dah rezeki aku

admin | sembang-sembang | July, 23 2010 | 32 Comments

” Apa yang Joe tercegat kat situ ” kata Nai yang sudah duduk di tepi katil sambil tangannya menepuk-nepuk tilam,bermaksud agar aku duduk di sebelahnya.Melihatkan aku masih berdiri tanpa berganjak.Bagai mengerti apa yang sedang bermain di fikiranku,Nai menerangkan sebab pintu itu dirapatkan.Sebab utamanya,tidak mahu mengganggu mamanya yang sudah tidur dengan suara perbualan kami berdua.

Aku duduk bersila di atas katil,saling berhadap.Nai capai beg kertas yang dibawanya tadi.Nai keluarkan satu beg pinggang berwarna hijau yang tertulis Sony.Di dalamnya ada sebuah walkman jenama Sony.Dikeluarkan jugak empat helai overall berwarna kelabu yang sudah diubahsuai.Di bahagian lutut dan punggung sudah ditampal dengan lapisan kulit.

Akhir sekali Nai keluarkan t-shirt yang dipakai siang tadi.” Yang ini kalau Joe nak bawak,Joe ambillah tapi kalau tak mau pun tak pe ” Nai menerangkan bahawa itu adalah pesanan dari Auntie Pah.Dalam beg sandang aku yang berbentuk bantal peluk gemuk itu memang  terdapat sehelai baju kurung ibu,kini sudah ada ‘kawannya’ !

” Joe,kalau tak keberatan Nai nak simpan baju yang Joe pakai siang tadi ” kata Nai dengan suara yang tersekat-sekat sambil tangannya sibuk mengemaskan beg sandang aku.Aku menuju ke pintu di mana baju yang aku pakai siang tadi tergantung.Aku capai,lipat,serahkan pada Nai.Kami saling berpandangan.Saling terdiam.

Pagi sebelum bertolak ke Port Kelang.Di meja makan,menghadap sarapan pagi.Aku tengok mata Nai agak bengkak.Mata aku sendiri mungkin macam mata panda sebab tidak boleh melelapkan mata.Auntie Suzy sekadar menggelengkan kepalanya sambil melepaskan keluhan berat mengenangkan nasib Uda dan Dara di depannya ini.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang kelasi kapal[baru turun kapal] yang aku temui di cafe Pusat Wang Kumpulan Pelaut,aku bergegas ke sebuah pejabat perkapalan.Mencuba nasib untuk memohon kerja dengan bantuan seorang kapten kapal yang bertugas di syarikat itu.

Namun ketika aku sampai di pejabat itu,Kapten Y begitu sibuk ! Dari sebelum tengahari hingga ke petang,aku masih belum berpeluang untuk berjumpa dengannya.Nai memujuk aku supaya bersabar.Sehingga pejabat mahu ditutup pun Kapten Y masih belum keluar dari biliknya.Aku diarahkan oleh kerani pejabat itu supaya menunggu di luar atau datang semula keesokan harinya.

Hampir jam 9 malam baru Kapten Y keluar dari pejabat.Terus aku menghampiri dan menerangkan tujuan aku.” Awak yang tunggu saya dari tengahari tadi ? ” tanya Kapten Y dan ayat terakhirnya itu membuatkan aku tersenyum.Langkah kanan nampaknya- langkah rezeki !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.07.23 11:27, etomyam said:

    wah bro joe, ketekunan dan kesabaran menunggu nampaknya akan membuahkan hasil :D
    etomyam´s last blog ..Jersi Baru Chelsea 2010-11 Home And Away My ComLuv Profile

    • At 2010.07.23 15:27, admin said:

      itu je lah,peluang yang ada ketika itu,bro….brader kelasi yang terjumpa di cafe tu mengatakan peluang cukup tinggi kalau dapat sokongan dari Kapten Y tu :)

    • At 2010.07.23 14:52, mijie said:

      bro joe lu memang tabah sanggup menunggu, kalau gua memang dah lama cabut la jawapnya
      mijie´s last blog ..Create subdomain dan juga redirect My ComLuv Profile

      • At 2010.07.23 15:31, admin said:

        hahaha….gua pun bukan jenis penyabar jugak,mijie :) …tapi mengenangkan itulah satu-satu peluang yang ada dalam mencapai hajat gua maka terpaksalah menunggu[sijil kelayakan pun tak de]

      • At 2010.07.23 16:59, Dila said:

        alhamdulillah.. dapat jugak keje.. tapi dari mula nak kerja drcobbler pun bro dok tanya 2-3-4 kali kan? last2 diambil jugak keje! huhuhu.. saya kagum betul dengan kesungguhan bro..
        Dila´s last blog ..Cabaran 80 artikel- WordPress Development dan Perkhidmatan Baru - My ComLuv Profile

        • At 2010.07.23 18:39, admin said:

          hahaha…memang nasib sangilapi ni kalau berusaha mendapatkan sesuatu ada saje halangannya :)

          boleh dikatakan itulah peluang tunggal yang ada ketika itu andai terlepas memang haru jadinya !

          • At 2010.07.25 09:09, Dila said:

            haru pun haru jugak tapi takde kot sampai patah hati sume.. rezeki kan ada kat mana2 ;) tapi bak kata LOA lah.. kalau kita dah memang nakkan sangat satu benda tu, memang akan jadi punye. hehehe… (belajar masa join seminar pemikat semalam!)
            Dila´s last blog ..Cabaran 80 artikel- WordPress Development dan Perkhidmatan Baru - My ComLuv Profile

            • At 2010.07.25 19:08, admin said:

              dan untuk menjayakan konsep LOA itu pun bukan suatu perkara mudah,dila…terutama mahu dapatkan deep delta tu…bukan mudah !

              *patutlah komen dila.13 tidak bertambah sebab kamu guna dua nickname,sekarang guna dila sahaja tanpa 13*

              • At 2010.07.27 12:15, Dila.13 said:

                ha’ah la.. baru terperasan.. hehe.. ok, kembali ke Dila.13 (hari tu terdatang sindrom ‘malas menaip panjang’ sebab tu Dila je tinggal.. :D
                Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 1 My ComLuv Profile

                • At 2010.07.27 13:41, admin said:

                  puas jugak saya memikirkan kenapa komen dila tidak bertambah-tambah :) …last-last baru perasan.

      • At 2010.07.23 18:09, madlut said:

        sampai ke malam ko tunggu bro..ko memang gila lah…respek aku sama bro

        • At 2010.07.23 18:40, admin said:

          terpaksa ! kenalah jugak tunggu,madlut :)

        • At 2010.07.23 20:22, rohaizad said:

          Lu memang giler lah… brader!
          haha
          rohaizad´s last blog ..Porsche- Nissan Caldina- Nissan Fairlady- BMW dan MyVi My ComLuv Profile

          • At 2010.07.24 00:33, admin said:

            giler? dah sangilapi,jad :)

          • At 2010.07.23 20:57, tehr said:

            berkat kesabaran…
            tehr´s last blog ..Entah Berapa Ekor Babi My ComLuv Profile

            • At 2010.07.24 00:34, admin said:

              itu sebab ia dituntut oleh agama,tehr :)

            • At 2010.07.23 21:43, cookdong said:

              nai tepuk tilam..

              • At 2010.07.24 00:35, admin said:

                ya CD !…dan noktah!…kahkahkah

                • At 2010.07.24 11:15, Samdaddycool said:

                  hik.. hiik.. noktah.. hik.. hik..

                  • At 2010.07.24 18:09, admin said:

                    etika berblogging ! lebih kurang macam tu lah,sam….kahkahkah

              • At 2010.07.23 22:19, hafidz said:

                Sesungguhnya bersabar menunggu ni memang berbaloi ganjarannya =)
                hafidz´s last blog ..Nuffnang at hafidzlifecom My ComLuv Profile

                • At 2010.07.24 00:36, admin said:

                  kita memang digalakkan sebegitu walaupun sebenarnya aku bukanlah seorang yang penyabar,hafidz :)

                • At 2010.07.23 22:26, zik said:

                  rezeki yang murah…. alhamdulillah..

                  • At 2010.07.24 00:37, admin said:

                    syukur !,zik :)

                  • At 2010.07.24 11:09, bujang3 said:

                    penantian yang sabar..akhirnya membuahkan hasil… begitu kontras dengan nama sangilapi tu…ko memang penyabar !!!
                    bujang3´s last blog ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!! My ComLuv Profile

                    • At 2010.07.24 18:12, admin said:

                      penyabar? aku amat pasti aku bukanlah seorang yang penyabar cuma ada orang yang sedang memujuk aku supaya bersabar….kehkehkeh

                      *aku kalau tunggu bas kalau lambat sampai….jawapnya memang kena tendanglah body bas tu,bujang….kahkahkah*

                    • At 2010.07.24 11:16, Samdaddycool said:

                      tapimemang kapten Y tu otai, dia tau sapa yang dia jumpa dan dapat menilai…

                      • At 2010.07.24 18:14, admin said:

                        ala sam,dah berpuluh tahun memerintah sesebuah kapal memang dia faham benar perangai seseorang dari gaya perbualan atau gaya tubuh seseorang :)

                      • At 2010.07.27 10:16, khairolghani said:

                        pergh..sanggup tunggu tu..nak kerja punya pasal..ayah mertua aku kapten kapal kat pelabuhan kuantan..seronok dengar dia bercerita pasal pelayaran dia..
                        khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.27 13:45, admin said:

                          kenalah tunggu,kay….ooo,masih belayar? biasanya kapten kapal kalau tak mau belayar lagi,kerja kat pelabuhan pun sudah cukup lumayan :)

                        • At 2010.08.16 00:34, boss said:

                          Pergh lama gak ko tunggu,
                          kematu punggung..

                          Boss,
                          Hidup Seorang Blogger
                          boss´s last blog ..Hidup Seorang Blogger My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.16 01:07, admin said:

                            haha….ini peluang mana aku boleh lepas,boss :) ….terlepas kalu memang aku pun tak tau macam mana kesudahannya.

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes