duit tong

admin | sembang-sembang | August, 06 2010 | 50 Comments

Dah berapa lama aku belayar,aku kurang pasti.Aku cuma sedar dah tiga bulan menghuni kapal ini ketika aku dipanggil menjawab panggilan radio dari pejabat majikan aku.Ketika itu kapal sedang menunggu giliran masuk ke pelabuhan.Aku diajukan beberapa soalan dari Kapten Y.Antara persoalannya :-

1)Bersediakah aku kalau dihantar menjalani peperiksaan di ALAM untuk kenaikan pangkat? Jawapan aku? Malas dan tak mahu !

2)Adakah ingin berpindah ke kapal lain andai ada kekosongan yang bersesuaian? Jawapan aku? Tak mahu ! Tanya kelasi lain kalau ada yang berhajat.

3)Ingin mengadu tentang salah laku kelasi lain terhadap aku? Jawapan aku? Tiada.

Aku terus menuju bilik enjin menghabiskan kerja aku.Aku perlu membersihkan tingkat bawah bilik enjin.Ruang yang paling panas.Aku buat dengan pantas…..kehkehkeh.Lega bila selesai.Naik setingkat,kali ini boleh santai sikit sebab bahang panas agak kurang walaupun masih panas.

Naik setingkat lagi.Aku duduk atas tangga besi yang menghubungkan setiap tingkat.Aku cuba ingat-ingatkan apa lagi yang perlu aku buat.Sebenarnya dalam bilik enjin setiap ruang ada nama khasnya sendiri.Ruang kanan dipanggil sekian,ruang kiri dipanggil sekian.Semuanya aku dah lupa !

Tadi jurutera 3[J 3] yang duty bersama-sama aku memesan agar berjumpa dengannya di kafe andai segalanya sudah selesai aku kerjakan.Sekarang aku perlu membersihkan diri sebelum menuju ke kafe,yang paling penting tapak safety boot jangan ada kesan minyak.Aku celupkan kaki aku dalam bekas khas-penuh dengan abuk papan.Kesat-kesat atas pengesat kaki.Selesai !

Kat kafe,aku ambil kopi panas,duduk di meja J3.Tanpa banyak bicara,J 3 menghulurkan selembar kertas yang berlipat.Dalam lipatan terdapat sejumlah wang.Wajah J3 cerah dan ceria.Mungkin menang besar.Di meja hujung duduk 2 orang AB[kelasi bahagian dek].Bermuka muram.Aku lambai mereka.

Salah seorang dari AB itu adalah seorang yang dipertanggungjawab menjaga ‘duit tong’.Selalunya yang jaga ‘duit tong’ adalah kelasi yang telah kehabisan modal untuk turut serta dalam pertaruhan.Seorang lagi adalah penjudi yang telah tewas dengan teruk ketika pertaruhan berlangsung.

Kebiasaan penjaga ‘duit tong’ diberi peluang sebanyak 3 kali.Sebelum diganti oleh penjudi yang tewas dengan teruk dalam pertaruhan yang terbaru.Jadi dengan cara ini,’hiburan’ dapat dijalankan dengan aman damai berbanding dengan cara Bronko sebelum ini.Selalunya setiap kali ‘duit tong’ diserahkan pada aku.Penjaga ‘duit tong’ akan diberi sedikit imbuhan untuk dikumpul sebagai modal untuk pertaruhan yang akan datang.Selebihnya? Aku yang simpan….kahkahkah.Tapi nanti dulu ! Baca sampai habis entry berikutnya !

Kalau cara Bronko,’duit tong’ semua dia sapu.Kelasi yang jaga ‘duit tong’ dapatlah upah Dunhill 14 sekotak dua.Bila penjudi yang tewas teruk ingin bertaruh lagi terpaksa berhutang dengan Bronko.Di sinilah Bronko boleh ‘mengawal’ kelasi lain atas sebab hutang !

Sekarang ‘duit tong’ Jerung yang punya !!! kahkahkah.Kini duit tong bertukar menjadi tong duit !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

50 Comments

  • At 2010.08.06 16:57, boy_bersahaje said:

    Memang otai besar ni…duit kuali xde ke bang? hehehehe

    • At 2010.08.06 22:28, admin said:

      haha..bukan macam tu,boy :)

      duit Ku Ali ada,boy[kelasi bahagian bilik pam] :)

    • At 2010.08.06 18:01, tehr said:

      hehehe
      macam tu rupa gaya tugasnya
      semalam aku ingat ‘duit tong’ tu upah angkat tong
      [apa2 tong je]
      hehehe
      tehr´s last blog ..Alahai Dikencing Tikus My ComLuv Profile

      • At 2010.08.06 22:29, admin said:

        haha…semalam ada diterangkan serba sikit,tehr :)

      • At 2010.08.06 19:06, mijie said:

        itu jerung sudah mula tunjuk taringnya yang tajam
        mijie´s last blog ..Buat duit dengan google adsense My ComLuv Profile

        • At 2010.08.06 22:31, admin said:

          tak pernah tunjuk pun,mijie :) …kalau tunjuk memang kena buang kerja !

          • At 2010.08.06 23:33, mijie said:

            hahahaha siot je
            mijie´s last blog ..Buat duit dengan google adsense My ComLuv Profile

            • At 2010.08.07 00:13, admin said:

              haha…betul apa :)

              • At 2010.08.07 00:42, Samdaddycool said:

                Itu taring simpan .. tara tunjuk punya…
                Samdaddycool´s last blog ..Mee Siput si mee sedap My ComLuv Profile

                • At 2010.08.07 04:10, admin said:

                  tapi kadang-kadang payah jugak nak sorok-sorok ni,sam :)

                • At 2010.11.30 22:41, samdaddycool said:

                  Sapa tak kenal harimau, tak tunjuk taring orang dah gerun
                  samdaddycool´s last blog ..Jawatan Kosong- Kuala Lumpur My ComLuv Profile

                • At 2010.12.01 02:23, admin said:

                  kadangkala memang buat gua serba salah! :(

      • At 2010.08.06 20:10, cookdong said:

        menanti posting jerung btobat,,,hehe

        bila baca post ni, teringat lak zaman dulu..aishh

        • At 2010.08.06 22:33, admin said:

          kahkahkah….kena baca entry selanjutnya,CD :)

          adakah ko menyesali dengan bersungguh-sungguh? :)

          • At 2010.08.07 00:06, cookdong said:

            hehe..menanti..

            masa tu darjah 1..main tikam2..haha..

            • At 2010.08.07 00:33, admin said:

              teruskan penantian itu dengan sabar,CD :)

              setiap perbuatan kita pasti direkodkan….kahkahkah

        • At 2010.08.06 20:42, diraja22 said:

          duit tin ada ke..

          • At 2010.08.06 22:33, admin said:

            duit tu memang tersimpan dalam tin :)

          • At 2010.08.06 21:00, nadri said:

            mmg brutal org yang berama Bronko tu..ada kena byr wang perlindungan tak abg joe???
            nadri´s last blog ..Comment on Asyraf Juara Imam Muda by dayang nurashalin amira bte abang ali My ComLuv Profile

            • At 2010.08.06 22:35, admin said:

              bukan brutal tapi kelasi lain ‘merelakan’ diri mereka dibuli:)

            • At 2010.08.06 22:41, aktechpage.com said:

              Bro keje atas kapal ke skrg???
              Aku x paham posting ni??
              Ape kemenda duit tong ni??
              aktechpage.com´s last blog ..Kembali Dari Bercuti Offline My ComLuv Profile

              • At 2010.08.07 00:16, admin said:

                mal,ni cerita tahun 1991/1992/1993 :)

                duit tong = wang sumbangan :)

                • At 2010.08.07 10:43, iza said:

                  Salam…

                  Aku pun kurang paham walaupun dah baca sampai habis. Apa kaitan antara kapal dgn duit tong?
                  iza´s last blog ..Pantun Hari Hari My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.07 13:15, admin said:

                    salam dijawab

                    kaitannya? semata-mata sebagai hiburan kelasi,iza :)

              • At 2010.08.06 23:31, etomyam said:

                wah gitu caranya, memang pengalaman unik yg tak pernah di lalui selama ni. kiranya duit tu berputar2 kat dalam tu la jugak kot… :D
                etomyam´s last blog ..Jom Beli Barang Raya@Putrajaya Jualan Terus Dari Kilang My ComLuv Profile

                • At 2010.08.07 00:18, admin said:

                  bro,kalau tak buat macam tu ‘hiburan’ tak dapat dijalankan tanpa berhutang :)

                  entry seterusnya akan memberi gambaran lebih jelas tentang duit tong ni.

                • At 2010.08.07 02:08, sinagarimba said:

                  salam bro, first singgah sini.
                  banyak entri menarik. Aku suka gaya tulisan kau. Selamba.

                  • At 2010.08.07 04:11, admin said:

                    terima kasih kerana sudi singgah di sini,SNR :)

                    sekadar berkongsi pengalaman lalu.

                  • At 2010.08.07 02:19, sinagarimba said:

                    tapi duit tong tu kurang faham la

                    • At 2010.08.07 04:12, admin said:

                      anggap je itu sebagai wang sumbangan :)

                    • At 2010.08.07 07:23, touya said:

                      kiranya sekarang nie Jerung menguasai keadaan ?
                      touya´s last blog ..Sijil dari ITYM My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.07 13:16, admin said:

                        bukan menguasai keadaan tetapi mendamaikan keadaan,T :)

                      • At 2010.08.07 09:28, Dila.13 said:

                        Duit tong jadi tong duit! bijak bijak.. kiranya kelasi dah boleh berjudi dengan tenang la lepas ni. yang menang senyum, yang kalah kurang berserabut :)
                        Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.07 13:27, admin said:

                          hahaha…ada jugak pembaca yang boleh faham :)

                          judi ni kesannya agak besar dalam kehidupan kelasi yang terlibat,dila…jadi bila duit tong tu boleh membantu mereka yang kalah teruk maka ‘hiburan’ boleh diteruskan tanpa tekanan :)

                          • At 2010.08.08 11:44, Dila.13 said:

                            yelah.. kalau tertekan, mau ada yang terjun kapal sampai kapten tak larat nak jerit “man overboard!” (sekadar mengajuk dialog filem). hehe..
                            Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.08 13:13, admin said:

                              sebenarnya perhubungan sesama kelasi boleh menjadi tegang tak pun dingin antara satu sama lain,dila :) ….dah lah memang muka tu jugak yang nak ditengok sepanjang pelayaran.

                              • At 2010.08.09 11:23, Dila.13 said:

                                kalau orang satu tempat kerja atau satu kelas pun boleh berperang dingin, ni kan pulak kelasi yang terperap berbulan-bulan. nak jaga ketenangan tu memang payah sebab orang lain punya hal, kita tak boleh control.
                                Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                                • At 2010.08.09 18:37, admin said:

                                  memang betul di luar kawalan kita tapi dalam kes ini dorang tak boleh nak fikir macam mana nak meneruskan ‘hiburan’ ini sebab masa Bronko kendalikan duit tong tu,dia sapu semua! :)

                      • At 2010.08.07 12:37, madlut said:

                        dorang men “pakau” (kad judi) ke? hehe…atas kapal memang macam2 dok ada kan…iman tak kuat memang boleh goyah…tp aku nak tnye, yang melayan menatang haramjadah (ganja, dadah dah adik beradiknya)…mana dorang dapat stok eh?

                        • At 2010.08.07 13:32, admin said:

                          yupp,betul tu,madlut :)

                          iman nak goyah tak kira atas kapal je,kat darat pun boleh luntur…kehkehkeh

                          mana dapat? ada ‘kaki-kaki’ yang menguruskannya,madlut :) ….nak apa sekadar sebut,yang penting ongkosnya pak !

                        • At 2010.08.07 16:04, bujang3 said:

                          biasanyer penuh ke tong duit tu dengan duit tong … hebat jerung nie.. dah makin berkuasa…. !!!!
                          bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.07 16:25, admin said:

                            ko pernah jumpa tak tin biskut yang ada permukaan kaca[supaya boleh nampak biskutnya]…aku simpan duit dalam tin tu lah,bujang :)

                            bukan makin berkuasa daaa….makin banyak duit la…pak cik kayooo!!!…kahkahkah

                            • At 2010.08.08 11:40, Dila.13 said:

                              tin biskut tutup kaca? tu custom made punye tin biskut ke Bro Johari? tak pernah tau pun ade.. tapi memang kena habis jujurlah ye sape yang jaga duit tong tu. hehehe…
                              Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                              • At 2010.08.08 13:17, admin said:

                                permukaan tepi bukan permukaan atas,dila :) …ala kat kedai runcit lama-lama mesti ada tin macam ni :)

                                sape yang jadi penjaga duit tong semasa pertaruhan berlangsung mahu tak mahu kena jujur sebab ada sumpahannya “kalau kau tipu kau memang tak de ong bila berjudu nanti”…..kehkehkeh

                                • At 2010.08.09 11:28, Dila.13 said:

                                  aha.. tin biskut timbang rupanya! hehe.. tu saya tau :)

                                  wah, penjaga duit tong pun kena angkat sumpah. macam nak jadi bendahari negara je. jangan ada yang kena makan sumpah udah ler :P
                                  Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                                  • At 2010.08.09 18:39, admin said:

                                    haha…betul tu!yang main timbang tu,dila :)

                                    ingkar sumpah maka jerung akan ‘membaham’….kahkahkah

                        • At 2010.08.09 11:26, khairolghani said:

                          memang jadi otai rupanya..banyak duit la kiranya masa tu kan..
                          khairolghani´s last blog ..Community Shield milik MU My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.09 18:40, admin said:

                            bukan otai,kay sekadar memperbaiki keadaan yang agak meruncing ketika itu :)

                            nanti ko akan tahu berapa banyak duit tu,kay :) …kalau ada entry selanjutnya.

                          • At 2010.08.10 01:15, zik said:

                            owh 4 kali jer can… kasi jaga.. lepas tuh selamat…
                            zik´s last blog ..Daun Stevia kawal gula dalam darah My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.10 15:03, admin said:

                              3 kali,zik :)

                            (Required)
                            (Required, will not be published)

                            CommentLuv Enabled
                            © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                            Design by: Yoshz Themes