kelasi misteri dan rakannya

admin | sembang-sembang | August, 08 2010 | 30 Comments

Ini kisah seram.Sila pastikan korang baca pada waktu siang.Andai terpaksa membaca pada waktu malam,awas ! Jangan pandang belakang.Kisah ‘kelasi misteri’ di kabin aku tu memang aku nasihatkan Abug jangan dikecoh-kecohkan.Namun kelasi M.V.JJJJ kini diserang perasaan takut.Ada yang mula terserempak macam kes aku.

‘Kelasi misteri’ ini seolah-olah suka menyakat kelasi-kelasi  lain dengan cara menyamar menjadi seseorang.Kesemua kes yang berlaku,belum lagi ada kelasi terpandangkan wajahnya.Apa yang bermain di fikiran kelasi ketika itu andai ‘dia’ menampakkan wajahnya.Selalunya terjadi di dalam kabin,atas katil ![terlihat 'dia' dari belakang]

Di kafe jadi bahan perbualan dengan macam-macam teori.Ada yang mengatakan ‘dia’ memang pernah menjadi kelasi di atas kapal M.V.JJJJ sebelum ini dan ‘dia’ mati dalam tidur…..kehkehkeh.Ketika itu syarikat perkapalan tempat aku bekerja sekadar menyewa kapal belum lagi memiliki kapal sendiri.Oleh itu teori ni boleh dianggap logik.

Entah ada kaitan atau tidak,aku kurang pasti tetapi sejak kemunculan ‘kelasi misteri’  ini,aku pernah bermimpi tentang ‘seseorang’.Mula-mula aku menanggap ia sekadar permainan tidur namun bila ‘seseorang’ itu muncul beberapa kali dalam mimpi,aku mula merasa ada sesuatu di sebalik mimpi itu.

Satu malam,suasana menjadi sedikit gempar,kebanyakan kelasi berkumpul di kafe gara-gara Dino pengsan berhampiran dengan bilik air kelasi yang dikongsi beramai-ramai.Bilik air itu,sebuah ruang lapang yang ditabir dengan tirai plastik[tirai ni pulak selalu kena curi].Setelah sedar,kelasi itu mendakwa terpandang seseorang berambut panjang[betul-betul panjang] memasuki ruang bilik air.

Apa kaitan ‘kelasi misteri’ dengan ‘si rambut panjang’ ni? Teori-teori yang dilontarkan menjadi semakin menarik !….kahkahkah.Di kafe tiada cerita lain,semuanya berkisar tentang hal ini.Aku pula ada cerita yang tersendiri ! Kisah Jerung bertemu Si Duyung….

Oh ya ! berikutan kisah seram ini segala kegiatan perjudian telah bertukar kepada bacaan surah Yassin beramai-ramai :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

30 Comments

  • At 2010.08.08 15:10, mijie said:

    semakin seram, nasib baik aku baca pada waktu siang :)
    mijie´s last blog ..Cara masukkan lagu ke dalam post di blog My ComLuv Profile

    • At 2010.08.09 00:23, admin said:

      kalau baca malam pun,kan ada isteri tersayang di sebelah cuma pastikan yang di sebelah itu bukan ‘dia’…kahkahkah

    • At 2010.08.08 18:21, zik said:

      nasib baik baca petang2… erm dekat kapal laut pun ada gak unsur2 misteri dan mistik nie ek bro… bahaya
      zik´s last blog ..Selamat menyambut bulan ramadhan My ComLuv Profile

      • At 2010.08.09 00:24, admin said:

        di lautan lah segala macam kehidupan ada,zik :) …apa nak buat kita berkongsi alam dengan ‘mereka’

      • At 2010.08.08 18:47, Samdaddycool said:

        Dah takut. baru ingat nak baca Yassin.. :D
        Samdaddycool´s last blog ..Mee Siput si mee sedap My ComLuv Profile

        • At 2010.08.09 00:26, admin said:

          ada lah sedikit hidayah yang menerebos jiwa mereka,sam :)

        • At 2010.08.08 21:20, Dila.13 said:

          jadi, adakah jerung si penunggu duit tong jadi ketua kepada bacaan yasin kat sana? p/s: saya baca waktu malam tapi kejap lagi pukul 10 mesti terlupa sebab layan Chelsea vs Man Utd untuk community shield! hehehe :D
          Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

          • At 2010.08.09 00:31, admin said:

            jerung? jerung pasang kaset yassin yang Nai beri tu[salah satu kaset,Nai sendiri membacanya !]

            hehe…nanti dila update dalam blog kalau chelsea menang ye :)

            • At 2010.08.09 11:02, Dila.13 said:

              hahaha.. chelsea kalah.. 3-1 pulak tu! game tu punyelah kacang sampai chicharito score pakai hidung! hehehe :D (ok, agak emosional di situ.. tapi saya tak boleh control :P )

              oh.. bestnye Nai sendiri baca surah Yassin tu.. tapi, kaset tu pun terkorban dengan suara ‘Nai’ yang lagi satu tu ke?
              Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

              • At 2010.08.09 18:24, admin said:

                chelsea kalah? tidak membawa sebarang makna pada saya,dila cuma saya sikit pening pasal apa chelsea.my tu keluar error 404 ?

                yupp,kaset yang itu pun bertukar ‘jantina’ ! bengang betul kalau diingat-ingatkan :(

          • At 2010.08.08 23:04, misyamissyou said:

            eh..sy bace malam ni..apakah??
            misyamissyou´s last blog ..belajar English perit ada tips My ComLuv Profile

            • At 2010.08.09 00:32, admin said:

              ada kemungkinan ‘dia’ menjengah !….kahkahkah

            • At 2010.08.08 23:33, etomyam said:

              aiseh, malam ni cadang nak stay lewat sikit, dah terbaca la pulak huhuhu :D
              etomyam´s last blog ..SMAP Kajang Selepas 19 Tahun My ComLuv Profile

              • At 2010.08.09 00:33, admin said:

                hahaha….bro mesti steady punya!

                *wahhh! bisnes mesti kencang ni ! mudah-mudahan :) *

              • At 2010.08.09 00:57, bujang3 said:

                kiranya… ada bagus gak timbul kisah misteri nie… barulah berkumandang surah Yassin kat dalam kapal tu… berubah dari aktiviti berjudi ke aktiviti yang Islamic sikit !!!!! he hee heee !!!
                bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

                • At 2010.08.09 01:59, admin said:

                  mulut berkumat-kamit tapi kepala teringatkan daun-daun terup,bujang! :)

                • At 2010.08.09 02:32, madlut said:

                  hahaha..hampeh punya kelasi…penakot rupanya..heh

                  • At 2010.08.09 03:26, admin said:

                    kelasi itu manusia,madlut :) …memang ada perasaan takut…kehkehkeh

                  • At 2010.08.09 03:11, sinagarimba said:

                    seram jugak cerita ni. kena selalu baca yasin biar makhluk ni tak ganggu kita.

                    entri terkini
                    - samseng tahi kucing

                    • At 2010.08.09 03:36, admin said:

                      hidup ‘berjiran’ memang macam ni,SNR :)

                    • At 2010.08.09 03:30, tehr said:

                      eh, sorang2 je aku ni
                      nak gi tido la… besok sambung baca blog kawan2 yg lain
                      tehr´s last blog ..Berbuka – Ingat Lima Perkara My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.09 03:40, admin said:

                        3.30 pagi belum tidur,tehr ? :) …..esok tak keje ke? atau mengajar sebelah tengahari?

                      • [...] jalan yang sesak dilaluinya dan sebelum sampai ke rumah, jalan hutan yang menyimpan pelbagai misteri dan cerita itu dilaluinya tanpa perasaan. Apabila sampai ke rumah remaja tersebut meletakkan [...]

                        • At 2010.08.09 18:26, admin said:

                          nanti gua baca kisah lu pasal basikal tua ni,mijie :)

                          *berapa punya rajin gua jawab komen….kahkahkah*

                        • At 2010.08.09 14:31, khairolghani said:

                          Alhamdulillah..bagus la semua baca Yasin..tenang sikit dalam kapal tu..
                          khairolghani´s last blog ..Community Shield milik MU My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.09 18:27, admin said:

                            sekadar sementara je,kay :) ….lepas tu buat perangai semula…kahkahkah

                          • At 2010.08.09 21:46, Dieyna said:

                            moral of the story, bacalah yasin untuk mengelakkan gangguan…
                            Dieyna´s last blog ..Penyimpanan Stok Makanan My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.09 22:05, admin said:

                              dan bacalah dengan penuh penghayatan,D :)

                            • At 2010.12.30 01:01, samdaddycool said:

                              sekurang-kurangnya masih ingat kepada Pencipta.
                              samdaddycool´s last blog ..Terima kasih NuffnangMy ComLuv Profile

                              • At 2010.12.30 02:47, admin said:

                                dari satu sudut memang ada bagusnya,sam :)

                              (Required)
                              (Required, will not be published)

                              CommentLuv Enabled
                              © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                              Design by: Yoshz Themes