kelasi bertattoo

admin | sembang-sembang | September, 06 2010 | 40 Comments

Tengah sedap diulit mimpi,bermimpikan gadis jelmaan bidadari itu.Aku dikejutkan oleh seseorang.Aku bukak sebelah mata.Abug tercegat di sisi katil sambil tersengih.Kalau orang lain memang dah kena terajang dengan aku ! Abug minta maaf andai mimpi indah ku terganggu.

Ada jamuan istimewa di kafe,sebelum pelayaran bermula.Kapten Y mahu meraikan kelasi M.V.JJJJ.Jamuan berlangsung secara ringkas namun sedikit pelik,makan sambil berlenggeng.Apa hal pulak ni? Itulah persoalan yang bermain di fikiran masing-masing kecuali aku.Aku dah boleh agak tujuan Kapten Y tu.

Di kafe.Papan kenyataan yang sudah diubah kedudukannya – digantung di tempat tinggi.Tertulis ” JAMUAN NASI BERIANI GAM UNTUK KELASI M.V.JJJJ.JANGAN SEKADAR MENGHIDU TAPI MAKANLAH SEPUAS-PUASNYA”[perkataan gam dan menghidu sengaja ditulis dalam dakwat merah!]…..kehkehkeh

Baik punya ayat yang ditulis oleh Dewa Dapur.Ayat penuh sindiran untuk kelasi yang ‘kaki gam’….kahkahkah.Dewa Dapur memang mengguris perasaan kelasi berkenaan.Sudahlah mereka kehilangan ‘bekalan’ [dihumban ke laut].Kini mereka dihidang pula dengan nasi beriani gam bersulamkan dengan ayat-ayat yang memedihkan!

Kumpulan kelasi kaki gam mula bising-bising.” Esok kau masak nasi lemak ganja pulak” suara salah seorang dari mereka,ditujukan kepada DD,atas tujuan menyindir kelasi ‘kaki paipon’ yang turut mengalami nasib malang-kehilangan ‘bekalan’ mereka.

Suasan riuh rendah menjadi sepi seketika bila Kapten Y masuk.Segak bergaya.Tanpa rasa kekok beliau makan bersama-sama.Selesai jamuan.Beliau mengarahkan kepada kelasi duduk dalam dua kumpulan.Satu kumpulan untuk kelasi yang tidak bertattoo dan satu kumpulan lagi untuk kelasi bertattoo.

Hampir separuh yang bertattoo,ada yang bertattoo di lengan,bertattoo di bahagian dada,belakang tengkok,bahagian belakang badan.Macam -macam lambang dan saiz serta warna.Aku amat pasti bukan lambang itu yang dicari oleh Kapten Y.

Dari awal lagi,Kapten Y kurang berpuas hati bila melihat aku,duduk dalam kumpulan tidak bertattoo….kahkahkah.Akhirnya aku dipanggil ke depan,tempat di mana beliau sedang berdiri.” Mana mungkin lu tak pernah bertattoo,Jerung ” bisik Kapten Y sambil meneliti tubuh aku.Rasa terkejut jelas tergambar di wajahnya. Jangan kan tattoo,bekas tubuh aku ditatto pun memang tiada!

Aku sekadar memberi jawapan ” Capt,ibaratnya macam ni lah,belajar hisap rokok tapi kita jangan hisap rokok” .Kapten Y terpinga-pinga dengan jawapan tersebut.Melihatkan akan keadaan itu,aku menambah lagi ” Gua sekadar bergaul dengan ‘golongan bernombor dan berbaju’ – tidak lebih dari itu! ” .

Gara-gara sudah kesejukan berlenggeng,aku pun melangkah ke kabin tambahan pula jamuan dah selesai,acara mencari “naga” pun sudah tamat ! Meninggalkan Kapten Y dengan jangkaan melesetnya itu……kehkehkeh

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

40 Comments

  • At 2010.09.06 23:49, Gen Fujita said:

    he he he, menarik… kaki gam dan kaki paiporn… he he he…
    Gen Fujita´s last blog ..Tak ada yang perasan My ComLuv Profile

    • At 2010.09.08 02:46, admin said:

      secebis kisah perangai kelasi-kelasi sewaktu aku belayar dulu,GF :)

    • At 2010.09.07 00:23, madlut said:

      biar aku teka…kapten y mesti ingat ko nie bekas geng kongsi gelap mana2, tak gitu?

      • At 2010.09.08 02:47, admin said:

        hahaha….lebih kurang macam tu lah,madlut :)

      • At 2010.09.07 00:26, zik said:

        kelasi bertatto tuh… bro jeo kental… tungguew…
        zik´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER edisi penutup My ComLuv Profile

        • At 2010.09.08 02:48, admin said:

          tunggu entry berikutnya disambung,zik :)

        • At 2010.09.07 03:22, etomyam said:

          fuh tattoo…ntah kenapa bila tengok benda tu agak mengerikan
          etomyam´s last blog ..Papan Tanda Dan Logo Popular Sepanjang Perayaan My ComLuv Profile

          • At 2010.09.08 02:49, admin said:

            sebab proses bertatto itu sendiri memang menyakitkan,bro :) …bukan macam sekarang punya kaedah.

          • At 2010.09.07 03:43, aidi-safuan said:

            hahahaa… cuak worh!

