kesilapan itu perlu
Dari sehari ke sehari,Benuk,Akok dan Giman semakin faham tugas mereka.Sudah bijak menilai barangan terpakai.Mereka sudah boleh bekerja tanpa arahan dari aku.Kini satu pintu kedai sudah dibuka untuk jualan harian.Ada 2-3 orang potter yang bekerja secara sambilan di bawah pengawasan Benuk.
Barangan terpakai yang dijual semakin baik kualitinya[banyak barangan dari jenis pindah rumah setelah aku berjaya mendapatkan kepercayaan penuh dari tauke Singapura itu].Namun barangan dari tong sampah tetap aku ambil demi memenuhi permintaan dari golongan agak kurang mampu.
Masuk bulan ketiga pasaran barangan terpakai ini mula menerima pelanggan dari Jambi dan Jogja[sebuah kota yang digelar kota pelajar-kawasan berlaku kejadian gunung berapi baru-baru ini].Sehingga itu,aku masih belum-belum sempat menjejakkan kaki di Telok Majlis
Antara rezeki yang boleh aku anggap sebagai durian runtuh bila dapat barangan terpakai dari hotel[hotel 3 bintang atau 4 bintang].Tauke Singapura itu tidak akan sama sekali menyimpan di stornya disebabkan barangan tersebut dalam jumlah yang banyak.
Mengendalikan urusan barangan terpakai dari hotel memang menimbulkan sedikit kelam-kabut pada aku.Antaranya penyediaan tapak untuk menyimpan barangan tersebut.Mujurlah Rio cekap menguruskan segala urusan di jeti barang kalau tidak,aku lagi kelam kabut !
Aku terpaksa menyewa sebuah rumah untuk dijadikan stor.Oleh kerana ini pengalaman pertama aku menguruskan barangan terpakai dalam jumlah yang begitu besar maka ada kesilapan yang aku belajar……kahkahkah.Antaranya,kos pengangkutan.Aku terpaksa keluar lebih belanja,atas faktor lokasi stor tidak sesuai.
Bila aku kenangkan semula keadaan tersebut,aku tersenyum di atas kesilapan yang aku lakukan ! Bayangkanlah selama 4 hari penat menguruskan barangan dari jeti ke stor[dari tongkang terus masuk dalam lori].Kemudian selang dua hari selepas itu,hampir separuh barangan dalam stor terpaksa diangkut semula ke jeti !
Nanti aku ceritakan kenapa perkara itu terjadi
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


Belajar dari kesilapan adalah salah satu prosese pembelajaran…
betul tu,pengalaman adalah guru yang terbaik,MC
memang pengalaman antara sifu yang terbaik… (tapi lepas buat silap kehkehkeh)
Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence
sedangkan guru[contoh] ada di depan mata pun kadang-kadang masih tersilap lagi,sam
…..apatah lagi kalau tiada gurunya.
Jangan salah pilih guru..
samdaddycool´s last blog ..Jawatan Kosong- Kuala Lumpur
itu lagilah ke laut jadinya nanti !
kesilapanlah yg mendorong kita pergi ke level lbh atas.
tapi jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama,LA
…..padah jawabnya !
aku mmg suka buat silap..try n error. org sekeliling aku je yg tak faham cara aku ni.
try n error tu lain,LA
….sebab sudah bersedia dengan apa jua keputusannya dan pastilah ia menjadi suatu pendorong untuk terus mencuba.
*prinsip aku senang je,abaikan kata orang,yang penting kita sedar apa yang kita buat-itu sudah memadai
*
kalau stor jauh dari jeti, memang le rugi, bro
banyak belanja nak bayar pengangkutan tu
tehr´s last blog ..Kilat Seminggu Cinta
setiap kali aku teringatkan hal ni pasti aku tersenyum sendirian,tehr
untuk menyewa tempat yang berhampiran dengan jeti memang sukar-sentiasa penuh dengan penyewa
….apatah lagi kalau mahukan secara serta-merta.
Kesilapan menjadi penerus masa depan yang lebih baik!

Mujahadah mj´s last blog ..Just A dReam
dengan satu syarat,jangan diulangi kesilapan yang sama,M
aku tunggu entri yang seterusnya…kesilapan itu perlu dalam kehidupan
mijie´s last blog ..Muhammad Fahim di pantai cahaya bulan
cuma jangan sampai mengulangi kesilapan yang sama,mijie
pengalaman menjadikan kita semakin matang…
Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence
betul tu,andai kita ingin ambil iktibar dari pengalaman lalu,sam
pengalaman membolehkan kita revover balik apa2 yang perlu dibaiki…
zik´s last blog ..Dimensi dunia fotografi di malaysia
seandainya ingin belajar sesuatu dari perkara lepas kita akan dapat faedahnya,zik
Silap sekali tak apa. Jangan silap berkali-kali tapi masih tak paham2. Semoga sukses slalu bro.
Anwar Osman´s last blog ..Kaspersky Antivirus 2010 License Update using 2011 License Code
kalau melakukan kesilapan yang sama berkali-kali,maknanya ada yang tak kena tu,AO
….tapi memang ada yang begitu sikapnya.
sekali silap itu pembelajaran

silap kali kedua itu nasib
kali ketiga itu kecuaiaan tai masuk keampat kali silap yang sama itu bebal
dnoBiz´s last blog ..Peluang Perniagaan – Berani Untuk Gagal- Tapi Beranikah Untuk Hilang
manusia memang melakukan kesilapan,dB
…..tapi kalau masih mengulangi kesilapan yang sama itu dipanggil manusia yang sia-sia.
cantik…aku bace entri lepas ni…bace ape yg berlaku sebenarnya…hehe
hafizmd´s last blog ..Buat USD 5 pertama dari internet…
hehehe…..sila…sila
kos pengangkutan memang banyak guna juga tuh… logistik katanya…
zik´s last blog ..Dimensi dunia fotografi di malaysia
suatu kesilapan di situ,aku lakukan,zik
tampa kesilapan kita tak kan kemana-mana, dari kesilapan kita menperolehi pembelajaran,
wan muhamad´s last blog ..mana satu aku nak pilih
belajar dari kesilapan adalah suatu pengalaman yang berharga,WM
kota jogja, kota pelajar.. kota asal sheila on 7. antara pengalaman bersukan yang tak boleh saya lupa ialah ke jogja. waktu tu bukan je bawak balik pingat (wlpn pingat perak aje), kat situ jugak tidur malam tergannggu dek gempa bumi kecil. nasib baik tidur hotel chalet, bukan hotel bertingkat2. kalau tak, gegaran mesti terasa extra!
Dila.13´s last blog ..Fakta- Black Friday Untuk Shopping
anak-anak jogja dan bandung memang terkenal dengan bakat seni mereka,dila
sebelum bencana tsunami gegaran kecil tidak diindahkan,tak macam sekarang,gegaran kecil pun jadi berita utama.
siapa yang pernah merasa gempa bumi ni,tahulah betapa peningnya kepala[walaupun gempa kecil]- patutlah mangsa gempa yang terselamat begitu trauma !
betul tu Bro Johari. biar kecil mana gegaran sekarang pun, mesti lari bertempiaran cari padang luas. dulu boleh tahan lagi lindung bawah meja. mintak Allah SWT jauhkan kita dari ditimpa malapetaka dan kecelakaan bila berdoa time selesai solat ye, Bro

Dila.13´s last blog ..Express Learning with Digging Into WordPress
kita sekadar mampu berdoa,ketentuanNYA tiada siapa boleh sanggah,dila
dalam bala ada rahmat,dalam rahmat ada nikmat.