hobi baru
Suatu hari selepas habis duty,aku ke kafe.Ambil tarmos yang sudah diisi dengan kopi panas[tarmos yang dipinjam dari Kapten Y].Senang tak perlu nak berulang alik bila tekak kering.Hari itu entah apa mimpi,Dewa Dapur membekalkan aku 3 set roti bakar.Aku amat pasti,DD ada sesuatu yang ingin dirundingkan dengan aku.
Aku menghirup kopi sambil teringatkan perbualan aku dengan Kapten Y sebelum ini,tentang hobi beliau-scuba diving.Dulu Nai sering menceritakan keseronokan tentang hobi ini.Ketenangan bila berada di dasar laut.Setelah menganggarkan jumlah simpanan aku maka suatu keputusan diambil.Aku pun nak amek lesen diving ni
Apa salah relax sebulan dua setelah aku berhenti nanti.Sebelum aku berangkat ke Indonesia.Mana tau ketika aku menyelam nanti terserempak dengan Nai ke atau kalau bernasib baik boleh menyelam bersama Doh Yong.Rasa tak sabar pulak nak menunggu genap setahun lagi-jangka masa untuk aku berhenti kerja.
Dengar-dengar laluan M.V.JJJJ ke Sabah dan Sarawak dikekalkan dalam tempoh yang panjang.Ini membuatkan aku makin tersenyum.Apa yang penting sekarang ni membuat perancangan rapi sebelum aku ke Indonesia.Yelah tujuan aku ke sana bukan kerana melancong tetapi akan menetap di sana beberapa tahun.
Aku tuang lagi kopi panas yang masih berasap-asap tu.Hirup.Memang enak rasanya.Pandai sungguh Dewa Dapur membancuhnya.Apa aku nak buat ni? Nak hiburkan hati dengan petikan gitar,aku tak tau memetik alat muzik bertali tu.Akhirnya aku capai beg sandang aku,keluarkan satu sampul yang berisi gambar-gambar kiriman dari Nai.
Aku belek gambar-gambar Gong dan Tok.Gong kini sudah menjadi bapak kucing yang digeruni di kalangan kucing belaan Nai.Entah kenapa dari dulu memang aku cemburu dengan mereka berdua ni.Masakan tidak,mereka sehingga kini dapat berdamping dengan Nai berbanding dengan aku-terpisah atau lebih tepat lagi dipisahkan !
Aku letak gambar mereka berdua,capai gambar Nai yang terbaru.Gambar “manusia baru” yang baru menerima cahaya hidayahNya.”Memang berbeza seri wajahnya sekarang” bisik hati kecil ku sambil merenung tanpa puas.Perlahan-lahan fikiran aku mula melayang mengimbau segala kenangan lalu.
Sedang aku seronok melayan fikiran,pintu kabin diketuk.Terdengar suara Dewa Dapur memanggil aku di luar sana.Dengan perasaan terbakar,aku tuang kopi panas.”Siram dengan kopi panas ni” bisikan dari “pihak tertentu” …..kehkehkeh
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


hati mung memang panas membara, hehe
mijie´s last blog ..Analisa pertandingan seo hidup seorang blogger
gua dilahirkan dengan “pakej api”,mijie
…kehkehkeh
sedap tak siram orang dengan kopi panas??
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
kehkehkeh…..gua rasa lagi sedap kalau gua minum kopi panas tu,sam
betul, betul.. jangan membazir..

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
tapi memang gua nak siram…..potong betul lah,sam
Tapi nasib baik DD tak kena siram, kalo tak sampai sekarang badan dia ada ‘tanda lahir’ ..:D
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
namun bila difikir-fikir semula,DD lah yang ‘membesarkan’ gua di atas kapal selama ini dengan masakannya,sam
…..lalu gua membatalkan hasrat itu.
Betul tu, kalau dia sakit hati.. mau telan menu ‘kolud’..

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
memang cari pasal kalau dia nak guna taktik ni
….silap-silap memang gua humban dia ke laut
menetap di indonesia kerna?
uruchimaru@kf´s last blog ..Malware Tupperware & Bola dot dot
kerna urusan peribadi,KF
ermmm cerita yg penuh bahasa sastera, susah juga nak faham kalau tak baca betul-betul
usop´s last blog ..Selamat Hari Raya
sekadar tulisan biasa je,belum lagi boleh dipanggil sebegitu,usop
dewa dapur memang kacau daun
agaknya dah puas kacau gulai kat dapur
hahaha
tehr´s last blog ..Pengkalan Kubor Dan Info Geleri Tengku Anis
itulah!punyalah banyak masa dalam sehari,time tu jugak dia nak datang menyibuk,tehr
zaman masa takde handphone berkamera mmg zaman yg tak bole dibuang begitu sahaja. tambah2 bila menatap gambar yg semakin pudar warnanya.
time tu handpone mampu milik pun belum ada,LA
….apatah lagi yang jenis ada kamera-belum wujud pun.
semua geng-geng bisnes besar je yang mampu pakai[handpone sebesar batu bata tu]
dulu masa aku berpeluang belajar berenang secara free, aku tolak atas alasan sibuk. so smp sekarang aku tak pandai berenang. nak skuba diving lagilah jauh rasanya.
kalau masih berhajat untuk mendapatkan skill berenang dengan mudah,sila rujuk pada banner rahsia belajar berenang tu,LA
tak tau berenang masih boleh diving….itu dua perkara yang berbeza.
berenang itu di atas permukaan air,diving pula di bawah permukaan air dengan dibantu peralatan tertentu,LA
handsomenya brader atas tuh… huhu
zik´s last blog ..Kangoo Jumps- alat untuk bersenam alaf baru!
Bukan setakat handsome, tapi macho dan berkarisma lagi tu… Kepada anak-anak gadis yang kiut miut.. Bole kenen2, brader ni single + available..

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
hahaha….macam yang pernah gua cakapkan kat lu dulu,sam
….susah nak cari 4 dalam 1 ni.
Takpe.. kenen2 dulu, pastu baru buat selection top 10.. buat rancangan macam pencarian gadis melayu tv9..

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
kenen2? hahaha….lu ingat semudah itu,sam
pada gua semua tu,gua dah tak fikir lagi
Tak fikir takpe, tapi semua tu dah tertulis.. mana tau tetiba gua dapat undangan walimatul urus…..

(nak jadi pengapit bole??)
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
yang tu lain cerita,sam
….sekarang ni gua sibuk layan diri gua.sudah 40 beb! bukan masanya lagi gua nak menyerabutkan kepala dengan tanggungjawab pada orang lain,nak jaga perasan orang lain….hahaha
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
kahkahkah…itulah apa yang gua fikirkan,sam
…persiapan untuk ‘pulang’ itu lagi penting.
hensem?kahkahkah !
ala
teringan nk blaja berenag gak 

gayahspears´s last blog ..Hey Virus Kau Berambus Sekarang!!!
teringin? ingin tahu kaedah renang yang mudah dan berkesan? sila klik banner rahsia belajar berenang tu,GS
fulamak..mmg best lah..

harap boleh dive juga nanti
gnesop´s last blog ..Pembaris berbentuk – membantu anak belajar menulis
dive memang seronok selagi soal keselamatan tidak diabaikan,sop
fikirkan boleh anda pasti boleh[insyaallah]
rasa macam baca novel
..
best..
ladybird´s last blog ..Kobis – Kesannya Pada Wanita
sekadar coretan merapu,LB
memang lamunan terhenti betul DD buat kat Bro Johari. hehehe.. tak sabar pulak nak dengar cerita pasal scuba diving ni. dulu tau sikit2 aje masa buat CTS

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
betul-betul gangguan tu,dila
syyyhhh…CTS jangan disebut-sebut
hehe.. ok, tak sebut2

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
hahaha
haha…tgh layan baekk punya ada org poton
pasni cter kat indonesia pulak mesti bertambah menarik
suatu gangguan yang cukup buat aku bengang!,DH
indon? suatu tempat yang sangat-sangat best pada aku
belajar dive dkt area sabah ker?
pertama-tama kali di sabah lah saya amek lesen,ejon
mesti dah pegi Sipadan…dengar citer sekarang dah teruk..
adamfaiz´s last blog ..Moga Rezeki Murah Lebih Berjaya
sampai ke hari ini,aku masih tidak berpeluang merasa diving di Sipadan tu,adam
…..setipa kali buat perancangan ada sahaja halangannya.
memang sudah tercemar keindahannya dan sekarang sudah ketat peraturannya untuk diving di sana kecuali join penyelam-penyelam dari ATM
patutla gravatar pun gambar ko tengah menyelam…. memang minat scuba diving nie !!!
bujang3´s last blog ..Jika kau fikirkan kau boleh !!!!
sekadar mengabadikan kenangan,bujang
….ko harus mencuba scuba diving ni,tidak tergambar dengan perkataan tentang kepuasan diving ni.
fuh, diving mmg menarik……one of my interest too……license jer takdak lagi…snorkle daa byk…dive licence xberkesempatan lagi..asyik2 perabis duit ke mendalah lain.huhu…
good hobby man…
scuba diving sememangnya cukup menarik,PH
kalau dah banyak kali snorkel,tentu dah boleh bayangkan keseronokan scuba diving itu
hehehe….jangan ditangguh-tangguh,PH
…segerakan mengambil lesen tersebut untuk menambah keceriaan hidup anda
kembali mengikuti blog ini..hehe
dulu berapa ambik lesen diving? sekarang dekat seribu lebey a..huhu
aku g snokling pun dah best..mesti skuba lagi best
dulu tak silap aku nak dekar 3 riban,madlut
…tapi memang puas hati segala layanan yang diberi-paling best boleh pilih jurulatih mana kita nak follow…..kahkahkah
percayalah scuba tu lagi nikmat !
amvoi amvoi amvoi. seronotnya hobi baru. kalau ada luit lebih, wa pun mau try itu diving woo.
AzketOm´s last blog ..DiGi iPhone 4 Me
ini hobi memang best,sehinggakan aku nak gambarkan dengan kata-kata pun susah,AO
aku pun pernah pasang angan2 nak buat scuba diving,tapi tak pernah berpeluang lagi..
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
best wooo….scuba ni,kay
insyaallah akan tercapai hasrat itu andai ada keazaman yang kuat
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes