kisah selepas bersara
Entry ini akan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Tehr,sebaik selesai urusan mengambil lesen scuba diving di Borneo Diver yang berpangkalan di Labuan,aku mengambil keputusan merayap-rayap di bumi Kenyalang terlebih dahulu memandangkan aku belum pernah menjejakkan kaki di sini.Aku sekadar menyinggah di bandar tertentu sahaja.
Bila mahu ke Sarawak dari Labuan,aku terpaksa melalui Brunei.Aku guna bot,feri dan bas untuk sampai ke lokasi yang ingin dituju[Miri].Dalam perjalanan merentasi Brunei,aku teringat suatu ketika dulu heboh kat kampung aku,kalau kerja sapu sampah kat Brunei boleh dapat dua ribu rinngit sebulan![sekitar awal 80 an]
Entah kenapa aku tergerak nak cuba nasib di Brunei sebaik tamat penjelajahan aku di Sarawak.Kalau semasa bekerja kelasi selama 2 tahun,boleh kata aku tak perlu guna duit kini dalam masa seminggu hampir rm4 ribu sudah melayang[perbelanjaan untuk lesen diving,makan minum dan tempat penginapan]
Jadi aku fikir kalau kerja di Brunei tu barang 3-4 bulan bolehlah tambah balik wang simpanan yang telah digunakan.Mujurlah percubaan pertama aku untuk lesen diving tu terus berjaya.Ketika ini jangan harap ada muka-muka jurulatih berkelayakan dari orang sebelah Asia.
Untuk yang memohon lesen scuba diving[tujuan rekrasi] ni pula memang jarang sangat nak jumpa muka Melayu berbanding sekarang.Dan syarat untuk lulus ketika itu amatlah ketat.Bila berjaya mendapatkan lesen diving ni,aku teringat akan impian aku diving bersama Nai.Walaupun gagal memenuhi impian tersebut setidak-tidaknya hasrat untuk memiliki lesen sudah tercapai!
Untuk melahirkan rasa teruja aku itu,aku pun mengambil keputusan menggunakan alamat rumah kedua Nai di Shah Alam untuk urusan kiriman kad diver tu[lesen].Konon-kononnya memberitahu pada Nai secara tidak langsung,tanpa aku sedari tindakan tersebut adalah suatu tindakan bodoh…..kahkahkah.
Yang mana akhirnya aku kena ambil lesen semula untuk kali kedua !….kahkahkah.Sedikit info pasal scuba diving.Bila dah lulus,pemohon akan diberikan kad diver sementara sebelum kad sebenar diproses di ibu pejabat dan dikirimkan kepada pemohon.
Inilah kad sementara yang aku maksudkan sebelum kad sebenar dikirimkan pada alamat yang tercatit dalam borang.Ini kali kedua aku ambil lesen ketika 2004.
Ni pula kad sebenar.Disebabkan dah terlalu lama dalam dompet maka gambar aku jadi macam tu,yang putih-putih atas kepala aku tu bukanlah uban………kahkahkah.Betul tak Mijie dan Sam ?
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 





betul2.. hencem lagi brader Joe ni.. Rambut hitam. Cuma biasanya tak pernah panjang, asyik kena tebas je rambut tu.
p/s- lain kali jumpa nak tgk lesen tu..
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
gua memang selesa dengan gaya rambut yang begitu,sam
*boleh cuma lu kena ingatkan sebab gua agak pelupa orangnya*
wokeh.. Nanti bawak album gambo sekali..

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
kalau gambar ada dalam simpanan gua,dah lama gua masukkan dalam blog ni.sam
laaa… takpe lah, gambo nai pon bole…

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
pun tiada dalam simpanan gua,sudah dipulangkan kepada tuan badan,sam
hahahaha…suka menebas rambut ker?..
eh, lesen dive tak boleh wat balik ker kalau lost?
mudah dan ringkas,ejon
bukan tak boleh tapi banyak songel yang perlu dilalui
….lagi cepat kalau amek lagi sekali.
tak sabar aku nak baca pasal kisah di brunei, em pasal rambut tu, abg joe memang confirm rambut dia hitam, takder uban langsung, nampak mcm baru 30 je, memang patut pun nai tu tergilakan dia
mijie´s last blog ..Sesi terjah Pantai Bagan Lalang
kisah brunei pendek je,mijie
…rasanya 1-2 entry sudah tamat.
30? ye ke? kahkahkah……..sebenarnya Nai memilih gua bukan sebab paras rupa tapi disebabkan perangai gila gua
bestnye dive..teringin tapi xreti..huhu
cik tom´s last blog ..Rahsia Terbesar Hidupku
dive memang best!,CT
disebabkan tak reti tu lah kena amek lesen
wow, syok nya..
diraja22´s last blog ..SULTAN MUHAMMAD V
memang syok !,D22
aku rasa la, kali ni nai akan terbang ke miri
maklum saja, sebelum ni takkan la dia nak ikut naik kapal jadi kelasi
ya dak?
hehehe
tehr´s last blog ..Nampak iPhone 4 Di Rumah
sebenarnya Nai cukup mengerti andai aku memberi tanda[memberitahu] bahawa aku berada di sesuatu lokasi,itu bermakna aku sudah pun meninggalkan lokasi tersebut[Labuan],tehr
wah nostalgia la bang jeo… tak sangka ya masih lagi simpan , eh kepala tuh mana ada uban bang jeo… muda lagi tuh…sekarang nie lagi muda… hehe
zik´s last blog ..Lee Chong Wei Juara Terbuka Jepun 2010!!
yang itu kad sementara pada 2004 bukan kad sementara 1993,zik
…kad sementara 1993 sudah hilang entah di mana.
kalau tak nampak macam uban baguslah……kahkahkah
ermmm tapi kalau ada uban ni lagi bagus supaya mengingatkan kita pada waktu kematian semakin hampir
Nak belajar juga scuba ni…
Berapa lama yek belajar scuba ni dari zero??
Aku berenang pun x reti lg ni…heheheh
aktechpage.com´s last blog ..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia
berenang dan diving adalah dua perkara yang berbeza,mal
….tak tahu berenang masih boleh diving sebab diving itu menggunakan peralatan.
berapa lama? kelas teori kebiasaannya 8 jam dan kelas amali 8 jam jugak,dipratikkan di kolam renang khas sebelum menjalani ujian sebenar di laut lepas
*kelas teori dan amali bergantung pada keyakinan pemohon lesen*
kat muo takde ke kelas scuba diving ni??
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
kalau ada pun…..kat mana ujian diving akan berlangsung?,sam
….gua rasa tiada tempat yang sesuai di sini untuk buat open water tu
Thx for info Abg Jai…
Lain yek berenang dgn scuba ni…
aktechpage.com´s last blog ..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia
jai mana pulak ni,mal….kahkahkah
yupp….memang berbeza,aku rasa scuba ni lagi mudah berbanding belajar berenang,mal
Kat Tanjung tak okey ke??

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
kalau tempat tu ok,dah lama geng-geng diver,diving kat situ,sam
diving cari kepah/tiram ada le tapi cuba lu tanya dengan penyelam kepah tu bagaimana perasaan diaorang ketika menyelam kat tanjung tu
hahaha.. siap dapatkan confirmation dari Bro Mijie & Bro Sam. hehe.. takpe.. pernah dah terserempak dengan gambar Bro Johari waktu berjalan2 kat blog En Rohaizad

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
sekadar melawak je ,dila
…tapi tu kira bukti kukuh!…kehkehkeh
kebetulan jadi anak murid pada sifu ijad,jadi kat situlah ada gambar saya yang terselit
Yelah Bro Johari.. kelebihan dunia tanpa sempadan. boleh kenal rakan-rakan online walaupun tak pernah berjumpa face-to-face

Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
orang-orang lama dah guna kaedah ni walaupun dulu-dulu belum ada kemudahan IT ni,dila
…..”belum berjumpa sudah bersua”
lesen diving nie kena renew tiap2 tahun ker, bro….!!!
Tapi ..rasanya aku tentu tak boleh amik lesen nie… sebab aku tak boleh tenggelam..pelampung dah banyak !!! hehehee !!!
bujang3´s last blog ..Jika kau fikirkan kau boleh !!!!
tidak perlu….itu lesen seumur hidup,bujang
[kes aku pasal aku malas nak cari dokumen yang diperlukan,tu pasal aku amek lagi sekali]
tentang ni ko jangan risau,ada teknik tertentu di samping bantuan alat pemberat[mengikut kesesuaian berat badan]
Aku masa sekolah dulu ada degar pasal gaji kat Brunai dari seorang kawan bapa aku, dia jagi guru Agama kat sana gaji rm 6k sebulan. terus aku berangan nak jadi ustaz, tapi tak kesampaian mungkin sebab niat aku tak betol hehehe.
Ps : Cepat la sambung cerita kat brunai tu bro
dnoBiz´s last blog ..Perhimpunan Perkasa – Dihadiri Hampir 20 Ribu Orang Melayu
apa yang ko dengar ni adalah benar,dB
kebanyakan golongan pekerja dalam bidang ugama diimport khas oleh kerajaan brunei
masih boleh diperbetulkan lagi niat tu
hmm.. agaknya berapalah pendapatan sorang kawan saya yang jadi jurulatih pasukan lumba basikal brunei tu.. dia kat sana dah nak dekat setahun. huhu…
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
yang pasti memang lumayan tambahan pula kalau pelatihnya memenangi pingat di sebarang kejohanan,dila
betul jugak tu Bro Johari. walaupun hanya in charge kat pasukan SUKMA atau sukan SEA, mau dapat pangkat ‘Datuk’ kat sana sebagai penghargaan. tapi masalah kekurangan atlit sukar nak bendung kat sana sebab rakyatnya sikit sangat.
Dila.13´s last blog ..Fakta Oktoberfest
rasanya rakyat mereka sudah tidak hairan dengan tawaran yang bakal dijanjikan untuk sesiapa yang berjaya dalam bidang sukan,dila
Dah agak jauh terlepas bro, mungkin untuk jadi imam keluarga sediri masih boleh, hehehe
dnoBiz´s last blog ..Perhimpunan Perkasa – Dihadiri Hampir 20 Ribu Orang Melayu
kalau dah keluarga ni memang susah sikit nak merantau,dB
itu pun sudah memadai
bro..hehe..muka lu memang brutal la..tak heran la orang nak panggil gangster ke, jerung ke..hehe, memang nampak garang
kalau ko jumpa aku suatu masa nanti,tentu pendapat ko berubah,madlut….kahkahkah
Bole caya ke Madlut??

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
tengok misai dia sam…bertaring tue..
Bro: insyaallah, kita akn berjumpa…tak lama lagi dah..
(secara kebetulan, semasa aku pergi sabah, aku jugak pernah jumpa orang yang mukanya memang seiras abang joe…misai taring dan botak, masa tue aku dekat tawau, tapi dia memang peramah baek dan peramah orangnya)
ko kena cari keluarga ikan duri kat muo pulak ke,madlut?
ko belum jumpa aku macam mana ko boleh kata mamat tu seiras dengan aku,madlut
….ada ko ambil gambarnya?
err…aku rasa seiras berasaskan gambar bro yang aku tengok dari blog ini dulu..hehe
ooo….macam tu tapi kalau betul seiras,aku nak cari mamat tu nanti,madlut
kalau lelaki tengok timbul bengis,
kalau perempuan tengok timbul manis……agaknyalah….kahkahkah
muka ko nampak ganas..hehe..member2 aku yg ambil kos bio-marin semuanya ada kad diving..lepas tu berlagak dengan aku..tak patut betul..
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
ganas? betul ke,kay ?
hahaha….apalah yang nak dibanggakan dengan kad yang sekeping tu?
pada aku,yang penting jiwa diver tu,kay….sebenarnya bila diving banyak benda yang boleh menginsafkan kita,kay
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes