kelibat
Kemudian aku terdengar,tapi kurang pasti bunyi tersebut.Punai masih melekek-lekek tawanya.Tanpa dia sedar ada suara lain sedang mengiringi tawanya itu.Sebenarnya sebelum Punai melepaskan kentutnya,aku dah terbau sesuatu yang pelik – sukar aku nak gambarkan bau tersebut.
Tiba-tiba mata Punai macam terbeliak.Merenung aku.Apa hal pulak ? Kalau Punai nak bergurau dengan aku lagi memang makan teranjang lah lepas ni.Baru aku bercadang nak turun dari tingkat atas katil,setelah pertanyaan aku,Punai buat bodoh tak nak jawab.Punai menunjukkan sesuatu ke arah aku.Aku hairan.Kemudian baru aku terfikir tentang tingkap cermin sebelah katil .
Terus aku memusingkan badan,memastikan apa benda yang ditunjukkan Punai tu.Mata aku liar memerhatikan ke luar.Gelap.” Kau nampak apa,Punai ? ” tanya aku pendek.Kini wajah Punai benar-benar pucat,cakap pun dah tergagap-gagap.
Dalam kepala aku penuh persoalan,bau apa tadi,suara siapa yang aku terdengar ketika Punai rancak ketawa dan apa benda yang melintas di tingkap cermin tadi. Jam dah menghampiri 2 pagi.Badan memang dah letih tapi sukar mahu melelapkan mata.Punai sudah duduk bersila atas katil sambil berselubung dengan selimut.
Mata aku masih memandang ke arah luar.Keadaan sunyi sepi.Kemudian bau pelik itu muncul lagi serentak dengan itu terdengar hilaian halus.Aku pandang Punai,dia terus merebahkan badannya sambil menekup mukanya dengan bantal.Mata aku mencari-cari dari arah mana suara itu.
Dalam gelap,mata aku terpandang sesuatu yang seolah-olah sedang bertenggek di atas kawat penyidai – aku amat pasti ! Memang aku pasti ada sesuatu di situ.Ketika itu jugak terlintas dalam fikiran aku satu jalan penyelesaian.Entah berkesan,entah tidak.
Paginya,macam biasa kerja pembersihan dilakukan.Pagi tu memang aku tak sempat buat kesemuanya sebab ada kerja tambahan perlu dilakukan.Aku potong kawat-kawat penyidai[di beranda belakang ].Aku sambung kawat-kawat itu kemudian pindahkan ke pokok rhu tua – merintangi dari kiri ke kanan.
Kemudian aku bercakap dengan ‘dia’. “Mulai hari ini,bertenggeklah kau di sini sepuas-puasnya”
Mulai dari hari itu,tiada lagi kejadian seram berlaku di bilik penginapan.Pengajarannya jangan sesekali membuat ampaian di malam hari.Nanti ada yang suka bertenggek !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



hahahahaha….baek punya idea tuh abg joe..haha..rasanya tak pernah org terpikir kot nk buat cmntu..haha
hehehe….sebenarnya ‘dia’ sendiri keliru dengan tempat persinggahannya,ejon
hahaha…agak-agak kan, pas tuh dia g bertenggek kt tmpt ampaian baru tuh tak…ada check tak?
kalau fikir logik memang ‘dia’ gembira dengan tempat baru tu sebab sudah tiada gangguan di bilik penginapan,ejon
…cuma saya tak pergi check pulak
ni cerita betul ke bro? kalau betul seram jugak kalau tinggal sorang

ishak´s last blog ..Bahang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010
suatu peristiwa lampau yang aku lalui sendiri,I
hahahaaa….adui.. macam mana la ‘dia’ boleh lak muncul ye.. ish..seram je..
tim92´s last blog ..Kelebihan asam jawa
kita sebenarnya berkongsi ruang dengan ‘mereka’ ini,T92
asal saja kita tidak mengganggu dunia ‘mereka’
insyaallah aman
tehr´s last blog ..Bagaimana Tugas Mahu Digalas
selalunya ‘mereka’ ni yang kerap terbabas masuk sempadan kita atas alsan ‘mereka’ dulu menetap di situ,tehr
hahaha cam mana bro boleh terpikir nak buat cam tu?
taktakut dia marah ke ?
kang tak pepasai dia datang saund bro sebab dah kacau port dia hehehe
dnoBiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2
digerakkanNya supaya melakukan sebegitu,dB
[ilham]
kita adalah sebaik-baik kejadian yang dijadikanNya dan ‘mereka’ tiada sebarang kuasa untuk mendatangkan apa-apa musibah kecuali dengan izinNya
*dah nama manusia memang kadang-kadang ada jugak perasaan takut
*
ini kali kedua aku baca, waktu tengah malam pula tu, aku cuma nak cakap ko ni memang berani la bro joe
mijie´s last blog ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan
bukan pasal berani,mijie
….kalau gua berani,pagi-pagi buta tu gua dah potong kawat tu…….kehekehkeh tapi sebenarnya gua malas nak ‘benda’ tu pagi-pagi buta – lagi baik gua tidur
haha tapi kau memang hati kental
mijie´s last blog ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan
yang penting kita ingat DIA lah yang berkuasa bukan yang lain,mijie
Kelibat.. memang takde pengalaman.. taknak jumpa kalo bole.. menyusahkan je kan..

Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
gua pun kalau boleh tak mahu laluinya,sam
….banyak hal lain yang perlu diuruskan.
Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena gangguan yang teruk2 macam tu sampai nampak kelibat. kena tindih pun jarang2 dah sekarang

Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission Part 4
cuma satu je,ramai orang keliru antara kena tindih dengan OBE,dila
*OBE tu macam proses meraga sukma*
*OBE- Out Of Body Experience*
ha.. saya pun konfius dah sekarang. tak tahu mana satu yg betul, sama ada kena tindih atau OBE..

Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan
hahaha….saya rasa yang dila lalui itu OBE
….sememangnya benda mengelirukan ramai orang.
bahaya… baik layan tidor…
zik´s last blog ..20 sifat wajib dan mustahil ALLAH yang perlu kita ketahui
betul!….tidur lagi bagus,zik
cool habis ni…eheheh…
Lee´s last blog ..‘Better Late Than Never’ Relevan
kena cari jalan penyelesaian untuk kemudahan bersama,L
uish, kalau saya…tak buat de ampaian memalam. nak kuar depan umah pun pikir 14 kali.
AzketOm´s last blog ..TAK TAHAN DAH…
sekarang ni,baik berjaga-jaga dengan penjenayah dari takutkan dengan benda macam ni,AO
aku tak pernah jumpa dengan ‘mereka’ ni
juga tak mahu jumpa
hehehe
tehr´s last blog ..Bagaimana Tugas Mahu Digalas
itulah yang terbaik,tehr
….kalau bertembung dah panjang cerita.
sungguh ke kalau membuat ampaian di malam hari.nanti ada yang suka bertenggek! nasib baik abg buat ampaian siang hari….
ardzham´s last blog ..Bandwith Limit & HotLink Protection
mungkin ada benarnya atau cuma kebetulan,bang
….tapi kes ni berlaku sebab penghuni hostel pernah pasang kawat penyidai di malam hari[menggantikan kawat yang dah berkarat]
dia bertenggek kat ampaian tu sebab nak skodeng orang2 dalam rumah tue kot..hahaha..
‘dia’ tak de kawan,madlut
….tu pasal ‘dia’ suka meniru suara penghuni hostel – aku rasa ‘dia’ mengalami kekeliruan/kecelaruan identiti….kahkahkah
hahaha…dia pilih bro la tue untuk jadi kawan dia…hahaha
hahaha…..mujur aku tak de rasa kesedihan ketika saat perpisahan,madlut
cerita pasal ‘dia’ n the darkside gang memang sentiasa kekal di ingatan aku
pernah laluinya jugak ke,LA ?
Kesianlah penunggu tu kena pindah-randah. tapi takpe la asalkan Bro Johari tak ranapkan tempat ‘dia’ bertenggek. kang kalau naik amarah dia, Bro Johari pulak yang disorokkan nanti (teringat kes budak perempuan kena sorok jin 2-3 bulan ni). tau2 atas pokok rhu Punai jumpa Bro Johari bertenggek

Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission Part 4
kenalah pindah bila ‘dia’ semakin sibuk mencampuri urusan penghuni hostel[suka menyampuk perbualan orang],dila
hahaha…..macam-macam perangai ‘dorang’ ni
hahaha.. siap menyampuk lagi.. ye la.. mesti la menyampuk kalau dia dengar story best

Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan
bila pantang dilanggar[mencampuri urusan manusia] – jawapannya kena ‘dibuang daerah’…..kahkahkah
bagaimana ragam manusia,’dorang’ pun begitu jugak
Ingat abg nk potong kawat tuh buat anak panah sila bertenggek disana..hehe
Ezad´s last blog ..Misi Mengupdate!!
kahkahkah…..macam tu lagi bagus,aku bagi notis perpindahan[tulis surat] kat ‘dia’,ezad
Bila nak mengeteh bang?
p/s : Nanti bagi alamat.. =)
Ezad´s last blog ..Misi Mengupdate!!
susah jugak tu aku nak jawab.ezad
aku dah tak duduk kat UDA lagi la…..dah duduk kampung – muo
….ke ko nak datang muo ?
Insya Allah bang, kalau ezad balik muor nnti calling2 yek.. =)
Ezad´s last blog ..Misi Mengupdate!!
orait,ezad