kenangan terindah

admin | sembang-sembang | September, 24 2010 | 26 Comments

Pejam celik.Pejam celik.Masa berlalu pantas.Kini tibalah masa Kapten Y,menyerahkan semula amanah sebagai kapten kapal kepada yang kapten yang asal.Sesuatu yang membuatkan para kelasi berasa suram-bagai hilang semangat ketika itu.Suka tak suka.mahu tak mahu,itulah kenyataannya-berpisah dengan seorang kapten yang paling ngam di kalangan para kelasi M.V.JJJJ.

Aku terpaksa berterus terang dengan Kapten Y tentang hasrat aku ingin berhenti.Suatu keputusan muktamat! Walaupun ditentang oleh beliau namun akhirnya beliau terpaksa akur dengan keputusan aku itu.Sedikit kata-kata penghargaan buat aku.Sepanjang aku menjadi kelasi muda M.V.JJJJ,dengan “aura kepimpinan” aku banyak perubahan berlaku di kalangan kelasi M.V.JJJJ……kahkahkah! Ini Kapten Y yang cakap bukan aku yang angkat bakul sendiri :)

Kegiatan perjudian aku kawal dengan sempurna-kelasi semakin kurang berhutang semata-mata ingin berjudi.Kadar penagihan jugak turun,,setidak-tidaknya para penagih “tepung” sudah bertukar menjadi penagih “daun”.Bilangan tin-tin gam yang bersepah semakin berkurangan.Itu semua hasil dari nasihat dan tunjuk ajar Jerung kepada teman-temannya…..kehkehkeh.

Hari yang bersejarah pun tiba.Aku dipanggil naik oleh Kapten Y.Seorang oiler dipanggil naik ke ruang legar pemanduan kapal adalah sesuatu yang pelik.Aku sendiri ketika itu kurang pasti apa tujuan beliau.Kemudian aku diberi penerangan ringkas tentang pemanduan kapal.Segala yang berada di kokpit kapal.

Senang cakap aku diberi peluang menjadi kapten kapal barang seminit dua oleh Kapten Y.Pegang ‘stereng kapal’ ! Sebenarnya Kapten Y sedang memujuk aku secara halus agar membatalkan hasrat ingin berhenti.Memang lain macam bila berdiri di kokpit kapal tu.Bangga dan megah !

Aku dipakaikan ‘mahkota’ kapten-topi kapten! Berbaju overall….kahkahkah.Kelasi lain berdiri di hujung dek memandang ke arah aku sambil memberi tabik hormat…..kahkahkah.Dengan penuh bergaya aku menggunakan radio perhubungan melaporkan kapal akan belayar masuk ke pelabuhan-dengan bahasa aku sendiri.” Kapten Jerung sudah bersedia untuk  ‘long side”,begitulah lebih kurang bila aku melaporkan…..kahkahkah.

Best jugak jadi kapten kapal ni! Namun aku sudah ada keputusan yang muktamad.Itulah antara kenangan terindah sepanjang aku bergelar kelasi kapal.Kalau ada yang bertanya tentang jawatan terakhir aku,secara bergurau aku akan cakap,” Gua pernah jadi kapten kapal selama 2 minit !”…………kahkahkah

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

26 Comments

  • At 2010.09.24 20:49, Samdaddycool said:

    Perghh.. 2 minit pengalaman kapten kapal… kira ada gak pengalaman.. Memang Kapten Y nak tengok Jerung pergi lebih jauh.. tapi nak buat camne, dah ada perkiraan yang lain..

    ps – tajuk kenangan terindah ni memang blues!
    Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat! My ComLuv Profile

    • At 2010.09.24 23:27, admin said:

      ala setakat jadi pak pacak je,sam :) ….sebab ada urusan di indon sudah menunggu gua.

  • At 2010.09.24 21:02, mijie said:

    akhirnya, jerung tidak dimakan pujuk rayu dan tekad dengan keputusannya
    mijie´s last blog ..Erti sebuah kebahagiaan My ComLuv Profile

    • At 2010.09.24 23:29, admin said:

      jangan menoleh ke belakang lagi kalau suatu keputusan sudah diambil,mijie :)

      • At 2010.09.24 23:51, mijie said:

        betul tu, kena bulatkan hati dan bertekad
        mijie´s last blog ..Erti sebuah kebahagiaan My ComLuv Profile

        • At 2010.09.25 08:04, admin said:

          sesudah membuat keputusan,langkah akan dimulakan,mijie :) ….tanpa menghiraukan perkara yang lain.

    • At 2010.09.25 00:58, zik said:

      pengalaman tuh… hebat2…
      zik´s last blog ..Doa pagi- zikir diwaktu pagi dan petang My ComLuv Profile

      • At 2010.09.25 08:04, admin said:

        sekadar dua minit je,zik :)

      • At 2010.09.25 07:51, CD said:

        aye aye captain..hehe

        • At 2010.09.25 08:05, admin said:

          kapten mee segera,CD :)

        • At 2010.09.25 20:09, uruchimaru@kf said:

          2 minit tue byk jga ilmu yg d kutip owh !
          uruchimaru@kf´s last blog ..Mari Berhibur – Man in the mirror My ComLuv Profile

          • At 2010.09.26 08:19, admin said:

            bagi aku yang lambat pickup ni,memang agak blur,KF :) ….lebih kepada pak pacak je.

          • At 2010.09.25 21:44, aimannajmy said:

            pergh ni baru 2 minit..ok la utk entri sependek ni..kalo 2 tahun pnya pengalaman..mau la wujud blog khas crita pengalaman jadi kapten ja huhu
            aimannajmy´s last blog ..Cerita Raya Aidilfitri 2010 Part 2 My ComLuv Profile

            • At 2010.09.26 08:21, admin said:

              hahaha….manalah aku layak nak pegang “stereng kapal” tu,AN :) ….aku hanya seorang oiler

            • At 2010.09.26 16:42, ejoncb said:

              hahahhaa…bukan sng tuh nk jd kapten kapal. kene taw byk kan..nk berlabuh, nk tgk tide, nk tgk arah..hohohoho…syabas2.walau 2 minit..

              err…proses pemujukan tak berjaya kan..hehe

              • At 2010.09.26 18:44, admin said:

                sebenarnya semua tu Kapten Y dah selesaikan,saya cuma melaporkan kapal akan long side di dermaga je,ejon :)

                pujukan hanya tinggal pujukan :)

              • At 2010.09.27 11:14, Dila.13 said:

                Tabik spring untuk Kapten Jerung!! 2 minit pun jadilah sebab ada yang berangan nak 2 saat pun tak dapat. haha :)
                Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang! My ComLuv Profile

                • At 2010.09.27 12:03, admin said:

                  hahaha ….sekadar watak sampingan,dila :) ….pak pacak!

                  • At 2010.09.30 09:53, Dila.13 said:

                    watak sampingan pun takpe.. lama2 akan jadi watak utama walaupun kat drama/filem lain. hehe.. :)
                    Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis My ComLuv Profile

                    • At 2010.09.30 10:22, admin said:

                      hahaha….kalau pegang stereng kapal memang tu je lah pengalamannya,dila :) …..tapi kalau stereng speed bot tu ada lah jugak[kat indon]

                • At 2010.09.28 08:28, madlut said:

                  kapten JOE..pergh..sedap nama tue..hehe;)

                  • At 2010.09.28 08:56, admin said:

                    Kapten Jerung daaa….:)

                  • At 2010.10.01 11:02, khairolghani said:

                    bapa mertua aku kapten kapal..seronok bila dia bercerita kisah pelayaran dia..selalu juga ajak aku gi naik kapal,tapi tak berkesempatan..
                    khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu” My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.01 11:34, admin said:

                      kena rasa/lalui pengalaman tu,kay :) ….best!

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv Enabled
                    © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                    Design by: Yoshz Themes