haruman bau
Dalam bilik penginapan tu,ada 10 buah katil bertingkat yang disusun saling dalam dua barisan[satu barisan ada 5 katil].Katil aku berada di sebelah tingkap kaca[paling hujung].Jarak katil aku antara katil Punai agak jauh[sengaja dijauhkan],menyebabkan katil Punai agak berhimpit dengan katil jiran sebelahnya-Dayo budak pelayan kafe yang berasal dari Filipina.
Dalam bilik itu cuma aku seorang yang tidur di tingkat atas katil bertingkat.Penghuni lain semuanya tidur tingkat sebelah bawah.Jarak katil aku antara katil Punai dalam 3/4 kaki.Malam tu tanpa mandi,Punai cuba melelapkan mata.Dalam setengah jam suasana sunyi tanpa bicara.Masing-masing sedang melayan perasaan.Aku tengah syok layan kenangan tidur di kabin kapal.Punai mungkin sedang ketakutan…………kahkahkah.
“Jongang,kau dah tidur ke? ” tiba-tiba Punai bersuara mungkin tak dapat tidur.Entah kerana takut atau badannya yang melekit itu menyebabkan dia sukar tidur.
“Nak sembang,selaklah tabir tu.Nanti tak pasal-pasal aku berbual dengan ‘dia’ pulak” jawab aku ringkas.
” Mulut cabul betul lah” rungut Punai sambil menyelak tabir katilnya.
” Punai,kain usang yang Rom nampak tu,sebesar mana saiznya ? ” tanya aku inginkan kepastian.
“Cerita lain lah,Jongang ” keluh Punai yang kurang gemar isu itu dibangkitkan ketika dia sedang dilanda ketakutan…..kahkahkah
“Jongang,kenapa kau tidur tingkat sebelah atas ? ” tanya Punai mengalihkan topik perbualan.
” Aku sekadar mengikut petua orang dulu ” jawab aku serius dengan niat menakutkan Punai,ternyata Punai percaya dengan apa yang aku cakapkan…..kehkehkeh.Kemudian Punai seperti menghidu-hidu sesuatu.Wajahnya seperti ketakutan.
” Kau terbau busuk ke,Punai ? ” aku ingin kepastian.Punai mengangguk-angguk kepalanya dengan muka macam nak menangis.Aku renung wajah Punai,dia membalas kembali dengan renungan.Tiba-tiba Punai ketawa berdekah-dekah.
Celaka betul Punai ni,dalam aku nak menakut-nakutkannya,dia pulak kenakan aku dengan haruman kentutnya yang berbau longkang tersumbat !
Kemudian aku terdengar…….
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



ayukkkkk apa tueeeee hehehee
angahsayang2314´s last blog .. KeGaiRaHan DaH Tiba
hehehe….faham-faham sendiri je,AS
punai tu nama orang ke ?
gelaran seseorang,SH
*ada meninggalkan komen di ms.com tapi selalunya tak lepas
*
hahahaha….kan dh terkena dulu tuh…sape yg yg nak kene kan sape nih sebenarnya..haa
tak pe baru 1-0,ada lori ada bas,ejon
x phm… huhuhu
LadyBird´s last blog ..Tanpa Tajuk
baca dengan penuh teliti,LB……kehkehkeh
aiseh… terdengar apa pulak tu? huu
padin´s last blog ..Ouhh Lebatnya Hujan
entry seterusnya akan terjawab persoalan itu,padin
hahahaha dalam nak suspen pastu ada lagi bab suspen, hoho
mijie´s last blog ..Orang lain pun nak cepat juga
hehehe….sekadar menulis apa yang pernah gua lalui ketika di brunei,mijie
perghh.. selamba je dia bagi gas pemedih mata tahap bangkai.. kah.. kah.. kah..
Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
mata gua tak pedih tapi hidung dan hati gua memang pedih,sam
…memang lahabau punai tu !
ooo. .. tak pedihkan mata….

Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
yupp,begitulah keadaannya,sam
Ishh banyak aku dah miss ni…tapi bom tu memang klasik ar
adamfaiz´s last blog ..Pemain Import Tarikan Bolasepak Malaysia
tang bau tu aku tak boleh tahan,adam
si punai badan lekit & berbau sebab tak mandi, lepaskan bom gas pulak tu… itulah adat berjiran kadang-kadang mengena, kadang-kadang terkena.
ardzham´s last blog ..Bandwith Limit & HotLink Protection
punai ni bila nak memerut dia suka tahan-tahan,bang
…tu pasal bau gas tu macam bau bangkai !
Bangkai pun tak busuk camtu.. wakakakkaaa
Samdaddycool´s last blog ..Rahsia
hehehe….mujur gua tak pengsan,sam
sungguh tak tersangka
dalam dok takut2, sempat juga dia
rasanya dia bukan sengaja nak kenakan bro joe tu…
dia takut, apa lagi nak ke tandas
alah dia memang nak kenakan aku dengan ‘haruman’ tu,tehr
….tu pasal dia ketawa berdekah-dekah !
menyesal aku suruh dia selak tabir katil tu.
time malam jumaat camni..
kena pulak tepi utan..
mau lari tak pijak tanah..
TK´s last blog ..KENAPA JADI MACAM NI
relax jangan gabra,TK
Kah Kah Kah(ini sahaja bunyi berdekah yang mampu saya keluarkan)…
hehehe….:)….yang pasti selepas ni punai menyesal ketawa berdekah-dekah,TSPR
wah, mesti ada kisah misteri selepas punai berdekah-dekah ketawa…
ardzham´s last blog ..Bandwith Limit & HotLink Protection
punai akan kepucatan,bang
terkena sudah…terdengar bunyi pembalasan ker?hahaha
hafizmd´s last blog ..Sudah tertulis ketentuan ini…
hahaha….ni bukan bunyi serangan balas daa,hafizmd
hadoi banyak dah terlepas ni…
Rupanyer Punai tu ladi Advance hehehe
dnoBiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2
ooo…dia ingat dah cukup bagus sebab dapat kenakan aku,dB
….selepas tu macam mayat pucat muka dia!
ahahaha..nasib baik punai takde blog, kalau ada, mesti dia dah buat entry blogger yang terkentut..hoho
secara logiknya kalau punai ada blog mungkin dia buat blog resipi kot
…itu pun kalau dia tidak bertukar kerjaya.
dah mula dah cerita seram.. saya kena aplikasikan speed reading untuk tak ketinggalan. betapa pembahagian masa itu penting lepas dah buat fulltime freelance ni

Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission Part 4
singgah,baca dan komen bila ada kelapangan,dila
….periuk nasi kena jaga dulu.