cari pasal mau mati ke
idea untuk entry kali ini memang dah lama terperuk dalam otak aku ni.sebabnya?bila aku format laptop ni,printer yang merangkap scanner ni tak berfungsi.nak cari cd printer ni,tah mana aku humban.aku dah cuba download dari internet namun printer ni masih kejung beku!aku sebenar nak scan gambar peribadi aku yang berkaitan dengan entry kali ini……apa yang mau disembangkan kali ini?
photo(http://www.oaktreemediation.com/)
gambar di atas,adalah suatu hajat yang belum dapat aku penuhi sehingga saat ini.yupp…skydiving suatu ‘kegiatan luar pintu’,yang aku idam-idamkan.tak dapat digambarkan dengan perkataan…… semasa membuat penerjunan dari pesawat dengan ketinggian tertentu,melayang-layang di awangan sebelum payung mengembang sehinggalah kaki menjejak ke bumi….fuhh!!! indahnya pengalaman sebegini.macam mana aku tau?sebabnya aku pernah mengalaminya tetapi sedikit berbeza!
photo(http://www.whenwegetthere.com/)
kalau skydiving bermula dari langit disudahi dengan bumi…..scuba diving pula bermula dari permukaan laut disudahi dengan dasar laut.skydiving terjun dari pesawat,scuba diving terjun dari bot…kalau bot besar nak terjun guna gaya “giant strike”,bot kecik kena guna gaya “roll back”-ada sebabnya! aku amek lesen scuba diving ni pada tahun 1993 di Labuan,masa tu aku bekerja sebagai anak kapal,di sebuah kapal tangki minyak.seingat aku semenjak aku turun dari kapal tu untuk bercuti di Labuan,Sabah aku dah tak naik-naik semula ke kapal tu….kira lama jugak aku bercuti dari tahun 1993 sampai 2010…..walhal cuti yang dibenarkan cuma seminggu je! rezeki kan ada di mana-mana…
lantaran sikap aku yang suka menjalani ‘kegiatan luar pintu’ sebegini rupa,ada yang tergamak bersuara”cari pasal mau mati cepat ke?” ermm….sebut pasal mati ni,memang ada satu peristiwa yang mana hampir-hampir meragut nyawa aku,ia berlaku ketika aku diving di pulau perhentian pada tahun 2004…..dan ia berkaitan dengan tsunami…..kisah ini akan disembangkan dalam entry yang akan datang kalau printer aku dah okay…..kena berhenti di sini dulu sebab aku nak tinjau-tinjau niche blog aku pulak.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 




halo.. apa kabar..
wiii.. blog ini tampilannya bagus…
terima kasih sama kamu kerna sudi mampir di sini:)
Cd printer aku tiada masalah
apa.Windows 7 aku Bahasa cina.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
sekali pasang CD printer.
sendiri tetap keluar bahasa
cina.aku tak faham langsung.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
kamera tu kalis air kan.
bila aku nak beli.
boleh tunjuk aksi menyelam.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
betul kamera tu kalis air dengan syarat gunakan satu casing khas