dunia memang kecik
Selepas 3 hari bertamu di rumah Haji Parno,aku mengambil keputusan untuk tinggal di balai masjid Kuala Belait.Jadi tetamu ni seelok-eloknya biarlah setakat 3 hari je,kalau lebih dari 3 hari dibimbangi membebankan tuan rumah.Kalau ikut kepala aku,memang aku tak suka menginap di rumah orang.
Petang hari pertama aku tinggal di balai masjid,aku didatangi oleh seseorang.Wakil kepada Hajah Sharifah Bafiah[pengusaha catering].Wakil tersebut mengarahkan aku supaya beg pakaian dibawa bersama.Maka aku pun dibawa ke hostel pekerja,di sana Haji Parno sudah menunggu bersama Hajah Bafiah beserta suaminya.
Dipendekkan cerita,aku ditemuduga lantas diterima bekerja tanpa dipastikan lagi jawatan sebenar aku.Hal yang pertama dibincangkan adalah soal gaji.Gaji aku cuma BD 400.Makan dan penginapan ditanggung oleh majikan.Undang-undang bekerja diterangkan secara ringkas,terutama peri laku pekerja semasa menginap di hostel pekerja.
Banglo yang dijadikan hostel itu sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian.Satu ruang untuk pekerja lelaki dan satu lagi untuk pekerja wanita.Tenaga kerja kebanyakannya warga Filipina dan beberapa kerat warga Malaysia[dibertahu semasa temuduga] .
Mana-mana pekerja yang tidak tidur ketika aku sampai,dipanggil untuk tujuan suai kenal.Bahasa penghantar adalah bahasa Inggeris.Aku pun bantai speaking-entah betul,entah tidak…..kahkahkah.Kemudian aku di bawa ke bilik penginapan,lebih tepat lagi sebuah katil bertingkat.Sudah tersedia cadar bersih,selimut dan sarung bantal yang baru dicuci.
Menghabiskan sisa petang.Aku pun bersantai di beranda banglo,memerhatikan kawasan sekeliling dari atas.Menghampiri senja kelihatan sebuah van pekerja memasuki perkarangan banglo.Turunlah warga pekerja tersebut dari van.Dalam ramai -ramai yang turun dari van tu,mata aku terpaku pada seseorang,seseorang yang cukup aku kenal ! Seseorang yang sudah lama aku tidak tatap wajahnya ! Terpacul dari mulut aku menjerit namanya !
Dunia memang kecik ! Di BruNAI,aku terjumpa/terserempak dengan …….
Segala kenangan Lot14,berputar ligat di fikiran.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



samalah kalau angah pun x minat nak menginap umah org lagi selesa umah sendiri kan??
angahsayang2314´s last blog .. ReZaKi MuRah
kalau saya,rumah adik-beradik sendiri pun kurang selesa untuk bermalam apatah lagi rumah orang lain,AS
Wah… memeber sama2 keje kasut dulu ke? Dunia memang kecik!
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
bukan daaa…lu tak nampak perkataan “bruNAI” tu ke?,sam
ooo…. pening woooo…. saspen giler aahhh.. kena tunggu episod seterusnya!
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
hahaha….gua yang ternampak dengan mata sendiri lagilah terkejut,sam
Kuasa Allah!
Samdaddycool´s last blog ..Make money with website – google adsence
tiada yang mustahil bagiNya,sam
Lot 14??? alamak, ramainya calon kalau nak diteka, Bro Johari! jangan kata protege Bro Johari yang dok menginap kat bilik kotak dulu.. ke, saya salah teka episod ni? huhu..
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
tekaan itu ternyata meleset,dila
…..senang cakap-Nai !
Nak teka Nai tak sampai hati.. so, teka orang lain. hehehe… tapi memang makin nak dijauhkan makin hampir je jadinya kan? mula2 jumpa yang seiras.. lepas tu jumpa yang betul punya. huhu…
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
yang ini betul-betul Nai,dila
hah.. tipah tertipu! memang gempaklah Nai yang Bro Johari jumpa tu. tapi kenalan dari mana ye? macam tak pernah dengar pun Bro cerita sebelum ni..
Dila.13´s last blog ..Fakta Oktoberfest
memang tak pernah diceritakan sebelum ini sebab belum sampai waktunya nama dia keluar untuk babak penceritaan,dila
Lot 14 ??, nampaknya aku terpakse undur ke belakang semula ni,
hadoi orang maju ke depan aku maju ke balakang la pulak
dnoBiz´s last blog ..‘Kami mahu keadilan’
kahkahkah…..nasib seorang pengunjung baru memang macam tu,dB
….sebab penulisan aku ni bersambung-sambung entrynya.
*lot14 adalah sebuah kedai barangan kulit semasa aku bekerja dengan seorang majikan bernama Bang Hud
*
takde masalah punye dnoBiz.. kalau kisah ni dibukukan pun tentu ramai yang sanggup baca berulang2 sampai boleh hafal setiap perenggan

Dila.13´s last blog ..Fakta Oktoberfest
yang pasti sekadar ditulis dalam blog je,dila
kalau berpandukan kisah lalu, bro joe tak lama kerja di brunei
tapi…
hati aku berharap bro kekal, dan tamatkan segala kisah lalu
apa2 pun kisah ini belum tamat
hehehe
tehr´s last blog ..Sayang Seorang Suami – Bapa
aku memang tak lama di brunei sekitar 4 bulan je,tehr
pada aku perjalanan kehidupan ni ibarat putaran yang mana tiada garis permulaan mahupun garis penamat,ia sentiasa berulang-ulang
hahaha…..kalau tamat maka tamatlah riwayat blog ni,tehr
pelandak 3 serupa lagi ke bro joe? memang bro akan dihantui oleh muka nai la
mijie´s last blog ..Contest contengan paling kreatif
macam-macam andaian ye,mijie
sebenarnya sehingga kini kami saling “mengekori” antara satu sama lain……..kahkahkah
LOA nai kuat kat bro kuat kot..mana2 bro pegi..mesti dia ikut sekali..hehe
walau terpisah beribu batu akhirnya bertemu,madlut
ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu jua…chewah!!!;)
ayat ni lah aku nak tulis tapi aku cuma ingat laut dengan darat je,madlut
…terpaksa tukar ayat lain….kehkehkeh
HHHmmmm suspennnn jer….sambung citer cepat sket bleh?nak tau ni…
Cikgu Nurin´s last blog ..SAYA GAGAL MELAKUKANNYA
bakal disambung-insyaallah,CN
baru tiga hari jejak kaki kat negara orang dah dapat kerja dan tinggal di banglo, betul-betul rezeki murah tu…
ada NAI di brunai, wah kisah pasti tambah menarik…
ardzham´s last blog ..Dagon Design Sitemap Generator
syukur sebab urusan tersebut dipermudahkanNya,bang
banglo tu sekadar hostel pekerja,bukan pun jenis banglo mewah
yupp,Nai muncul di brunai!
tak kisahlah tu, yang penting dapat rasa tinggal di banglo. sebut nama banglo jer dah teruja.
ardzham´s last blog ..Dagon Design Sitemap Generator
tapi saya lebih selesa tinggal dalam kabin kapal yang sempit tu,bang
…memang sempit tapi cuma dua orang,bilik banglo tu luas tapi berkongsi beramai-ramai akhirnya berhimpit-himpit
Nai?biar betik..apa dia buat kat situ..
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
nai betul-betul muncul di brunai,kay
….dia turut bekerja di situ.
rindu nak tidur rumah member.
+fobia+´s last blog ..jawab
kalau ko kamceng dengan member tu memanglah rasa macam tu,F