kalau sayang tinggal-tinggalkan

admin | sembang-sembang | August, 25 2010 | 26 Comments

Ya! Itulah tajuk entry aku kali ini.Dewasa ini segelintir golongan muda amat patuh mengamalkan bidalan lama ini.Si Adam meninggalkan benih pada Si Hawa.Kemudian Si Hawa meninggalkan benih yang sudah bernyawa itu di tepi longkang.Maka benih yang terhasil dari konsep “touch and go” itu tinggallah nyawa-nyawa ikan menanti ajal di usia yang cukup mentah !

Dan seperti biasa aku kurang berselera untuk mengulas lanjut akan isu ini.Entry ni terhasil ketika orang lain sedang sibuk masuk pejabat untuk bekerja.Aku pulak sedang sibuk mengemas katil untuk masuk tidur.Entah kenapa aku boleh gatal tangan menjawab komen di blog ini sebelum melelapkan mata.

Ia berpunca dari komen Madlut seperti di bawah ini.

Bila bayangan van sudah hilang dari pandangan mata yang ditutupi rambut aku yang panjang.Baru aku sedar,beg sandang aku tertinggal dalam van.Ini bukan kerana sayang tapi kes terlupa ! Aku meraba poket belakang ,nasib baik dompet aku ada di situ.Aku tinjau isi dalam dompet.Aku panik sekejap! Duit aku tinggal beberapa ringgit je.

Mata aku melilau mencari kedai makan.Aku perlukan segelas kopi panas untuk mententeramkan gelodak di jiwa gara-gara panik.Masuk ke sebuah kedai makan,pesan kopi panas.Sambil menghirup aku memandang ke luar kedai.Ahh ! Lega ! Bukan sebab kopi panas tapi aku terpandangkan sebuah bank cap harimau.

Aku baru teringat akan sekeping kad.Baru setahun berkurung dalam kapal aku bagai canggung bila di daratan.Dengan penuh semangat aku keluar dari kedai menuju ke bank di seberang jalan.Baru aku nak melintas,terdengar satu suara memekik ” Hoi,minum segelas kopi pun nak tipu ke? “.Alamak aku lupa nak bayar pulak.Yelah,selama setahun minum di kafe kapal tanpa perlu membayar.”Apa kena hari ni,serba serbi tak menjadi je langkah aku” getus hati kecil ku.

Dengan langkah bersahaje sambil-sambil cover malu,aku menuju ke bank.Keluarkan kad,cucuk.Baguslah,aku terlupa nombor PIN pulak! Menyumpah-nyumpah dalam hati aku.” Mungkinkah kerana sewaktu memijak tanah tadi semasa turun dari kapal,aku terlupa memberi salam?” soal aku sendirian.

Akhirnya aku tersenyum.Aku sudah ingat nombor PIN tersebut.Selesai sudah masalah.Cucuk kad amek duit,capai resit.Aku tenung resit tu.Hati aku jadi sebak,teringatkan dua insan yang berhati mulia itu – Bang Hud dan Kak Pah[sehingga entry ini ditulis,aku masih menerima 'pencen' setiap bulan di atas jasa aku yang tidak seberapa seketika dulu]

*Ribuan terima kasih buat Bang Hud dan Al-Fatihah buat Kak Pah[meninggal pada 2000/ketika 15 Ramadhan ]*

Entry ini aku sambung pada waktu yang sesuai.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

26 Comments

  • At 2010.08.25 11:46, iza said:

    Salam….

    Excited membaca ….bersambung plak…
    iza´s last blog ..Mengimbau Kenangan Silam 1 Ramadhan My ComLuv Profile

    • At 2010.08.26 01:13, admin said:

      salam dijawab,

      yang penting bersambung kan?,iza :)

    • At 2010.08.25 11:55, Dila.13 said:

      al-fatihah buat Kak Pah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman.. Amin.. tapi kalau sayang tinggal-tinggalkan tu memang betul dah. ‘Kerna terpaksa aku melangkah pergi, Kerna terpaksa ku turut kata hati’ :P
      Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana My ComLuv Profile

      • At 2010.08.26 01:16, admin said:

        mudah-mudahan begitulah,dila.

        sendiri buat sendiri tanggunglah,dila :)

      • At 2010.08.25 14:31, mijie said:

        cerita bro banyak rencahnya, sedih, gembira, kelakar dan banyak lagi…

        tapi mana citer si dia tu?
        mijie´s last blog ..Promosi hari raya sekali seumur hidup My ComLuv Profile

        • At 2010.08.26 01:17, admin said:

          itu yang gua rasa dan lalui,mijie :)

          akan diceritakan dalam entry berikutnya.

        • At 2010.08.25 15:27, madlut said:

          orang yang kita sayang…memang sedih bila terkenang..samada kita tingalkan mereka, atau mereka tinggalkan kita…

          • At 2010.08.26 01:23, admin said:

            kena terima dengan berlapang dada,madlut :) …redha !

          • At 2010.08.25 18:47, padin said:

            adehh bersambung lagi…
            padin´s last blog ..Jalan – Jalan Dapat Hadiah My ComLuv Profile

            • At 2010.08.26 01:23, admin said:

              corak penulisan dalam blog ni,padin :)

            • At 2010.08.25 21:29, suzierahman said:

              alamak..bru excited nk bca ni..wawawa..t dh smbg gtaw suzie..

              p/s:alfatihah wat kak pah…

              • At 2010.08.26 01:25, admin said:

                langgan terus,SR :) …sudi-sudikanlah isikan email di tempat yang disediakan tu

              • At 2010.08.25 22:06, tehr said:

                apasal la aku rasa macam tak puas [hati] je baca
                hehehe
                …dulu2 kalau aku dapat novel, aku akan baca sampai habis tak kira masa

                bro, jangan pula buat2 nak ambil cuti ke, apa ke… habiskan dulu kisah ni, boleh?
                hahahaha – aku memang kurang sabar
                tehr´s last blog ..Udang Pun Tak Lontar Najis Sesuka Hati My ComLuv Profile

                • At 2010.08.26 19:41, admin said:

                  novel pun ada yang bersambung,tehr :)

                  insyaallah blog akan di update setiap hari.

                • At 2010.08.25 23:40, bujang3 said:

                  dah lama dalam kapal, bila turun pening2 lalat… hehee !!!

                  • At 2010.08.26 19:42, admin said:

                    mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri,bujang :)

                  • At 2010.08.26 09:04, adamfaiz said:

                    Ko ni Joe..memang pandai potong citer..bagi saspen
                    adamfaiz´s last blog ..Kenangan Aidilfitri Di Amerika My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.26 19:43, admin said:

                      perlu bersambung-sambung,adam :) ….supaya blog sentiasa di update…kehkehkeh

                    • At 2010.08.26 09:35, ejoncb said:

                      kalau syg, tinggal-tinggalkan..haha..nk bg rindu ker ape…mcm tuk pasangan suami isteri jer..

                      hmm..lawak la plak lupa nk bayar kopi, tapi dah biasa kan..nk wat cmne…

                      • At 2010.08.26 19:45, admin said:

                        hahaha….supaya dia sedar untuk memulakan episod baru dalam kehidupannya,ejon :)

                        • At 2010.08.26 22:16, Samdaddycool said:

                          Setahun minum kopi tak payah bayar.. memang la jadi kekok.. hik.. hik..
                          Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.27 02:50, admin said:

                            lupa pulak nak jawap pada ejon tadi :)

                            dah biasa,sam :) ….minum kat kafe kapal macam tu,minum-minum terus angkat kaki…hehehe

                      • At 2010.08.26 09:45, etomyam said:

                        masih sabar menanti cerita seterusnya.. :D
                        etomyam´s last blog ..Kakitangan Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Sebelum 1 Syawal My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.26 19:46, admin said:

                          begitulah yang seelok-eloknya,bro :)

                        • At 2010.08.26 23:58, zik said:

                          alamak sedihnya…isk3.. betullah kalau kita sayang..terpaksalah kita tinggalkan..
                          zik´s last blog ..Foot Detox Patch dan Makjun Anggun Bestari untuk dijual My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.27 02:52, admin said:

                            kalau mulut kata sayang,perbuatan pun kena disertakan jugak,zik :) ….oleh itu ditinggal-tinggalkan.

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes