dari kerana mata
bila aku bukak mata,setelah berjaya melelapkan mata selama lebih kurang 30 minit……aku tengok Gong dan Tok tengah sedap tidur dalam kasut….lepas ni aku terpaksa kejutkan mereka sebab kasut-kasut tu,aku perlu bawa bersama ketika keluar nanti…dengan penuh semangat aku bangun…..hidup mesti bersemangat beb !…kihkihkih
lepas kena kopi o panas bersama roti cream yang dibawa Kak Pah semalam,aku bergegas keluar…..sekarang aku awal setengah jam pergi ke stor demi menyelesaikan tugas-tugas memunggah lebih awal…..kerja di tempat Bang Da sekarang ni pun turut bertambah….khabarnya Bang Da ada rancangan menambah pekerja – tambah seorang lagi(tiada sebarang kemahiran lagi).
setiap hari jam 11:30 pagi aku akan berlari ke kedai Bang Hud di mall lama itu,menghantar kasut-kasut yang aku siapkan …begitu jugak dengan kasut – kasut yang disiapkan di tempat Bang Da….letak terus berlari ke kaki lima semula ! berlari lebih pantas dari tadi sebab tiada bebanan…macam orang gila…macam orang sasau ….hahaha
sampai terus sambung kerja….sedang aku sibuk tunduk menjahit….aku dapat rasakan ….suasana seperti terdiam secara tiba-tiba !……”apasal diaorang senyap je…tadi bukan main kecoh” soal aku dalam hati,penuh tanda tanya ….belum sempat aku mendongakkan kepala….satu suara lembut singgah di gegendang telinga aku.
“ooo…awak sebelah siang kerja kat sini ye”….”saya ada cari awak kat lot 14 tadi”… “abang-abang yang rambut panjang tu cakap,awak ada kat sini”…..apalah yang aku mampu buat ketika itu selain tersengih….sambil menahan rasa…rasa apa?…korang belum pernah rasa, tercucuk mata jarum !….yupp…. aku sedang menahan rasa sakit akibat jari telunjuk aku tercucuk mata jarum ….kali pertama dalam sejarah,sepanjang aku bekerja di situ ! hanya kerana sepasang mata itu .
mujurlah jari telunjuk yang tercucuk tu berada di sebelah dalam kasut(jari telunjuk dan ibu jari tangan kiri yang tugasnya menghulur benang)….aku mesti bertahan sehingga pemilik suara lembut ini beredar dari situ…..”malam nanti kita jumpa ya ! ” sambung pemilik suara itu sambil melangkah dengan penuh sopan.
sebaik sahaja susuk tubuh pemilik suara itu hilang dari pandangan…..dengan segera aku keluarkan tangan kiri aku dari dalam kasut….sambil menekan-nekan jari yang mula berdarah itu….maka Bang Da secara tiba-tiba bertukar menjadi Lebai Da sambil bersuara “wahai pemuda-pemuda sekalian, peliharalah pandangan mata kamu dari melihat akan seorang perempuan “ belum pun habis ucapan dari Lebai Da,pekerja yang lain sudah terbahak-bahak ketawa kecuali aku…..aku yang sedang menahan bisa ! dahlah bisa kena mata jarum….bisa kena sindir dengan Bang Da lagi !
sambil menahan bisa di jari,aku teringat akan kata-kata Kak Pah…..dan sekarang aku akui akan kebenaran kata-kata Kak Pah itu ! …..” bagai jelmaan bidadari ” itu pujian jujur Kak Pah pada pemilik suara lembut itu…. anak gadis kepada Auntie Suzy tu….gadis yang bernama Nai itu….gadis yang aku bantu menangkap anak kucing itu….gadis yang menyebabkan jari aku sekarang sedang menahan bisa akibat tercucuk mata jarum itu !
“macam ni punya ramai jejaka kacak….si botak ini jugak yang dipilihnya” rungut Ronny ….kecewa benar Ronny bila jelmaan bidadari itu menyapa aku sebentar tadi….memang Ronny ni kacak orangnya ! ….tapi tewas di tangan budak berkepala botak…..hahaha
” malam nanti saya nak botakkan kepala ni,Bang Da ” jerit Ronny sambil membelai-belai rambutnya yang panjang itu….”Joe tu lain …lelaki kalau tengok, bengis tapi kalau perempuan tengok, manis !” Bang Da bersuara …..”habis saya ni nak buat macam mana Bang Da ? “ soal Ronny inginkan pendapat dari Bang Da…….” nak buat apa lagi….gigit jari je lah ” jawab Bang Da selamba…..diikuti gelak ketawa !
malam itu….ermmm…ada baiknya entry ini disambung sebelah malam nanti….sebab mata aku dah mengantuk walau sudah kena kopi bergelas-gelas…..dan aku harap sepasang mata yang pernah menyebabkan jari aku tercucuk mata jarum suatu ketika dulu, tidak membaca apa yang aku tulis di dalam blog ini…..yupp… sepasang mata yang sudah jauh dari pandangan mata aku ! …..dan aku sedar ada sepasang mata….mata seorang sifu sedang memerhati…..kihkihkih ….pada mata-mata yang sudi menatap blog ini aku ucapkan jutaan terima kasih !
*pada sepasang mata itu….mohon keizinan kisah ini dikongsi di sini sebelum aku menutup mata..sebab aku nak tidur !*
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



hati sudah tertaut,, kesian kan jari telunjuk menjadi mangsa dek kerana sepasang mata…
cepat sambung abang joe…
mijie´s last blog ..Pesanan dari seorang isteri
belum lagi lah,mijie…..itu baru bunga-bunga yang membawa kepada sebuah perkenalan
Erkkk.. sambung malam??? aduiyai..takpe2.. saya sabar menanti lgpun keje tengah tak banyak. hehehe

Dila.13´s last blog ..Those Ignorant Cool Thirsty Teens
macam biasalah,dila….:) nama pun blog…hahaha
sometimes got no time so sleep enough also.. =P
bro, jangan diamalkan selalu begitu….kita perlu tidur dengan secukupnya
tu la pasal.. hari tu saya baru je tulis kat writer-4-hire pasal tak cukup tidur ni efeknya boleh sampai buat manusia mati awal..
Dila.13´s last blog ..Nike – Write The Future
mesin pun ada waktu rehatnya,inikan pula tubuh kita
pernah bela seekor kucing jantan yang masih muda,dia ni tak reti nak relax asyik melompat ke sana-sini(terlampau aktif !!!).
susah nak tengok dia,duduk diam-diam….satu hari dia tidur cukup lama dari biasa….rupa-rupanya dia mati dalam tidur.
saya syak kucing tu mati dalam kepenatan
kekuatan dan kehebatan lelaki mudah goyah dengan pompuan hahaha

etomyam´s last blog ..Statpress Plugin Deactivated
sudah terbukti dari dulu,bro
lelaki sudah diperingatkan tentang 3 ‘ta’….salah satunya- wanita.
what else should I say… so sweeeeet!
feewwwwiitttttttttt!
samdaddycool´s last blog ..Bed Time Bath Tips from JOHNSON’S®
ketika itu betul….selepas dan selepas dan selepas itu jadi sebaliknya
“dari kerana mata…yang bisa…..”
sambung yer..hihi..
p/s – kesian jari itu..
jari terluka nampak dek mata,
hati terluka sakit tak terkata
Ini mesti pasal tak baca mentera kak nura, ni….
akak lambat sangat bagitau
yang muda2 nia kena kerja keras.. yang old timer takpe..rehat2 dulu.. hehe
zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along!
masa mudalah mau kerja keras nanti bila dah tua baru sedap relax
bersambung la pulak..kalau ngantuk,cucuk la jarum kat jari,confirm mata cerah..hehe..gurau je bro..
khairolghani´s last blog ..1st time makan KFC
bersambung tu adat berblogging,kay…..kalau cucuk jarum kat jari bukan setakat hilang mengantuk,selagi bisa tu tak hilang selagi tu lah tak boleh nak tidur
[...] 16 – Cita-cita dan cinta Bhg 17 – Pertemuan pertama Bhg 18 – Rezeki semakin murah Bhg 19 – Dari kerana mata Bhg 20 – Dari mata turun ke [...]
boss,terima kasih
haha mesti badan menggakatar je bila dgr suara nai kan??
tu yg sampai boleh tercucuk jarum tu..
hahaha
botak´s last blog ..Cinta Sufi
aku sedikit terpukau dengan pandangan matanya ….kihkihkih
ha ha yes semakin menarik… awek tu… sambung baca lagik! he he…
boss´s last blog ..Siapa 5 orang kawan kamu?
amoi daa,boss…..ko sendiri cakap,awek tu panggilan untuk perempuan melayu
perkena dulu Kopi O panas.
baru mula bekerja.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
sebaai rangsangan untuk kesegaran,AR
mata bengkak tidur lama-lama.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
tidur setakat yang perlu je,AR
jangan amalkan tidur lama-lama ni.
terkena mata jarum.
aduh sakit tak tertahan.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
jarum kasut kalau tercucuk memang bisa,AR !