cerita tetamu itu
malam itu di rumah Kak Pah
Tan Beng Kuan yang aku panggil Tok Atan itu[memang beliau menggelarkan dirinya sebagai Atan] mula menerangkan tujuan hajatnya memanggil aku ke rumah Kak Pah.Selain aku,malam itu turut menghadirkan diri,Nai bersama ibunya.Tujuan Tok Atan semata-mata ingin berkenalan dengan aku lebih mesra.
Bermula dengan kisah silam keturunan Tok Atan menjejakkan kaki di tanah melayu ratusan tahun yang lalu.Agak mengejutkan aku bila Tok Atan bercerita tentang keturunannya dari tanah besar China itu sebenarnya memang berugama Islam dari dulu lagi.
Itupun beliau hanya menyedari akan hal ini beberapa tahun yang lepas setelah beliau berulang alik ke tanah besar China semata-mata ingin menjejaki waris-waris keturunannya yang masih hidup.Paling mengejutkan aku,pendedahan kisah ini membuatkan Kak Pah dan Auntie Suzy serta Nai agak tersentak – mereka bertiga hanya mengetahui kisah berkenaan pada malam itu.
Sambil bercerita dengan nada sebak, mata Tok Atan berlinang air mata.Jodoh Kak Pah dan Bang Hud rupanya ada kisah yang tersembunyi.Petanda yang Tok Atan dapat melalui mimpi.Kisah yang beliau rahsiakan dari pengetahuan dari Kak Pah sendiri.
Namun Tok Atan menganggap mimpi itu sekadar mainan tidur sahaja.Sehinggalah beberapa peristiwa dalam mimpi-mimpi beliau menjadi kenyataan.Sekadar kebetulan kah itu ? Mungkin Tok Atan ada jawapannya yang tersendiri.
Sedikit mimpi tentang nama Nai.Tok Atan ada bermimpikan pesanan seseorang agar menamakan cucu perempuannya itu sebagai Syazra.Akhirnya ada seorang kenalan beliau,seorang imam di sebuah masjid mencadangkan akan nama itu – Syazra ! Kebetulan lagi kah ?
Petanda dalam mimpi yang sering berkunjung dalam tidur beliau membuatkan Tok Atan mula merasakan ada sesuatu yang tersirat dalam hidup beliau.Menambah kekusutan lagi,beliau membesar dalam keluarga angkat.Nama keluarga[Tan] yang beliau gunakan adalah nama keluarga angkat beliau.
Mujurlah keluarga angkatnya ada memberi sedikit petunjuk bagaimana ingin mengesan waris-waris keluarga sebenar beliau di tanah besar China.Persoalan beliau sekarang,kenapa budaya hidup keluarga angkatnya mirip kepada budaya hidup melayu ?
Adakah secara kebetulan disebabkan keluarga itu hidup dalam kejiranan Melayu ? Atau ada cerita yang tersirat kenapa keluarga angkatnya memilih hidup dalam kelompok Melayu ?
Ketika sesi pendedahan ini,aku sedar Auntie Suzy sering memerhatikan aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.Nai pula yang berdiri di belakang sofa Tok Atan duduk sedang memicit-micit bahu atuk kesayangannya itu.Ketika ini aku membayangkan alangkah bertuahnya kalau yang sedang duduk di sofa itu adalah aku – aku yang sedang dalam keletihan yang teramat sangat ! …..kihkihkih.Ada rezeki kah aku untuk mengalami seperti mana yang aku bayangkan ?
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 

ooorg muslim dari china.. atuk atan utk islam ke?
boss´s last blog ..WordPress 3.0 sedia digunakan
tok atan sendiri keliru dengan status dirinya,boss
semakin menarik ni abg joe,, lagi dan lagi
p/s:internet sudah ok ke? em kalau tak ok suruh nai datang betulkan hohohoh
mijie´s last blog ..Tutorial cara nak upgrade wordpress 3.0
selagi internet ok,insyaallah akan ada entry baru,mijie
*hahaha*
bang joe di jemput berkunjung di sini jap, huhuhu saja nak meluahkan perasaan pada abg joe
http://www.muhammadtarmizi.com/umum/maxis-atau-celcom-yang-patut-saya-pilih#comments
mijie´s last blog ..Tutorial cara nak upgrade wordpress 3.0
mijie,gua dah masuk entry tu…rasanya kena pindah kat german
huhuhu rasa mcm diri ini hina je
mijie´s last blog ..Tutorial cara nak upgrade wordpress 3.0
mijie ???..apasal tu ?
bc komen-komen kat situ, tak perasaan ke?
mijie´s last blog ..Tutorial cara nak upgrade wordpress 3.0
ooo….gua perasan,tu pasal tak mau fokus ke situ,mijie
lu tau diri lu siapa…itu sudah cukup,mijie
pergh..sedap tul kalau ada orang tolong picit belakang kan..memang layan habis
khairolghani´s last blog ..Tendangan Comel Si Kecil
kalaulah jari-jari runcing dan lembut itu boleh memicit di saat aku keletihan,kay…..pergh…hahaha
alamak.. timbul pulak persoalan kat hujung episode. memang kalah Nur Kasih dah ni Bro Johari

Dila.13´s last blog ..FREE: 5 Langkah Asas Mulakan Perniagaan Internet
sebab episode lot 14 hampir ke penghujung,dila
Alahai.. dah nak abes? takpe2.. boleh request sambungan pasal jadi PATI kat indonesia tu ke Bro Johari? hehe

Dila.13´s last blog ..FREE: 5 Langkah Asas Mulakan Perniagaan Internet
entry itu dibuat selepas bonneyan13 turun dari kapal-meletakkan jawatan sebagai kelasi
ish mana boleh..
nur kasih terbaik kot!
botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK-
kena faham maksud dila tu,botak
…maksud dila,aku selalu berhenti-hentikan cerita,kasi tergantung
tok atan masih tak tau asal keturunan dia?
mungkin warisan puteri hang li po
:p
aLy´s last blog ..aku benci…!
hehehe…tau siapa hang li po tu yang sebenarnya,aly ?
di negara china memang ramai penganut agama islam
tehr´s last blog ..Kisah Rumah Tangga
yupp,betul tu dan mereka kebanyakannya menggunakan nama cina,tehr
mimpi tu mainan tidur jer, tapi kalau dah terkena kebetulan-kebetulan cam tu, menung gak memikirkannya ..!!!
bujang3´s last blog ..Adakah anda seorang yang romantik !!!!
hehehe…kena bijak memastikan yang mana mainan tidur yang mana memberi petanda,bujang
Mimpi memang kekadang membawa petanda..
kena tahu membezakannya,adam
selalu orng yg mimpi jd kenyataan ni org yg warak je..
kita yg biasa2 ni x tau laa..
setakat mimpi hantu tu boleh laa kot..
haha
botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK-
mungkin ada benarnya tapi kena ingat tiada yang mustahil pada DIA
“Ketika ini aku membayangkan alangkah bertuahnya kalau yang sedang duduk di sofa itu adalah aku “.. statement tak bole blah… hik.. hik..
Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab
hahaha….suatu impian yang indah kalau terlaksana ketika itu jugak,sam
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes