kemerdekaan

admin | sembang-sembang | August, 23 2010 | 32 Comments

Beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Kemerdekaan kan? Kali yang ke berapa tu? Hahaha…ada jugak yang masih menggaru-garu kepala yang tak gatal bila diajukan soalan begini.Itu belum ditanya tentang slogan yang bakal digunakan.Mujurlah zaman sekarang maklumat di hujung jari.

Namun entry kali ini,aku bukan nak merapu pasal Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang.Aku nak merapu erti kemerdekaan bagi seorang kelasi.Kehidupan kelasi yang boleh dikaitkan dengan erti merdeka itu sendiri.Sedikit gambaran kasar mengenai kehidupan kelasi di atas kapal.

Bagi aku sendiri,ia suatu kehidupan yang agak membosankan ! Menempuh kehidupan seharian dalam ruang yang begitu terhad.Dari kabin yang sempit,di kafe yang mana kadang-kadang nak makan dengan tenang pun susah terutama kalau kapal sedang galak ‘berjoget’ ! ‘Ruang pejabat’ yang panas serta berbau minyak[sebab aku kelasi bilik enjin].

Itu belum mengambil kira tentang perhubungan sesama kelasi.Ada yang mesra,tapi kadang-kadang bertukar dingin.Dari dingin menjadi panas ! Yelah memang sukar mengelak dari berjumpa kalau dah kerja dalam ruang yang terhad.Jadi kelasi itu sendiri kena bijak untuk mengendalikan hal seperti ini.

Lantaran itu,kelasi ada cara masing-masing untuk memerdekakan diri mereka dari semua tekanan ini.Ada yang suka menghiburkan diri dengan petikan gitar bila bersendirian.Ada yang suka jadi ‘pelabur’ bila berkumpul.Tak kurang jugak yang suka berkhayal dengan mencipta dunia mereka sendiri.

*Ada satu isu sering diperbincangkan di kafe mahu pun di kabin,alangkah bagusnya kalau dalam kapal perdagangan ada kelasi wanita yang turut sama belayar……..kahkahkah*

Satu kemujuran bagi aku bila aku ada cara aku yang tersendiri sebagai jalan penyelesaian.Aku tak perlukan sebijik gitar sebagai teman penghibur.Aku tak perlu beradu nasib untuk mencari wang lebih.Tanpa bahan khayal pun aku masih mampu untuk ketawa atau senyum.Aku terhibur dengan ‘dunia pen dan kertas’ aku.

Aku jadi kelasi pun atas sebab ingin merdeka ! Merdeka dari erti kata sebenar dan aku akui hal ini bukanlah mudah.Sehingga sekarang pun aku masih belum merdeka sepenuhnya.Aku masih berusaha ke arah itu.

Ok,cukup pasal itu.Kini satu persoalan ingin aku tujukan kepada blogger di luar sana.Sudah merdekakah kamu? Merdeka dari masalah internet yang kerap meragam.Merdeka dari kerenah hosting yang suka sangat buat hal.Atau sebagai blogger dari sudut manakah korang rasa sudah merdeka sepenuhnya?

*Sehingga sekarang aku masih suka mendengar lagu Dr.Sam pasal merdeka tu”

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.08.23 20:27, cikgunormah@klcitizen said:

    dalam kapal boleh surf internet ke?

    sori, soalan tak berkait, cuma nak tahu sebab dunia kelasi bagi saya banyak misteri. tak kenal mana2 kelasi pun kecuali tuan punya blog saja.

    merdeka? belum merdeka lagi dari hutang…..
    cikgunormah@klcitizen´s last blog ..mati di Malaysia My ComLuv Profile

    • At 2010.08.24 03:48, admin said:

      mungkin KLC masih menyangka saya berada di atas kapal,sebenarnya saya dah lama berhenti[1993] dan ketika itu saya pun tak tahu pasal internet ni :)
      kapten kapal ketika itu saya tak pernah nampak dia guna komputer sewaktu belayar.

      hutang? kebanyakannya begitulah,KLC :)

    • At 2010.08.23 21:46, mijie said:

      bila abg joe tanya pasal merdeka, banyak pula persoalan yg timbul, nak merdeka dari segan beban hutang pun belum lagi, hutang ptptn dengan hutang kereta belum lagi berbayar, kredit nasib baik tak pakai

      dari segi kebebasan hidup masih lagi belum merdeka, belum mempunyai rumah sendiri dan diharapkan dalam masa 1 tahun dari sekarang aku boleh mempunyai rumah sendiri

      merdeka? em banyak maksudnya
      mijie´s last blog ..Hidup seorang blogger part 1 My ComLuv Profile

      • At 2010.08.23 23:55, sufian said:

        rasaya ada perkara kita masih dijajah..

        • At 2010.08.24 03:54, admin said:

          ya betul tu,sufian :)

        • At 2010.08.24 03:54, admin said:

          merdeka memang membawa makna yang luas,mijie.

          hutang yang sebegitu memang kebanyakan orang sedang melaluinya,yang penting berhutang atas dasar keperluan bukan atas sebab kehendak.

          mijie,IQ lu bagus,ada baiknya lu belajar metafizik agar lebih mudah dalam mencapai sesuatu impian[dengan izinNya]

        • At 2010.08.24 00:39, zik said:

          merdeka merdeka… adakah kita merdeka dengan hanya laungan?? fikir2kan… banyak lagi perkara yang kita sebenarnya masih dijajah…
          zik´s last blog ..Tun Dr Mahatdhir bantah bina Jambatan ke Langkawi- pendapat anda My ComLuv Profile

          • At 2010.08.24 03:56, admin said:

            alangkah baiknya kalau semua orang boleh berfikir sebegitu,zik :)

          • At 2010.08.24 05:37, Dila.13 said:

            hmm.. merdekanya seorang blogger saya rasa bila semua blog yang dibuatnya dah tak perlukan perhatian yang ketat, cukup sekadar toleh-tolehkan sikit janji dapat jana income yang lebat. hehe.. tapi erti merdeka sebenar memang tak sama untuk setiap manusia. yang saya tahu, saya tengah nak memerdekakan diri dari dibelenggu kerja 9-5. kemerdekaan tu mungkin dapat dicapai dalam 2011, insyaAllah.. :)
            Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana My ComLuv Profile

            • At 2010.08.25 07:14, admin said:

              kehkehkeh….income nak lebat kena usaha yang hebat,dila

              ya betul tu,berbeza antara satu sama lain,bergantung pada impian dan sasaran seseorang itu.

              dan kamu ada masa lagi beberapa bulan untuk mencapainya….khabarnya sudah tak sabar untuk join ssb – baguslah begitu :)

              oh ya ! adalah lebih bagus untuk menetapkan dengan lebih detail untuk masa tu,2011 bulan berapa? berkaitan dengan LOA :)

              • At 2010.08.25 17:05, Dila.13 said:

                bulan berapa pada 2011 tu tak pasti lagi tapi rasanya insyaAllah pada suku pertama. nak tengok semua perancangan (simpanan, freelance job yg konsisten, servis baru, jv) menjadi atau tak dulu :)
                Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana My ComLuv Profile

                • At 2010.08.26 00:36, admin said:

                  sesuatu perancangan itu harus dicorak sebaik mungkin dan bila sudah buat sesuatu keputusan,buat dengan penuh yakin,dila :)

                  • At 2010.08.27 01:30, Dila.13 said:

                    Yep, insyaAllah saya akan buat perancangan yang terbaik untuk memerdekakan diri. terima kasih atas galakkan tu ye Bro Johari :)
                    Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.27 02:45, admin said:

                      oleh itu saya ucapkan selamat datang ke dunia yang merdeka tu,dila :)

          • At 2010.08.24 08:17, aktechpage.com said:

            Alhamdulillah, setakat ni rasanya saya sudah MERDEKA..
            MERDEKA dr segi traffic jem, kesesakan manusia di ibu kota, kesepian, berjauhan dari keluarga, bayaran parking & tol…

            Bersyukur dgn apa yg ada sekarang… :)
            aktechpage.com´s last blog ..Melihat Positif Dalam Negatif My ComLuv Profile

            • At 2010.08.25 07:16, admin said:

              bestkan kalau sudah tercapai hasrat untuk merdeka dari sudut itu,mal :)

              andai bersyukur insyaallah ditambah lagi tu nanti :)

            • At 2010.08.24 11:11, etomyam said:

              merdeka pasal sekarang ni tak payah sibuk terkejar2 punch card hehe :D
              etomyam´s last blog ..Samdol Dan Was-Wasnya My ComLuv Profile

              • At 2010.08.25 07:18, admin said:

                namun bakal ditempuh suasana tersebut tak lama lagi kan,bro :)

              • At 2010.08.24 11:30, Shaffik said:

                Merdeka hanya pada negara. Tetapi untuk diri sendir dan keluarga masih belum merdeka lagi. Masih jauh lagi perjalanan untuk di tempuhi..

                • At 2010.08.25 07:20, admin said:

                  kalau berusaha insyaallah ada kejayaannya,bro :)

                • At 2010.08.24 18:02, syaiza said:

                  merdeka….!!!!! hehehe
                  syaiza´s last blog ..special award for follower ke-200 ceja!!! - My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.25 07:21, admin said:

                    kalau sudah habis SPM baru boleh kata merdeka kot,S :) ….moga berjaya dalam SPM nanti.

                  • At 2010.08.24 23:07, tehr said:

                    kita dilahirkan merdeka
                    yang peliknya, bila dah besar panjang, kita membenarkan diri dijajah oleh berbagai keadaan
                    …aku juga belum merdeka
                    tehr´s last blog ..Budak Bakar Mercun- Mercun Bakar Budak My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.25 07:23, admin said:

                      memang betul tu,tehr :) …dan sewajarnya kita kena mencari kemerdekaan itu semula !

                    • At 2010.08.25 01:01, madlut said:

                      tak merdeka lagi nie bro..haha..hutang banyak…study masih ada…tp yang paling tak best, ada masalah yang berkaitan emosi..haha..kalau merdek dari masalah kan best

                      • At 2010.08.25 07:26, admin said:

                        jangan difikirkan sangat pasal hutang tu,madlut :) …harus bijak bermain dengan LOA.

                        apa lagi FK,berkongsilah masalah itu dengan para peminat di luar sana !pasti ada yang sudi mendengar :)

                      • At 2010.08.25 10:18, adamfaiz said:

                        Belum merdeka sepenuhnya…sebab banyak pergantungan kat pihak lain..kalau kerja sendiri cam ko mungkin lain sket
                        adamfaiz´s last blog ..Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.26 00:38, admin said:

                          acuan masing-masing tak sama,adam :) ….yang penting kita enjoy dengan apa yang dibuat tu.

                        • At 2010.08.26 22:24, Samdaddycool said:

                          Belum merdeka lagi dari segi impian dan kebebasan kewangan.. hmmm
                          Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata My ComLuv Profile

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes