ke mana tumpahnya kuah
Kenapa aku memilih untuk terjun dalam dunia pelayaran sebagai kelasi kapal ? Antara penyebabnya memang dalam darah aku sendiri,ada darah pelayar.Salasilah keturunan sebelah abah aku memang seorang pelayar.Kalau dah darah Bugis Boney,laut dan kapal itu memang dunia mereka.Tapi yang tak best mereka ini dicop sebagai lanun ! Ini adalah putar-belit pihak penjajah sewaktu dulu ! Ciss ! Walhal mereka ini adalah pelayar dan pedagang di samping memiliki ilmu tempur samada di laut dan darat.
Bagaimana tiba-tiba sahaja aku ingin belayar ? Semuanya bermula dengan sebuah mimpi yang hadir dalam tidurku – ini sekadar penyebab sahaja ! Kalau pernilaian orang luar pasti akan mengaitkan kisah perhubungan aku dengan Nai yang tidak kesampaian.Kecewa lalu membawa diri….kahkahkah.Bila aku mengambil keputusan untuk menjadi kelasi kapal bukanlah bermakna peluang pekerjaan itu sudah dalam genggaman.Masalah jugak tu !
Bagaimana dengan ibu bila aku menyuarakan hajat ingin belayar ?Ibu tanpa banyak soal merestui akan keputusan anak bongsunya untuk belayar.Mungkin ibu memahami apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan aku ketika itu.Aku berpesan pada ibu bahawa dalam jangkamasa 2 tahun aku akan terus belayar tanpa henti.Untuk itu aku tinggalkan wang perbelanjaan selama 2 tahun hasil simpanan aku bertukang kasut sebelum ini.
Bagaimana dengan persediaan untuk menempuh alam pekerjaan ? Baru aku teringat,kalau nak kerja ni mesti ada temuduga yang mana memerlukan segala macam sijil kelayakan.Masalahnya segala sijil persekolahan aku,semuanya sudah aku bakar gara-gara kegagalan aku meneruskan pengajian di UTM dulu.Tambahan pula kalau nak belayar ni perlu ada sijil kelayakan dari ALAM.Aku mana ada sijil tu ! Habis tu ? Mohon masuk ALAM baru kerja ?
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



hehe…kebetulan lagi, abang saya juga seorang pelayar lepasan ALAM…mari kita tengok ada tak persamaan antara bro dan abang saya..
kebetulan lagi? ermmm…mungkin ada sesuatu di sini
budak-budak ALAM dah tentu lain pembawaknya,madlut
….terutama yang berpangkat…yang sama cuma cari makan atas kapal.
ALAM tu ape?
boss´s last blog ..Ka Ching! USD49 sudah masuk dalam PayPal
Akademi Laut Malaysia-universiti untuk bakal-bakal pelayar,boss
perggh dah cerita pasal pelayaran lak nie…cabaran semakin getir…dekat laut nie macam2 boleh berlaku… lanun la, ribut …
zik´s last blog ..Google PR zikrihusainicom kembali ke 2!
kahkahkah….lanun ? dah tentu aku pun berdarah ‘lanun’….ribut? dah tentu aku memang gemar ‘meributkan’ keadaan bila perlu,zik
zik,apa yang ada di luar,ada dalam diri kita….ko asal parit yusuf kalau tak mahu ‘kutip’ dengan orang-orang lama memang suatu kerugian !
*wak sarini masih hidup lagi?*
asal memang parit yusof.. masuk dalam lagi… parit no2,
wah sarini tak sure la.. sebab tak kenal.. memang kat kg panggil wak je.. wak semar, wak mastor..
ada plan nak kutip cerita orang2 lama nie.. tungguew..
zik´s last blog ..Facebook chat emotion
wak sarini ni pakar membuat senjata terutama pedang…ingat sejarah amukan balai polis batu pahat ? pedang-pedang itu dihasilkan oleh wak ini,zik[wak ini sama sekali tidak terlibat dalam amukan itu samada secara langsung atau tidak langsung]
dalam cerita tu pasti diselitkan dengan ilmu….kena teliti baru boleh tangkap maksud cerita orang-orang lama ni
salam singgah, wah seronoknya belayar… dulu pernah jugak ader offer tapi tak pegi pun…
apapun kerjaya kalau tak kena dengan jiwa kita memang susah sikit nak diceburi,man
pastinya best jadi pelayar ni, banyak pengalaman dan luas pendedahannya, pasti cerita makin best lepas ni…

paling jauh aku naik kapal dari TLDM base di lumut sampai ke Langkawi aje..tu pun rasa satu punya macam mual, siap telan ubat mabuk lagi hahaha, puak2 navy gelakkan rupa aku…
etomyam´s last blog ..Panduan Tulis Blog- 10 Idea Sempena Ramadan
sebenarnya apa jua kerjaya kita,ia memang memberikan suatu pengalaman dan pendedahan,bro
…cuma dari sudut berbeza.
wahh…itu lagi best kalau orang awam boleh naik kapal tentera !
mual/’muntah hijau’ memang kena lalui kalau dah masuk laluan kapal ni
best tu jadi pelayar, boleh timba banyak pengalaman di rantauan orang
kalau berkesempatan belayar ke luar negara memang bestlah,H2O
…[aku pun dah lupa simbol untuk hidrogen ni].
wah…kenapa dibakar bro..? hem…susahlah kalau macam ni,tapi best kalau jadi pelayar..seronok
ishak´s last blog ..Saat nya menunggu puasa dan ramadhan 2010
dibakar sebab aku bengang dan kecewa ketika itu,ishak
…..semua kerjaya adalah seronok kalau kita bolah menjiwainya.
anak bongsu eh?haha
makin lama makin best lak baca blog ni..cam baca novel
anak last,CD
bacalah selagi mau dibaca
ohoho.. orang bugis rupanya.. yep2.. dari dulu saya pun ingat orang bugis tu lanun. dasar pemesongan kebenaran betul. kesian mak saya disalah ertikan asal keturunan dia. hehe.. lepas ni boleh pergi mintak ampun kejap dengan dia

Dila´s last blog ..Cabang Baru
bugis itu lanun? itu suatu pembohongan besar ! penjajah itulah lanun sebenar ! merompak segala hasil kekayaan negara yang dijajah
*sedikit pelik dengan jumlah komen dila yang tidak bertambah tu….blog ni sedikit demi sedikit jadi gila macam tuannya…..kahkahkah *
cuba dila semak link bila komen.
selamanya aku tak suka sejarah yang ditulis oleh penjajah
ingat mereka je yg baik, orang lain semua jahat
tak sedar diri betul
geram sugguh
tehr´s last blog ..Rezeki Raya Di Pasar Minggu
aku langsung tidak mempercayai sebarang sejarah yang pernah dicatat oleh penjajah ini,tehr….cukup banyak yang menyimpang !
Usih.. bakar sijil, ada juga terfikir nak buat.. tapi sayang woo, tak sampai hati.
kalau dah suratan, ALAM ke malam ke, memang naik kapal juga takdirnya.
Samdaddycool´s last blog ..The Best Fat Loss Diet
kahkahkah….gua kalau dah ‘naik hantu’ apa pun gua bakar,sam
sebabnya rezeki itu,DIA punya urusan,kita tak perlu campur itu urusan,sam.
selama 2 tahun belayar…tinggalkan duit perbelanjaan selama 2 tahun kat ibu…. engko memang anak yang baik…!!!!
bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
dah aku anak lelaki yang belum kahwin ketika itu,bujang
memang betul berdarah bugis ker ????
bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
bukanlah berdarah pekat bugis sudah ada kacuk-kacuk maaa…tapi memang bugis,bujang