dia di mataku
Bila aku merasakan pergerakan kereta seperti berhenti,aku perlahan-perlahan membuka kelopak mata.”Bangun pun ” kata Nai ringkas sambil mengerdip-kerdipkan matanya ke arah aku sebanyak 3 kali tanpa melupakan sebuah senyuman. Aku membalasnya – bahasa isyarat kami berdua…..kihkihkih
Aku jalan beriringan dengan Nai ke meja,di satu sudut.Memang meja itu khas untuk Bang Hud,setiap kali Bang Hud datang ke kedai itu.Aku merapatkan kerusi ke Bang Hud.” Apa yang hendak diceritakan,Bang Hud ” aku memulakan bicara.Lambat-lambat Bang Hud menyalakan api ke rokoknya.
” Joe,bekalan alatganti mungkin ada terganggu sikit lepas ni “……” Bisnes tengah ok,jadi macam ni pulak ” luah Bang Hud.
” Alatganti kasut yang mana yang terganggu,Bang Hud ? “…..” Alatganti kasut perempuan atau lelaki ? ” tanya aku ingin kepastian.
“Dua-dua,Joe ” ringkas je Bang Hud menjawab,aku tengok nak hisap rokok pun Bang Hud macam kurang selera.
Air yang tidak perlu dipesan pun sampai – 3 gelas halia o panas,satu gelas ‘gajah’ kopi o.
” Aku macam pelik pulak tiba-tiba jadi macam ni,belum pernah lagilah “…..” Dari aku makan gaji sampai aku dah berniaga sendiri,ini kali pertama ” ada nada rungutan dalam kata-kata Bang Hud.
” Bang,apa kata lepas ni abang beli terus dari pemborong alatganti kasut,tak perlu melalui pembekal sekarang ” aku memberi cadangan,lepas tu aku menghirup kopi o yang baru sampai tadi.
” Aku dalam bidang ni dah lama,Joe ” …. “Jujur aku cakap,bukan senang kita nak tau lubang pemborong tu “……” Bukan aku sorang je yang tak tau pasal ni,boleh kata semua pengusaha kulit tak tau ” Bang Hud menerangkan dengan penuh kesal.Bang Hud menggodak-godak gula dalam gelas halia o nya,lambat-lambat.
Tibalah masanya untuk aku dapatkan kepastian tentang sesuatu bila aku nampak pelayan kedai membawa makanan yang tidak perlu dipesan lagi.Nampak je muka Bang Hud,pemilik kedai ini sudah tahu,apa yang perlu dihidangkan.Namun aku buat muka selamba.Meneruskan perbualan dengan Bang Hud.
” Saya tau pasal pemborong itu ” aku bersuara hingga Bang Hud hampir tersedak bila mendengarkannya[dia tengah menghirup minumannya]
” Apa Joe,ko tau tau pasal pemborong tu ? ” tanya Bang Hud agak terkejut begitu jugak dengan Kak Pah.Nai pula sedang sibuk mengatur pinggan lauk di atas meja sambil mengerling ke arah aku….dah tentu kerlingan manja !…kihkihkih
Nai menghulurkan pinggan nasi lemak yang sudah dicedukkan lauknya.Aku perhatikan lauk-lauk yang diambilnya untuk aku.SAH !!! Hatiku berbisik.Tapi aku buat selamba mungkin.
“Betul Bang Hud ,saya memang tau pasal pemborong tu dan saya pasti akan hal itu ” kata aku cuba menyakinkan Bang Hud.
” Bang Hud,pembekal dapat bekalan dari pemborong,pemborong dapat bekalan dari pengilang ” ……” Jadi apa perlu kita risau pasal tu ” aku cuba menenangkan Bang Hud.Aku terus menyuap makanan yang sudah di depan mata.
” Makanlah dulu, Bang Hud” …..” Lepas makan,baru saya cerita kat Bang Hud ” kata aku membuatkan wajah Bang Hud kembali berseri walaupun penuh tanda tanya.
“Ehh Joe kenapa tak amek sambal kerang petai tu ? ” ….”Selalunya berebut-rebut dengan Bang Hud ” tanya Kak Pah kehairanan.Aku sekadar tersenyum dan memandang ke arah Nai.Wajah Nai sedikit berubah,menyedari aku mula terhidu sesuatu tentangnya – sesuatu yang cuba disembunyikan dari aku ! Namun aku buat selamba lagi.
Setelah selesai makan.Bang Hud dengan tak sabar-sabar dan bersemangat bertanyakan pada aku pasal cerita pemborong tadi.Maklumat yang aku perolehi sebenarnya datang dari pemandu lori yang tugasnya menghantar alatganti kasut dari Kuala Lumpur untuk Bang Da.Mengikut cerita pemandu lori tersebut,pemborong tersebut adalah yang terbesar dalam Malaysia.
Dia dah berbelas tahun berulang dari tempat pemborong itu ke serata kedai -kedai pembekal alatganti kasut dan barangan kulit ni.Syarikat pengangkutan tempat pemandu ini bekerja, yang bertanggungjawab dalam soal mengangkut alatganti kasut dari tempat pemborong ke kedai pembekal.begitu jugak dari kedai pembekal ke kedai-kedai pengusaha barangan kulit.
Nai di mataku.
Aku dapatkan merasakan ada sesuatu yang Nai sembunyikan selama ini.Aku mula terhidu akan perkara ini bila aku menelefonnya tempoh hari.Dan Nai tanpa sengaja membongkar perkara itu tanpa dia sedar.Ahh !!! Itu mungkin kebetulan ! Tapi kalau itu kebetulan yang tadi itu apa ? Kebetulan jugak kah ?
Dalam kereta,menuju pulang ke bilik kotak.
” Nai,macam mana Nai tau tadi Joe tak mau sambal kerang petai tu ? ” tanya aku inginkan kepastian.Teramat ingin tau,bagaimana Nai seolah-olah boleh ‘membaca’ fikiran aku ketika itu.Ada beberapa kali,sesuatu yang belum aku cakapkan pada Nai,dia sudah boleh menjangkakannya !
” Joe,kadang-kadang memang Nai seolah-olah boleh ‘membaca’ fikiran seseorang ” terang Nai dengan tenang.
“Semua fikiran orang Nai boleh ‘baca’ ? ” soal aku ingin tau lebih lanjut.
” Bukan semua orang Joe “……lama Nai terdiam kemudian baru dia menyambung semula ” Hanya orang yang benar-benar rapat dengan Nai, macam mama dan papa,Auntie Pah dan Uncle Hud ”
“ Apasal pulak Nai boleh ‘baca’ fikiran Joe ” aku bertanya sekadar ingin menduga.Nai menjawab dengan kerdipan matanya membuatkan aku tersenyum tapi cuma sebentar.Susah jugak macam ni,aku terfikir sesuatu.Cuba mengingat-ingatkan semula kalau-kalau aku ada terfikir yang bukan-bukan….hahaha
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Cis… terpotong la plak bab saspen neh..
samdaddycool´s last blog ..Selendang Shawl pelangi 2 tone
kenalah tunggu,sam ….harap bersabar
abg joe memang suka potong la, tapi nai tu mcm ada 6th sense la…mcm tau2 jer kan
tp dalam cerita td, abg joe ni memang kenal ngan ramai org, so dah dapat amik barang direct dari kilang ke?
mijie´s last blog ..Cerita hari ini ialah….
mijie,itu amoi memang ada deria ke 6 tu.
bukan dari pengilang tapi dari pemborong,itupun belum kenal lagi dengan pihak pemborong,sekadar tau tempatnya sahaja
hoohho manyak bagus oo itu amoi….
nanti cepat sambung, 2 cerita sehari pun tak per, hehehe
mijie´s last blog ..Cerita hari ini ialah….
nampaknya gua kena berhati-hati selepas itu…kihkihkih
relaxlah,mijie….sehari satu entry pun dah nak tercabut jari gua ni
patut tajuknya dia dimata ku..hihihi
zik´s last blog ..Imam muda, bukan populariti semata-mata.
ermmm….tak fahamlah,zik…cuba terangkan sikit
bukan potong.. dia letih nak taip panjang2.. katanya pakai hujung jari je.. mmg letih.. tul tak?
boss´s last blog ..Pekena kawan satu ofis?
perghh…macam ni punya panjang ok lah tu
betullah tu,boss…jari aku naik kebas….hahaha
hebat kalau boleh fikiran org tu..susah org lain nak klepek…

etomyam´s last blog ..Senarai 100 Syarikat Paling Top Di Malaysia
dan susahlah bagi orang yang rapat dengan dia…hahaha
hahaha….best nye jadi Nai,, nanti kalau Abg joe ada fikir pelik2, dia boleh taw awl2 lagi..
ejoncb´s last blog ..Marine 1
hahaha…fikir pelik-pelik? saya boleh dikatakan orang yang baik…kihkihkih….tak percaya sila tanya Nai
mak aih.. makin mendebarkan ler part ni.. mcm ade sindiket besar mcm edar DVD haram dah.. btw, nice avatar, bro johari. finally ada gak ghope

Dila.13´s last blog ..5 Tips Menulis Artikel Informasi
hahaha…sebenarnya bila sesuatu bidang itu dikuasai oleh seseorang,maka keadaan sebegini akan timbul.bila mau naikkan harga barang beginilah jadinya.
avatar tu berpeluh-peluh nak buat,dila….hahaha
wah, pembekal alat ganti kasut pun boleh jadi macam ni punye suspens.. dah macam gaya pembekal pirated DVD dah! huhu…
Dila.13´s last blog ..5 Tips Menulis Artikel Informasi
ini mesti kes komen tak lepas pada awalnya kan?
sorrylah,dila….trojan menyerang lagi !
mcm mana nai boleh tau???
ade ilmu ke dia??
botak´s last blog ..short message services;sms
setiap orang ada benda ni,botak…samada kita peka atau tidak sahaja
Nai ada ilmu ni..hehe..eh,ada link ke blog aku la..
khairolghani´s last blog ..Tendangan Comel Si Kecil
yupp,anugerah dariNya,kay
link? member punya pasal