dentuman kuat

admin | sembang-sembang | August, 19 2010 | 38 Comments

Suatu dentuman kuat kedengaran.Ini bukan dentuman meriam buluh ! Bukan jugak entry yang mengisahkan kemeriahan bermain meriam buluh.Kemeriahan yang kadang-kadang berakhir dengan tragedi ngeri.Putus jari lah,melecurlah dan sewaktu dengannya.Entry ini sambungan dari kisah mimpi Abug.

Tengahari itu semasa Abug masuk ke bilik enjin memulakan duty,dia sempat bergurau dengan aku.”Jerung,kalau bencana datang menimpa,Doh Yong tu tolong kau tak? ” tanya Abug semasa aku bersiap-siap nak keluar dari bilik enjin.Duty aku dah selesai.Aku terus berlalu tanpa menjawab pertanyaan Abug.

Singgah kafe,layan secawan kopi panas.Aku rancang nak lepak atas dek selepas ini.Langit gelap.Mahu hujan.Aku terus melepak di atas dek sehinggalah hujan turun dengan lebat.Sepanjang perjalanan menuju ke kabin aku terfikir akan mimpi Abug yang dah masuk hari yang ke 7.

Aku duduk di atas katil sambil merenung sekeliling ruang kabin,lalu teringat akan ‘duit tong’.Sudah beribu duit dalam tin biskut itu.Andai mimpi Abug menjadi kenyataan,adakah aku akan memikirkan pasal ‘duit tong’ ini? Aku menyoal sendirian.Hujan lebat yang sedang turun menyebabkan suhu dalam kabin semakin sejuk.

Aku menarik selimut.Berbaring sambil fikiran jauh melayang.Mengimbau kenangan lalu.Teringatkan ibu dan kucing aku di kampung.Terbayangkan Nai yang rebah di jeti suatu ketika dulu.Ahh ! Aku memejamkan mata agar semua itu pergi dari fikiran aku.Pergi jauh-jauh !

Terasa kapal mula ‘berjoget’.Aku bayangkan gelombang di luar sana sedang mengganas.Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran serentak dengan itu aku melambung dari katil.Tergolek-golek di lantai kabin.Kepala aku berdarah dan aku mula merasa pening yang amat sangat.Siren kecemasan dibunyikan.

Dengan terhuyung-hayang,aku menggagahkan diri.Bergerak keluar dari kabin.Suasana riuh-rendah.Bertolak-tolak antara satu sama lain di lorong kabin yang sempit itu.Bergerak menuju ke dek kapal.Ketika itu teringat akan Abug.Dentuman itu dari mana? Dari bilik enjinkah?Aku dapat merasakan kapal semakin senget semakin menyukarkan pergerakan.

Kapal sudah hilang kawalan ! Hilang keseimbangan.Kini keadaan dalam kapal gelap.Bekalan elekrik sudah terputus.Dalam hiruk-pikuk tu aku terdengar nama aku dipanggil-panggil.Aku kenal akan suara yang memanggil aku itu.Suara Abug.Jeritan yang tadinya kuat kini semakin perlahan.Semakin sayup-sayup kedengaran.Aku dapat merasakan tubuh aku menggigil kesejukan.Kapal mula dimasuki air.

” Jerung ! Jerung !” suara Abug kembali kedengaran di cuping telinga aku.Aku tersenyum bila nampak Abug di depan mata.Dan aku sedar,aku memang tak boleh tidur di waktu siang.Nanti aku bermimpi yang bukan-bukan !

Sarung kembali overall untuk bersiap-sedia untuk kerja lebih masa.Setelah itu aku bergerak menuju ke kafe bersama member kamcing aku – Abug !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

38 Comments

  • At 2010.08.19 18:10, luth textile said:

    cisss mimpi hoohohooh

    • At 2010.08.19 18:49, admin said:

      yupp,sekadar bermimpi,LT :)

    • At 2010.08.19 18:11, mijie said:

      cerita suspen sudah bermula, abg joe panjangkan skit entri ni, nanti tak puas, heheeh
      mijie´s last blog ..1234 lima enam tujuh lapan 9 10 My ComLuv Profile

      • At 2010.08.19 18:50, admin said:

        panjang sikit nanti pembaca bakal kebosanan,mijie :)

    • At 2010.08.19 20:48, Dila.13 said:

      hoh.. pelik jugak cerita macam titanic tapi tukang karut masih menaip cerita tu.. nasib baik bermimpi di siang hari :)
      Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak My ComLuv Profile

      • At 2010.08.19 21:48, admin said:

        ni tak pelik,dila :) …nanti suatu masa nanti,bila tuan blog dah tak de[mati],blog ni masih berupdate…menceritakan kisah di alam sana pulak…agaknyalah! :)

        • At 2010.08.20 00:36, Dila.13 said:

          whoa.. tak boleh jadi ni kalau sampai macam tu sekali. sehidup semati dah dengan RM :P
          Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak My ComLuv Profile

          • At 2010.08.20 05:42, admin said:

            kan best kalau boleh macam tu ! kan dila ? ….kehkehkeh

            • At 2010.08.21 10:09, Dila.13 said:

              rasanya kalau tanya kat semua blogger kental, mesti ada jugak jawapan macam tu. ye la.. aset kan.. mestilah tak sanggup berjauhan atau dipisahkan :P
              Dila.13´s last blog ..Tahniah- Artikel Anda Dah Diterima! My ComLuv Profile

              • At 2010.08.21 20:57, admin said:

                kena tinggalkan jua bila sampai masanya,dila :)

    • At 2010.08.19 22:52, zik said:

      jerung2x…. kenapa tak dugong2… hik2
      zik´s last blog ..Komunikasi yang berkesan My ComLuv Profile

      • At 2010.08.20 05:43, admin said:

        sebab tu gelaran aku di atas kapal,zik :)

      • At 2010.08.19 23:28, boy_bersahaje said:

        tidaaakkkkkkkk!!! aku tertipu! ingat kisah titanic tadi. ceishhhh!!!!

        • At 2010.08.20 05:44, admin said:

          tiada niat sebegitu,boy….kehkehkeh

        • At 2010.08.20 00:18, bujang3 said:

          hahaaaa !!! terkena !!!
          bujang3´s last blog ..Apekah haram hukumnyer berniaga kueh mueh di pagi Ramadhan My ComLuv Profile

          • At 2010.08.20 05:45, admin said:

            relax,bujang! :)

          • At 2010.08.20 01:40, tehr said:

            hahaha
            mimpi la pulak
            suspen je tadi – hehehe
            tehr´s last blog ..Cikmin Dan My Playground My ComLuv Profile

            • At 2010.08.20 05:47, admin said:

              sedikit terpengaruh/teringat-ingat akan mimpi Abug,tehr :)

            • At 2010.08.20 02:55, Samdaddycool said:

              hmmm.. nasib baik mimpi, aku mula nak rasa klimaks, tetiba je padam..

              ps – tipah tertipu lagi
              Samdaddycool´s last blog ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka My ComLuv Profile

              • At 2010.08.20 05:50, admin said:

                mujur mimpi,sam :) …..kalau tidak kita mungkin tidak berkesempatan mengeteh.

                peratus kelasi tanker terselamat dalam bencana seperti itu cukup tipis ! :(

                • At 2010.08.20 22:28, Samdaddycool said:

                  Tapi dengan kesaktian spender kuning.. rasanya kebarangkalian lebih tinggi untuk selamat! :P

                  • At 2010.08.21 07:07, admin said:

                    kehkehkeh…apalah yang boleh diharap pada batu tu,sam :)

              • At 2010.08.20 03:11, hyprobulksms said:

                Bila kita tidur disiang hari tu takpe, tak jadi masalah. Jangan tidur dimalam hari sampai ke siang… dapat mimpi setan yang buat hehe.
                hyprobulksms´s last blog ..Teknik pemasaran online My ComLuv Profile

                • At 2010.08.20 05:51, admin said:

                  amalkan tidur dalam keadaan bersih,HBS :)

                • At 2010.08.20 08:12, khairolghani said:

                  la..mimpi ke?spoil la..hehe..aku dah rasa macam berdebar dah tadi bila kepala berdarah..
                  khairolghani´s last blog ..BB dah nak keluar ke My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.21 01:12, admin said:

                    janganlah jadi macam tu,kay :) …peratusan kelasi tanker nak selamat kalau terlibat dalam kebakaran besar cukup kecil.

                  • At 2010.08.20 11:44, Shaffik said:

                    Wah…memang tragis betul mimpi ko ni bro. Tu laa tidur tak cuci kaki..hahahahaha

                    • At 2010.08.21 01:14, admin said:

                      hahaha….aku memang tak boleh tidur sianglah,bro[dulu-dululah] :)

                    • At 2010.08.20 16:07, hentakbelipat said:

                      nasib baik mimpi baiii……
                      hentakbelipat´s last blog ..Oh!Saya Gila Shawl!!!!!!!!!! My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.21 01:14, admin said:

                        yupp,memang nasib baik !,HB :)

                      • At 2010.08.20 23:54, adamfaiz said:

                        suspen je ko ni Joe
                        adamfaiz´s last blog ..Kalau Aku Ada 350 Juta My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.21 01:16, admin said:

                          aku yang bermimpi ketika itu lagi suspen,adam :) …nasib baik sekadar mimpi.

                        • At 2010.08.21 02:12, madlut said:

                          CETTTT..mimpi rupanya..hahahah :)

                          • At 2010.08.21 06:10, admin said:

                            memanglah mimpi kalau betul-betul,entah ada lagi ke tidak aku ni,madlut :)

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes