kedatangan

admin | sembang-sembang | August, 15 2010 | 34 Comments

Kedatangan.Bukan satu entry yang mengisahkan masyarakat Islam yang kini sibuk menyambut kedatangan Ramadhan.Bukan jugak mahu membicarakan tentang kedatangan jemaah surau untuk solat sunat tarawih,yang macam pasang surut air laut tu.Entry ini mengisahkan sambungan kisah aku dengan kenalan baru tu.

Terus kepada sambungan kisah.Selepas kegagalan aku untuk menyambut kedatangan ‘dia’ tempohari,aku banyak menghabiskan masa di atas ruang atas dek.Tak kira malam atau siang[ini Abug menceritakan semula pada aku sebab ketika itu aku bagai sedikit hilang ingatan].Satu senja,aku melepak di tempat biasa di ruang legar dek kapal – di suatu sudut yang dikhaskan untuk kelasi berehat.

Dalam remang-remang cahaya senja itu,aku bagai melihat ‘seseorang’ sedang berenang-renang[kalau korang tak tau berenang sila beli ebook renang tu.....kahkahkah].Aku cuba mengamati susuk tubuh yang sedang berenang tu.Oleh kerana permukaan laut bergelombang kecil[beralun-alun] susuk tubuh itu kelihatan tenggelam timbul.

Sah ! Memang sah ! Apa yang aku lihat itu.Aku jadi tak tentu arah.Menjerit-jerit memberi khabar pada yang lain.Suasana atas dek mula riuh-rendah setelah jeritan aku agar sportlight dihalakan ke permukaan laut yang aku tunjukkan di mana aku pasti ada susuk tubuh sedang berenang-renang di situ.

Aku berlari ke arah salah satu sportlight yang berada atas dek.Menghalakan ke arah susuk tubuh itu.Tengok ! Tengok tu ! Laung aku kegembiraan yang begitu meluap-luap.Tiga lagi cahaya sportlight dari aras yang lebih tinggi] dihalakan ke arah susuk tubuh itu.Namun beberapa minit kemudian 3 sportlight yang besar itu dipadamkan tanpa sebab yang aku kurang pasti.

Kemudian muncul Abug bersama Dewa Dapur[tukang masak] mententeramkan aku yang masih menghalakan sportlight ke permukaan laut.Kesal aku bercampur marah bila apa yang aku lihat sebentar tadi disangkal oleh kelasi lain di kafe.Di malam itulah Bronko kena penumbuk aku 3 das ! Pertama di perut lalu dia terbongkok-bongkok menahan senak.Ketika dia terbongkok-bongkok,aku sodok lagi ke arah mukanya[bahagian kening 2 das.'Berkicap' ! [darah mengalir dari keningnya]

Tu lah,apasal cakap aku dah gila ! Kan dah kena penumbuk gila !….kahkahkah.Kalau diikutkan aku memang akan diturunkan di pelabuhan berikutnya[atas kesalahan bergaduh] namun campurtangan ketua jurutera menyelamatkan aku dari dikenakan tindakan tatatertib tersebut.

Apa yang aku nampak? Kelasi lain yang ada atas dek semua mengatakan yang aku nampak itu hanya gerombolan sampah sarap yang sedang terapung-apung di permukaan laut.Memang dorang ni bermata juling ! Mata pero !… kahkahkah.Habis tu aku nampak apa? Gambar yang kat atas tu lah yang aku nampak ! Doh Yong !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

34 Comments

  • At 2010.08.15 21:28, boy_bersahaje said:

    mak ai…terbaik ni bang. Cantik x? duyung ni alam mistik ke betul2 orang biasa boleh nampak bang?

    • At 2010.08.16 00:20, admin said:

      tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata,boy :)

      dari alam ‘sana’ tetapi dinampakkanNya di alam kita ni.

      orang biasa boleh nampak andai diberi peluang.

    • At 2010.08.15 23:16, etomyam said:

      perh, memang mengancam gambar kat atas tu..orang lain tak leh nampak kot?
      etomyam´s last blog ..Metrojaya Raya Sale@Putrajaya My ComLuv Profile

      • At 2010.08.16 00:21, admin said:

        kelasi lain semua nampak sampah yang sedang terapung,bro :)

      • At 2010.08.15 23:37, RastaMat said:

        Aritu aku g pulau perhentian..
        puas aku jelajah kat sane..
        tapi x jumpe pon duyong..
        kat mane bley jumpe ar??
        aku nak wat binik la..
        hahha…
        RastaMat´s last blog ..Untuk SEMUA dari GUWA My ComLuv Profile

      • At 2010.08.16 05:48, hafizarshad said:

        lepas ni dah kena duduk berjam2 la kat tepi laut….heheh…sape cepat dia dapat la ni ek??=)

        • At 2010.08.16 19:17, admin said:

          kehkehkeh….betul punya nasib baik kalau ‘dia’ muncul,ketika lepak-lepak tepi laut,HA :)

        • At 2010.08.16 08:13, mijie said:

          oooo memang beruntung ko bang joe dapat tgk apa yang orang lain tak dapat tengok, anugerah oleh
          NYA tu
          mijie´s last blog ..Lagu kenangan dan kaitan dengan hidup aku My ComLuv Profile

          • At 2010.08.16 19:19, admin said:

            diberi peluang menyaksikan ciptaanNya agar gua sedar akan kebesaranNya,mijie :)

          • At 2010.08.16 09:31, Dila.13 said:

            saya pun pernah nampak doh yong gak tapi kat persisiran pantai ler.. dah jadi emas dah pun. siap amik gambar sama-sama macam akak dan adik angkatnya kat pantai Songkhla :D

            tapi susah jugak kalau ‘sewel’ tu dah melanda sebab yang nampak hanya Bro Johari sorang.. kalau ramai-ramai nampak, takde la penumbuk gila tu dihayunkan.
            Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

            • At 2010.08.16 19:21, admin said:

              yang patung tu dipanggil duyung oleh kebanyakan orang.

              yang pasti duyung tak sama dengan Doh Yong,dila :)

              tak nampak bukan bererti ia tidak ada kan?

              • At 2010.08.18 21:56, Dila.13 said:

                betul tu.. tak nampak tak bermaksud benda tu tak wujud. lagi pulak bila ada yang dah sahkan kewujudan duyung tu :)
                Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak My ComLuv Profile

                • At 2010.08.19 00:40, admin said:

                  cuma bila nampak benda pelik ni susah untuk orang mengatakan ya sebab bimbang dipandang serong oleh orang lain,dila :)

            • At 2010.08.16 11:29, madlut said:

              pergh..nampak duyung, bro memang punya pengalaman yang orang lain takde..
              tapi maaf cakap la bang joe, kalau aku jdi kelasi lain pun, aku akan cakap ko gila,
              tp kadang2, apa yang kita nampak, tapi orang lain tak nampak, memang susah nak beritahu pada orang kan…

              • At 2010.08.16 19:23, admin said:

                nampak Doh Yong,madlut…… bukan duyung :)

                aku kan Sang Gila Api :)

                tak pernah dilihat bukan bermakna ia tiada kan?

              • At 2010.08.16 12:05, tehr said:

                kesian member yg kena penumbuk tu…
                tehr´s last blog ..Kebersihan Bazar Ramadhan My ComLuv Profile

                • At 2010.08.16 19:25, admin said:

                  cari pasal dengan jerung yang sedang ‘sewel’,dapatlah hadiah,tehr :)

                • At 2010.08.16 14:26, adamfaiz said:

                  Ikan duyung? wow!!! agak2 bole tangkap ke ikan duyung ni?
                  adamfaiz´s last blog ..4 Perkara Mudah- Besar Ganjarannya Di Bulan Ramadhan My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.16 19:25, admin said:

                    bukan duyung tapi Doh Yong,adam :)

                  • At 2010.08.16 15:38, zik said:

                    duh yong ke dugong… hee
                    zik´s last blog ..Ikan ketutu My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.16 19:25, admin said:

                      hehehe….jauh beza tu,zik :)

                    • At 2010.08.17 01:27, bujang3 said:

                      bukan senang nak tengok doh yung nie.. kira bertuah lah ko !!!
                      bujang3´s last blog ..Nostalgia Di Bulan Ramadhan !!! My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.17 01:45, admin said:

                        yupp betul tu bila berkesempatan menyaksikan dengan mata sendiri,lepas tu aku pun ‘sewel’ – ‘bertuah’ punya Doh Yong!….kahkahkah

                      • At 2010.08.17 10:48, khairolghani said:

                        biar betik bro..ikan duyung?seriusly?memang bertuah la ko..
                        khairolghani´s last blog ..BB dah nak keluar ke My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.17 16:52, admin said:

                          manusia suka menggelarkannya sebagai duyung,kay…itu sekadar untuk memberi kefahaman pada pembaca[gambaran kasar].

                          sebenarnya yang aku jumpa tu ‘manusia’ yang hidup di bawah permukaan air…hanya masa je akan mengesahkan cerita aku ni :)

                        • At 2010.08.18 01:32, hyprobulksms said:

                          Duyung sememangnya wujud, satu dunia kenal duyung.. sebutan saja yang berbeza dari setiap bangsa. Kalau tak wujud, mengapa ia begitu popular..
                          hyprobulksms´s last blog ..Program affiliate Malaysia My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.18 02:19, admin said:

                            betul tu,HBS :)

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes