kenangan abadi
gambar: 9w2mdp.blogspot.com
Tanpa membuang masa aku meneruskan sambungan entry sebelum ini.
Dari ruang dek tempat aku melepak,aku dapat melihat wajah cemas DD yang sedang tenggelam timbul di permukaan laut.” Jangan panik !” laung aku pada DD yang agak jauh dari kelasi lain yang sedang terapung-apung itu.Ketika itu seorang kelasi lain sedang berenang ke arah DD namun gagal disebabkan gelombang.
Aku sendiri ketika itu agak panik ! Dalam kepala aku,kapal ni menunggu masa sahaja untuk meletup ! Kalau tidak masa kan anak-anak kapal kelam kabut terjun ke laut sambil berenang menjauhi kapal.Aku berkeliling di ruang dek,mencari tempat yang agak selamat untuk aku terjun.
Di sebelah kanan kapal,aku lihat beberapa orang kelasi sedang sibuk menurunkan bot penyelamat.Ada dua jenis,satu bot jenis fibre dan lagi satu bot pelampung.Suasana riuh rendah ! Kelam – kabut macam di bazar Ramadhan bila waktu berbuka hampir tiba. Siren kecemasan tidak berhenti-henti berbunyi menyebabkan aku semakin panik dan cemas !
Aku masih gagal mencari mencari tempat selamat untuk aku terjun.Dari ketinggian lebih kurang 18-20 kaki dari tempat aku berdiri sekarang sebelum mendarat di atas dek aras bawah.Dari situ barulah aku boleh terjun ke laut.Kalau aku masuk ke dalam ruang kapal,itu lebih membahayakan keselamatan aku walaupun ada laluan bertangga.Mana tahu aku terperangkap di situ.
Aku mesti terjun jugak sebagai langkah terakhir.Akhirnya dengan penuh tekad,aku mula bergayut di penghadang besi ruang dek untuk bersedia terjun.Aku menghayun-hayunkan badan aku supaya lonjakan itu membolehkan aku selamat mendarat di tempat yang aku sasarkan.
Tiba-tiba satu jeritan kedengaran,” Jerung ! Kenapa kau bergayut kat situ ? ” suara milik Abug menjerit kuat.Agak cemas suaranya itu.Sambil bergayut aku menjerit ” Aku nak terjun,kapal nak meletup ni !”.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di kafe,menjelang malam,aku mengamuk ! Sebab? Tiada seorang pun memberitahu pada aku bahawa M.V.JJJJ sedang membuat latihan menyelamat di atas kapal dan di laut.Papan kenyataan di kafe itu habis aku patah-patahkan.Pinggan makan[tray] yang disusun dengan kemas,habis akuĀ terajang,sepak sana-sini macam menyepak bola.
Aku paling panas hati dengan papan kenyataan yang disalahguna,sudah bertukar menjadi ruangan iklan.Siang tadi semasa aku minum di kafe,aku masih ingat kenyataan yang tertulis di papan kenyataan.” MALAM NI PUKUL 9,SAPE ADA MODAL SILA BERKUMPUL DI POT BIASA” – peringatan dari Raja Judi.
Lagi satu iklan,” SAPE ADA SABUN MANDI SEBARANG BRAND,GUA SANGGUP BELI LIMA RING SEKETUL !” -ketuk pintu Tom AB.
Aku nyaris-nyaris patah kaki[kalau aku terjun lah],kelasi lain bantai gelakkan aku yang tak pasal-pasal bergayut nak selamatkan diri dari ‘bencana’ !
*M.V.JJJJ mengadakan latihan menyelamat di luar perairan[laluan kapal] berdekatan dengan sebuah pelabuhan*
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Tapi DD a.k.a dewa dapur tu yang paling real ‘lakonan’ beliau hehe. Jangan-jangan dia pun terkono jugak!
hyprobulksms´s last blog ..Mulakan perniagaan affiliate
DD penakut bila dalam air,HBS
….takutkan hantu air !…kehkehkeh
aduh buat suspen betul la bang joe
p/s: latihan berterusan begitu perlu supaya anak kapal bersedia sekiranya berlaku kecemasan begitu
mijie´s last blog ..Hidup seorang blogger part 1
gua tak tau lah kalau tiba-tiba kapten kapal nak buat latihan mengejut,ini sudah dikhabarkan pun kelam-kabut satu macam,mijie !….gua lainlah sebab tak tau…kehkehkeh
hahaaa !!! terkena pulak laa !!!!
bujang3´s last blog ..Ramadhan 2010 lebih sejuk dan selesa !!!
mujur aku tak patah kaki,tak pasal-pasal nak kena terjun dari ketinggian tu,bujang
alamak bro jeo marah… sebab terkena…. huhu…sabau2..
zik´s last blog ..Hidup seorang blogger
ini macam punya hal pun,dorang nak bawak bergurau,zik
…mana boleh macam tu.
wakakakkaa.. panas hati sampai tukar jadi separa hijau.. hik.. hik..
Samdaddycool´s last blog ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
nasib baik Abug merayau-rayau cari gua,sam
…kalau tidak saje kaki gua boleh patah sebab terjun tu.
adoilah, memang patut bro mengamuk pun, seramai2 org atas kapal tu sorang pun tak leh pesan huhu
err nak tanya, naper sabun sampai 5 ketul harganya kat atas kapal?
etomyam´s last blog ..Lawak La Kot
hal macam tu kenalah dipesan dengan jelas,bro
…bukan main tulis-tulis kat papan kenyataan yang sudah disalahguna tu.
antara keperluan yang sangat bernilai,sape ada stok lebih memang bikin wang
*kelasi turun kapal,dorang takkan hiraukan pasal ni,bila dah belayar baru sedar keperluan untuk kebersihan diri sudah kehabisan*
kalo nak buka kedai runcit atas kapal, diaorang bagi tak??
Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata
dah tentu naik kapal tu untuk bekerja,sam
…bukan untuk berniaga.
jadi jawapannya tak boleh.
laa…
hahaha hahaha
tehr´s last blog ..Apabila Jejari Mula Menari
yolah tu…gelakkan aku,tehr
…tapi memang,satu kapal gelakkan aku selepas peristiwa itu.
ok la tu bang joe. diorang iklan free. so x yah bayar kos pengiklanan tu muahahahahaha
ok? aku yang jadi mangsa,boy
cit..terkena pulak kan..memang tak patut..sabar jela bro..hehe
khairolghani´s last blog ..Nilai 10 sen bagi seorang peniaga
tu kira bersabarlah,kay
…sebab tak de kelasi lain yang aku suruh bergayut kat penghadang besi tu.
err… tak tahu nak gelak atau nak turut simpati kat Bro Johari.. memang patut pun peristiwa ni jadi kenangan abadi.. huhuhu

Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana
puas dah kena gelak,dila
…antara peristiwa yang masih melekat di fikiran.
takpelah kena gelak pun. bukan semua orang dapat merasa pengalaman macam Bro Johari ni. lain dari yang lain. memang kena ebook kan!
Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana
ebook kan? sesuatu yang hampir mustahil sebab perancangan yang ada pun masih belum terlaksana
kalau macam tu, kena uruskan satu per satu. tak boleh loncat-loncat takut tak terkejar semua benda yang dirancang

Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission
hahaha…memang dah berselerak pun segala perancangan tapi ebook ke enovel memang tak de dalam perancangan,dila
dah agak dah abg joe ni panas baran,,kah3
sang gila api