            • At 2010.09.08 02:50, admin said:

              hahaha….cuak? relax je,AS :)

            • At 2010.09.07 10:47, nina nurziana said:

              the tattoo is awesome ;)
              nina nurziana´s last blog ..cerita pelik pagi nih My ComLuv Profile

              • At 2010.09.08 02:52, admin said:

                antara cabang seni,NN :)

              • At 2010.09.07 11:16, Dila.13 said:

                laa.. boleh pulak main ingat bro Johari ada tattoo.. ada apa sebalik tattoo naga yang dicari-cari tu ye?
                Dila.13´s last blog ..WotD- Enfant Terrible My ComLuv Profile

                • At 2010.09.08 02:55, admin said:

                  mestilah Kapten Y cuak kalau-kalau ada di kalangan kelasi yang ‘tinggi tarafnya’ dari beliau,dila :) ….faham-faham sudah…kehekehkeh

                  *Kapten Y sekadar ‘baby dragon’ :) *

                  • At 2010.09.15 11:13, Dila.13 said:

                    hahahaha! ade jugak istilah baby dragon! baru tahu Kapten Y tu pun boleh dilauk2kan. keh keh keh!
                    Dila.13´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri My ComLuv Profile

                    • At 2010.09.15 15:11, admin said:

                      hehehe….’naga budak’ dah tentu kena “tabik” dengan ‘naga bola’ dan seterusnya,dila :) …’protokol’ tetap ‘protokol’!

                • At 2010.09.07 11:34, Gerrard said:

                  Hmm Gerrard pun tertanya2, buat apa nak cari tatoo naga tu =P
                  cool tatoo tu
                  Gerrard´s last blog ..CintaKasihpastu Seri My ComLuv Profile

                  • At 2010.09.08 02:58, admin said:

                    supaya tiada di kalangan kelasi itu mempunyai ‘taraf lebih tingg’ dari segi pemakaian tattoo.G :)

                    cool? dari sudut cabang seni memanglah begitu :)

                  • At 2010.09.07 14:25, mijie said:

                    muka nampak ganas si jerung tu, tapi tak pakai tattoo, hehe
                    mijie´s last blog ..Selamat sampai di kampung My ComLuv Profile

                    • At 2010.09.07 22:14, Dila.13 said:

                      jerung takut tayang tattoo duyung kot. hik hik hik!
                      Dila.13´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri My ComLuv Profile

                      • At 2010.09.08 03:00, admin said:

                        ‘tattoo doh yong’ cuma ada kotak pemikiran je bukan di badan,dila :)

                      • At 2010.09.08 02:59, admin said:

                        sebab jerung bukan ‘ahli bernombor’,mijie :)

                      • At 2010.09.07 18:46, dark_half said:

                        pendirian tu penting…
                        jerung bukan sebarang ;)
                        dark_half´s last blog ..10 Today Is The Greatest! My ComLuv Profile

                        • At 2010.09.08 03:05, admin said:

                          setiap orang mesti ada pendirian baru boleh ‘berdiri’,DH :)

                        • At 2010.09.08 00:22, adamfaiz said:

                          Baiklah takde tatoo ni..nak buat seksa..nak buang lagi lah seksa..tak sempat buang kalu, mati tak boleh disembahyangkan!! Nauzubillah!!
                          adamfaiz´s last blog ..Ipad Dan Pesaingnya My ComLuv Profile

                          • At 2010.09.08 03:06, admin said:

                            betul tu,adam :) …buat apalah hendak dicemarkan tubuh yang penuh kalimahNya dengan cara sebegitu.

                          • At 2010.09.08 00:33, ladfe amir said:

                            Kapten Y pasti terkejut sungguh bila si Jerung berjaya menyimpan aura ganasnya tanpa perlu ada tatu. bagus2
                            ladfe amir´s last blog ..Rindukan Lailatulqadar My ComLuv Profile

                            • At 2010.09.08 03:08, admin said:

                              sebenarnya Kapten Y cukup lega bila tiada yang ‘besar’ dari beliau,LA :)

                            • At 2010.09.09 03:24, ejoncb said:

                              paiporn tuh ape? huhu…

                              • At 2010.09.10 04:41, admin said:

                                hehehe…kalau paiporn memang saya tak tahu,ejon :) ….tapi kalau paipon[tanpa huruf "r"] tu saya boleh kasi tau-pernah tengok orang hisap sisha? macam tu lebih kurang tapi menggunakan ganja sebagai bahan bakar :)

                            • At 2010.09.11 05:20, Samdaddycool said:

                              mestii dia ingat jerung taiko besar…
                              Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya &amp seribu kemaafan ku pohon My ComLuv Profile

                            • At 2010.09.18 04:30, sunglasses said:

                              MV jjjj ??kapal ape eh bro? MV=motor vessel
                              sunglasses´s last blog ..Used ray ban My ComLuv Profile

                              • At 2010.09.18 08:04, admin said:

                                sebuah kapal tanker tapi aku tak tulis namanya yang sebenar,SG :)

                              • At 2010.09.21 15:19, Ali ridha said:

                                nasi lemak ganja.hehehe……..
                                Ali ridha´s last blog ..Main WIFI Restoran Permai Baru My ComLuv Profile

                                • At 2010.09.21 15:42, admin said:

                                  hehehe….ni kalau makan sekali,pasti nak makan selalu,AR :)

                                (Required)
                                (Required, will not be published)

                                CommentLuv Enabled
                                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                Design by: Yoshz Themes