jawatan aku

admin | sembang-sembang | October, 03 2010 | 42 Comments

Sehari sebelum tamat tempoh kebenaran tinggal di Brunei,aku keluar ke Miri ditemani oleh Hajah Bafiah dan suaminya.Selepas ini,aku tak perlu cop seminggu sekali.Hajah Bafiah sudi menjadi penjamin aku sebelum urusan permit kerja selesai[sebenarnya aku tak buat pun permit kerja hanya menggunakan cop jaminan]

Cop jaminan dari bakal majikan membolehkan seorang pekerja itu tinggal selama 2 minggu[dengan syarat tertentu].Aku sudah terangkan pada Hajah Bafiah tentang hasrat aku bekerja cuma sekitar 4 bulan,oleh itu tidak perlulah menggunakan permit kerja.

Jawatan aku adalah sebagai pencuci pinggan di kafe Hajah Bafiah.Setiap pekerja bekerja selama 12 jam setiap hari.6 jam bekerja di kafe dan 6 jam lagi bekerja untuk katering.Aku dikecualikan bekerja untuk katering tetapi aku ditugaskan menjadi pembersih hostel merangkap tukang kebun :)

Bekerja sebagai pencuci pinggan di kafe,aku agak kekok pada mulanya sebab mencuci menggunakan mesin pencuci pinggan.Mula-mula sisa makanan akan dibersihkan dari pinggan[guna tangan],rendam dalam sinki yang mengandungi sabun pencuci kemudian angkat dan susun dalam mesin pencuci pinggan.

Mesin tu kerjanya sekadar membilas dengan air sejuk kemudian dengan air panas.Pada aku benda ni bukanlah boleh dipanggil mesin pencuci pinggan……….kahkahkah.Cukup melambatkan kerja mencuci.Aku sering diketawakan oleh pekerja dapur yang lain.Mereka pun setuju mesin tu melambatkan proses mencuci.Akhirnya aku mencuci kaedah biasa !

Kerja sebagai pembersih di hostel bermula seawal 6 pagi iaitu setelah pekerja syift  pagi[6 pagi -12 tengahari] sudah pergi kerja.Bermula dari dalam banglo,kerja menyapu bermula,kumpul segala beg plastik sampah dari setiap bilik[lelaki dan perempuan].Cuci bilik air/tandas-kesemuanya ada[sekejap aku kira semula]…….oh ya! kesemuanya 9 bilik air/tandas.

Setiap kali aku membimbit segala beg plastik sampah yang perlu dilonggokkan di tepi jalan sebelum pukul 9 pagi,aku akan teringat sesuatu – zaman aku menjalani latihan membaiki kasut bersama Bang Da :) .Setelah siap kerja membersih dalam banglo,aku perlu segera membersihkan kawasan luar banglo.Bersihkan kaki lima banglo,bersihkan longkang.Akhir sekali bersihkan bilik air/tandas yang terdapat di bahagian belakang banglo-yang jarang digunakan.

Pukul 10.30 pagi masuk dapur bancuh kopi panas.Layan minuman kesukaan aku itu sambil berangan-angan.Tepat  pukul 11.30 pagi tunggu van pekerja,menyambung tugas sebagai pencuci pinggan di kafe.Semua ini aku lakukan semata-mata untuk sesuap nasi untuk mengisi perut,sebuah katil untuk aku merehatkan badan dan wang gaji sebanyak BD 400 sebulan :)

Tanpa aku sedar,segala rutin yang dilakukan ini mempunyai kaitan dalam kehidupan aku akan datang.Begitu indah aturan dan skripNya untuk aku ! :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

42 Comments

  • At 2010.10.03 13:48, Samdaddycool said:

    “segala rutin yang dilakukan ini mempunyai kaitan dalam kehidupan aku akan datang”.. apa ya??
    Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat! My ComLuv Profile

    • At 2010.10.03 15:47, admin said:

      hahaha…..jauh lagi entry pasal tu[2004 punya cerita],sam :)

      • At 2010.10.03 22:36, Samdaddycool said:

        ooo.. takpe, tunggu je, kita layan satu persatu.
        Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat! My ComLuv Profile

        • At 2010.10.04 01:05, admin said:

          hehehe………..tungggggggguu :)

          • At 2010.10.05 09:49, Dila.13 said:

            lagi berapa lama baru sampai kisah 2004 Bro Johari? saya nak praktikkan speed reading ni sebab kerja freelance dah mula melambak lepas bebas dari 9-5 :D hehe..

            • At 2010.10.05 12:42, admin said:

              hehehe….sukar dipastikan,dila :)

              apapun jangan mengeluh tentang kerja yang sedang melambak tu nanti separa minda jadi keliru :)

            • At 2010.10.05 21:14, Samdaddycool said:

              uish.. kencang tu Dila…
              Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

            • At 2010.10.06 02:12, admin said:

              moga dilancarkan segala urusan untuk dila tu :) ….bukan kecik cabaran yang menanti tu.

  • At 2010.10.03 14:17, zik said:

    macam2 kerja bro jeo buat…
    zik´s last blog ..Tun Dr mahadthir Sakit My ComLuv Profile

    • At 2010.10.03 15:48, admin said:

      janji halal,zik :)

    • At 2010.10.03 15:32, MHps said:

      Nak agak apa berlaku selepas ni macam tak kena, tapi agaknya benda misteri la tu..

      Eh! Bro Jo jd pembantu rumah di Indon? Tidakkkk!!!
      MHps´s last blog ..4 Halangan Berblogging My ComLuv Profile

      • At 2010.10.03 15:50, admin said:

        pembantu rumah? kahkahkah…..jauh sangat larinya,MHps :)

        benda yang aku maksudkan terjadi selepas aku balik dari indon[beberapa tahun selepas itu]

      • At 2010.10.03 16:44, ejoncb said:

        err??? apakah kerja y akan datang tuh? hehe..dok pk2 jer,,abg joe nih wat pe eh skang..hehe

        • At 2010.10.03 18:35, admin said:

          lambat lagi mahu diceritakan,ejon :) ….benda tu saya buat setelah balik dari indon.

          sekarang? sekadar menjaga ibu di kampung :)

        • At 2010.10.03 19:06, mijie said:

          nampaknya bro joe memang serba boleh, seronok dengar kisah bro nih, pasni habis brunei indon pula yer, best2 :)
          mijie´s last blog ..Keputusan contest contengan paling kreatif My ComLuv Profile

          • At 2010.10.04 01:10, admin said:

            semua kerja tu kerja senang je,mijie :) ….sape-sape pun boleh buat cuma mungkin ada orang tak nak buat sebab malu.

            lepas brunei ke indon? pasti ? mungkin gua terbabas ke filipina sebelum ke indonesia……kahkahkah

        • At 2010.10.03 22:10, madlut said:

          BD400 tue bersamaaan dengan berapa duit malaysia?

          • At 2010.10.04 01:14, admin said:

            tukaran ketika itu,aku pun dah lupa,madlut :) ….cuma nilai BD sama Singapore Dollar.

            *lebih kurang dua kali ganda dari ringgit malaysia,ketika itu masih belum guna tanda RM dan RM.COM pun belum wujud lagi ……..kahkahkah*

            • At 2010.10.05 00:21, madlut said:

              maknanya dalam 800 ratus ringgit la bro dapat eh…harga makanan kat sana murah ke mahal? 400BD tue dikira rendah, sederhana atau tinggi di brunei?

              • At 2010.10.05 12:50, admin said:

                lebih kurang macam tu,madlut :) …..pada aku memang terasa mahal tentang harga makanan.

                untuk perantau yang macam aku itu sudah memadai sebab ketika itu berlaku lambakan tenaga kerja asing.

                kalau tanpa disediakan makanan dan penginapan serta pengangkutan percuma memang ‘SAKIT’ jika berpendapatan sebanyak itu !

          • At 2010.10.03 23:06, tehr said:

            patut le orang tua2 ada kata
            ‘pengalaman adalah guru yang paling baik’
            mengajar untuk hidup di waktu semasa dan waktu akan datang
            tehr´s last blog ..Hidup Perlu Berubah My ComLuv Profile

            • At 2010.10.04 01:16, admin said:

              betul tu,tehr :) ….guru dan harta yang tidak boleh dijualbeli-tidak ternilai,itupun kalau ingin mempelajari sesuatu dari pengalaman itu sendiri.

            • At 2010.10.03 23:18, dnoBiz said:

              Jau berjalan, banyak pengetahwan,
              untung la bro dapat merasa semua tu
              dnoBiz´s last blog ..Kenapa Blogging… My ComLuv Profile

              • At 2010.10.04 01:19, admin said:

                setiap perkara ada keseimbangannya,dB :)

                dalam untung ada ruginya :)

              • At 2010.10.04 10:53, angahsayang2314 said:

                inilah org kata lumrah kehidupannn
                angahsayang2314´s last blog .. MiNum FrEe My ComLuv Profile

                • At 2010.10.04 12:08, admin said:

                  yupp…….rencah kehidupan yang dilalui oleh sangilapi,AS :)

                • At 2010.10.04 23:47, bujang3 said:

                  last-last cuci pinggan kaedah biasa lagi senang, kan ??? Kahkahkah… sebelum nie aku pun tak tau cam ner mesin cuci pinggan tu berfungsi, sampai la ko ceritakan dalam kisah ko nie !!!
                  bujang3´s last blog ..Aku pun GAGAL ujian komputer !!! My ComLuv Profile

                  • At 2010.10.05 12:52, admin said:

                    layan basuh cara biasa lagi cepat dan mudah,bujang :)

                    aku memang tak setuju benda tu dipanggil mesin basuh pinggan….kahkahkah

                    • At 2010.10.05 21:16, Samdaddycool said:

                      Ada gak terfikir, kenapa diaorang cipta dishwasher yang leceh giler. Kenapa tak buat macam mesin basuh baju, baru praktikal, campur je cawan / pinggan / garfu.. kasi putar.. :D
                      Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

                      • At 2010.10.06 02:17, admin said:

                        yolah tu…..lu ingat pinggan/mangkuk/cawan/gelas tu dibuat dari plastik ?…..seluar jeans masuk mesin basuh pun boleh rabak ini kan pula barang berkaca.

                        sebenarnya ada satu cara yang sangat sesuai-lepas makan pelanggan basuh sendiri……kehkehkeh

                        *gua pernah buat macam tu :) *

                        • At 2010.10.07 02:43, Samdaddycool said:

                          pelanggan makan basuh sendiri.. wahhh.. macam tu tak payah gajikan pencuci pinggan.. sudah jimat. :D
                          Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

                          • At 2010.10.07 03:55, admin said:

                            bukan pasal jimat,sam :) ….pasal dalam kocek seluar gua tak cukup duit……kahkahkah tapi gua terus terang dengan toke kedai tu sebelum order.

                  • At 2010.10.06 12:52, ardzham said:

                    saya pun sama, tak pernah lihat dan ketahui bagaimana mesin basuh pinggan berfungsi. mesin basuh pinggan biasa ada di restoran besar. kat rumah siapa ada mesin basuh pinggan?
                    ardzham´s last blog ..Bandwith Limit &amp HotLink Protection My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.06 13:32, admin said:

                      mesin tu kerja dia cuma membilas je,bang :) ….mula-mula bilas dengan air sejuk kemudian membilas dengan air panas.

                      rumah hajah bafiah ada mesin ni :)

                  • At 2010.10.05 09:50, Dila.13 said:

                    Ni baru betul digelar “Man of all trade”.. serba boleh buat ape kerja sekali pun. dan betul.. janji halal :)

                    • At 2010.10.05 12:53, admin said:

                      usah memilih pekerjaan ketika merantau,yang penting sumber itu halal,dila :)

                    • At 2010.10.06 12:50, ardzham said:

                      buat apa saja kerja asalkan halal, itu yang penting. keduanya pengalaman kerja itu sebagai bekalah dihari muka sebab kita pun tak tau apa untung nasib kita kemudian hari.

                      bukan semua orang mampu tebas rumput, cuci tandas dan bersihkan longkang. nak pegang sabit pun ada teknik, betul tak jo?
                      ardzham´s last blog ..Bandwith Limit &amp HotLink Protection My ComLuv Profile

                      • At 2010.10.06 13:38, admin said:

                        kalau saya,saya memang lebih selesa dengan kerja yang tak perlu berpakaian kemas dan tidak terperuk dalam air-con :) …senang cakap kerja-kerja lasak.

                        betul tu,segala kerja ada tekniknya,bang :) ….mujur masa kecik-kecik saya dah biasa pegang penyapu dan buat kerja pembersihan.

                        sehingga kini,saya lah pembersih longkang tunggal di kawasan rumah mak saya ni,2-3 hari saya korek longkang yang tersumbat :)

                        • At 2010.10.07 07:43, ardzham said:

                          abg percaya tu, sebab masa datang rumah jo hari tu pun abg nampak jo tengah buat kerja pembersihan dan mandikan bunga ( siram pokok bunga daaa bukan mandi bunga)

                          abg dah pencen buat kerja pembersihan di flat tempat abg tinggal sebab pemaju dah nak serah kepada MPM, RM400 sebilan dah tinggal kenangan….
                          ardzham´s last blog ..Bandwith Limit &amp HotLink Protection My ComLuv Profile

                          • At 2010.10.07 13:53, admin said:

                            itu rutin petang saya,bang :) ….duduk kampung macam ni lah,walau tiada bela sekor pun ayam tapi kaki lima rumah kena bersihkan dari taik ayam.

                            jangan bimbang nanti ada lah rezeki lain yang datang menjengah sebagai ganti :)

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes