kalau dah rezeki
*disebabkan dah dua kali aku upload gambar pintu,akhirnya aku bermimpi akan harta ahmad albab….hahaha*
okaylah disebabkan entry sebelum ni ‘ke laut’,tajuk lain isi lain……jadi entry kali ini aku akan memberikan tips bagaimana menulis entry agar tidak ‘ke laut’…hahaha
“hoi…ketam! tak payah nak bagi orang tips apa bagai”….tengok aku dah kena sound !
okaylah kalau macam tu,aku sambung entry rezeki mula melimpah dengan menggunakan tajuk baru iaitu kalau dah rezeki.
malam itu…iaitu hari malam nak masuk pagi…..setelah adegan airmata di bilik kotak ….aku dipelawa oleh bang hud dan kak pah untuk menjamu selera….mungkinlah macam dalam drama tv,lepas menangis-nangis pergi makan…aku pun tak tau sebab tak pernah tengok tv ketika itu.
sebenarnya makan di kedai adalah pengalaman baru pada aku…merangkap pengalaman pertama bagi kerongkong aku merasa lauk-lauk seperti itu…memang enak…nantilah …. suatu masa kelak,aku bukak satu restoran agar aku boleh melantak secukup rasa…nantilah !
pagi itu di kedai makan yang semakin lenggang….aku,bang hud,kak pah masih berbual-bual dengan rancak….sebenarnya aku sorang je membuka mulut….pasangan suami isteri itu lebih banyak mendiamkan diri…..lebih tepat lagi terkedu! terkedu mendengarkan kisah budak berkepala botak di depan mereka….hahaha
di pagi itu juga,untuk pertama kali aku bongkarkan segala kisah kehidupan aku …seperti mana aku membongkar beg plastik sampah…membongkar dengan penuh teliti ! maksudnya segala kisah hidup aku…segala ! semua ! tanpa tertinggal satu pun !….. sekali lagi kak pah buat perangai macam kat bilik kotak…..bang hud mula capai “ray ban” yang cerminnya warna coklat-coklat perang dari kocek bajunya….biasalah tu nak cover…hehehe
aku? lega !!! lega sebab selama ini aku cuma pendamkan jauh di lubuk hati ! aku makin lega bila bang hud menyampaikan pandangan bang da terhadap mutu kerja aku….bang da memuji kehalusan jahitan aku,kepantasan aku menjahit sudah menyamai pekerjanya yang sudah bekerja selama 5 tahun tu,cara aku mengilat kasut jauh berbeza hasilnya(kilatan) berbanding dengan yang lain-lain….tapi aku tak pasti bang da tau atau tidak….siku aku macam nak tercabut untuk menghasilkan kilatan sebegitu rupa !….senang cakap,dari pandangan bang da,aku telah bekerja dengan sepenuh hati walau gaji aku dua ringgit !
tambah melegakan hati aku,bila kak pah menyampaikan berita yang cukup baik…..aku dah tak perlu makan sisa-sisa nasi mereka….aku diberi sepuluh ringgit sehari untuk makan walaupun aku bekerja sekadar part time di kedai mereka…bang hud makin menambah kelegaan aku….yang mana aku bakal dibayar sebanyak 600 ringgit sebulan di atas kecekapan aku membantu kerja-kerja di kedai kulit.
dan demi menebus perasaan rasa bersalah membiarkan aku kelaparan(mereka tidaklah bermaksud sedemikian)…membiarkan aku menghabiskan sisa-sisa nasi mereka sebelum ini selama 4 bulan , aku diberikan sebanyak 1200 ringgit iaitu diperhitung secara kasar sehari 10 ringgit untuk selama 4 bulan sebelum ini.
sampai sekarang aku ingat akan kata-kata dari mulut bang hud “selama ini aku tidur dalam kekenyangan sedangkan ada manusia di depan mata aku,tidur setelah menjamah sisa-sisa nasi yang aku makan”….”berat aku nak menjawab kat sana esok,joe”…. namun tidak pernah sama sekali aku menyalahkan bang hud atau kak pah mau pun bang da !
dalam kepala, aku sudah terbayang ibu dan abah bakal tersenyum ! bulan ini aku bakal mengirimkan 900 ringgit dan esok pasti aku kirimkan 1200 ringgit …aikk???macam mana pulak boleh 900 ringgit sebulan? yelah gaji aku di kedai kulit kan 600 ringgit + 300 ringgit elaun makan,kan jadi 900 ringgit !……aku macam biasalah….rezeki aku kan ada dalam beg plastik tu….hahaha
aku percaya semua itu adalah sebahagian dari berkat doa kucing-kucing jalanan itu ! kucing-kucing yang aku beri makan tu.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



selama ini aku tidur dalam kekenyangan sedangkan ada manusia di depan mata aku,tidur setelah menjamah sisa-sisa nasi yang aku makan”…
…aku insaf.. sambung ye nanti..
boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2)
mereka berdua antara insan berhati mulia yang pernah aku jumpa sepanjang kehidupan aku.
sambung? insyaallah
Syukurrr Alhamdulillah. Ada sinar di situ..
… to be continued
samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
ya syukur…kalau sabar diuji pasti ada ganjaran dariNya
sam,pihak pembaca pun diharap dapat bersabar ye
….ya to be continued…:)
Alhamdulillah.. pagi yg gelap kini sudah cerah..
pagi yang gelap kini sudah cerah,
selagi bersemangat dan pantang menyerah,
setelah berusaha hanya mampu berserah,
akhirnya rezeki datang mencurah-curah
Sebak aku baca entri ni. Ayat yang “aku macam biasalah….rezeki aku kan ada dalam beg plastik tu” memang menyentuh hati aku. Entahlah kenapa tiba-tiba hati aku yang rock tersentuh dek baca cerita bro joe…nanti turun JB bagi tau ya…
Shaffik´s last blog ..Bagaimana Memenangi Hati Suami?
itulah kenyataan yang aku tempuh suatu ketika dulu
kan masih elok nasi tu bukan basi pun:)
ada kasut mau repair ke? kihkihkih
owh…kalau x silap, ada hadis ckp, bg binatang makan, murah rezeki….hehe, betullah tue…
madlut´s last blog ..BLUE IS THE COLOR…lets sing together..haha
sebenarnya setiap rezeki yang kita dapat,di dalamnya ada bahagian untuk dikongsi sesama makhluk.
binatang lebih jujur dalam mendoakan kita
betul ker bagi binatang makan jadi murah rezeki? hehe..nak bagi kucing makan la
ejoncb´s last blog ..Cerita Di Suatu Tengah Hari 2
andai kita jenis mesra alam maka seluruh alam akan mendoakan kita
Pagi Jumaat lagi hati aku dah sebak … tiada yang lebih insaf dari mengenang kesusahan orang lain yang lebih susah dari kita.
rohaizad´s last blog ..Anak Derhaka !!!!
begitulah perjuangan hidup aku sebelum aku membuka perniagaan sendiri
Bro Joe, tiada yang lebih indah dari kisah berdasarkan pengalaman. Jika dirangkumkan semua kisah-kisah ini, ianya boleh diterbitkan menjadi satu travelog. hanya beberapa perkataan sahaja perlu ditukar ke bahasa melayu tinggi tetapi saya yakin emosi pembaca tetap akan tercuit.
nuaeman´s last blog ..Penangan Blog
amat,tiada apa dapat kucoretkan dalam blog ini melainkan perjalanan kehidupanku
tentang cadangan itu memang bagus dan bernas tapi memang tiada kefahaman pasal travelog…hehehe…begitu jugak dengan penggunaan bahasa melayu tinggi,memang aku tak mahir
Itu bisa dipelajari.. sekarang PTS tercari-cari kisah berbentuk Travelog. saya baru beli satu buku ‘travelog cinta abadi’. Buat masa ini fikir tajuk yang sesuai.. insya-Allah kalau ada rezeki.. travelognya akan terhasil..

nuaeman´s last blog ..Penangan Blog
menarik jugak cadangan ini
tabah betul bro kita menghadapi dugaan ini… erm betul kita bersyukur..susah2 kita nie..mesti ada orang lain yang lebih susah dari kita… percayalah… oleh itu bersyukur dengan apa yang ada..
zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010!
syukur dan redha adalah sebaik-baiknya iaitu setelah berusaha sedaya mungkin
sebenarnya di mana ada masalah di situ ada peluang !
syukur pada Allah,masih ada yg prihatin macam bang hud dan kak pah..
khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak
aku begitu bersyukur dipertemukan dengan pasangan suami isteri tu,jasa dan budi mereka memang aku kenang sampai bila-bila.
bukan dengan aku sorang,dengan pekerja mereka yang lain pun begitu jugak
disebabkan bercuti di kampung, baru hari ni aku baca kisah ini,
aku tak dpt bayangkan macam mana keadaan bro dulu…bertuah sbb dpt melalui semua ini
ooo…sedang bercuti…selamat bercuti!
antara babak kehidupan gua sewaktu dulu….asam garam kehidupan
Setiap kebaikan insyaallah akan dibalas dengan kebaikkan, setiap kesabaran pasti akan ada keberuntungannya. Sesungguhnya Allah maha adil dalam setiap urusannya.
ardzham´s last blog ..Mahkota Dewa – Herba Penawar
yupp,betul tu,bro….rezeki ni kadang-kadang sukar dijangka cuma ada kalanya manusia itu kurang sabar dengan ketentuanNya…DIA memang Maha Adil
Allah menguji kita setaraf dgn level iman kita..kalau bro pny ujian mcm ni pny rupa, wah..tak terbayang tahap keimanannya mcm mane
botak´s last blog ..movie of the year
ini hujung kuku pun sampai kalau nak dibandingkan dengan ujian yang ditempuh oleh saudara-saudara islam kita di luar sana.
lagipun aku dah biasa hidup susah sedari kecil
memang menarik bro.baca maacam tengok cerita dekat tv.
Pengalaman macam nie yang payah dicari dan akan dikenang
all success..
hai man….terima kasih singgah di sini
pengalaman yang memang aku tak kan lupa sambil-sambil buat modal update blog,man.
[...] – Pintu rezeki mula terbuka Bhg 7 – Rezeki tambahan Bhg 8 – Rezeki mula melimpah Bhg 9 – Kalau dah rezeki Bhg 10 – Rezeki aku Bhg 11 – Gelaran rezeki Bhg 12 – Impian aku Bhg 13 – [...]
tiada apa yang dapat aku ucapkan selain terima kasih,boss