durian runtuh

admin | sembang-sembang | August, 26 2010 | 26 Comments

Kenalkan buah durian? Buah yang digelar raja buah tu.Macam – macam  jenis buah durian sekarang ni .Aku pun tak tahu sangat pasal buah durian ni.Antara sebabnya aku sendiri,amat jarang sekali makan buah durian.Seumur hidup aku,kalau nak dikira berapa biji durian yang telah aku makan,aku berani pastikan ia tidak melebihi 4 biji :) .Ok,cukup cerita pasal durian.

Sekarang memang sibuk di dada akhbar melaporkan kisah-kisah runtuh.Rumahtangga yang dibina runtuhlah,lantai pasaraya yang bertingkat runtuhlah dan tak kurang jugak pasal segolongan muda-mudi yang akhlaknya runtuh.Tapi yang sedap didengar pengumuman kerajaan Malaysia sudi memberikan bonus yang dianggap sebagai durian runtuh sempena Syawal.

Tersangatlah bestnya kalau dapat durian runtuh ni.Aku pun dapat jugak tapi dah lama  dah – 1992 ! Duitnya pun aku belum merasa lagi sampailah sekarang.Sehingga artikel ni ditulis ! Memang nak runtuh jugak dada aku menahan sabar. Ok,cukup.Ada baiknya aku terus sambung seperti yang dijanjikan.

Dari kaki lima bank,aku meneruskan langkah.Niat di hati cuma satu – botakkan kepala aku.Masuk kedai gunting India.Selesai.Singgah kedai surat khabar yang berada di sebelah kedai gunting tersebut beli kad telepon rm20.Cari  telepone awam.Buat panggilan ke kampung.Bertanya khabar dengan ibu.Tanya pasal kucing aku,sempat jugak aku mendengar suara Sitam yang semakin gemuk itu.Tanya pasal wang yang pernah aku bekalkan pada ibu,tinggal berapa bakinya.

Panggilan terputus dan aku memutuskan aku tak perlu pulang ke kampung – dah malas aku nak ambil tahu pasal keluarga lagi.Tak sudah-sudah nak memikir hal orang lain.Raba poket kecil,cari syiling.Call pejabat.Okay,line clear.Tetamu sudah tiada di pejabat – pergi dengan hampa agaknya.

Di perkarangan pejabat,setelah aku pastikan memang sah tetamu itu sudah tiada,baru aku melangkah ke depan pintu masuk.Dari dalam,kerani pejabat meninjau-ninjau siapakah si botak yang berada di depan pintu pejabat.Bagi salam,bertanyakan Kapten Y.Aku diarahkan terus naik ke bilik Kapten Y.

Dalam bilik terdapat kadet dek yang 3 orang tu.Mereka bertiga agak terkejut melihat aku yang sudah botak.Kapten Y tersenyum melihat aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Aku duduk.Mereka bertiga nampaknya sudah selesai berurusan dengan Kapten Y.Salah seorang dari mereka,dengan penuh hormat memberitahu pada aku tentang beg sandang aku.Aku angguk perlahan tanda terima kasih.

Kapten Y angkat telepon,minta kerani buatkan kopi panas dua gelas.Mengarahkan aku agar menyemak jumlah gaji setiap bulan selama setahun.Aku perhatikan butir-butir yang  tercetak di atas slip gaji tersebut.Senyum sendirian.Turunkan tanda tangan pada setiap boucer yang mana akan bertukar kepada sekeping cek.

” Ini beg yang dikirimkan pada kamu,dari tetamu menunggu kamu tadi” ujar Kapten Y sambil menghulurkan beg kertas.

” Dan ini ada 1 sampul surat dan sekeping nota[berlipat] yang ditulis sebelum mereka bertiga meninggalkan pejabat dengan tergesa-gesa” sambung Kapten Y.

Aku jengah dalam beg kertas itu.Terdapat 2 buah bekas plastik.Aku buka bekas plastik yang bertutup itu.Satu lauknya,ikan bilis kicap masak kering dan satu lagi sambal petai.Aku baca nota berlipat itu dan aku amat kenal akan tulisan tersebut apatah lagi dengan si tukang tulisnya.

“Kami bercadang ingin makan bersama dengan Joe tadi,sebaik Joe sampai di pejabat namun Auntie Pah tiba-tiba diserang penyakitnya itu.Terpaksa balik segera ke __________[lokasi memang aku rahsiakan].Kami semua nantikan kunjungan Joe.Lauk tu Nai yang masak,Auntie Pah yang ajarkan ”

Aku termenung dalam sebak.Segala kenangan kembali terimbau.Aku sedar kenangan itu akan terhenti di situ sahaja.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

26 Comments

  • At 2010.08.26 08:10, mijie said:

    fuh dapat gaji setahun punya kerja memang lazat la, takper tunggu lagi sambungan ini cerita :)

    p/s: abg joe, thanks sbb link tersebut
    mijie´s last blog ..Malware pada blog dan penyelesaiannya My ComLuv Profile

    • At 2010.08.26 19:49, admin said:

      setelah berpenat-lelah dalam bilik enjin yang serba panas tu,mijie :)

      insyaallah akan diupdate dan sama-sama.

    • At 2010.08.26 09:04, aktechpage.com said:

      Jangan Iman kita runtuh sudah la…
      aktechpage.com´s last blog ..Zaharuddinnet- Blog Rujukan Agama Islam Semasa My ComLuv Profile

      • At 2010.08.26 19:51, admin said:

        yupp,betul tu,mal :) …semoga dijauhkan ia berlaku pada kita

      • At 2010.08.26 09:38, ejoncb said:

        sangilapi,, cite dia makin lama makin pendek eh..hahaha..saje nk bg tertunggu-tunggu nih.
        err…tak suka durian eh?

        • At 2010.08.26 19:53, admin said:

          ni antara entry yang terpanjang dalam bulan ni,tau ejon :)

          boleh dikatakan begitu sebab ada kisahnya.

        • At 2010.08.26 09:43, etomyam said:

          makanan kegemaran tu ikan bilis kicap masak kering, sebak macam dada nak runtuh ke bro joe? hehe
          etomyam´s last blog ..Kakitangan Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Sebelum 1 Syawal My ComLuv Profile

          • At 2010.08.26 19:55, admin said:

            hehe….sukar digambarkan dengan kata-kata,bro :)

          • At 2010.08.26 09:53, Dila.13 said:

            Aduhai… rupanya ada urusan kecemasan yang buatkan Nai kena balik.. kalaulah takde kecemasan tu, saya rasa mau dia tunggu kat pejabat tu sampai Bro Johari datang..
            Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana My ComLuv Profile

            • At 2010.08.26 19:56, admin said:

              suatu kemujuran hal itu berlaku,dila :)

              • At 2010.08.27 09:36, Dila.13 said:

                jadi, memang sampai sekarang pun dah tak jumpa2 dengan Nai dah ke? peliknye la cerita si uda dan si dara ni. haih..
                Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission My ComLuv Profile

                • At 2010.08.27 19:48, admin said:

                  kali terakhir saya tengok wajah Nai ketika saya sign in di Port Dickson[1991],dila :)

                  • At 2010.08.28 09:21, Dila.13 said:

                    oh, masa dia hantar Bro Johari start first day keje tu eh.. memang blogger kental betul.. tapi masa 1991 tak tahu yang sekarang ni jadi blogger :P masih rasa simpati kat Nai. harap dia sihat wal’afiat sekarang :)
                    Dila.13´s last blog ..Update EzineArticles Submission My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.29 03:01, admin said:

                      yupp,betul tu,dila :)

          • At 2010.08.26 13:54, bluedianthus said:

            Kenapa saya rasa sangilapi ni sesuai sangat jadi penulis novel ye? :)
            bluedianthus´s last blog ..Kedai Online Sendiri pada harga mampu milik! My ComLuv Profile

            • At 2010.08.26 19:58, admin said:

              haha….jauh lagi nak sampai tahap tu,cik B :) …dan tidak menuju ke arah itu.

            • At 2010.08.26 14:13, madlut said:

              setianya si dia tue….sanggup tunggu bro…

              • At 2010.08.26 19:58, admin said:

                sejati !,madlut :)

              • At 2010.08.26 22:10, Samdaddycool said:

                kebetulan tak dapat jumpa … nak buat camne..

                Takpe, nantikan episod seterusnya..
                Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata My ComLuv Profile

                • At 2010.08.27 02:55, admin said:

                  dan sememangnya gua sendiri pun tak mau terserempak,sam :)

                  macam biasalah,entry seterusnya.

                • At 2010.08.26 23:45, gnesop.com said:

                  kalau lah sop selalu dpt durian runtuh, mahu runtuh juga iman..godaan kuat bila duit byk oo.. huhuuh
                  gnesop.com´s last blog ..Pandu berhemah dapat diskaun tol My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.27 02:56, admin said:

                    hahaha…nikmat itu sendiri adalah suatu ujian darinya,sop :)

                  • At 2010.08.27 00:47, zik said:

                    alamak secret location lah pulak…ok takpe2 paham..
                    zik´s last blog ..Foot Detox Patch dan Makjun Anggun Bestari untuk dijual My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.27 02:57, admin said:

                      hehehe….kalau faham baguslah,zik :)

                    • At 2010.08.27 21:57, sumpit2u said:

                      Durian runtuh, bagunan runtuh, akhlak runtuh…… aku tak mengerti….hahahahaha

                      • At 2010.08.28 03:48, admin said:

                        aku mengerti kenapa ko tak mengerti :)

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes