kepingan warkah
Aku terus ke kabin,cari semula warkah yang pernah Nai berikan tempohari,yang belum dibaca sehingga habis.Baca dengan perlahan-lahan,tatap baris demi baris.Uncle Hud mohon jasa baik Joe agar kembali ke kedai barangan kulit,bukan sebagai pekerja tetapi sebagai pemilik.Berkongsi niaga bersama Uncle Muzi.
Sejak Auntie Pah sakit.Uncle Hud sudah lama melupakan urusan di kedai.Calon yang sesuai di mata Uncle Hud sebagai penggantinya adalah Joe.Namun Uncle Hud tidak memaksa Joe.Itulah antara baris-baris ayat dalam surat Nai.Sebuah harapan yang disandarkan pada aku.Patutlah Bang Muzi dan Bang Pacat datang mencari aku di syarikat perkapalan untuk berbincang – pada hari yang sama,aku bergerak menuju ke Butterworth.
Ketika fikiran aku jauh melayang,mengimbau kisah aku sebagai seorang tukang kasut.Pintu kabin diketuk.Pesanan dari Kapten Y agar aku ke kabinnya sebelum kapal memulakan pelayaran[seorang kadet dek menyampaikan pesanan tersebut].
Aku mengatur langkah dengan malas ke kabin Kapten Y.Ketuk pintu kabin.Masuk terus duduk atas kerusi di meja kerja.” Terima kasih Jerung kemaskan kabin ” Kapten Y bersuara sambil menghulur beberapa keping warkah.” Surat tu ada dari Nai,Hud dan member-member lu yang rambut panjang tu ” jelas Kapten Y.
” Kalau gua tak jumpa member lu yang rambut panjang tu,gua memang anggap lu sebagai remaja yang masih mentah dalam hidup ” Kapten Y menyambung bebelannya sambil mengeluarkan barangannya dari beg.
” Memang pada mulanya gua hairan cerita lu atas kapal ni,sebagai kelasi paling muda dan kelasi baru dalam kapal ni,lu boleh bertahan dan duduk dalam zone selesa dalam masa yang singkat ” kata Kapten Y sambil merenung ke arah aku.
” Sekarang baru gua tau,gambaran kasar perjalanan hidup lu,perjalanan hidup Sang Gila Api ” ujar Kapten Y dengan niat ingin mengorek lebih dalam kisah aku…..kehkehkeh
Sambil mencapai pen dan kertas kosong,Kapten Y melukis 4 objek.Satu yang kecil[ibarat bayi],satu bersama bola,satu bersama api,satu bersama kuku dan api.” Lu yang mana satu Jerung? ” tanya Kapten Y dengan bersungguh-sungguh.
Aku bingkas bangun meninggalkan kabin dengan sebuah jawapan.Suatu jawapan yang membuatkan Kapten Y berkata ” Lu memang sukar dijangka “………..kahkahkah
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Dia nak berbaik ngan ko tuh..ok pe?
admfaiz´s last blog ..Selamat Hari Raya AidilFitri 2010
kalau dengan Kapten Y tu memang aku tak de masalah,adam
…memang beliau seorang yang mengambil berat.
dah sampai satu tahap penulisan tinggi ni tulis lu bang joe, respek
mijie´s last blog ..Rancang perjalanan pulang hari raya
haha….masih macam dulu jugak,mijie
…masih dengan cara merapu.
apa jawapan tu, bro?
makin tak sabar pulak malam2 minggu ni…
tehr´s last blog ..Aldilfitri Tanpa Tragedi
hehehe….jawapan aku memang tak de kena mengena dengan apa yang dilukis oleh Kapten Y tu
…..dan jangkaannya sama sekali meleset tentang hal itu.
*beliau menyangka pada badan aku ada sebuah lambang[tatto] naga
….mana mungkin aku ‘seekor naga’…..kehkehkeh*
wah, atas kapal pun ada ujian psikologi jugak tu hehe
etomyam´s last blog ..Sejak Bila Pulak Raya Ada Macam Santa Claus Ni
hehehe….itu cuma sebuah pertanyaan tentang tatto,bro
boleh buat novel bersiri ni…
best
cikgunormah@klcitizen´s last blog ..Hari Raya Tahun 1992
hahaha….cukuplah diceritakan dalam blog,KLC
makin mendebarkan bila keluar episod baru..
Dila.13´s last blog ..Hasilkan Salesletter Dengan Pakej Software Newbie
begitulah jugak dengan kehidupan saya suatu masa dulu yang penuh dengan debaran dan selalu mendebarkan orang lain dengan keputusan-keputusan/perilaku saya,dila
…..agaknya lah.
Tiba masa pulak diri kita yang berdebar-debar menunggu perkabaran berita orang lain, betul tak Bro Johari?

Dila.13´s last blog ..WotD- Enfant Terrible
ermmm…ianya lebih kepada membuatkan saya tertanya-tanya dan kalau pun ada debaran itu hanyalah cuma sedikit,dila
nak kena lepak selalu nih..best pulak baca cerita nih

sofian´s last blog ..Reset BIOS password dari Windows dengan CMOS De-animator
kalau sudi apa salahnya,sofian
….kalau kena bahagian yang tak best tu,harap-harap dimaafkan sebab aku menulis ikut mood….kehkehkeh
hehehe..suka wat tinggal tanda tanya.. lagi, kesudahan dia atas kapal ker kasut?
hahaha….hidup ini sendiri adalah suatu persoalan,ejon
….oleh itu memang banyak tanda tanya…..sila ikuti entry seterusnya kalau mahukan jawapannya…setuju?
kapten y nie… bukin onar jer….
zik´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER edisi penutup
hehehe…beliau cuma menyampaikan pesanan yang diamanahkan kepadanya,zik
Kapten Y pon pening..

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
bikin orang pening,memang gua punya perangai,sam …..kahkahkah