blogging Mengikut Logik Akal saya yg xpernah beli ebook n pergi PC.
bersungguh-sungguh untuk merapu
(kisah benar yang ditulis dalam bentuk merapu)
(logiknya permintaan sentiasa ada dari segenap golongan dan status)
ibarat melombong emas di kaki lima-jutawan senyap
*perniagaan yang berdasarkan kemahiran dan kurang diceburi adalah yang terbaik*
best best..citer yang menarik
Hidier´s last blog ..Comfort Zone yang selesa
hahaha….terima kasih kerana singgah di sini dan memberi komen
Merapu tapi lain daripada yang lain.. serius, memang berbeza sungguh. pengalaman yang mungkin 1 ddalam 10 ribu.. jadi Tukang kasut.
samdaddycool´s last blog ..Kickdefella rakus mendaki Alexa
sebenarnya sam,tukang kasut dan blogger ada macam satu ikatan persaudaraan…dalam entry yang akan datang,akan gua ceritakan benda ni
kalau lu cekap lu boleh tangkap maksud gua
owh.. kurang cekaplah utk tangkap.. otak jam, kurang tido laa smlm…

samdaddycool´s last blog ..Koleksi Tudung kanak-kanak
hahaha….memang susah nak tangkap melainkan dia seorang tukang kasut tapi ni teori merapu je
owh..sesunggugnya saya sangat rugi xde pengalaman “unik” macam tuh…nak cari blogging pun payah (dulu lah, lepas seminar dah senang)..haha
aku dalam mencari idea berblogging(personal blog)memang bermasalah cuma yang ada pengalaman yang dilalui…pengalaman sebagai tukang kasut dan kelasi kapal(dua bidang kerjaya dulu)
nak cuba menulis selain dari itu memang aku kekok
secara seriusnya aku teramat suka artikel yg ko buat ni, pengalaman yang betul hebat…
indah kan mencari rezeki sebegitu…
mijie´s last blog ..Ada apa dengan nombor 456?
hahaha…kalau suka baguslah,mijie
keindahannya sukar digambar dengan kata-kata…hanya yang melaluinya, faham akan nikmatnya
betul tu…saya melalui zaman2 susah dan membuatkan saya bersyukur sehingga ke hari ini
mijie´s last blog ..Tanggungjawab seorang pemilik blog atau blogger
rasa syukur itu perlu ada dalam diri kita
mmg bestla citer ni..penceritaan yg sungguh tak bosan..hehe..bile mau kuar second episode?
terima kasih singgah di sini dan sudi berkomen
itu tak susah bro,sila masukkan email di bahagian mau langan?
ni bukan setakat episode dua je….ada berepisode-episode….episode kehidupan tukang kasut…hahaha
personal blog yang ditimpa masalah sudah ok kan ?
Assalamualaikum,
Setiap perbuatan manusia itu mesti ada langkah pertamanya. Kalau tak mula mengorak langkah, sampai bila pun kita tak akan maju.Hidup kita sebagai insan mestilah ada cita-cita dan cinta..baru semua kerja buat yang dilakukan akan menjadi. Biar keji pada pandangan orangramai tapi mulia di sisi Allah swt.
Salam ceria selalu.
salam dijawab,
yupp…kena berani melangkah!macam proses anak kecil belajar menempuh kehidupannya,bermula dengan perkara paling asas
nak buat macam mana,puan…memang kadang-kadang manusia suka menilai orang lain dari sudut sempit
dengan ini kita boleh menilai seseorang itu dari sudut budibahasanya, jiwanya dan mentalnya. Hanya orang berfikiran (mental) sempit yang akan berbuat demikian…tapi ingat, yang paling penting dalam kehidupan kita ialah keyakinan diri.Biar pun ombak atau ribut kencang melanda, namun diri kita tetap utuh di situ…itulah yang dinamakan PENDIRIAN. (Berfalsafah sekejap). Salam ceria selalu.
macam mana nak membina keyakinan dan pendirian?kenallah potensi diri…lepas tu selam lebih dalam….kenallah diri rata-rata(sekadar pendapat)
kalau ada 100,000 pasang kasut kat bandar tu..pergh..memang tak leh nak bayangkan…:D
etomyam´s last blog ..Bagaimana Daftarkan Sekolah Anak
tak payah banyak,bro…10% je…10% je dah cukup,cukup buat si tukang kasut tersenyum
kasut adalah barangan yang digunakan sehari-hari…selepas sebulan je(tumit getah yang kecik tu),pemilik kasut akan berjumpa dengan si tukang kasut semula sebab dah haus/habis tumit getah tu.
sebab tu kalau lunch time,wanita-wanita ni suka berselipar je antara sebab melambatkan kehausan tumit tu…hehehe
Aku rasa kalau buat novel atau filem, mau pecah panggung. Best wehh
rohaizad´s last blog ..Facebook spammer – kenapa senarai Friends rohaizad dot com terlalu “slow?”
yolah sebelum pecah panggung…kepala aku yang ‘pecah’ dulu,jad
laa…yang aku buat ni sebab pandangan dari ko jugak, jad
tapi aku bersetuju sebab aku tak tau nak tulis benda-benda lain
wah bro.. boleh tahan nie… peluang baru yang harus diterokai..

zik´s last blog ..Cara nak lebatkan rambut.
nanti joinlah seminar “bagaimana membaiki kasut sambil mendapatkan pendapatan lumayan” …:)
Kisah hidup sifu “onofficial” ku.. mantap! satu nang dari saya!
Dila.13´s last blog ..WotD: Lexophile
bergurulah pada guru yang sebenar-benar guru….sifu ijad kita
wahhh…terima kasih kerana itu(terutama kalau kamu dapat sesuatu dari entry merapu ini….begitu jugak dengan nang
)
satu tabiat saya yang tak boleh tinggal ialah menyimpan tiket kapal terbang
resit2 tu kalau waktu tu sempena hari-hari yang signifikan je la.. hehe..
berguru dengan sifu ijan insyaAllah akan diusahakan.. huhu..
Dila.13´s last blog ..Kurang Tidur Berisiko Mati Awal
mungkin satu hari apa yang kamu simpan tu akan membawa pulangan…siapa tahu kan?
bolehlah nanti kamu bersama-sama dengan ejoncb(yang sedang menyimpan cita-cita) berguru dengan ijad
bagusnya masih lagi simpan resit tu..satu memori yg bagi aku cukup indah..
khairolghani´s last blog ..makan kulit ayam membahayakan kesihatan
segala resit memang tersimpan rapi….yang tiada cuma gambar-gambar kenangan(hilang dalam simpanan)
kalau bro dah rasa macam tu…..apatah lagi aku!(itu antara sejarah kehidupanku):)
resit tu kena simpan bro utk kenangan & juga standby kalau diminta oleh LHDN..
Nadri´s last blog ..Piala Thomas Edisi 2010 Kuala Lumpur
yupp…betul tu sebab tu hingga kini tersimpan rapi:)
tapi memang bayar cukai pun semata-mata untuk mengesahkan pendapatan atas tujuan tertentu
boleh buat ebook ni semua pengalaman ko sebagai tukang kasut.
tajuknya repair kasut for dummies.orait kan..
wandisini´s last blog ..Tidur Di Waktu Tengah Hari
betul tu,wan….tapi masih dalam perancangan…..antara ebook dan video,aku tengok-tengok buat video lagi senang
[...] tukang kasut mengikut susunan; Bhg 1 – Bila hati sudah suka Bhg 2 – Langkah pertama bermula Bhg 3 – Perjuangan itu Bhg 4 – Tempoh bertenang Bhg 5 – Gaji aku Bhg 6 – [...]
boss,terima kasih
memang menarik perhatian untuk meneruskan bacaan….
bujang3´s last blog ..Menjana Pendapatan Melalui e-book…!!!
terima kasih bujang3…silalah berkunjung di lain kali
perlukan air sirap
nak siapkan kasut.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
tukang kasut tepi
jalan.dah lama aku
tak jumpa.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
dah kena hambat dengan penguasa majlis bandaran
semasa Pasaraya aku
selalu pergi dulu.
ada jumpa tukang kasut.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
sususan kasut biar
jangan teratur.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
sediakan rak kasut.
baru nampak kemas.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended