kembara ke indonesia
Tempoh yang aku sasarkan selama 4 bulan menghampiri ke penghujungnya.Aku perlu meneruskan apa yang perlu dibuat.Sebenarnya aku nyaris-nyaris terbabas ke Filipina namun bila dipertimbangkan semula.Aku membatalkan hasrat tersebut.Sepanjang aku bekerja di sini,aku terfikirkan sesuatu,yang mana bakal aku laksanakan bila sampai waktunya.
Kalau dulu aku sampai di Labuan secara percuma kini perjalanan menuju ke Kuala Lumpur aku perlu mengeluarkan kos pengangkutan.Aku ambil tiket penerbangan dari Kuching ke Subang[lapangan terbang yang lama].Naik kapalterbang MAS,kopaklah dalam 400 ratus ringgit.
Selama dua hari aku di Kuala Lumpur/Pelabuhan Kelang menguruskan gaji kelasi yang masih belum dituntut[gaji aku selama setahun].Macam biasa bermalam di rumah Kapten Y.Selesai urusan pengambilan gaji,aku terus bergerak ke kampung -jumpa ibu dan kucing kesayangan aku di kampung.
Sesuatu yang lucu berlaku di kampung.Rupa-rupanya sepanjang aku belayar selama dua tahun,ada yang menyangka aku menjalani hukuman penjara………….kahkahkah.Sebenarnya perkataan belayar tu ada dua maksud.Pertama bermaksud bekerja sebagai kelasi,kedua bermaksud menjalani hukuman penjara["belayar ke dalam"]
Di kampung aku tidak membuang masa,sebaliknya mengatur dengan rapi perancangan aku ke Indonesia.Langkah pertama yang perlu aku buat,menjejakkan kaki di sana terlebih dahulu.Meninjau sambil mengumpul segala maklumat yang aku perlukan.Lokasi yang hendak aku tuju adalah Pulau Sumatera,terletak dalam negeri Jambi,daerahnya Muara Sabak,sebuah perkampungan terpencil yang dipanggil Telok Majlis.
*Kalau Mijie,mungkin dia tahu kawasan ini – Muara Sabak.Suatu ketika dulu bomba Malaysia pernah membantu memadamkan kebakaran besar/jerebu di sini [hujung 90 an] *
Dalam tangan aku tiada sebarang info penuh kecuali sekeping gambar lama dan aku perlu mencari orang yang bernama Haji Wahab.
Kisah mengesan Haji Wahab ini membuatkan aku terpaksa berulang alik ke Indonesia dan akhirnya aku mengambil keputusan menetap di sana secara haram…….kahkahkah !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



uitttt jerebuuu??? malaysia kan hujannnn pelik???
angahsayang2314´s last blog .. AyAt Al-QuRaN
kisah ini berlaku hujung 90 an,AS
….bukan ketika ini.
aku kena buku balik la joe pasal tempat tu, tapi pasukan bomba dan penyelamat kita pernah ke sana untuk berkhidmat pada tahun 1998 untuk mengatasi jerebu, masa tu malaysia tgh nak anjur sukan komanwel
mijie´s last blog ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan
tak silap gua,ada ahli bomba yang menemui ajal setelah pulang ke malaysia,mijie
…..diserang penyakit misteri[sekali lagi diulang kalau tak silap
]
*area tu memang ‘keras’*
betul tu joe,ada 2,3 orang, tapi tak didedahkan dekat paper
mijie´s last blog ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan
area tu sebenarnya berhampiran dengan jalanraya yang menghubungkan Jambi dengan Muara Sabak – sering berlaku kemalangan pelik[tapi penduduk situ dah lali dengan kemalangan pelik tu]
kalau kat tempat aku dia panggil pakej bercuti hehehe “bercuti ke dalam”
dnoBiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2
kebetulan kat kampung aku ni ramai pemuda yang “belayar ke dalam”,dB
…tak pasal-pasal aku pun dibabitkan sama.
PATI kat sana tak ditangkap dan dihantar pulang ke, bro?
tehr´s last blog ..Bagaimana Tugas Mahu Digalas
ada cara supaya terhindar dari semua itu,tehr
hehehe
ya. pasti ada caranya
tehr´s last blog ..Lagu Rasmi Negeri Melaka
hehehe….kelihatan seperti warga tempatan,tehr
awal-awal dah tertanya-tanya, siapakah haji wahab itu ye?
ardzham´s last blog ..Bandwith Limit & HotLink Protection
seseorang yang boleh merungkai banyak persoalan yang ada dalam kepala saya,bang
siapa haji wahab 2??..cam menarik je nk tau…
wieyah le´s last blog ..Masin Mulut Mak aku
seseorang yang perlu ditemui,WL
menetap secara haram tu.. bahaya ooOooo… hehehe…
mcm best je kerja mcm ni kan?? tengok negeri org…
Mohd Hafiz´s last blog ..Make Money Online – My First Adbrite Cheque Arrived!!
ini kisah dulu,MH
bukan atas urusan kerja tapi aku kena bekerja untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang aku perlukan
[urusan peribadi]
dan memang tak dinafikan,indon tempat paling aku suka pergi
hahaha aku pon tertanya2 apa pentingnya Haji wahab tu?
sampaikan menetap secara haram di sana,
padin´s last blog ..Nak Melukis Manusia
suatu kisah yang panjang untuk dijawab dalam kotak komen ni,padin
sekarang sudah memasuki era Indonesia… waktu ni memang senang gila jumpa segala jenis kretek pelbagai jenama dan perisa..

Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
yang penting,ketika ini rasa cukup best,sam !
Rasa best yang kena tinggalkan dalam kenangan .. Malaysia Boleh!
Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
dan gua amat merinduinya,sam
owh macam tuh… dah macam agen cia nie..
zik´s last blog ..Permainan Rubik’s Cube yang mencabar minda!
sekadar misi peribadi je,zik
kadang2 ada perkara peribadi yang kita x nak dedahkan tapi itu yg menjadikan kisah hidup sesorang bertambah menarik…respect your privacy
dark_half´s last blog ..Inspirasi Separa Gelap 1
yang boleh ditulis,yang tak boleh dirahsiakan,DH
berbekalkan sekeping gambar tanpa sebarang alamat?…susah jugak tue nak mencarinya..
kemujurannya ia sebuah perkampungan terpencil dan orang yang dicari tu memang terkenal di kawasan sekitar,madlut
ohhh…mudah sikit kerja kan…mujurnya di kampung, kebanyakkan orang saling kenal mengenali antara satu sama lain, kalau di bandar, rasanya agak susah sedikit..hehe..
Haji Wahab tu memang dikenali ramai sebab tu aruah abah aku sekadar menyebut nama tanpa memberikan alamat penuh kediaman beliau
Lembaran baru dah bermula.. tak sabar nak baca sampai ke entri terbaru.. maaflah ye bro Johari sebab jarang dah menjenguk diri kat sini. freelance sepenuh masa sampai jarang blog walking. tapi ia tetap pilihan yang TEPAT!

Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan
sekarang dila kena kerja kuat sebab dah kerja sendiri – kelancaran servis kena utamakan
bila dah kukuh dan dah jumpa calon pembantu yang sesuai baru boleh relax sikit,dila
*moga maju dalam bidang yang diceburi*
terima kasih banyak-banyak atas sokongan Bro Johari. InsyaAllah saya akan buat sebaik mungkin

Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan
mudah-mudahan dipermudahkan segalanya