cuti
Sekarang ni semua orang sedang berkira-kira nak bercuti berapa lama sempena hari raya nanti.Tanpa mengira warna kulit,semua mahu mengambil peluang itu untuk merancang percutian.Meriah kan ? Konsep 1 Malaysia dalam menyambut perayaan tertentu tapi macam biasa aku bukanlah nak ulas perkara tersebut.
Aku nak merapu pasal cuti dan kelasi.Diam tak diam dah setahun genap aku bekerja di atas kapal.Itupun pasal majikan aku yang mengingatkan aku agar menghabiskan cuti tahunan tersebut.Di samping itu,aku diarahkan menguruskan gaji aku yang selama setahun yang tidak diambil-ambil lagi.
Sebenarnya semasa atas kapal tu,aku anggap aku sedang bercuti di atas kapal persiaran sebab tu lah aku tak pernah mengambil cuti walau sehari…..kahkahkah.Namun kali ini aku kena turun kapal jugak.Mesti ! Aku yang dah setahun berkurung dalam kapal akhirnya menjejakkan kaki di daratan.
Setahun tanpa menggunting rambut.Setahun aku tak berjumpa dengan orang lain selain 23 orang kelasi atas kapal M.V.JJJJ tu.Ermmm……baru aku tersedar dah setahun jugaklah ada seorang gadis yang ternanti-nanti akan panggilan dari aku.
Petikan perbualan ringkas aku dengan Kapten Y semasa kapal sedang dalam pelayaran menuju ke pelabuhan Port Kelang[melalui perhubungan radio]
Kapten Y : ” Nanti kamu turun kapal di PK[Pelabuhan Kelang],uruskan cuti dan gaji kamu tu….mesti ! ”
Aku :” Nanti saya turunlah,capt”
Kapten : ” Terus datang ke pejabat,ada tetamu yang menunggu kamu di sini,ada speed bot yang akan menjemput kamu”
Aku: ” Roger and out ”
“Tetamu? Siapa pulak yang tahu aku akan bercuti? Dia kah? Tapi kenapa? ” aku tertanya-tanya dalam hati.Menyesal pulak tidak bertanyakan dengan Kapten Y tadi.Aku melangkah ke kabin untuk bersiap-siap.Sebelum mandi aku bercermin,trim misai,cukur janggut yang tak berapa helai.Belek-belek rambut.
Aku turun kapal bersama 3 orang kelasi lain.Tak ramai yang turun sebabnya gaji belum keluar dan pinjaman dibekukan[atas beberapa sebab].Turun bersama aku tu,kadet dek – jadi memang kurang mesra sikit.Dalam perjalanan ke pejabat,aku minta diturunkan di perhentian bas Port Kelang[van syarikat perkapalan datang menjemput di pelabuhan]
Aku membatalkan hasrat untuk bertemu dengan Kapten Y tengahari itu.Ermmm…….sebenarnya aku keberatan untuk bersua muka,bertentang mata dengan tetamu itu.Biarlah ia berlalu……
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Selamat Datang ke dunia daratan..
hehe..
Ceria selalu bro!!!
RastaMat´s last blog ..BUDIN VS KUCING
kehkehkeh…RM,gua rasa memang gua tak sesuai duduk di daratan,jiwa macam gua ni paling tidak pun kena lepak kat pulau
alangkah bahagia kalau boleh begitu – ceria selalu,RM !
bro naper lak tak nak jumpa tetamu tu, kesian dia dah setahun menunggu
mijie´s last blog ..Promosi hari raya sekali seumur hidup
itu yang terbaik buat gua dan dia,mijie
….walaupun gua menghampakannya ketika itu.
alahai sian dia bang joe
mijie´s last blog ..Promosi hari raya sekali seumur hidup
pasal kesianlah gua buat macam tu,mmijie
….dan dia sedar serta faham kenapa gua bertindak sedemikian.
ko tak jumpa ke bro? alahai…sayangnya..hehe
pasal sayang le,aku tak pergi jumpa dia,madlut
….ko ni macam tak pernah dengar bidalan kalau kita sayangkan seseorang itu maka tinggal-tinggalkan dia.
huhuhu..nape tak jumpe??..setahun dia tunggu.. hehe…adakah sebab, setahun tunggu, jadi apa salahnya tmbh lagi 1 hari.
bukan sebab tu,ejon
….sebab tak mahu membuka lembaran lama yang sedang dalam proses penutupannya.
owh…..hmmm…sedey..huhuhu
kena redha,ejon
wah siapa tetamu istimewa tu bro joe? setahun tak gunting rambut, pergh..memang boleh join rockers tu bro joe

etomyam´s last blog ..Koleksi Animated Flash Banner Raya Percuma
siapa? ikutilah entry seterusnya,bro
dorang pun tak mau terima aku,bro sebab rambut aku panjang tak de stail !….kehkehkeh
alamak dah turun ke darat pulak…
zik´s last blog ..Psikologi Harga
ye,zik
….aku diarahkan turun ke darat!
setahun xgunting rambut? ate mana gambonye?
gambar? ketika itu aku tak terfikirkan tentang nilai sesekeping gambar tu,CD
Alahai.. biarlah ia berlalu??? sila sambung cerita tetamu tu cepat2 ye Bro Johari

Dila.13´s last blog ..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana
sudah disambung pun,dila
ni citer pasal awek lama ke?
adamfaiz´s last blog ..Kenangan Aidilfitri Di Amerika
hehehe….tak de istilah awek lama,adam
[pada aku lah]
terkecewa aku
…tapi besoknya kamu jumpa juga dia kan?
tehr´s last blog ..Udang Pun Tak Lontar Najis Sesuka Hati
ikutinya entry seterusnya,tehr
pergghh.. kena paksa amik cuti dgn amik gaji.. kikiki
Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata
cuti kena habiskan sebab tak boleh dibawa ke tahun hadapan,sam
…gaji tu sebab majikan nak pastikan gua masih bekerja di atas kapal tu.
orang lain merayu-rayu minta kcuti.. menanti-nanti bila gaji mau keluar…
Samdaddycool´s last blog ..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata
gua nak ke mana kalau bercuti pun[sebab bukan turun kapal pun]
gua atas kapal,tak perlu duit,sam
…makan dah ada,rokok masa tu gua tak hisap dan apa jua kegiatan yang memerlukan duit-gua tak join !
sabun,syampoo dan berus gigi/ubat gigi ada member sumbangkan jadi gua atas kapal tak perlukan duit
.. kelebihan jadi taiko
Samdaddycool´s last blog ..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
bukan taiko daaa,sam……gua berbudi dorang berbahasa,dorang memberi gua merasa