gaji aku
dulu semasa aku masih dalam latihan membaiki kasut,sering kali terbayang dalam kepala bagaimana mau menyaingi tukang kasut yang sudah bertapak lama…. andai suatu hari nanti aku mula berniaga…sebenarnya ketika itu aku sudah tak sabar-sabar untuk berniaga walaupun baru menjalani latihan selama 4 bulan…..ada sesuatu yang mengganggu fikiranku-jangkamasa latihan yang ditetapkan oleh mahaguru kasutku !
berdasarkan dari apa yang aku tengok pada anak-anak didik mahaguru ini …rata-rata mereka ini menghabiskan masa 3 tahun semata-mata memahirkan diri dengan menjahit sahaja….ada yang dah 5 tahun masih belum mampu untuk melakukan kerja baikpulih sepenuhnya selain menjahit dan kerja-kerja ringan…..tapi aku akui bahawa asas yang paling penting dalam membaiki kasut adalah kemahiran menjahit dan kepantasan menjahit.
dalam tempoh latihan yang bergajikan 2 ringgit sehari(makan minum dan tempat tinggal tidak disediakan) ,ia cukup mencabar ! kalau aku tunggu selama 3 tahun bagaimana aku harus harungi ini semua ? hati aku mula memberontak ….dah memang jiwa aku ni pemberontak…hahaha
kepala ligat mencari jalan penyelesaian terutama dari segi sumber kewangan…..sebulan aku harus bayar sebanyak 45 ringgit untuk sewa ‘bilik kotak’(sebenarnya sebuah stor)…mujurlah jarak dari ‘bilik kotak’ ke tempat latihan boleh berjalan kaki-tak perlu bertambang dan ketika itu aku memang tidak merokok seperti sekarang.
kepala memikir macam mana nak makan dan yang paling penting macam mana nak kumpul modal nanti ? itu belum fikir pasal hutang aku semasa kemasukan ke UTM dulu(bayar yuran pengajian dan penginapan)….hutang kena bayar beb ! …satu hari aku nekad bercuti(dah terbang 2 ringgit !) …aku naik pejabat MARA konon-konon mau mohon elaun latihan sambil kerja(LSK).
semasa mengisi borang skim LSK…hati dah tak sedap sebab membaiki kasut langsung tiada dalam senarai penerima elaun…yang ada kursus membaiki motor,kereta dan segala macam kursus membaiki….tapi yang pasti membaiki kasut memang tak de ! namun aku berserah kepadaNya….tak kan DIA tak kasihan kat aku ni….kan DIA Maha Pengasih…hehehe
masa temuduga selepas isi borang.
pegawai MARA : ” ermmm…awak sekolah sampai darjah berapa ? ”
aku : “habis sehingga tingkatan lima,encik ” (aku sangka dia marahkan aku sebab syarat-syarat yang diberikan,aku gagal memahaminya)
pegawai MARA :” habis tu eja kereta dengan eja kasut pun tak tau ke ? ”
aku :”saya mana ada mohon elaun untuk kursus membaiki kereta,encik……saya mohon untuk kursus membaiki kasut”
pegawai MARA :” awak tunggu kat luar dulu….. panggil nama ni masuk”
hati aku dah mula menyumpah…hahaha…..sekejap lagi nama aku dipanggil oleh pegawai MARA yang lain ,di bilik lain pulak….sebelum aku angkat kaki dari bilik itu….ayat terakhir aku pada pegawai tersebut “begini punya banyak peruntukan MARA,tak boleh bagi sikit kat saya ke ?” sebab apa aku berkata demikian….sebabnya …”begini punya banyak kursus membaiki….kenapa awak pilih membaiki kasut ?” kata pegawai itu…hati aku makin panas bila memikirkan apa yang berlaku.
namun kalau sudah rezeki tak kan ke mana larinya elaun tu…aku akhirnya berjaya sebagai penerima elaun sebanyak 200 ringgit sebulan selama setahun….pembayaran pertama hanya dibuat setelah peserta kursus sudah berjaya menjalani kursus selama 6 bulan….apa ! selepas 6 bulan?…aku dah terbayang selama 6 bulan aku mungkin kena kutip makanan dalam tong sampah…disebabkan aku gatal sangat membayangkan perkara tersebut(LOA)….memang benar aku mengalami nasib sedemikian selama 6 bulan demi mengalas perut !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Perrghhh…. giler kentang punya nekad hendak jadi engineer kasut. Respek!
rohaizad´s last blog ..Seminar Asas Blogging – pendaftaran dibuka dengan rasminya.
impian yang bertahun-tahun diimpikan,tak kan halangan yang sebegitu aku dah mengalah
Kiranya nasib saya lagi baik sebab masa memula latihan sebagai tukang perabut dapat gaji RM3 sehari, makan-minum dan tempat tinggal disediakan. Cuma masak kena gilir-gilir. Syukur…
Tabah sungguh hati tuan hamba ye….
Ardzham´s last blog ..Selamat Hari Ibu
memang ternyata nasib bro lebih baik kalau berbanding saya
namun kelaparan memang dah jadi teman setia saya sebelum ini(ketika bersekolah-balik baru boleh mengisi perut dengan bubur berlaukkan kicap dan ikan bilis tumbuk/udang kering tumbuk)
tak apelah saudara Jo, biarkan sikit tapi berkat. Oleh sebab berkat kesabaran itu nanti, pasti ada hikmah dan ganjaran yang akan diterima nanti, insyaallah. Maka bersabarlah.
betul tu,puan,
berkat dan sabar itu perkataan keramat,
membentuk kehidupan agar terus bersemangat,
kini saya mampu senyum yang teramat,
bila teringat bertungkus-lumus berpeluh dan berkeringat
fuh..gile kental semangat..cepat bro sambung..x sabar nak bace part seterusnya..
kental ye?..blogger kental dah mula biasa dengar,kan?(selepas seminar smart blogging)….yang ini,tukang kasut kental…hehehe
itu pasal aku ada cakap sebelum ni…dunia tukang kasut dan dunia blogging yang baru aku ceburi ni ada ikatan persaudaraan
ko ni study lagi kan?….gi baca buku tu…hahaha
hahaa..ntah..g baca jurnal nuh,, wat perabes experimen..haha
ejoncb´s last blog ..Virus 1: csrcs.exe , How to Solve
kalau degil lagi,piat sikit telinga madlut tu,ejoncb
aik, boleh pulak ye passing2 kerja piat2 telinga ni. haha!
Dila.13´s last blog ..Panduan Anak Mendengar Kata
mereka study satu tempat…jadi ejoncb ada peluang nak piat telinga madlut
Rezeki tu Alah yang tentukan.. kasut tertukar jadi kereta. Tapi dapat juga.
samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
sebenar sebelum nak dapat tu…panjang ceritanya,sam.
pegawai kedua tu mula bersimpati setelah mengetahui cerita sebenar kenapa gua jadi tukang kasut kebetulan gua layak dapat pinjaman MARA semasa study di UTM…tapi dapatnya pada sem kedua,mana larat nak tunggu !…budak lain makan 3 kali sehari,gua nak makan 3 hari sekali pun susah,manjang bedal water cooler buat alas perut.
aduss.. sadis, memang sadis.. kena buat entry lain tu..
samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
hahaha…cabaran ketika gua study,gua cabut…sebab gua rasa ketika itu duit lagi penting
Hehe…punya la semangat kan. Susah nak jumpa org yang nekad cmni utk keje baikki kasut. Pelik pun ada.
Hehe.Masa dulu tu tak baca lagi LOA, kalau tak, mesti dah takkan fikir kan keje kutip sampah tuh..hehe
ejoncb´s last blog ..Virus 1: csrcs.exe , How to Solve
kerana apa sangilapi nekad macam tu sekali?…itulah satu-satu peluang yang ada untuk sangilapi merubah kehidupan ini di samping memenuhi impian sejak dari kecil.
pelik?..sememangnya pelik sebab kalau tergolong dalam golangan indigo
perniagaan membaiki kasut adalah pilihan tepat dan terbaik untuk tujuan ini…bebas bekerja sendiri,perniagaan tidak memerlukan modal yang banyak tetapi membawa pulangan lumayan
dah tau pun pasal LOA ni(istilah yang berbeza)…bukan keje kutip sampah daaa…kutip makanan dalam tong sampah!:)
semangat dan contoh komitmen yg tinggi utk capai kejayaan..terbaek ni bro

etomyam´s last blog ..Filem Melayu: Lagenda Budak Setan
bila kita di dalam keadaan terhimpit dan tersepit,akan ada satu power yang mendorong kita nekad dalam mencapai sesuatu matlamat
Salaam…Setiap manusia ditakdirkan meraih rezeki yang berbeza. Walaupun sama jenisnya namun mungkin berbeza pula sukatan atau timbangannya. Ada yang sekepal, secupak mahupun segantang… semuanya mengikut kadar yang ditetapkan Allah. Selain meraih sumber kewangan, tanpa sedar saudara telahpun meraih rezeki berharga iaitu melalui “SKETSA PENGALAMAN HIDUP YANG PENUH CITRA & WARNA.” =)
salam dijawab,
setuju dengan pendapat yang diberikan itu
DIA Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaanNya.
yupp…ia satu pengalaman yang cukup berharga dalam episode kehidupan saya
*komen tersesat dalam spam*
memang terbaik penceritaan bro johari. thank you sebab share pengalaman hidup ye. bukan semua yang kita nak senang nak dapat. yang paling susah itulah selalunya yang paling bernilai.
Dila.13´s last blog ..Panduan Anak Mendengar Kata
ini antara pengalaman(mencari rezeki sebagai tukang kasut) yang paling bermakna dalam siri kehidupan saya
macam mana masalah sekalipun tergantung kepada kita bagaimana mau mengendalikannya.
nanti siri ni sure sampai ke bahagian mcmana bro johari boleh start blogging kan?? hehehe… takpe, saya akan tunggu dengan penuh sabar
uishh…tu jauh lagi
wah semakin aku kagum dengan dirimu
p/s: nak jadikan idola boleh tak?
mijie´s last blog ..Cara untuk menggunakan domain dot com di blogspot
hahaha….idola? yang terbaik jadikan diri sendiri sebagai idola….kenali potensi diri yang belum dibongkar…sebenarnya setiap yang lahir ke muka bumi ini adalah mereka yang terplih
haha.best geler.haha
farhan´s last blog ..nur theme ver 1.1 will came back !
kalau best,rajin-rajinlah ke sini
mak oi.. sedih tul cerita ko ni…
boss´s last blog ..Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 1)
wahhh…boss,baru ko muncul ye…cuti sakan nampak
boss,tu kisah dulu-dulu
kalau lepas 6 bulan baru dapat elaun..maknanya bila dapat,6×200=1200 la kan? banyak tuu bro!
botak´s last blog ..oversleeping
yupp…memang banyak! bagi aku teramat banyak jumlahnya!…dan nak tunggu 6 bulan tu pun kena banyak bersabar…cukup-cukup banyak bersabar
Bro, tulis la novel kisah bro. Kompem laku kat Asia tenggara ni
hahaha…nak update blog pun kadang-kadang nak tercabut otak..ini kan pula nak buat novel,boy…tapi itu satu idea yang bernas
payah juga ek nak buat pinjaman MARA..aku berhutang dengan PTPTN je..hutang PTPTN aku tak habis bayar lagi..entah bila nak habis..
khairolghani´s last blog ..Warkah Untuk Emak
sebut pasal pinjaman untuk bumiputera ni…keluar airmata darah pun belum tentu kita dapat…aku banyak kali mengalami nasib begini selepas aku berjaya mengorak langkah seterusnya…sebab tiada ‘cable’..nasib peribumi di tanah kelahirannya
kay,sekurang-kurangnya sekarang ko dah bekerja,berbanding yang masih belum-belum lagi berjaya dalam usaha melamar pekerjaan…moga tabah
[...] Bhg 2 – Langkah pertama bermula Bhg 3 – Perjuangan itu Bhg 4 – Tempoh bertenang Bhg 5 – Gaji aku Bhg 6 – Pintu rezeki mula terbuka Bhg 7 – Rezeki tambahan Bhg 8 – Rezeki mula [...]
terima kasih,boss
pergh!!! dasat… kalau ada semangat cam ni..rasa-rasanya buat apa pun boleh berjaya kot…!!!
bujang3´s last blog ..Menjana Pendapatan Melalui e-book…!!!
semangat adalah ‘modal’ sebenar dalam apa jua yang kita lakukan,pendek kata tiada lagi alasan yang diberikan walau apa jua rintangan yang datang….kemudian barulah bertawakal
betul tu…aku setuju sangat ngan apa yang ko kata…kalau la budak-budak samseng, kaki lepak tak tentu hala tu, ikuti kisah ko dan ikut jejak langkah ko yang bersemangat tu tentu aman dunia kite ni…
hehehe…kadang-kadang kalau dengan kata-kata susah sangat nak menyedarkan golongan tersebut…sampai masanya tangan pulak ‘bercakap’ terutama bagi golongan yang nak tunjuk samseng tu
gaji berniaga lain
gaji kerja bulanan.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
ini tidak adil.
bagi la elaun untuk
seorang baiki kasut.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
pegawai MARA.baiki la
kasut sendiri.hihih…..
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
namun akhirnya aku berpeluang dapat elaun tu