kembali

admin | sembang-sembang | June, 18 2010 | 16 Comments

Aku kembali ke bandarĀ  tersebut.

Ibu, aku gagal memujuknya untuk berpindah ke bandar ini.Ibu masih sayangkan rumah di kampung.Aku akur dan aku sudah terbayang suatu masa kelak aku terpaksa balik ke kampung.Perancangan aku ingin bekerja selama 3 tahun bersama Bang Hud kemungkinan tidak kesampaian !

Perkara ini ada aku bincangkan dalam perjalanan kembali ke bandar.Ada rasa terkilan di pihak Bang Hud dan Kak Pah.Aku lagilah malas nak fikir ! Kalau dulu semasa aku masih menuntut gara-gara ‘makhluk’ itu pelajaran aku terkandas kini ‘makhluk’ itu sekali lagi menjadi batu penghalang !

Aku cuti sehari lagi,sekadar mahu mengatur kerja.Sepanjang aku di kampung,banyak kerja baikpulih kasut terbengkalai.Aku sedar sekarang ini bukan masa aku untuk berehat tambahan pula masa untuk aku mengumpul modal yang dicita-citakan semakin singkat.

Dari pemerhatian Bang Hud dan Bang Muzi,andai sekiranya aku kelak terpaksa pulang ke kampung.Mereka memerlukan tenaga kerja mahir seramai 3 orang untuk mendapatkan kutipan harian seperti sekarang – untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Sepanjang sebulan selepas abah pergi,aku memang betul-betul berusaha dengan gigih.Aku sendiri pun merasakan,aku begitu memaksa badan bekerja dengan teruk.Aku tiada lagi kesempatan meluangkan masa untuk makan malam bersama mereka seperti sebelum – sebelum ini

Pada Acit dan Acang aku berpesan agar segera memahirkan diri.Andai suatu masa kelak,aku terpaksa pulang ke kampung,tidaklah keadaan menjadi kelam-kabut.Begitu jugak pada Bang Hud,aku berpesan supaya bersedia lebih awal mencari pekerja menggantikan aku[ada kemungkinan Acit akan bekerja dengan Bang Hud]

Kepenatan memang terasa namun ia hilang begitu sahaja bila mana aku membelek buku simpanan bank.Begitulah aku lakukan setiap kali dilanda keletihan yang teramat sangat – sebagai pembakar semangat !

Suatu hari aku dikunjungi oleh seseorang yang ada kaitan dengan Nai.Seseorang yang telah lama menyedari perkenalan aku dan Nai bukan sekadar sebuah perkenalan biasa.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

16 Comments

  • At 2010.06.18 23:32, x-po said:

    ni kisah hidup bro ke?
    x-po´s last blog ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS? My ComLuv Profile

    • At 2010.06.19 19:11, admin said:

      yupp…kisah suatu masa dulu,x-po :)

    • At 2010.06.19 00:21, boss said:

      itulah kehidupan, kita merancang , Dia yang menentukan..
      boss´s last blog ..WordPress 3.0 sedia digunakan My ComLuv Profile

      • At 2010.06.19 19:13, admin said:

        sekali imbas begitulah keadaannya,boss

        kita sekadar mengikut skripNya :)

      • At 2010.06.19 02:53, mijie said:

        fuh cerita makin suspen ni, apa2 pun, saya respek abg joe
        mijie´s last blog ..Tutorial pasang feedburner di blog part 2 My ComLuv Profile

        • At 2010.06.19 19:15, admin said:

          kisah-kisah akan datang mungkin respek itu terbang melayang,mijie :)
          [itu pun kalau jari-jari gua sudi menaip kisah tersebut....hahaha]

          • At 2010.06.19 21:58, mijie said:

            aisyemen, jgn tak sudi lak, kn rajin2 update :) dah kemaruk dah ni
            mijie´s last blog ..Tutorial pasang feedburner di blog part 2 My ComLuv Profile

            • At 2010.06.20 02:34, admin said:

              bukan begitu daaa…ada part yang gua tak boleh cerita,mijie :)
              tak sudi macam mana gua nak update blog ni?

              *hati ku panas membara !!! streamyx tengah meragam :( ,tak pasal-pasal kena guna dialup 1315*

        • At 2010.06.19 16:04, ejoncb said:

          kalau ada pasal Nai ni, best nak baca…hehe…

          • At 2010.06.19 19:16, admin said:

            hidup mana mungkin hanya tertumpu pada satu kisah,ejon :)

          • At 2010.06.22 12:27, botak said:

            haha suka betul masukkan sedikit tanda tanya di hujung entri..
            kalau x letak perenggan last tu pun org2 akn dtg lg ke sini bro..jgn risau..hehe
            botak´s last blog ..teenagers spendings My ComLuv Profile

            • At 2010.06.22 20:05, admin said:

              bukan disengajakan ,botak….entry tu dah terlalu panjang jadi kenalah disambung pada entry berikutnya :)

            • At 2010.06.22 17:10, khairolghani said:

              sape pulak yg datang tu?saspen sungguh..
              khairolghani´s last blog ..Tendangan Comel Si Kecil My ComLuv Profile

              • At 2010.06.22 20:06, admin said:

                sape? sudi-sudikanlah baca entry berikutnya,kay :)

              • At 2010.07.03 04:42, Samdaddycool said:

                jeng.. jeng.. jeng.. bersambung.. (padahal gua baca depan , baru baca yang ni)..
                Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

                • At 2010.07.03 04:51, admin said:

                  kahkahkah….lu memang mengelat,sam :)

                (Required)
                (Required, will not be published)

                CommentLuv Enabled
                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                Design by: Yoshz Themes