kopi berperisa aneh

admin | sembang-sembang | July, 30 2010 | 34 Comments

Sambungan dari kisah aku di hari pertama dalam kapal M.V.JJJJ.

Bila aku nyatakan hasrat untuk minum kopi panas.Pemuda yang gemar menghidu gam itu mula bermain isyarat mata.Maka pemuda yang lagi 2 orang itu pun bersetuju untuk ambilkan aku air.Maka tahulah aku bahawa kaki gam ini dianggap ‘kepala’ di antara mereka.Selang beberapa minit,aku tergerak mengajak pemuda ini ke kafe.

Di kafe,ramai jugak kelasi kapal sedang menjamu selera-mungkin waktu makan bagi mereka ini.Aku memilih meja yang berhampiran dengan pintu masuk.Air kopi pun sampai ke meja.Namun bukan seperti mana yang ku pinta.Kopi tarik ! Aku mau kopi panas,kenapa pulak kopi tarik yang dihulurkan.

2 pemuda yang menghantarkan kopi tarik itu pun duduk sekali di meja aku.Ada sedikit perubahan di wajahnya.Wajah gembira berbanding sebelum ini.Di bibir pemuda yang gemar melayan gam itu bagai terselit sebuah senyuman.Dari situ aku sedar,ada sesuatu yang tak kena dengan kopi tarik itu.

” Korang tak minum ke?  ” tanya aku pada mereka.Belum sempat mereka menjawab.Aku terus berkata pada pemuda yang dianggap sebagai ‘kepala’  tu ” Kopi tarik ni kau yang minum ” .Terus bertukar air mukanya ! Dua orang kawannya itu mula menundukkan kepala memandang meja.

Aku sedar setiap kelasi yang sedang makan sebenarnya memerhatikan ke meja aku secara curi-curi.Mereka agak hormat pada ketiga-tiga pemuda yang duduk bersama dengan aku.Bila aku melihatkan pemuda itu masih enggan untuk minum.Aku berbisik sesuatu padanya.Perlahan-lahan tangannya memegang gelas plastik dan merapatkan ke mulutnya,kemudian meneguk  perlahan-lahan.

” Minum sampai habis ” aku berkata sambil menuju ke pintu.” Jangan tak habiskan nanti aku  suruh minum air kencing pulak ” sebelum keluar aku sempat memerhatikan kelasi di meja lain.Ada yang tercengang,ada jugak yang mengangkat ibu jari tanda bagus .Aku  berjalan menuju ke kabin.

Niat aku cuma satu-tidur ! Sebelum memulakan tugas sebagai oiler pada hari pertama bekerja.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

34 Comments

  • At 2010.07.30 07:05, cookdong said:

    depa pedajei apa ngan kopi tu? jr buli sr..hehe

    • At 2010.07.30 15:43, admin said:

      diludahnya seperti jangkaan adam[pengomen di bawah ni] :)

      bukan buli tapi pulangkan paku buah keras,CD :)

    • At 2010.07.30 07:19, boy_bersahaje said:

      Haaa…ape la kesudahan selepas minum kopi tu…cepatla bro..dah x tahan ni hahahaha

      • At 2010.07.30 15:44, admin said:

        hahaha….kesudahannya? perebutan kuasa dan peralihan kuasa,boy :)

      • At 2010.07.30 08:57, mijie said:

        bang, itu kopi ada campur apa? huhuhu sambung2 kami mahu lagi dan lagi
        mijie´s last blog ..Cara Nak Upload Gambar Kat Hosting Sendiri My ComLuv Profile

        • At 2010.07.30 15:45, admin said:

          dicampur dengan air ludah,mijie :)

        • At 2010.07.30 10:38, etomyam said:

          apa yang dibisikkan tu sampai dia tu boleh minum tu? :D
          etomyam´s last blog ..Jadual Waktu Solat- Imsak Dan Buka Puasa 2010 My ComLuv Profile

          • At 2010.07.30 15:47, admin said:

            “pilih antara dua,kopi atau kuasa” itulah antara intipati yang dibisikkan :)

            • At 2010.07.31 02:34, etomyam said:

              pergh, ringkas dan padat, penuh pengertian tu beo :D
              etomyam´s last blog ..WP 301 Auto Update Failed Miserably My ComLuv Profile

              • At 2010.07.31 08:26, admin said:

                mau kuasa silalah habiskan kopi tu,
                kalau enggan habiskan kopi hilanglah kuasa :)

          • At 2010.07.30 11:37, ardzham said:

            Haaa, kan dah nyata, siapa buli siapa… baru hari pertama tu… nak tau jugak apa perisa aneh yang ada dalam kopi tu?
            ardzham´s last blog ..Pencuri yang SENGAL My ComLuv Profile

            • At 2010.07.30 15:50, admin said:

              saya bukan pembuli,bang :) yup,hari pertama di atas kapal tapi kat darat dah tempuh lebih dari ini.

              campuran air ludah !

          • At 2010.07.30 13:05, madlut said:

            cayalah bro..bro memang macam dah masak eh dengan tingkah laku helah mereka..haha

            • At 2010.07.30 15:51, admin said:

              ‘permainan’ yang dah basi dan mudah dikesan,madlut :)

            • At 2010.07.30 15:32, adamfaiz said:

              dah sah kena ludah lah tu…aku yang baca plak sakit hati
              adamfaiz´s last blog ..Bila Melayu Bukan Islam… My ComLuv Profile

              • At 2010.07.30 15:52, admin said:

                hahaha…tepat sekali jangkaan ko,adam ! yang penting bukan aku yang kena minum….kehkehkeh

                • At 2010.07.30 18:30, Samdaddycool said:

                  Ueekkkk.. nasib baik dapat baca… kalo tak ada rasa manisnya, kelat, pahit semmuuuaaa ada.. ngehehehe
                  Samdaddycool´s last blog ..Koleksi Tudung Diamond Labuh XXL My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.30 19:58, admin said:

                    selalu dia kenakan orang kini sendiri minum :)

              • At 2010.07.31 00:30, bujang3 said:

                keh..keh,kehhh!!! sendiri terkena !!!!!
                bujang3´s last blog ..Syukur !!!! Hari yang ditunggu hampir tibaaaa !!!! My ComLuv Profile

                • At 2010.07.31 08:28, admin said:

                  hukum karma,bujang :) ….selalu kenakan orang,sekarang terkena batang hidung sendiri !

              • At 2010.07.31 06:54, assoyfinger67 said:

                salam…baca sambungan arie tu….kao kena buat komik manga nih..haha..best!!!
                assoyfinger67´s last blog ..COMIN SOON! My ComLuv Profile

                • At 2010.07.31 08:29, admin said:

                  salam dijawab.

                  alamak ! walaupun cadangan yang baik tapi agak sukar dilaksanakan,bro :)

                • At 2010.07.31 10:18, zik said:

                  perghh..tak boleh tahan..

                  • At 2010.07.31 15:32, admin said:

                    kerenah kelasi :)

                  • At 2010.08.01 22:31, khairolghani said:

                    kira lepas tu dapat tido tak?ke kena kacau lagi?
                    khairolghani´s last blog ..Ogos menjelma My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.02 00:07, admin said:

                      hehehe…tetap kena kacau,kay :)

                    • At 2010.08.02 19:12, cik kedondong said:

                      kira dorg ni kategori pembuli la eyh atas kapal tu?
                      kalo x ikot dorg buat pe?

                      p/s:hehehe..bru 1st time mlawat..itu pasal komen men terjah je
                      cik kedondong´s last blog ..kenduri kendara My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.02 21:07, admin said:

                        begitulah keadaannya tetapi hanya yang boleh dibulinya sahaja,CK :)

                        terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di sini.

                      • At 2010.08.03 12:57, Dila.13 said:

                        haha.. samseng muar dah tunjuk taring vampire! menarik jugak kisah sailormoon ni. eh, typo.. sailorman! :D
                        Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.03 14:45, admin said:

                          bukan samseng tapi si tukang kasut :)

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes