gelaran rezeki

admin | sembang-sembang | May, 15 2010 | 24 Comments

6 bulan berlalu….yupp..sudah 6 bulan aku menjalani ‘kursus kedoktoran kasut’ atau secara tepatnya membaiki kasut….6 bulan di bawah pengawasan bang da….baru 2 bulan buat part time di kedai kulit bang hud/kak pah …..baru sebulan ambil sub tukar tapak dari kedai kulit….6 bulan jugaklah aku tak menjengok orang tua di kampung ….alasannya sibuk !….sebenarnya aku malas nak berhadap muka dengan seseorang itu !

tanggungjawab aku di tempat bang da berniaga turut bertambah…..selain tugas-tugas utama seperti menjahit dan mengilat kasut,aku turut menjadi stor keeper untuk stor alatganti kasut(bang da turut menjual alatganti kasut kepada tukang kasut di sekitar bandar ini),penghantar cepat(despatch) yang berjalan kaki – [diperakui/dimahkotakan sebagai despatch berjalan kaki paling cepat dalam bandar ini berbanding dengan despatch bermotor]……sebabnya aku tak mengular !….hahaha

bila dah 6 bulan,aku dah mengenali hampir kesemua pelanggan-pelanggan tetap bang da…..yang terdiri dari pekerja-pekerja kerajaan/swasta….pelbagai jawatan,pelbagai usia,pelbagai jantina,pelbagai bangsa,pelbagai budi bahasa….pendek kata bermacam-macam jenis manusia …….di saat ini aku mula membentuk  identiti aku sendiri di kalangan pekerja-pekerja bang da….

mula digelar dengan pelbagai gelaran oleh para pelanggan-pelanggan tetap bang da, ikut sedap mulut diaorang !……maka tenggelamlah  nama aku yang begitu indah maksudanya….nama yang aku bawa dari alam ruh lagi !….nama yang membawa maksud,permata atau bijak bergantung pada sebutannya……..sekadar selingan bukan ‘ke laut’….hahaha

bila aku mengilat kasut,aku bagai orang kena rasuk kelakunya….sampai bang da menegur aku…”joe,jangan sampai terlepas berus kat tangan ko tu….kepala  aku jugak yang kena nanti” peringatan dari bang da setiap kali aku mula mengilat kasut….hahaha….disebabkan terlalu laju tangan aku memberus kasut untuk memastikan kilatannya maka aku akan berpeluh-peluh macam baru berlari 100 meter.

satu hari….”lu ni betul lah,perangai macam orang gila” rungut seorang senior aku sambil menggosok-gosok kepalanya yang terkena berus kasut,yang melayang ke kepalanya………. terlepas dari tangan aku ! suasana menjadi riuh….dengan gelak ketawa….begitulah setiap kali aku mula mengilat kasut,semua pekerja bang da termasuk bang da dan pelanggan akan tersenyum-senyum melihat gelagat aku !

maka sejak dari hari itu,aku dengan rasminya diberi gelaran SANG GILA…..”mana sang gila,aku nak suruh dia polish kasut ni” itu antara ayat yang keluar dari mulut pelanggan kalau kebetulan aku tiada di tapak meniaga – aku keluar jadi despatch.

namun kalau kita bersabar pasti ada ganjarannya…setiap kali aku selesai mengilat kasut,ada pelanggan akan memberi tips sebanyak seringgit pada aku selain bayaran mengilat kasut….tips toke tak boleh amek,aku yang ‘sapu’ !….hahaha….itu rezeki aku….murah kan?

kesimpulannya duit tips aku melebihi gaji aku….sehari secara purata aku boleh dapat tips sebanyak 6 ringgit….rezeki mula melimpah…..aku makin senyum….itulah berkat namanya…berkat doa orang tua dan kucing-kucing tu….aku masih macam biasa….makan apa saja….hahaha

itu yang menghulur duit tips,ada jugak yang jenis suka membelikan makanan ringan atau minuman panas(aku tak minum minuman berais)….kebiasaannya pelanggan-pelanggan wanita(tak kira peringkat umur) yang sukakan belikan …..jadi tiada lagi kisah aku teguk air paip untuk menghilangkan dahaga atau kelaparan sepanjang waktu bekerja.

suasana di tapak meniaga semakin hari semakin meriah,aku semakin jatuh cinta dengan dunia tukang kasut….maklumlah inikan cinta pandang pertama aku…..ye….dalam dunia tukang kasut jugaklah aku mengenal istilah bercinta….cinta antara dua bangsa …..cinta yang mengundang derita ! ….cinta yang mengundang aku ke dunia pelayaran(jadi kelasi kapal)…….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

…..dah habis daaa…..hahaha….sudi-sudikanlah berkunjung kembali….bukan apa,dulu SANG GILA ada peminatnya sendiri….harap-harap sangilapi dapat jugak…. sebagai pengunjung setia untuk blog merapu ini …….hahaha

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

24 Comments

  • At 2010.05.15 07:58, mijie said:

    aku bangun pagi untuk baca kisah ko bro….

    kalau kau keluarkan novel pasal kisah ngko tu, 100 pun aku sanggup bayar

    • At 2010.05.15 15:19, admin said:

      hehehe….nasib baik hari ni,gua publish waktu subuh.

      yang penting sekarang,blog boleh terus diupdate….yang lain tu,akan dipertimbangkan kemudian :)

    • At 2010.05.15 08:55, Dila.13 said:

      hoho.. cepatnye bro mijie! saya pun dok dpn laptop terus lepas siap breakfast! ooooo.. SANG GILA rupanya… ntah2 kalau pegi lagi kat pekan tu sebut SANG GILA, sure masih ada yang kenal..
      Dila.13´s last blog ..Hukum Karma dan Freelance Writing My ComLuv Profile

      • At 2010.05.15 15:34, admin said:

        breakfast apa tu,dila?

        kalau tau akan lokasi bandar itu !…kihkihkih…itu tak pasti,pekerja-pekerja bang da silih berganti namun nama SANG GILA memang menjadi idola bagi pekerja-pekerja baru bang da(khabarnya lah) :)

      • At 2010.05.15 10:38, samdaddycool said:

        sang gila.. memang tak masuk akal punya nama daa.. tapi cerita makin menarik. Macam baca cerpen dlm majalah, kena tunggu keluaran akan datang la pulok…

        • At 2010.05.15 15:46, admin said:

          cerita gelaran sang gila tu belum habis,sebab gua protes! maka timbullah gelaran sang gila ditambah dengan huruf ‘P’ …SANG GILAP yang bermaksud tukang gilap kasut :)

          begitulah adanya…kihkihkih…bersambung dan terus bersambung.

          • At 2010.05.15 21:10, samdaddycool said:

            best,, best.. menarik..

            tu baru je cite jadi sang gilap.. belum cite jadi kelasi kapal plak.. wahh.. memang panjang episode rezekimurah
            samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea My ComLuv Profile

            • At 2010.05.15 21:32, admin said:

              boleh cerita setakat dunia si tukang kasut je….cerita pasal kelasi kapal memang sukar nak diingat sebab masa tu gua tengah sewel :(

              panjang? itu babak kehidupan gua dari usia 18 tahun sehinggalah sekarang,sam …hahaha

              • At 2010.05.15 23:09, samdaddycool said:

                1 dalam seribu cerita unik macam ni…
                bole gak sikit2 cerita atas kapal mana2 yg bole ingat..
                samdaddycool´s last blog ..Tudung Syria Lycra bercorak Nur Kasih My ComLuv Profile

                • At 2010.05.15 23:17, admin said:

                  hahaha…ermmm….tengoklah macam mana nanti,sam :)

                  tapi cerita bab kelasi kapal lambat lagi,dunia tukang kasut,gua belum habiskan lagi…hehehe

      • At 2010.05.15 12:49, boss said:

        ooo inilah asal nickname sang gila… aku pun pelik gak name tu.. tapi tak tertanya pulak.. best2 cite ko ni.. he he..
        boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2) My ComLuv Profile

        • At 2010.05.15 15:51, admin said:

          sangilapi =sang gila yang ditambah huruf ‘P’,bermaksud sang gilap…yang akhirnya menjadi sang gilap api =sangilapi :)

          • At 2010.05.15 22:59, Dila.13 said:

            ni boleh bukak ala-ala kelas kung fu kelas gilap berapi nih! sorry merapu.. baru lepas tengok Ip Man 2.. dia bukak kelas kung fu. hehehe :P
            Dila.13´s last blog ..Hukum Karma dan Freelance Writing My ComLuv Profile

            • At 2010.05.15 23:19, admin said:

              sebenarnya memang ada berkaitan dengan perkataan “berapi-api” :)

        • At 2010.05.15 15:57, ejoncb said:

          ooo…nanti sambung part api pulak. sang gila punya kisah dah taw dah…hehe

          • At 2010.05.15 16:00, admin said:

            hahaha…mau diceritakan jugak ke?..insyaallah dalam episode seterusnya :)

          • At 2010.05.15 18:01, khairolghani said:

            dah habis ke?tak kan la..mesti ada sambungan lagi kan..
            khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak My ComLuv Profile

            • At 2010.05.15 18:55, admin said:

              habis untuk entry ni daaa…kalau tak sambung,tak updatelah blog aku ni,kay :)

            • At 2010.05.17 00:16, TSPR said:

              Inilah bezanya di antara kisah benar dan cerita rekaan. Yang terpapar adalah fakta bukan khayal…

              Terjawab sudah teka-teki keunikan nama Sangilapi…sekaligus terjawab sudah hipotesis saya selama hari ini:

              “KEUNIKAN PERIBADI DI SEBALIK KEUNIKAN NAMA SI SANGILAPI” =]

              • At 2010.05.17 02:25, admin said:

                antara 4 unsur(asal kejadian),api,air,angin,tanah(susunan bergantung pada guru yang mengajar) ….saya mewakili unsur api :)

              • At 2010.05.18 01:44, botak said:

                cinta sakti!

                • At 2010.05.18 02:04, admin said:

                  cinta sakit bukan cinta sakti ! ,botak….salah masa si dia muncul dalam kehidupan aku….aku rasalah ….apa pun tu semua ketentuanNya :)

                • [...] Bhg 8 – Rezeki mula melimpah Bhg 9 – Kalau dah rezeki Bhg 10 – Rezeki aku Bhg 11 – Gelaran rezeki Bhg 12 – Impian aku Bhg 13 – Semangat semakin membara Bhg 14 – Membebel dan [...]

                  • At 2010.05.26 19:53, admin said:

                    terima kasih,boss :)

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  CommentLuv Enabled
                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                  Design by: Yoshz Themes