gara-gara mimpi
Dalam sibuk-sibuk anak kapal membicarakan hal aku yang ternampak akan duyung[memudahkan kefahaman],M.V.JJJJ kini dilanda kekecohan lain pulak.Kecoh gara-gara sebuah mimpi.Abug punya mimpi sudah bikin kecoh satu kapal…..kahkahkah.Semuanya bermula dengan perubahan sikap Abug.Sikapnya itu mengundang rasa pelik dan lucu.
Abug sekarang ni 24 jam memakai jaket keselamatan.24 jam ! Tidur,dia pakai jaket.Mandi pun dia pakai jaket.Perbuatannya ini pada mulanya dianggap sebagai lucu,akhirnya bertukar menjadi igauan buruk kelasi M.V.JJJJ.Kenapa Abug bersikap sedemikian? Abug bermimpi kapal ini akan terlibat dalam bencana kebakaran besar,yang mana menyebabkan kapal tenggelam.
Kenapa kelasi lain percaya akan mimpi Abug ni? Di awal-awal Abug mula bertugas di atas kapal ni,Abug pernah bermimpi salah seorang kelasi M..V.JJJJ mati kemalangan ketika bercuti di kampung halamannya.Secara kebetulan,memang mimpi Abug itu menjadi kenyataan.Kini Abug bermimpi M.V.JJJJ akan terbakar lalu karam !
Berikutan dengan itu,berlakulah fenomena kelasi berjaket keselamatan 24 jam ! Kahkahkah ! Kalau pun ada yang enggan memakainya,mereka masih tetap membawa jaket keselamatan ke mana-mana.Aku ? Aku langsung tidak menghiraukannya.Ramai yang bertanya pada aku di atas keengganan aku memakai jaket keselamatan.
Ketika inilah aku memulangkan paku buah keras ! ” Apa guna aku berkawan dengan duyung,kalau aku ditimpa kesusahan di lautan,’dia’ tak sudi membantu ! ” .Namun jauh di sudt hati ku berkata,segalanya ketentuan DIA.Hanya pada DIA ,tempat aku bermohon.Bermohon agar diselamatkan pada sebarang bencana.
Dalam suasana kecoh ini,baru aku sedar memang ada kelasi lain yang turut sama melihat akan duyung tersebut.Bimbang dikaitkan sama sewel dengan aku,kelasi tersebut mendiamkan diri.Kan aku sudah bilang ! Aku memang nampak duyung !
” Jerung, ‘benda’ tu memang wujud ! ” bisik Dewa Dapur pada aku.Di satu malam ketika dia datang ke kabin aku.Cuma DD membuat kesimpulan bahawa duyung itu adalah jelmaan hantu air….kahkahkah.
“Apa pendapat kau pasal mimpi Abug tu” tanya DD pada aku yang sedang membelek-belekĀ batu dari alam ‘sana’.
” Secara logik,bencana tu boleh berlaku bila-bila masa je sebab kapal ni kapal tanker” jawab aku yang masih merenung batu di tapak tangan aku.
” Dalam kocek jaket tu,kau simpanlah roti ke,biskut ke, mana tau sebelum diselamatkan, kau terpaksa terapung di lautan selama beberapa hari ” tambah aku menyebabkan DD terus angkat kaki keluar dari kabin aku…..kahkahkah
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


perghh.. suruh bawak biskut dgn roti.. pesanan yang tak seronot untuk diambil kira…

Samdaddycool´s last blog ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
kenalah ingatkan,sam
…mana tau DD lupa untuk buat persediaan tersebut…kehkehkeh
adeh.. sempat aje berseloroh dengan DD. sure dia angin satu badan lepas dengar Bro Johari cakap macam tu. hehe.. tapi susah juga kalau tak nak percaya sebab mimpi tu kan boleh jadi satu petanda. tepuk dada tanya iman je lah macam tu
(tengah berfikir2 nak tekan “Say It” atau tak. rasanya entri saya belum diindeks oleh Uncle G. kang tak tertangkap dek CommentLuv pulak. Alah.. “Say It” ajelah!

Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak
bukan berseloroh tapi berterus terang dengan DD sebab kalau dah dia sarung jaket tu tanpa buat persediaan lain,pun tak guna jugak…pakej kena lengkap
pada pendapat saya,mimpi tu memang petanda dan ia berkait rapat dengan LOA namun semua itu DIA punya cerita
*ni entry mana yang belum diindeks oleh UG ni,dila ? kalau entry blogger terdesak tu rasanya semua dah diindeks kot*
Entri yang belum diindeks tu entri 10 tips penulis berkualiti bahagian akhir. Biasalah, kalau nak entri cepat indeks, kenalah naikkan PR kan

Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak
ooo….entry yang baru tu
pelik kenapa commentluv masih tak update entry yang baru.. padahal lepas 10 tips ada lagi yang saya baru publish. haih…
Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak
dinasihatkan agar dila bertanyakan pada mijie
tanya dengan saya serupa tanya dengan batu…kehkehkeh
*teringat seorang teman berbangsa cina,menyebut satu bidalan disebabkan saya yang begitu ‘kelabu asap’ dalam IT*
“lu punya tangan serupa kaki,kaki serupa kayu”….kahkahkah”
kadang2 tak betul comluv nie..hek2… hurm dah register comluv lum dila??
zik´s last blog ..Komunikasi yang berkesan
dah agaknya….apa pun tunggu dila jawab,zik
memang best gila cerita bro ni…sampai aku pun rasa masuk dalam ni…
ishak´s last blog ..Free domain registration why
kalau terhibur baguslah,ishak
aku nak tunggu sambungan cerita ni

mijie´s last blog ..Rasional polis trafik di lampu isyarat
sila tunggu entry selanjutnya,mijie
jadi kenyataan x?
nanti jengok-jengok entry seterusnya,CD
rupanya ada org jugak org yg lihat benda tu…tapi ikut suara majoriti kot hehe
etomyam´s last blog ..Dinar dan Dirham Kelantan Dapat Sambutan
ni lah kelemahan demokrasi,bro…kahkahkah
sama2 kita tunggu kesudahannya
tehr´s last blog ..Seloka Saman Ekor
entry selanjutnya sudah diterbitkan,tehr
pesanan bro buat DD terus bla dengan kecutnye..huuu
hafizmd´s last blog ..Buah mahkota dewa
sebagai rakan sekerja kita saling ingat-mengingatkan,hafizmd
…kehkehkeh
wah… tak sangka kena si DD nie….hek2
zik´s last blog ..Komunikasi yang berkesan
tiada niat untuk mengenakan DD tu,zik….kehkehkeh
dahsyat jugak penangan mimpi si Abug nie !!!
bujang3´s last blog ..Apekah haram hukumnyer berniaga kueh mueh di pagi Ramadhan
atas kapal kalau cerita sebegini memang sensitif,bujang
habis tu,mimpi jadi nyata ke bro?duyung selamatkan ko ke?
khairolghani´s last blog ..BB dah nak keluar ke
akan terjawab segala persoalannya nanti,kay
kewujudan duyung….kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, malah, bukan sahaja dalam cerita melayu, dalam cerita orang putih, cina, korea, memang ada disebut pasal duyung. Cuma nak dibuktikan secara saintifik tu yang payah, sama juga seperti “bigfoot”.
Hehe…mimpi abug mungkin kebetulan, tapi ramai pulak kelasi yang percaya, hahaha…
apa yang aku boleh cakap,doh yong itu berasal dari satu dunia tamadun maju yang sudah dighaibkan dari pandangan manusia biasa.
akhirnya tamadun itu akan muncul semula! masa bila? ketika daratan sekarang bertukar menjadi lautan,lautan sekarang menjadi daratan.
madlut,bumi malaysia ni mempunyai sejarah yang panjang yang teramat.
memang berkebetulan ko pulak menyebut bigfoot,ada kaitan dengan doh yong ini.
antara sebab aku suka menghabiskan masa di dasar laut dan hutan rimba[seketika dulu]
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes