entah kenapa
Entah ! Aku pun tak tahu apa sebabnya,tiba-tiba aku terasa malas mahu menjejakkan kaki ke Telok Majlis.Walhal jaraknya dari Kampung Laut bukanlah jauh mana pun.Naik bot layang tak sampai 10 minit . Semalaman aku memikirkan hal ini.
Bukak tingkap kamar,aku bertenggek di bendulnya memerhatikan suasana malam.Sepi ! Berhadapan dengan pelabuhan kecil Kampung Laut terdapat sebuah jeti kecil.Dari situ ada mobil[kereta] atau lebih tepat lagi van untuk perjalanan darat ke bandar Jambi – begitulah yang diceritakan oleh Benuk siang tadi.
Udara laut yang bertiup ke arah Tanjung Jabung begitu menyamankan sekali.Bagai mendodoikan aku melalui deru anginnya. Aku merebahkan tubuh di katil -lalu lena.Diulit mimpi,mimpi yang sama tentang sesuatu.
Pagi,ketika turun ke bawah.Benuk sudah setia menunggu walau aku tidak berjanji dengannya – suatu perkara yang aku cukup suka bila begini.Benuk sedar tugasnya tanpa perlu diingatkan.Bersarapan satay Minang – sepuluh cucuk seorang.Satay yang dihidang dalam daun pisang berbentuk kon.
Selesai bersarapan aku mengajak Benuk ke Telok Majlis.Sebuah perkampungan air yang agak mundur.Menurut Benuk,di sini tiada kemudahan air paip dan bekalan letrik.Aku meminta Benuk berhenti di hadapan sebuah rumah – sebuah rumah yang pernah aku tanyakan pada Benuk sebelum ini.
Kemudian aku memanjat sebatang balak kecil yang kesan takuk untuk naik ke pelantar.Menurut Benuk rumah itu dibuat dari kayu Berlian[jenis balak terbaik],air masin sukar mereputkan kayu ini.Masih tersergam dengan kukuh walau sudah menjangkau 90 tahun[rumah tertua dalam perkampungan ini ]
Kini aku berdiri betul-betul di depan pintu masuk rumah tersebut.Aku membayangkan pintu itu sebagai laluan masuk ke suatu “dunia jawapan” kepada segala persoalan yang bermain di kepala !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Negaseberang memang terkenal dengan kayu yang berkualiti seperti berlian dan jati,
eee… tu rumah siapa tu bro JO
dnoBiz´s last blog ..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
daerah sana memang terkenal kualiti balaknya,dB
….tapi sekarang dah habis hasil balaknya.
rumah aruah Usup Cicak
- moyang aku[ayah kepada atuk aku]
Biasala tu,
hasil bumi ni kalau tidak dilawal begitulah kesudahannya,
mesti rumah klasik tu… (idaman kalbu tapi rumah kayu ni harga dia malas nk pikir mmg tak tercapai dek tangan)
dnoBiz´s last blog ..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
bila hutan balak habis ditebang ni,sebenarnya banyak mengundang bencana alam – hutan dan pokok ada fungsinya.
kalau aku tak perlu sebuah rumah kayu,cukup sekadar sebuah pondok di tepi sungai yang dikelilingi kehijauan hutan……perghhhh ! damainya !
mudah-mudahan dapatlah aku merasa sebelum mata dipejam
kayu balak terbaik tu, kalau buat tiang seri rumah memang terbaik lah, apa2pun esisi di indonesia memang menarik
di sana memang lubuk balak terbaik,mijie
mungkin menarik pada yang membaca tapi sebenarnya cukup menyeramkan bagi gua
dah hampir sangat dengan jawapan ni
kayu berlian juga banyak di sarawak
mereka buat lantai tandas pun dengan kayu ni, dijamin tak reput sampai bila2
tehr´s last blog ..Pasar Minggu Pagi Jumaat Di Wakaf Bharu
agak-agak apalah jawapan yang ada dalam kepala tu,tehr
daerah kalimatan pun balaknya adalah terbaik !
jangan kata reput,batang paku pun susah nak masuk
kalau orang dulu dia guna baji je (paku yang dibuat dengan kayu)
dnoBiz´s last blog ..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
yupp betul tu cuma aku pernah gatal tangan nak cuba paku kat kayu jenis ni – memang bengkok paku tu,dB
hehe
aku pernah guna paku besar saiz 5 inci
aku nak buat tempat sidai kain
memang bengkok paku tu
hahaha…..dah tau masih nak cuba
[macam tak percaya]
lepas tu aku termenung sekejap,ada jugak besi kalah dengan kayu
*alam sekeliling memang boleh jadi ‘guru’ pada kita kalau rajin direnung
*
Bestkan hidup dalam alam semulajadi
akakcomey´s last blog ..Trans-Borneo Day 6 Pejabat Kawan Biker
memang menyeronokkan – begitu mesra alam,AC
tu la pasal,
tapi sekarang ni KG pun dah susah nak tengok pokok
dnoBiz´s last blog ..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
aku pernah terpikat dengan kawasan Janda Baik,antara lokasi yang cukup mendamaikan namun sekarang semakin pesat dibangunkan
menanti cerita berikut dengan penuh sabar….InsyaAllah
hehehe…..macam biasa,ia akan disambung.LA
…..insyaallah
nampaknya…indonesia begitu dekat dengan bro..berbeza dengan aku, lebih dekat dengan thailand sana..;)
walau berbeza namun ada satu intipati yang harus direnung bersama – melayu adalah satu bangsa yang cukup unik
dulu aku sendiri macam susah nak terima,dalam susur galur keturunan aku[sebelah abah] terdapat bermacam jenis darah/bangsa/suku
akhirnya aku sedar kenapa darah melayu sebegitu jalan ceritanya[sejarah yang amat panjang !}
patutlah Hang Tuah pernah berpesan “tak kan hilang akan melayu”
bermakna..melayu adalah bangsa yang besar, dan terdiri dari berbagai suku,
jika hilang 1 suku, masih ada suku-suku yang lain..hehe
besar dan meliputi,madlut
kenali sejarah anda[susur galur keturunan],pasti anda akan terkejut !
awak, kampung laut di mana ya?
LadyBird´s last blog ..Lalat oh Lalat
sebuah perkampungan yang terletak dalam mukim Tanjung Jabung,Jambi[Indonesia],LB
“Bersarapan satay Minang – sepuluh cucuk seorang.Satay yang dihidang dalam daun pisang berbentuk kon.”
Baru ditanya kat entri lepas dan dah dapat jawapan dalam entri ini. kalau datang KL, singgah di Kg Baru, kat situ ada keluarga minang dari Indonesia berniaga. memang terkenal sejak saya kecik lagi
p.s: kenapa ye sesetengah hamba Allah naluri dia begitu kuat sampai sikit je terdetik, terus dah boleh dapatkan jawapan… macam Bro Johari jumpa rumah arwah moyang tu sendiri..
Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan
kalau satay dari sana,saya lebih suka dengan satay madura,dila
….apapun saya lebih suka satay kajang sebab saya sendiri pernah berniaga satay kajang
kat kg baru sebelah mana ye ? landmarknya ?
tentang rumah tu memang mudah dikenali sebab rumah tu berbeza dari rumah yang lain,dila
[secara spontan dah boleh agak]
alasan logik yang lain,saya memang ada pertalian tersendiri dengan rumah tersebut – yelah rumah moyang kan ! dan ada sebab lain yang akan saya ceritakan nanti
landmark saya tak pasti tapi nama dia Sate Minang Restoran Ros.. hehe.. bakso dia terlampau berempah sampai saya tak boleh nak makan.
aha.. rupanya banyak lagi kisah Bro Johari kat indonesia

Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan
kampung baru saya tak berapa gemar ke situ- sesak yang amat sangat ! tu pasal tak tau satay minang yang top ni,dila
bakso yang paling sedap adalah bakso malang/marang – kat malaysia belum pernah saya jumpa dijual – saya boleh tambah sampai 3 mangkuk
tempat asal usul susur galur saya tentu banyak ceritanya,dila
tapi bukan semua boleh diceritakan secara jelas
Bab jenis-jenis kayu memang fail tapi tentang makan nasi Ambeng <– kalau betul sebutannya memang best
akubiomed´s last blog ..Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan Apple
hahaha….nasi ambeng/ambang memang best!,ABM
*aku pun bukan tau sangat pasal kayu ni
*
Rumah di gigi air.. memang terbaik!
Samdaddycool´s last blog ..Nasi Lemak 50 sen Nora Danish Cuti-cuti Cinta ada patut ka
sangat mendamaikan dan menyeramkan,sam
Wah dah lama tak kemari ada lagi cerita dari tuan. Betul-betul buat aku tak senang duduk, macam nak jadi pengembara pun ada. Macam nak pergi pulau2 dan daerah Melayu kat Indonesia tu jugak la. Hmmm, apasal ada pulak satay Minang? saya baru ni jer dengar nama makanan tu… Biasa kan Satay kajang jer yang femes kan.. blog ni pun femes gak! Tak gitu tuan?, saya mohon satu tempat dalam blogroll tuan boleh tak? Harap sudi kasi huhuhu… selamat maju jaya tuan.
hyprobulksms´s last blog ..Berjaya dengan perniagaan online
mengembara itu tersangatlah best !
di sana,satay minang dan satay madura adalah satay yang popular.
diilhamkan pembuatannya oleh suku kaum masing-masing
link ko akan dimasukkan – insyaallah.
Ooo, macam tu rupanya, penduduk madura tu suku Jawa tak salah aku..
orang Jawa memang suka satay,.. orang cina pun ramai kat sana. Mungkin ada Satay cina juga… Wallahualam,
Terma kasih sudi linkning ya tuan..
hyprobulksms´s last blog ..Berjaya dengan perniagaan online
madura memang salah satu suku jawa,HBS
aku rasa sate memang budaya makan kaum cina sebab nama sate tu kalau tidak silap bermaksud daging 3 ketul
*tak perlu menggunakan gantinama tuan
*