gangguan

admin | sembang-sembang | October, 04 2010 | 48 Comments

Hari itu,selepas tamat waktu kerja[6 petang],ada jamuan kecil yang dibuat oleh tukang masak utama – Shayid yang berasal dari India.Sudah berkhidmat di situ selama hampir 6 tahun,pengalaman memasak 20 tahun.Pekerja paling berumur di situ.Orangnya kelakar,mesra dan pembersih.

Semua pekerja hadir di kafe untuk jamuan harijadi tu.Termasuk Hajah dan suaminya.Selepas bergotong royong menyiapkan makanan untuk jamuan,kami sekali lagi bergotong royong menghabiskan makanan yang terhidang-nasi ayam.Malangnya tak berapa ramai yang sanggup bergotong royong membersihkan kawasan sekitar dan pinggan mangkuk – memang mangkuk ayun !…..kahkahkah

Bila tiba di hostel,semuanya berebut-rebut mahu menggunakan bilik air membersihkan diri sebelum tidur.Jam dah hampir 11 malam,kesesakan di bilik air masih belum berkurangan.Aku yang dah penat serta kekenyangan membedal nasi ayam,naik malas nak menunggu giliran.Lantas menuju ke bilik air di luar banglo[bahagian belakang].

Menuju ke bahagian belakang banglo yang berhampiran dengan pokok rhu tua itu.Ini kali pertama aku masuk bilik air itu pada sebelah malam.Petik suis bahagian luar dapur sebelum melangkah ke bilik air.Sedang aku memberus gigi,aku terdengar macam benda jatuh ,bunyi dahan-dahan bersentuhan dengan sesuatu.Kemudian senyap.

Selesai mandi,aku perhatikan pokok rhu tua itu.Menyeramkan.Pasal dah rasa seram,aku segera angkat kaki.Naik ke tingkat atas,masuk bilik penginapan.Aku tengok Punai[Nai] sedang leka menggosok pakaian – masih belum mandi lagi.”Punai,kau belum mandi lagi ke? ” soal aku walaupun aku tahu dia masih belum mandi.

“Jongang,kau mandi kat bilik air perempuan ke? ” soal Punai pada aku.”A’a,aku mandi kat bilik perempuan siap mandi dengan Evi lagi ” jawab aku,serentak dengan itu kami ketawa meleret-leret.Disulami dengan gurauan nakal.Ketawa lagi.Kemudian terdengar suara Shayid membebel dari katilnya ” Ini dua orang budak sudah kenyang,banyak suka hati.Ketawa banyak kuat” .Lenggok percakapan Shayid itu makin membuatkan kami ketawa berdekah-dekah.

[Setiap katil bertingkat,tingkat bawahnya akan ditutupi dengan kain beropol-ropol-macam langsir]

Sedang kami sedap-sedap ketawa,terdengar suatu siulan kecil disulami nyanyian lagu Hindi.Kemudian nampak Shayid yang berperut bulat itu sedang menuju ke arah kami.Berkain pelikat,tuala di bahu sambil tangan membimbit baldi kecil – tanda baru selesai mandi !

” Dey tambi,bulum tidur ka?”  tanya Shayid sambil menyelak kain beropol-ropol di katilnya.Perlahan-lahan Punai yang masih belum mandi dan belum sudah menggosok seluar kerjanya itu menuju ke katilnya.

Sesuatu yang pasti,malam itu kami yang berangan bermimpikan Evi terpaksa berdepan dengan sesuatu yang EVIL !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

48 Comments

  • At 2010.10.04 14:50, hirman said:

    Menarik tue.

    • At 2010.10.05 12:17, admin said:

      menyeramkan buat aku ketika itu,man :)

    • At 2010.10.04 14:54, mijie said:

      suara sapakah yang mengegur bro to, huhuhu misteri ni
      mijie´s last blog ..Cara baru pengiklanan blog dengan pixel iklan My ComLuv Profile

      • At 2010.10.05 12:18, admin said:

        ‘seseorang’ yang meniru suara shayid,mijie :)

        • At 2010.10.05 20:54, mijie said:

          “seseorang” hoho sangat bahaya
          mijie´s last blog ..Orang lain pun nak cepat juga My ComLuv Profile

          • At 2010.10.06 02:10, admin said:

            biasalah tu,mijie :) ….dah memang kerja ‘dia’ menyakat manusia.

      • At 2010.10.04 15:04, tiefazatie said:

        hye wak..hihi..xleh nk tgl msg nie.lala
        tiefazatie´s last blog ..TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW! My ComLuv Profile

        • At 2010.10.05 12:20, admin said:

          maaf di atas kesulitan yang dihadapi,TF :) ….kadang-kadang kotak jerit tu memang sewel sikit.

        • At 2010.10.04 15:09, dnoBiz said:

          tu yang Konfius tu..?
          ada berapa Syhid dalam bilik tu..?
          dnoBiz´s last blog ..Kenapa Blogging… My ComLuv Profile

          • At 2010.10.05 12:21, admin said:

            seorang shayid yang berasal dari india,lagi ‘seorang’ berasal dari ‘sana’,dB :)

            • At 2010.10.12 11:20, Dila.13 said:

              gile kentanglah kena main dengan ‘Shayid’! kalau waktu tu Bro Johari perasan kelainan Shayid tu, ape agaknya yang berlaku kan? :P
              Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission Part 4 My ComLuv Profile

              • At 2010.10.13 03:59, admin said:

                sebenarnya ketika itu,kami berdua pun tak pasti yang mana satu shayid yang dari india,dila :)

          • At 2010.10.04 16:44, Samdaddycool said:

            uish… saspen lagi.. Apa plak kali ni..

            • At 2010.10.05 12:22, admin said:

              kena tegur oleh ‘seseorang’,sam :)

              • At 2010.10.05 21:23, Samdaddycool said:

                Alamak…. kurang seronok neh..
                Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

                • At 2010.10.06 02:08, admin said:

                  tapi gua rasa ‘dia’ tu cemburu melihatkan gua dan punai bergembira dan bergelak ketawa,sam :) …..’dia’ mungkin kesunyian tanpa teman di sisi……kehkehkeh

                  • At 2010.10.06 04:05, Samdaddycool said:

                    abis, muncul tak?? atau setakat suara?
                    Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.06 13:40, admin said:

                      muncul akhirnya,sam :)

                    • At 2010.10.06 16:57, Samdaddycool said:

                      wahhhhh.. memang tak seronok tu…
                      Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.06 18:56, admin said:

                      ‘dia’ pun penghuni bumi ni,sam :)

          • At 2010.10.04 17:01, robotsakti said:

            olahan yang menarik.
            mendebarkan.
            :)
            robotsakti´s last blog ..Fobia Dan Trauma Tak Korang Bila My ComLuv Profile

            • At 2010.10.05 12:23, admin said:

              terima kasih kerana singgah di sini,RS :)

            • At 2010.10.04 17:49, zik said:

              suara sapalah tuh ya???
              zik´s last blog ..Selamat menyambut peperiksaan PMR 2010! My ComLuv Profile

              • At 2010.10.05 12:24, admin said:

                suara ‘shayid’ yang sedang menyamar,zik :)

              • At 2010.10.04 18:08, ejoncb said:

                hahahaha…kan dah kene tegur tuh..hantu ikut dr toilet kot..kehkeh

                • At 2010.10.05 12:25, admin said:

                  rasanya ‘dia’ bengang kat kami berdua,ejon :) …..ada kemungkinan berpunca dari situ.

                • At 2010.10.04 20:49, ezao said:

                  shyayid banyok klon la.
                  hahaha! Punai tu bila nak mandi?

                  • At 2010.10.05 12:27, admin said:

                    ketika itu ada shayid dan ‘shayid’,E :) ….sehingga esok pagi baru dia mandi.

                  • At 2010.10.04 22:13, Cikgu Nurin said:

                    mesti lawo antu tuuu….
                    Cikgu Nurin´s last blog ..HARI INI My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.05 12:30, admin said:

                      hehehe….hantu tetap hantu biarpun cantik,CN :)

                    • At 2010.10.04 23:57, bujang3 said:

                      aku..bila tiba bab-bab yang seram nie, mula lah semua bulu jadi tegak berdiri…. menyeramkan.. kalau aku ler… bagi RM1,000 pun belum tentu aku nak mandi kat bilik belakang banglo tu !!!! heheheeeee !!!!
                      bujang3´s last blog ..Aku pun GAGAL ujian komputer !!! My ComLuv Profile

                      • At 2010.10.05 12:33, admin said:

                        aku malas nak menunggu,badan dah melekit :) ….pilihan yang ada,bilik air yang terletak di luar.

                        nasib tak baik kena sakat pulak denagn ‘dia’ !

                      • At 2010.10.05 00:46, sabree hussin said:

                        dekat pokok rhu tu ada ape? pernah ada kes orang meninggal dekat sana ke?

                        • At 2010.10.05 12:34, admin said:

                          kalau dengar cerita orang macam-macam ceritanya,SH :) ….tiada kepastian tentang hal itu.

                        • At 2010.10.05 05:04, tehr said:

                          dah tentu punai tak mandi malam tu
                          tehr´s last blog ..Hidup Perlu Berubah My ComLuv Profile

                          • At 2010.10.05 12:35, admin said:

                            hehehe…..betul tu,tehr :) …..tak mandi dan tak boleh tidur !

                          • At 2010.10.05 09:53, Dila.13 said:

                            wow.. seriyes dah nak sampai bab menyeramkan.. Bro Johari, jangan posting kisah tu time malam k.. kalau posting malam gak, memang saya baca esok pagi, tunggu matahari keluar. hehe :P
                            Dila.13´s last blog ..Fakta Oktoberfest My ComLuv Profile

                            • At 2010.10.05 12:38, admin said:

                              kehkehkeh…..usah diselubungi dengan perasaan sebegitu,dila :)

                            • At 2010.10.05 20:37, puteri said:

                              menarik,

                              • At 2010.10.06 01:59, admin said:

                                terima kasih kerana sudi singgah,P :)

                              • At 2010.10.06 12:09, ardzham said:

                                baru ada klon shayid, jangan nanti ada banyak klon lain yang bersuara… pasti semakin riuh rendah.
                                ardzham´s last blog ..Bandwith Limit &amp HotLink Protection My ComLuv Profile

                                • At 2010.10.06 13:42, admin said:

                                  sebenarnya penghuni hostel yang lain pun pernah kena sakat dengan ‘dia’ ni,bang :) ….cuma mereka tidak membesar-besarkan hal ini.

                                  • At 2010.10.07 07:39, ardzham said:

                                    setakat menyakat dengan suara takpe juga, kalau dah muncul dengan wajah mengerikan huhuhu tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan semasa menghadapinya….
                                    ardzham´s last blog ..Bandwith Limit &amp HotLink Protection My ComLuv Profile

                                    • At 2010.10.07 13:46, admin said:

                                      rancak berbual dari dalam tabir kemudian tersedar bahawa orang yang diajak berbual tu sebenarnya sedang bekerja di kafe :( [kedatangannya tanpa mengira waktu]

                                • At 2010.10.10 04:48, madlut said:

                                  hehe…pandai dia tiru suara syahid..aku rasa nasib baik ‘syahid’ itu tak tahu kisah bro dengan nai..kalau dia tahu, buatnya dia tiru suara nai..hoho

                                  • At 2010.10.10 05:11, admin said:

                                    kalau ‘dia’ menyamar suara Nai,memang aku layan bual,madlut :) ….walaupun aku tau itu sekadar penyamaran.

                                    • At 2010.10.10 05:38, madlut said:

                                      uikss….masih bersisa cintamu..hahaha…gurau je bro

                                      • At 2010.10.10 05:59, admin said:

                                        tidak dinafikan – sentiasa mekar,madlut ……kahkahkah

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)

                                  CommentLuv Enabled
                                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                  Design by: Yoshz Themes