kenalan baru

admin | sembang-sembang | August, 13 2010 | 36 Comments

Selain Abug sebagai member kamcing aku,atas kapal ni aku dapat kenalan baru…..kehkehkeh.Kenalan yang cukup misteri tapi menggembirakan aku.Kenalan yang tak pernah aku tatap wajahnya,kenalan yang tak pernah aku dengar suaranya secara nyata.Namun kehadirannya aku boleh rasai ! Muncul bersama haruman semerbak tanpa meremangkan bulu roma aku terutama bulu tengkuk ! – aku sorang je yang tidak meremang,orang lain dah tentu berdiri bulu roma – kahkahkah !

Abug sudah puas menasihatkan aku agar membuang batu tersebut namun aku berdegil bercampur rasa sayang  untuk menghumbankannya ke dalam laut.Setelah beberapa hari batu itu terbiar di lantai[serkup dengan baju aku],aku beberapa kali bermimpi.Maka aku pun berbincang dengan Abug akan perihal mimpi tersebut.

Marah benar Abug bila aku bercadang memenuhi permintaan kenalan baru aku tu.Antara simpati[Abug tahu kisah aku dan Nai] dan marah,Abug akhirnya bersetuju membelikan seperti yang diminta oleh kenalan baru aku tu.Tak sabar rasanya,mahu menunggu kapal singgah di pelabuhan yang berikutnya.

Lepas tu nak tunggu malam Jumat pulak ! Masa bagai merangkak bergerak – lambatnya ! Kenapa Abug marah benar dengan tindakan aku berkawan dengan kenalan baru aku tu? Sebabnya sebelum Abug bekerja di atas M.V.JJJJ,dia pernah belayar bersama “kapal bunga”.Di situlah dia menyaksikan seorang kelasi terlibat seperti kes aku ni – kisahnya bermula dengan kelasi itu terpandangkan sebuah ‘pulau’ pada suatu malam.Kesudahan cerita kelasi itu cukup menyedihkan.

Oh ya ! Ketika ini,kerja aku mula terganggu.Aku nak kerja,aku kerja begitulah sebaliknya.Abug lah yang sering cover duty aku.Malam yang ditunggu-tunggu kini tiba.Sebelum waktu dijanjikan tiba,aku mempersiapkan barangan yang diminta.Sebenarnya tdak sempurna barangan yang disediakan.Abug gagal mencari kesemuanya[mungkin disengajakan !]

Aku sekadar menyediakan kain kuning beberapa ela[cukup untuk 3 orang sebagai persalinan lengkap].Kain kuning itu ada dua jenis kuningnya,yang pertama kuningnya benar-benar kuning[sepersalinan] dan kuning yang kedua agak cair sikit kuningnya[dua persalinan].

*Ketika ini jam menunjukkan 3:47 petang,hujan panas turun tiba-tiba semasa aku menulis entry ini…..waktu berbuka pun lambat lagi…..kahkahkah*

Okay berbaik pada malam Jumaat yang penuh bersejarah itu.Ketika aku berbaring,mata sempat menjeling jam loceng kepunyaan Abug.Hampir pukul 2 pagi.Aku menunggu isyarat seperti biasa-rasa mengantuk dan bunyi desingan itu.Puas menunggu namun hampa.Aku dah naik malas nak menunggu.Bangkit dari berbaring.Aku duduk di bibir katil.

Lama aku termenung,memikirkan apa yang tak kena.Dah lama baru aku teringat akan janji aku sebelum ini,andai aku memperolehi kain berwarna kuning,akan aku sampulkan batu itu dengan kain kuning.Perlahan-lahan aku meraba batu yang berada di bawah bantal.

Oh ya ! Batu ini aku lupa sampulkan dengan kain kuning yang baru dibeli itu ! Batu itu aku sekadar balutkan dengan spender kuning aku disebabkan sukarnya mencari kain berwarna kuning sewaktu itu.Mungkin aku sudah melanggar janji maka dia tak muncul !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

36 Comments

  • At 2010.08.13 16:53, mijie said:

    boleh lagi buat lawak hujang panas pulak, heheeh

    apa2 pun hari ni baru aku tahu abg joe ada spender kuning, hahahaha
    mijie´s last blog ..Hari Jumaat My ComLuv Profile

    • At 2010.08.14 00:16, admin said:

      mijie,komen dilanda masalah apa nak adjust ni? :)

      betullah mijie tiba-tiba hujan panas turun,macam-macam hal bila nak menulis pasal ‘dia’ ni :)

      itu dulu lah,mijie….sekarang kaler lain…kehkehkeh

    • At 2010.08.13 22:01, tehr said:

      apasal komen aku tak jalan?
      tehr´s last blog ..Sebelum Waktu berbuka My ComLuv Profile

      • At 2010.08.14 00:17, admin said:

        tehr minta maaf di atas segala kerumitan yang melanda.

        aku sendiri nak reply kena berkali-kali baru boleh komen :(

      • At 2010.08.13 23:28, boy_bersahaje said:

        muahahahaaha, x leh blah langsung salut pakai spender…mesti kawan kecik hati, tu yang tak datang hahahahaa

        • At 2010.08.14 00:20, admin said:

          ‘dorang’ ni jenis pegang janji,boy….kalau mungkir memang susah nak join dengan ‘mereka’

          aku bukan sengaja aku cuma terlupa tanpa bermaksud untuk menyinggung perasaan ‘dia’ :)

        • At 2010.08.13 23:33, CD said:

          ewwww..leh la plak..

          • At 2010.08.14 00:21, admin said:

            boleh apa CD ? :)

            • At 2010.08.14 00:26, CD said:

              yang kuning tu,.,.haha

              • At 2010.08.14 01:42, admin said:

                OOO..tu kira buat lepas sesak je,CD :)

                • At 2010.08.15 12:29, Dila.13 said:

                  abes merajuk kawan tu. haha..
                  Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.15 15:00, admin said:

                    entah merajuk entah bengang…saya pun tak pasti dila :)

        • At 2010.08.13 23:49, zik said:

          spender kuning?? huhu
          zik´s last blog ..Beli tiket awal- balik kampung My ComLuv Profile

          • At 2010.08.14 00:22, admin said:

            hehe….kain kuning masa tu tak de,jadi spender aku kena main peranan ketika itu :)

          • At 2010.08.14 00:33, bluedianthus said:

            Adeh..tak tau apa nak komen..:)
            bluedianthus´s last blog ..Adakah kita blogger yang bermotivasi My ComLuv Profile

            • At 2010.08.14 01:45, admin said:

              hehehe…..nanti boleh cari idea nak komen,cik B :)

            • At 2010.08.14 01:20, etomyam said:

              hahaha, spender kuning, bukan takat kenalan takut, org biasa pun maunya rimas jugak tu bro haha :D
              etomyam´s last blog ..Bebeh 70 Just Ain’t Enough My ComLuv Profile

              • At 2010.08.14 01:49, admin said:

                keadaan memaksa,bro :) …tapi batu yang bersalut tu disimpan dengan rapi dibawah bantal ! maksudnya tidak mengganggu pemandangan awam :)

              • At 2010.08.14 07:59, hafizarshad said:

                kaler tu yang paling penting sekali. aduyai…lepas ni nampak warna kuning mesti ingat cerita ni…huhu

                • At 2010.08.14 17:51, admin said:

                  hehe…tu memang kaler kesukaan ‘dorang’,HA :)

                • At 2010.08.14 10:14, Dila.13 said:

                  buruk perangai bungkus dengan pender je! haha.. cepat sambung ye Bro Johari :D
                  Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.14 17:52, admin said:

                    demi memenuhi janji yang dipersetujui,dila :)

                    • At 2010.08.15 12:27, Dila.13 said:

                      sempat jugak ade selingan.. eh, saya pun nak kena sambung bahagian terakhir “10 Tips Jadi Penulis Berkualiti” tu.. ade lagi 10 tips je nak kongsi. InsyaAllah akan diposkan secepat mungkin ;)
                      Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.15 15:02, admin said:

                        yelah,janji kita mesti kotakan walau dengan apa cara sekalipun,dila :) …eloklah tu kalau rajin update blog.

                  • At 2010.08.14 13:30, khairolghani said:

                    kat rumah sewa aku dulu aku jumpa bungkusan dalam kain kuning..ayah aku kata jangan usik..
                    khairolghani´s last blog ..Plastik hitam berisi dosa My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.14 17:53, admin said:

                      yelah lebih baik berhati-hati kalau ada terjumpa benda macam tu,kay :) …sebab kita tak tak tau hujung-pangkal cerita.

                    • At 2010.08.14 23:06, Samdaddycool said:

                      Spender kuning memang tak boleh blah.. Bukan setakat orang biasa sesak nafas, orang alam lain pun semput gak.. muahahahaa
                      Samdaddycool´s last blog ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.14 23:36, madlut said:

                      hahahah..adoi..balut dengan spender..hahahaha..gila la ko bro jo…

                      • At 2010.08.15 01:14, admin said:

                        satu-satunya jalan penyelesaian ketika itu,madlut :)

                      • At 2010.08.17 01:37, bujang3 said:

                        spender punya pasal, dah merajuk pulak !!! cam ner nie ????
                        bujang3´s last blog ..Nostalgia Di Bulan Ramadhan !!! My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.17 01:55, admin said:

                          rela ku pujuk,bujang :) …. kalau ‘dia’ merajuk

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes